Jumaat, Oktober 09, 2009

Novel : Hot N Cold 25

Nama Pena : zarith natasha

"BYE..." Lima tangan melambai Teacher Hayati yang sedang bergerak meninggalkan perkarangan sekolah. Empat wajah terpamer senyuman manakala satu wajah terpamer riak cemberut.

"Alhamdulillah..." Seru Amir dengan muka ceria.

"Tu la. Johan lagi kita taun ni. Syukur." Hani tadah tangan dua saat sebelum mengaminkan.

Aryana di atas wheelchair tersenyum. "Ni la hikmah kaki sakit."

"Nasib baik hang pi jugak. Kalau tak, belum tentu kita johan haqhi (hari) ni. Thanks Put." Ucap Hani sambil memeluk bahu Aryana.

"Hak alorhh. Bajet bagus sangat ar tuh. Korang ni lucky coz Put ni sakit je. Juri jatuh kesian. Tu sebab kasi korang menang." Thalia Taliban yang tengah berdiri sambil peluk tubuh dua meter dari mereka berkata dalam tone jelous.

Mendengar ayat itu terus Hani dan Amir kalih pandang pada si Taliban.

"Ayat orang jeles la Hani." Ejek Amir. Masam ya amat muka. Macam soya basi jek.

"A’ah la Amir. Tak kisahla papa pun. Asalkan kami dapat ni." Sambung Hani sambil menayang trofi emas, sijil serta sekeping sampul yang mengandungi beberapa keping not RM50 betul-betul depan hidung minah kerek.

Si Taliban ketap gigi tanda marah teramat sangat. Laju dia atur langkah. Meninggalkan mereka. "Kau balik sendiri! Takde masa aku nak surung kau!" Sempat lagi dia menoleh ke arah Aryana.

"Kami tak mintak pun jasa baik hang. Aku boleh hantaq(hantar) dia balik hostel la weyh! Sampai katil Put lagi!" Pekik Hani geram. Macam aku hadap sangat je kau punya budi. Taliban terus melangkah tanpa menoleh.

"Ada jugak oqhang (orang) macam tu dalam dunia ni? Kat Malaysia pulak tuh. Tak leh teqhima (terima) betoi aku." Amir mengomel dengan gelengan kesal. Dia sangat kejam!

"Oqhang (orang) macam dia tu layak tinggal kat dalam hutan ja dengan kingkong. Biaq mati katak kena pijak dengan bapak kingkong." Kata Hani dengan penuh semangat meluat. Amir dan Aryana pecah tawa mendengarnya.

Carl yang bersandar di tiang kantin hanya tersenyum nipis. "Balik jom?" Diabersuara.

"Memang nak balik pun.\" Balas Hani yan dah pun tayang muka lesu. \"Dah letih sangat ni. Letih berdebat kat atas pentas satu hal. Balik sini debat pulak dengan minah kerek tuh. Penat aku." Leter Hani sambil menggosok dada. Dia merengus tak puas hati. Rasa macam nak je hentak kepala si Taliban tu dengan Syringe pump. Biar sewel sampai tua. Huh!

"Rilex ar Hani. Macam kau tak tau ja perangai minah tu. Lain satu macam. Pelik dari yang lain." Amir menenangkan sahabatnya itu. Dia sendiri tidak menyenangi sikap negatif minah kerek itu. Entah dari pelusuk manan hala dia muncul pun aku tak tau. Teruk ya amat perangai tu. Hailah...

Hani tarik nafas dalam-dalam. Perasaan amarah cuba dibuang. "Okay la. Hang tunggu sini sat Amir. Aku nak hantaq Put balik dorm." Handle wheelchair dipegang.

"Okay. Tapi jangan lama-lama sangat. Dalam masa 15 minit hang tak keluaq-keluaq aku chaow dulu." Jawab Amir dengan tone menggertak. Dia sengih-sengih.

"Gila kejam." Amir dijeling. "Sat ja. Tunggu sini!" Tegas suara Hani. Berani la tinggal aku. Aku cabut stereng kereta kau baru tau!

"Baikkkk..." Terangguk-angguk Amir dengan arahan yang diterima.

"Balik karang jangan banyak gerak sangat." Tetiba Carl bersuara. Tiga kepala kalih pandang. Aryana tergamam seketika. "Then sapu minyak panas or minyak angin. Mintak member urutkan kaki. Tapi jangan kuat sangat nanti urat masuk angin. Kaki boleh lagi bengkak."

Dalam keadaan tergamam Aryana menggangguk perlahan. Amir dan Hani dah tayang senyum nakal.

"Then kalau nak ke toilet jangan pegi sorang-sorang. Ajak teman sekali. Ubat makan ikut time. Time naik-turun tangga hati-hati. Kalau boleh jangan main tangga la. Duduk diam-diam kat atas dorm." Sambung mamat bajet cool itu lagi dengan muka tak beriak. Lancar dia menutur.

Kali ini Aryana dah melopong. Mulut dah membetuk O. Punya la terkejut habis. Mamat bajet cool yang pendiam, susah nak bukak mulut, cool semedang tup tup hari ni banyak cakap pulak. Siap listkan lagi apa yang aku boleh dengan tak boleh buat. Serius tak tipu. Time ni aku rasa macam dia boyfriend aku betul-betul. Sungguh!

"Faham?" Carl tenung Aryana yang dah ternganga.

Gadis itu angguk dua kali. Perlahan-lahan.

"Carl, hang ni laqhi (lari) kos la. Awat tak amek sains tulen ja? Boleh jadi doktor. Gaya dah ada." Sampuk Amir seraya tersengih nakal.

"Aku sokong kata Amir tu." Sela Hani pula. Kening diangkat tiga kali sambil senyum-senyum. Carl ni kadang-kadang romantik jugak kan?

Carl tersenyum nipis. KEdua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. "Merepek ja korang ni. Dah cepat hantar dia balik."

"Baik bosh!" Hani angkat tabik.

***

"PUT. Nak tanya sikit?" Hani bersuara. Aryana ditolak perlahan meniti kaki lima sebelah DM aspuri.

"Tanya apa? Kalau bagi aku soalan kau tu logik aku jawab. Kalau sebaliknya aku diam je la ye." Seloroh Aryana. Mata meliar ke sekeliling DM. Sunyi je. Ye la... Bukan time makan lagi.

"Isyh hang ni. Mesti la logik. Kenyataan lagi." Ujar Hani seraya ketawa kecil.

"Apa? Kau ni bukan boleh kira sangat soalan ntah pape yang kau akan tanya."

"Tak la. Aku nak tanya pasal hang dengan Carl."

Aryana terpempan lima saat. Aku dengan Carl? Hah sudah! "Apa yang kau nak tanya?"

"Macam mana hang dengan head prefect tu couple? Hang propose dia ka? Tengok gaya dia yang cool lain macam tu sangat impossible dia yang propose kau. Kalau betoi pun payah aku nak caya."

"Hahaha!" Mendengar ayat Hani itu Aryana ketawa kuat.

Hani turut tersenyum. "How yeah?"

"Yang kau teka tu betul."

Tolakan Hani terhenti. Laju dia berdiri depan Aryana dengan muka tak percaya. Mulut separuh ternganga. "Hang proposed dia?" Mata dikelip-kelip tak percaya. Biar biar betik?

Aryana angguk. Dia tersenyum. Riaksi Hani betul-betul menggelikan hati.

"Hang proposed Carl?"

Angguk lagi.

"Tipu!"

"Ikut la kau nak percaya or tak."

"Takkan la Put? Takkan..."

"Perigi cari timba?" Pantas Aryana menyoal.

"Lebih kuqhang(kurang) la." Lambat0lambat Hani menjawab.

Aryana diam lima saat. Hani dipandang. "Meh aku nak story sikit." Kedudukan kaki dibetulkan. Air liur ditelan sebelum dia menyambung semula. "Semua ni berlaku sebab Taliban."

"Apa kena mengena dengan dia pulak?"

"Dia cabar aku pegi depan Carl then mintak couple. Time tu aku bengang sesangat. So, aku terima la cabaran bodoh minah kerek tu."

"Tapi sebab apa hang...."

"Terima cabaran dia?" Potong Aryana.

Hani mengangguk tanda betul.

Aryana tersenyum hambar. Dia jungkit bahu. "Sampai sekarang aku tak dapat jawapan pada soalan tu." Tuturnya perlahan. Iye... Aku sendiri pun tak tau sebab apa aku boleh terima cabaran si Taliban tu.

"Patut la..." Ayat Hani tergantung. Jari telunjuk di bawa ke pipi. Buat muka orang tengah berfikir.

"Apa yang patutnya?" Soal Aryana dengan kening terjungkit.

"Hampa tak semesra couple lain."

"Tau takpe.\"

"Tapi kekadang aku nampak jugak dia ambil beqhat (berat) kat hang, Put. Macam tadi."

"Takde la. Biasa-biasa je. Kitorang tak macam couple lain pun."

"Honestly..." Hani renung Aryana. Dalam. "Hang suka dia?"

Gadis itu tergamam. Hati berdebar tetiba. Walaupun dah banyak kali soalan yang sama diterima, namun sampai sekarang dia belum tau jawapan. "Tak tau."

"Tak tau?\"Mata Hani terbuntang. \"Mana boleh jawab macam tu." Ujar Hani dengan muka kurang puas hati.

"Dah betul aku tak tau."

Hani gigit bibir bawah memikirkan sesuatu. "Maybe feel tu tak confirm lagi kot. Betoi la ayat normal yang biasa aku dengaq. Cinta tu mai tak kira time. One day nanti baqhu (baru) la hang dengan Carl dapat jawapan yang betul-betul dengan skema dia. Whether yes or no."

"Yes or no amende?" Aryana tayang muka keliru. Maksud Hani belum dapat di detect lagi.

Hani sengih lebar sebelum bergerak ke belakang wheelchair. Handle digenggam. "Yes or no that hang dengan Carl ada something-something yang betul." Perlahan wheelchair di tolak.

"Meaning?"

"Yala. Now hampa blurr dengan relationship ni kan? One day nanti mesti clear. Sangat clear. Aku yakin." Bersunguh-sungguh Hani menutur.

Dan ntah yang ke berapa kali Aryana tergamam.

***


"KAU buat meeting tergempar ni apsal?" Soal Juwana pada Apit sambil menongkat dagu di meja batu sebelah DM aspura. Dia tayang muka bengang.

"Kacau je orang tengah tidur." Omel Murni dengan tone tak puas hati. Matanya merah menunjukkan dia baru bangun tidur.

"Rilex ar. Important case ni. Tu sebab aku panggil hampa." Ujar Apit yang dah sengih-sengih.

"Apa yang important sangat? Tak boleh tunggu esok-esok?" Tanya Aryana dengan muka bengis. Tadi, time dia tengah kusyuk study add math tetiba Datul, junior mereka datang bagitau yang ketua biro nak jumpa dia and the geng. Ada hal penting katanya. Terpaksa la soalan log yang gila mencabar otak tadi ditinggalkan dengan hati yang berat.

"Tak boleh. Kena habaq skaqhang (skarang) jugak." Sungguh-sungguh Apit berkata.

Enam gadis itu angkat kening sebelah. \"Apa?\"

Telan liur. Nafas ditarik panjang."Hampa tau kan yang dua minggu lagi sekolah kita nak buat Hari Kantin amal untuk besarkan surau sekolah?"

"Tau." Enam suara bergabung dengan tone malas.

"Students digalakkan bukak gerai hari tu."

"So?"

"So, kita tak dikecualikan." Epon di sebalah Apit menyampuk laju.

"Hah?" Enam pasang mata melopong.

"Ye. Apsal tayang muka luar biasa ni?" Soal Pidut.

"Korang jangan cakap yang kita nak berniaga hari tu." Ujar Batrisya dengan muka resah.

"Of course yes." Fizi angguk laju.

"Takkan nak keluarkan peluh hari tu?" Sela Bella dengan mata bulat.

"Yes, Sweetie." Boyot selaku teman lelakinya menjawab senang. Senyuman mesra dilepar pada si kekasih hati.

"Takkan nak kena kerja kuat haqhi (hari) tu?" Arissa mencelah. Tangan disilang ke dada.

"Apsal? Tak boleh?" Epon mencebik.

"Takkan nak kotorkan tangan hari tu?" Sampuk Juwana pula.

"Takde la kotor sangat pun. Bukan kau nak kena ramas najis ke apa." Pidut tayang muka bosan. Macam-macam pulak ragam minah-minah ni.

"Takkan..."

"Syyyhh!!!" Apit letak jari telunjuk dibibir mengisyarat supaya enam gadis depan dia diam. "Berapa banyak \'takkan\' hampa ni? Sikit punya hal banyak pulak kecohnya. Adeh..." Rambut hitamnya dikuis-kuis.

"Nampak je brutal semua ni. Fly la, fight la, rendam baju orang dengan clorox + petrol la...\" Mulut Fizi terkumat-kamit. \"Tapi bila cakap nak bukak gerai je banyak pulak alasan. Girls always like this ke?" Fizi pandang enam gadis depan dia. Tajam!

Aryana, Bella, Murni, Arissa, Batrisya dan Juwana pamer muka innocent. Masing-masing silang tangan. Kata-kata Fizi langsung tak dibalas.

"Korang nak jual apa?" Akhirnya Aryana lontarkan soalan.

"Haaa..." Epon, Pidut, Fizi, Apit dan Boyot koyak sengih sampai ke belakang telinga. Carl yang berada di sebelah Boyot hanya beraksi sebagai pemerhati. Langsung tak keluarkan suara.

"Soalan ni la yang kitorang nak dengar sangat-sangat." Ujar Fizi yang masih tersengih.

"Tujuan meeting kita petang ni coz nak discuss la." Sampuk Boyot. Pasir yang berterabur di atas meja batu di situ disapu dengan tangan sebelum dia melompat duduk.

"Korang nak jual apa?" Tanya Epon.

"Kita bukak butik?" Murni kasi cadangan. Matanya bersianar-sinar.

"Aku sokong!" Juwana dan Batrisya angkat tangan kanan serentak. Bella, Aryana dan Arissa angguk laju.

"Mak aii... Banyak sungguh modal korang." Tutur Fizi dengan muka terkejut.

"Mana nak cekau segala baju, handbag, heels, kain? Gila hebat cadangan." Sambung Epon pulak. Sungguh la tinggi angan-angan budak berenam ni.

"Dah tu?" Juwana bertanya dengan kening terangkat.

"Carl cadang nak jual western food. Amacam?" Boyot menyoal.

Enam gadis itu berfikir seketika. "Okay ja."

"Tapi mana nak dapat semua barang tu?" Tanya Aryana.

"Supermarket kan ada. Beli kat situ je la. Takde susah pun. Small matter je." Carl yang mute sejak tadi menjawab lancar.

Isyh! Aryana ketap bibir. Pantang dengar suara aku, mula la nak cari pasal. "Okay."

"Lagi satu gerai nak jual apa?" Soal Apit lagi.

"Yang tu bagi kitorang balik fikir boleh? Kalau nak idea sekrang tak dapat la." Balas Bella .

"Okay. Korang balik aspuri then pikir leklok. Kalau dah dapat idea bagitau." Ujar Pidut.

"Wokiesss!!!" Enam gadis bersuara.

"Chaow dulu. Ro-call time lorhh." Juwana mintak diri seraya mengerling jam ditangan. Lima minit lagi pukul 6!

"Sama lorh. Gerak dulu. Daaa..." Apit and the geng turut mengorak langkah.

***********************************

Selamat membaca n jgn lupa drop ur komen yeah.. thanks... :)

4 ulasan:

  1. Tanpa Nama9/10/09 4:45 PG

    cite best intoxicated...cepat smbung ekk writer!!!

    BalasPadam
  2. best citer ni...
    cepat la sambung x sabar nak tunggu.
    jangan si taliban buat hal lagi sudah

    BalasPadam
  3. klu dorg jhat + nkl xigt dnie, lg best!

    BalasPadam
  4. eh kire ok la 'team' dieorg neh..boyz ala2 skema coz berkhidmat tuk negare a.k.a skulah..girlz gilos2..hehehe..sgt masyuuukkkk cite ni..smbg la cpt2 erk..jgn biarkn daku t'tunggu2..(^_^)v

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan