BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Oktober 19, 2009
Novel : Indahnya sebuah kehidupan 1
Nama Pena : Masmera

Manisnya Remaja.........

Angin malam menyapa sepi pipiku, tiba-tiba aku terjaga dari lamunan…..ahhh betapa berharga kehidupan lalu aku. Setiap detik berlalu membawa makna yang tersendiri. Ada yang manis, ada yang nakal, ada yang sedih dan ada yang bahagia. Semuanya itu amat bererti buat aku. Itulah juga yang menjadikan aku seperti aku sekarang ini.

Dalam kesibukkan melayan tetamu dihari Raya Aidil Fitri lalu, tiba-tiba salah seorang daripada mereka bertanyakan padaku…."tak kenal ke?….kita sama-sama mengaji Quran dulu." Sememangnya aku sudah tidak dapat mengagak namanya lagi…..tetapi imbasan masa mengaji masih kuat diingatan. "Oii…Pak Ngah dah balik….cepat masuk!" Itulah jeritan kawan seperguruanku memberitahu semua yang ada. Dengan pantas aku mencapai kain batik dan baju kurung, lalu menyarung pakaian tersebut sebelum masuk kerumah Tok Guru-Pak Ngah untuk memulakan pengajian. Sememangnya aku dan kawan-kawab sangat nakal, dari rumah aku pakai dua lapis baju; didalamnya t-shirt dan skirt, diluarnya baju kurung dan kain batik. Sebelum Pak Ngah pulang dari masjid, kami tukar pakaian dan bermain dengan kawan-kawan….Polis Sentri, Batu Selambut, Main Sorok-sorok, Congkak dan lain-lain. Apabila nampak sahaja kelibat Pak Ngah mengayuh basikal dari jauh, kami semuanya lintang-pukang mencari persalinan kedua. Semuanya nampak baik dan sopan, berbaju kurung dan tudung, yang lelakinya berbaju Melayu dan songkok…..ahhh…lucu sungguh waktu itu.

Sesekali, Mak Ngah dan Pak Ngah menyuruh kami mengemas rumah atau menyapu sampah dihalaman rumah. Acapkali aku mengadu pada emak kerana terpaksa membantu Tok Guru membuat kerja rumah. Emak hanya memujuk aku supaya membantu dengan ikhlas hati. Aku jadi kecewa. Setiap kali aku mengadu, emak pasti memihak kepada Tok Guru. Aku betul-betul tak memahami sikap mak. Aku sebenarnya malas lah nak tolong Pak Ngah. Aku sebetulnya nak bermain dengan kawan-kawan. Pada satu petang, emak menerangkan kepada ku, emak tak mampu membayar upah untuk Pak Ngah, dan cara terbaik ialah aku membantu Tok Guru apa yang patut.

Dimalam hari emak pasti akan mengajar aku membaca Al-Quran. Kata emak, ini supaya aku lebih lancar bila membaca didepan Pak Ngah keesokkan nanti. Setelah selesai membaca Al-Quran aku diwajibkan membaca sifir. Pernah satu ketika, aku cuba mengelat dan terus tidur. Jangan harap!.....emak mengejutkan aku dari tidur, dan dalam keadaan mengantuk dan menangis aku gagahi juga membaca sifir. Emak selalu menceritakan kesusahan keluarga. Pesan emak, sebagai kakak sulung aku harus menjadi contoh yang baik kepada adik-adik. Emak sebenarnya kecewa kerana tidak dapat meneruskan pelajarannya kerana masalah keluarga. Emak punya ramai adik-beradik dan emak dipilih untuk berkorban dengan menolong Tok dan Tok Wan bekerja disawah atau membantu kerja rumah dan menjaga adik-adiknya yang lain. Tok dan Tok Wan mahu supaya adik-adik yang lain melanjutkan pelajaran. Emak pasrah dengan kehendak keluarga walau sebenarnya hatinya meronta-ronta mahu meneruskan pelajaran ke peringkat menengah. Emak sentiasa berjanji akan bekerja keras supaya dapat memberi peluang untuk semua anak-anaknya belajar hingga ke peringkat yang paling tinggi.

Setelah lulus cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian dan diterima masuk ke asrama di sebuah Sekolah Menengah Perempuan diutara tanah air, bermulalah satu kehidupan baru aku disana. Asrama disediakan untuk murid-murid yang tinggal jauh atau dari Seberang sahaja. Memulakan sesi pengajian disana, aku memilih memakai pakaian sekolah berskirt. Adat kebiasaan murid-murid sekolah tersebut yang kebanyakkannya berbangsa Cina dan India, selain Melayu, mereka memakai seluar pendek waktu bersukan. Aku dan teman-teman juga lebih senang memakai seluar pendek ketika bersukan. Didalam kelas pengajian Agama Islam, Ustaz selalu membuat teguran "Lebih manis dan sopan kalau pakai seluar panjang". Jawapan yang selalu kami berikan…."Ala…tak apalah Ustaz, kamikan semuanya perempuan…tak kisah la Ustaz." Teguran Ustaz ibarat mencurah air kedaun keladi.

Di asrama pula, kami diwajibkan menunaikan solat lima waktu. Ustazah Manisah, warden asrama ketika itu selalu membuat tinjauan dan dibantu oleh pengawas-pengawas asrama.Tetapi, sememangnya kenakalan dan kedegilan remaja susah nak dikawal…jawapan spontan kami…"Ala…kami nak sembahyang kerana Allah…bukan kerana Ustazah"….tapi yang pasti, tak sembahyang juga.

Apabila masuk Menengah Tiga, aku mula merasa malu apabila sering ditegur oleh Ustaz, jadi dah mula pakai Baju Kurung dan berseluar panjang apabila bersukan. Tapikan Ustaz ni…tak habis-habis la berleter…"hah..kalau pakai baju kurung putih tu kan jarang….pakai la baju singlet didalam"….eiii geramnya aku pada Ustaz ni. Masa aku di sessi petang, Ustaz pun disessi petang, bila dah masuk sessi pagi, ingatkan nak dapat Ustaz atau Ustazah baru….rupa-rupanya Ustaz yang sama juga…lecehnya……
Kami sepakat tak nak ikut nasihat Ustaz, "Panas le Ustaz"…kadang-kadang bila jumpa Ustaz diperkarangan sekolah sengaja menunjuk-nunjuk lagi didepannya dengan baju kurung putih yang jarang tu….….Tapikan Ustaz ni memang le penyabar, beliau hanya tersenyum saja melihatkan keletah kami ketika itu. Nanti, dua-tiga minggu lagi, disebut-sebut lagi perkara yang sama…

Walaupun aku seorang yang agak nakal, tetapi ada satu api cinta yang sentiasa menyala dan tak pernah pudar, mimpi yang yang sentiasa bermain di dalam tidur…."Aku pasti akan berjaya dalam SPM dan dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti." Aku tak pandai bermain cinta selain itu. Masih ku ingat, Abang Faiz yang menyewa dirumah aku telah mengutus surat menceritakan keinginannya mengambil aku sebagai Adik Angkat. Aku sendiri kurang mengerti bagaimana nak jadi Adik Angkat, tetapi aku terima jua sebab aku memang tak pernah ada seorang abang. Setiap kali aku pulang bercuti dan mahu pulang semula ke asrama, Abang Faiz berkeras mahu menghantar aku hingga keasrama. Apabila berada didalam bas, aku terasa tangannya berada diatas bahuku. Ahhh..meremang bulu roma ku…..Aku tak selesa!!!!….Nak ku cakap, takut menyinggung perasaannya, terpaksalah aku tahan sehingga kepenghujung perjalanan. Aku jadi bingung bagaimana nak menyelesaikan masalah ini. Akhirnya, aku mengutuskan sepucuk surat buat Abang Faiz…memutuskan perhubungan itu….Maaf ye Abang Faiz….aku tak suka berangkat-angkat lagi…..

Bila pulang ke kampung, aku dapat berkenalan dengan ramai abang-abang yang menyewa dirumah aku. Untuk menambah pendapatan keluarga, emak telah membina bilik dibahagian tepi rumah supaya dapat disewakan kepada penuntut-penuntut lelaki sekolah swasta yang berdekatan. Aku jadi sangat terhibur dapat berbual dan bergurau senda dengan mereka. Ialah, selama ini pun, akukan seorang kakak sulung, asyik sibuk menjaga adik-adik dan tak pernah dapat merasa kasih-sayang seorang abang atau kakak. Jadi kekadang aku rasa seronok punya ramai abang-abang. Sebenarnya aku kurang pasti dengan tafsiran kemesraan antara kami…sehingga ada yang sampai bawa keluarga untuk berkenalan dengan keluarga ku….Tetapi maaf ye abang-abang…walau aku hanya seorang gadis desa yang tak punya apa-apa…tetapi aku ada satu harapan dan cita-cita yang sangat besar. Aku cukup pasti yang kejayaan akan menjelma walau ramai yang meraguinya.

Diasrama, aku kadang-kadang rasa cemburu bila teman sebilik bercerita tentang teman lelaki mereka atau apabila mereka menerima warkah dari luar. Aku mula membelek majalah Bujal mencari sahabat pena. Pada suatu hari, aku rasa sangat teruja apabila salam perkenalan aku diterima oleh Aizat. Bermula hari itu aku sudah punyai sahabat pena….. kami selalu bercerita tentang cuaca, punca ekonomi keluarga dan masyarakat setempat, masalah keluarga dan juga pelajran-pelajaran sekolah. Kami bertukar-tukar nota/ soalan ramalan untuk peperiksaan SRP dan SPM. Diantara kami tidak ada "Madah-bermadah"….

Disekolah, aku punya ramai teman-teman dari lain bangsa seperti Cina dan India. Mereka selalu cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, sedangkan aku masih terkial-kial nak memahami dan berkomunikasi dengan mereka. Suatu hari, Guru Bahasa Inggeris memberi nasihat supaya kami semua mencari sahabat pena dari luar negara, supaya dapat memperbaiki kepakaran dalam Bahasa Inggeris. Setelah puas mencari, aku rasa sungguh bertuah mendapat seorang teman, gadis Jerman bernama Petra Zlobinski. Masih aku ingat, semasa memperkenalkan diri aku didalam surat tersebut, aku menceritakan " I am a Moslem, I don’t eat pig, I eat only cow and goat ". Apabila mendapat balasan dari Petra, beliau bertanya ‘ Do you mean pork? and you only eat beef and mutton". Setelah mencari makna dari kamus, aku ketawa seorang diri….dan hingga sekarang setelah lebih 25 tahun aku masih teringat peristiwa itu….Takkan aku boleh makan seekor lembu atau kambing, kitakan makan daging lembu dan daging kambing. Dari saat itu, Kamus menjadi teman karib ku…sebab setiap kali hendak mengutus surat kepada Petra, aku terpaksa mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk mengarang surat buatnya.

Hidayah........

Seperti biasa, disetiap asrama, pasti ada "Secret Admires"….begitu juga murid-murid asrama ini. Aku suka tengok Kak Ain, putih kuning kulitnya, rambut lurus dan mengurai, comel orangnya tetapi tegas; diakan ketua pengawas asrama. Setiap malam, beliau akan memeriksa semua bilik kerana kami diwajibkan tidur pada pukul 11 malam. "Assalamualaikum….terdengar salam dihulurkan Kak Ain." Kami serentak menjawab "Waalaikumussalam!!!" Sergah Kak Ain "Hah!....kenapa tak tidur lagi ni!....siapa suruh jawab salam"….terkena la pulak kami satu bilik. Kami semua sepatutnya berdiam diri saja, supaya Kak Ain tak tahu yang kami masih berjaga dan berbual dalam gelap.

Suatu hari, aku nampak Kak Ain memakai Tudung Kepala….ehh…tak sayang ke rambutnya yang cantik mengurai itu. Aku dengar berita yang Kak Ain dan semua kakak-kakak Pengawas Asrama telah menghadiri Program Motivasi di Masjid Negeri…. Dan Kak Ain mula bercerita tentang Tudung dan kewajipan bertudung. Aku tertarik lihat Kak Ain dengan tudungnya. Aku mula mencari-cari berita dan keterangan mengenai tudung, dosa dan pahalanya. Entah bagaimana, aku mula tertarik dan bertekad memakai tudung.

Aku menceritakan niat tersebut kepada teman-teman, dan menerima reaksi yang berbeza-beza. ‘Tak sayang ke rambut yang bersayap tu? ’. Sebenarnya aku terkenal dengan rambut ala-ala Lady Diana Puteri England….perasan pula !!!!! "Kau biar betul, selalu aku tengok kau dengan seluar pendek, sekarang nak bertudung! Nanti hujung tahun, kitakan kena anjur Konsert Perpisahan buat kakak-kakak Tingkatan Lima. Susahlah, kalau bertudung."

Setelah aku fikir-fikirkan, aku membuat keputusan untuk memakai tudung apabila aku memasuki Menengah Lima. Biar aku sempat membuat persembahan terakhir untuk kakak-kakak Tingkatan Lima. Menari adalah kesukaanku.

Bertudung! Sentiasa bermain difikiranku. Tiba-tiba aku tersentak dari lamunan, aku nak bertudung, tetapi solat aku entah kemana. Dirumah pun, emak dan ayah tak pernah suruh aku bersolat, malah aku sangat malas bersolat. Tetapi, aku lihat emak memang tak tinggal solat dan berdoa. Emak selalu bercerita, yang beliau tak pernah lupa berdoa supaya semua anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah, yang mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Cuma beliau tidak pula menyuruh aku bersolat. Mungkinkah kerana emak dan ayah terlalu sibuk mencari rezeki buat menampung perbelanjaan keluarga. Pagi-pagi lagi, emak telah kesawah, tengahari pula sibuk memasak dan mengurus rumah-tangga. Petangnya, emak akan menganyam tikar mengkuang atau menganyam buluh untuk dibuat raga. Ayah pula seperti biasa bekerja sebagai buruh kerajaan memotong rumput dipadang-padang dan ditepi jalan. Jadi, patutkah aku meyalahkan mereka, sedangkan Allah telah kurniakan padaku akal fikiran yang sempurna.

Semenjak hari itu, aku mula bertekad, aku akan pastikan cukup lima waktu solatku setiap hari. Petangnya, ketika mengerjakan solat Asar, ketika dahiku menyentuh sejadah bersujud kepada Ilahi, tanpa disedari air mataku mengalir dengan deras, terasa amat sedih dan hiba atas segala dosaku meniggalkan solat. Itulah pertama kali dalam hidupku, dimana aku dapat merasakan seolah-olah diri ini amat dekat kepada Allah Taala. Masyaallah…itulah saat yang paling indah dan damai yang pernah aku rasa.

Ibu!..ibu!, Wati dengan Aman belum bersolat, asyik tengok TV aje, adu puteri sulongku. Ahhh, aku terjaga dari lamunan, lantas aku bangun dan menutup suis TV. Anak-anak dah paham maksudnya. Aku kembali kezaman silam…..aku bingung, dalam berjuta manusia, kenapa Allah memilih aku untuk memberi hidayahNya. Aku mendapat pelajaran sekular, emak dan ayah tak pernah menyuruh aku bersolat, apatah lagi bertudung. Kawan-kawan aku sama juga seperti aku, Ustazah Manisah warden asrama adalah seperti musuhku….kenapa?....Apakah kelebihan aku?....kenapa?......Cuma sekarang aku cukup pasti akan jawapannya…..DOA EMAK! Walau emak tak menyuruh tetapi emak banyak berdoa, beliau selalu menangis diatas sejadah……mungkin tanpa pendedahan tentang cara mendidik anak-anak, emak agak terleka, tetapi senjatanya adalah DOA……Alhamdulillah, aku bersyukur kepadaMu Ya Allah…....dan Terima Kasih Emak….

"Mas! Mas!, nanti ada mesyuarat pukul 3.00 petang dibilik serbaguna" Ini tak lain tak bukan untuk membuat persediaan Persembahan Konsert Perpisahan untuk kakak-kakak Tingkatan Lima. Alhamdulillah, konsert berjalan dengan meriah. Esoknya, kami semua akan pulang kekampung….cuti panjang. Sampai dirumah, aku sangat gembira bertemu keluarga tersayang. Aku, kakak sulung punya empat adik-adik yang nakal. Semua orang dikampung memanggil aku dengan nama "kak", tak kira tua atau muda. Cuti panjang tak punya banyak makna buat aku. Tiada istilah "cuti-cuti Malaysia.". Masa inilah aku gunakan untuk membantu emak mengayam buluh untuk dibuat raga. Tetapi kepada adik-adik lelaki aku, cuti persekolahan sesuatu yang ditunggu-tunggu, mereka punya bermacam-macam pelan. Dari bermain guli, berenang ditali air, berenang disungai dan segalanya. Setiap hari mereka lesap dari rumah, hanya pulang pada waktu makan dan malam. Tetapi,indahnya waktu 25 tahun dahulu, masyarakat kampung sangat akrab, mengambil tahu pergerakkan anak-anak jiran tetangga. Walau adik-adik ku bermain disungai dikampung seberang, walau tanpa telefon, dengan pantas, berita tetap akan sampai ketelinga emak "Minah, anak-anak hang no duk main kat tepi sungai…bahaya tu…sungainya dalam". Siap la adik-adik ku, nanti bila sampai dirumah, emak telah siap menunggu dengan rotan ditangan. Namanya pun budak-budak lelaki, tak kan sanggup mereka mengalah, habis berkejaran mereka disekeliling rumah. Tetapi, masyarakat kini lebih mementingkan diri sendiri dan memegang prinsip "Jangan Jaga Tepi Kain Orang." Sayang, seribu kali saying…konsep kejiranan dan kemesraan semakin pupus dimamah zaman…..

Selesai makan malam, aku menghampiri emak dan ayah, dan aku menceritakan hasrat hati memakai tudung. Aku nampak emak mengalirkan air mata kegembiraan. Masalahnya, duit la pula. Ayah berjanji nanti kalau dapat gaji, ayah akan memperuntukkan sedikit kepada ku buat membeli tudung. Gaji bulanan adalah sesuatu yang sangat dinantikan. Waktu gajilah, kami adik-beradik dapat merasa makan buah-buahan seperti epal. Itu pun mesti dibahagi samarata. Kalau seorang separuh, mesti kena sama….kalau tidak akan menjadi bahan untuk berkelahi diantara kami adik-beradik. Ishhhh, bukan senang nak merasa makan buah, kena tunggu sebulan lagi pula.

Ayah dah dapat gaji!...ayah dapat gaji! Ayah beli buah anggur, wah! seronoknye. Kami semua dapat seorang lima biji anggur. Siap berkira lagi, takut ada mana-mana antara kami yang dapat lebih. Seperti yang dijanjikan, ayah bersetuju membawa aku kepekan untuk membeli tudung. Aku sedar, nak beli tudung pun adalah sebenarnya menambah bebanan keluarga. Aku pula memerlukan sekurang-kurangnya empat atau lima pasang tudung, untuk kesekolah dan aktiviti harian. Oleh itu aku mengajak ayah kekedai kain dan membeli kain untuk dibuat tudung, lebih murah. Walau tanpa pertolongan dari emak atau saudara, aku cuba mengira-ngira dan bertanya kepada jurujual, berapa besar kain yang diperlukan untuk membuat sehelai tudung. Sampai dirumah, aku memotong sendiri kain-kain tersebut. Untuk memastikan ditepi kain tersebut tidak berbulu, aku mohon pertolongan emak supaya melayur tepian kain tersebut pada api lilin. Kemudian, aku jahit jelujur untuk menjadikannya tudung.

Bila ku bandingkan tudung yang dibuat sendiri dengan tudung zaman sekarang, adalah sangat jauh bezanya. Tudung aku yang punya warna sekata, putih, hitam dan kuning air, boleh dipadankan dengan semua warna baju, yang herot-petot, yang dijahit sendiri tetap aku pakai hingga bertahun lamanya. Cukup untuk menutup rambut dan bahagian dadaku. Sedangkan, tudung zaman sekarang, yang bermacam-macam fesyen. Tetapi yang sedihnya, terlalu berfesyen, hingga tidak pula menutup rambut seperti yang sepatutnya.

Bersambung………………
posted by Penulisan2u @ 3:43 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
2 Comments:
  • At 4/12/11 10:32 PTG, Anonymous yayakusayang said…

    byk pngajaran...crita mnarik...

     

  • At 26/2/12 10:20 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam. cerita ini menarik . tapi saya merasakan ade sesuatu yang tak patut. seperti, kenapa susah sangat nak beli tudung? semntara emak dan ayah die bekerje dan ade bnyak bilik sewa. so, bagi pandangan sye kurang logik sikit.

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group