Jumaat, Oktober 02, 2009

Novel : Finding Mr Glasses 24

Nama Pena : BlueRose

Elina duduk di perdu pokok dengan wajah yang kelat. Dia memandang tajam lima jejaka itu yang kelihatan sedang sibuk memasang khemah. Selepas itu dia memegang kepalanya geram. Lengan Tshirt yang sedikit tersingkap ditarik ke bawah kembali.

"Elina, pasanglah khemah," Daniel menghampirinya dengan muka masam. Elina beralih pandang ke tepi. Dia sebenarnya ingin ketawa melihat cara mereka semua ini memasang khemah tetapi tidak jadi kerana rasa marahnya kepada mereka berlima masih menyala. Ada ke patut dia sahaja perempuan dalam kumpulan ini. Dahlah tapak perkhemahan mereka sedikit terasing daripada kumpulan-kumpulan lain. Tentu sekarang, perkara ini menjadi bualan ramai. Malah, mungkin ada juga yang mengesyakinya sengaja berbuat begini untuk merapati X-Music dengan lebih dekat lagi. Huh!

"Tak nak. Kenapa saya kena sekumpulan dengan awak semua pulak? Awak sedar tak, saya seorang je perempuan dalam kumpulan ni. Tak boleh ke awak cari ahli kumpulan yang sama jantina?" tempelak Elina geram. Dia sudah tidak peduli mereka semua ini majikannya. Janganlah melampau-lampau. Daniel yang mendengar pula hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Apa salahnya awak satu kumpulan dengan kami. Lagipun bukannya awak satu khemah dengan kami. Kenapa? Awak takut kami menyelinap masuk dalam khemah awak malam nanti ke?" balas Ryosuke sambil tersenyum-senyum. Dia masih terkial-kial memasang khemah. Elina segera mati kata-kata. Apa yang perlu dijawabnya.

"Tapi tak manislah. Apa kata orang nanti. Awak ni, memang nak saya kena bunuh dengan peminat awak nanti ke?" Elina masih tidak mengalah. Dia betul-betul berharap agar mereka semua akan berubah fikiran dan membenarkannya satu kumpulan dengan rakan-rakannya.

"Tak ada orang akan bunuh kau sebab mereka tahu, kami tak akan minat kat kau!" tempelak Lee dingin. Elina membulatkan mata. Ish, kalau tak minat kat aku janganlah cakap camtu. Sedih tau!

"Yelah-yelah. Siapalah saya ni kan. Manalah sesuai dengan awak semua ni. Kenapa pasang khemah tak siap-siap lagi ni? Saya tengok je pun dah penat tau!" Elina bangun dan merapati mereka semua yang sedang memasang dua buah khemah. Elina tersenyum kelat pada mereka. Rasa marah kepada mereka sudah hilang tapi entah kenapa, rasa terkilan muncul pula sebaik Lee berkata begitu. Kenapa dia kisah apa yang dicakapkan Lee? Pedulikan saja. Tapi pelik juga. Kali terakhir dia berbicara dengan Lee, jejaka itu sempat tersenyum padanya. Kenapa hari ini perangainya berubah dingin kembali? Ada apa yang merasuk dia hari ini?

"Kau ingat senang ke?!" Daniel bercakap sedikit keras dengannya. Elina hanya tersenyum kecil. Lelaki memang mudah hilang sabar…

"Kalau awak guna cara yang betul, senang je," kata Elina perlahan. Dia mengajarkan cara-cara yang betul bagaimana memasang khemah kepada Daniel dan Ryosuke. Sebenarnya dia bukanlah sering sangat berkhemah tapi abangnya memang suka aktiviti begini. Adam mengajarkannya cara memasang khemah dan pelbagai lagi. Alasan abangnya, agar dia tidaklah terlalu kekok kalau berkhemah.

"Ha, kan dah jadi tu," Elina tersenyum apabila mereka berdua berjaya memasang khemah. Dia hanya memerhatikan dan memberi tunjuk ajar sahaja. Langsung dia tidak membantu. Kenapa? Rasa marah tadi ada sisanya lagi. Hihi…

"Elina, khemah awak," Wu datang menghampirinya. Elina hanya tunduk memandang khemahnya yang masih tadak terpasang. ‘Takkan aku nak pasang sorang-sorang’ detik hati Elina.

"Er, boleh tolong saya?" pinta Elina. Wu hanya tersenyum lalu mengangguk. Elina memilih tapak yang sedikit jauh daripada khemah mereka berlima. Wu membantunya tanpa banyak soal. Dia juga kelihatan cekap memasang khemah. Patutlah khemahnya yang dikongsi bersama Lee awal-awal lagi sudah siap dipasang.

"Ken," Elina terkejut apabila Ken berdiri di hadapannya tiba-tiba. Dia mengurut dada perlahan. Tba-tiba Ken menghulurkan beberapa bungkusan kepadanya.

"Apa ni?" tanya Elina dengan dahi berkerut. Dia mengambil bungkusan itu dan meneliti kandungannya. Sayur? Sardin? Beras? Kenapa ni?

"Awak akan masak untuk kami," ujar Wu sambil tersenyum kecil. Begitu juga dengan Daniel dan Ryosuke. Elina terlopong. Dia terlupa sesuatu. Perkhemahan ini, para pelajar harus memasak sendiri makanan mereka. Patutlah mereka semua ni bersungguh tidak membenarkannya kembali semula kepada rakan-rakanya. Rupanya ini sebabnya. Elina mengetap bibir perlahan.

"Oh. Rupanya begitu. Patutlah!" Elina menjeling tajam mereka bertiga yang tersengeh-sengeh selamba. Akhirnya Elina mengeluh perlahan.

"Hm, saya akan masak tapi awak semua harus cari kelengkapan memasak. Tapi saya bagi amaran ya. Saya tak pandai masak," sambung Elina. Mereka semua membalas dengan sengihan lagi. Elina menepuk dahi. Apa yang aku nak masak?!!!!

****************************************


Elina menambahkan kemarakan apinya. Elina mula mengacau masakannya. Puas difikirnya apa yang yang perlu dimasak tadi. Akhirnya dia memutuskan untuk memasak nasi goreng sahaja. Lagipun hanya itu sahaja masakan yang dia tahu buat. Selera X-Music? Dia tak peduli mereka suka atau pun tidak. Sudah cukup bagus dia sudi memasak untuk mereka, tau!

"Awak tak nak pedas kan? Nanti tak boleh makan pulak," tanya Elina apabila menyedari Daniel dan Ryosuke di sebelahnya. Mereka hanya tersenyum sinis.

"Kami suka pedas lah. Tak main lah makanan manis-manis, masin-masin ni," jawab Daniel lalu berlalu pergi dengan Ryosuke. Elina menggigit bibir marah.

"Tak nak manis-manis dan masin-masin? Jadi nak makan apa? Pahit-pahit?!" Elina membebel seorang diri.

"Suka pedas ya? Aku akan masakkan makan yang paling sedap untuk korang semua dan ini bermakna lebih…cili!" Elina mengasingkan masakannya kepada dua bahagian. Satu bahagian itu diletakkan di dalam bekas plastik. Selepas itu dia mengambil segenggam cili hijau dan merah dan dipotong dan ditumbuk halus-halus. Dia tersenyum nakal apabila cili hancur itu ditabur di atas nasi goreng di dalam kuali.

"Rasakan. Sesuka hati je nak arah orang," ujar Elina nakal. Dia membayangkan bagaimanakah rupa mereka nanti bila memakan masakan ini.

"Elina, dah siap?" tanya Daniel tiba-tiba dibelakangnya. Elina tersentak. Dia mengurut dada perlahan. Mujur sahaja perbuatannya tidak disedari Daniel. Perlahan-lahan, bibirnya mengukir senyuman.





"Dah siap pun. Panggilah yang lain. Biar saya yang hidangkan," ujar Elina. Dia menghamparkan tikar di atas tanah yang ditutupi rumput selepas Daniel beredar. Kemudian, dia mencedokkan nasi goreng ke dalam lima pinggan untuk X-Music. Untuknya pula, dia mengambil nasi goreng di dalam bekas plastik itu. Takkan dia nak mengenakan dirinya pulak. Bibirnya mengukir senyum nakal. Haha, padan muka! Hehehe!

33 ulasan:

  1. confirm dia kene marah nanti

    -first person!!!! ace.azham

    BalasPadam
  2. lari dulu tau elina..

    second person[sweeta couple]

    BalasPadam
  3. jgn tertukar nsi da ye...
    t sniri yg terkena...

    BalasPadam
  4. teruskan usaha anda...citer dah menarik ni

    BalasPadam
  5. cepat smbg!!!
    cant wait..

    BalasPadam
  6. nape smbgn cite nie lambat.....
    cepatlah sambung....

    BalasPadam
  7. msti gmpak kn...
    msti dieorg kepedasan smpai minum air sungai..
    hahahahahahaha

    BalasPadam
  8. alahai... lamenyer tggu neh....
    nape lame sgt nk upload..??

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama28/2/10 1:52 PG

    kenape lama sgt upload....
    dh penat tnggu ni...

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama8/3/10 6:54 PTG

    bile nk kua novel

    BalasPadam
  11. best la cite nie... cpat la smbung... cetak jadi nvel lg bgus...

    BalasPadam
  12. best la cite nie... cpat la smbung... ctak jadi novel lg bagus.

    BalasPadam
  13. cpat la smbung.. tiap2 mlm bka asyik x smbung ja.. cpat la..

    BalasPadam
  14. cept la smbg bez tol la xsbo nk bce ending..

    BalasPadam
  15. crite nie dh xda smbungnnye ke..???tlgla smbng...xbest bce crite trgntung nie...

    BalasPadam
  16. mana sambungan cer ne???naq tahu apa jd dgn ellina

    BalasPadam
  17. cepat la sambung.........................

    BalasPadam
  18. ble nk smbung seyhhh................................

    BalasPadam
  19. so far this story nice......

    BalasPadam
  20. ala cpt arr smbungannye huhu

    BalasPadam
  21. cmbung arr cpt2 ngah best nie................

    BalasPadam
  22. spe taw blog tuan yg wat cte nieh????

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama2/4/11 9:02 PTG

    eee x sambg2 lagi kew?
    b'zaman nak tunggu...
    cpt la smbungggg

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama1/7/11 8:10 PTG

    cter ni xde smbungan k?? best la cter ni. xsabar nk tgu smbungan dia..

    BalasPadam
  25. lme nyerrr nk tggu citer nie nk smbong...'bluerose'ade blog ark? Dh 2 thn tnggu auw!!!

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama7/9/11 1:07 PTG

    aah...nk tw le ending die cpt...spe yg die suke..lee ke....

    BalasPadam
  27. bestnye.... sbg cpt k...

    BalasPadam
  28. Tanpa Nama3/1/12 12:11 PG

    bile nak sambong ni??????????da masok tahun baru da pon.......still tak smbong2 lg..........cpt la sambong yek..........please.............

    BalasPadam
  29. Tanpa Nama3/1/12 4:23 PTG

    kenape abg die x suke x-music

    cpt2 smbg tau x sabar nak tau reaksi daniel and ryosuke mcm mane

    BalasPadam
  30. Tanpa Nama27/1/12 3:26 PG

    bile nk smbung?....cepat..hehehe..

    BalasPadam
  31. bes sgt...cpt smbng yer..

    BalasPadam
  32. ala,,,tgh seronok2 bce,,tergendala plak,,alah,,,cepat le smbg,,,

    BalasPadam
  33. Tanpa Nama6/6/12 1:56 PTG

    kt sni ade smbungan ceta ni.. http://coretanbluerose.blogspot.com til end...nice story...love it...

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan