BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, Oktober 27, 2009
Novel : Diburu Dendam 4
Nama Pena : Mawar Baiduri

Keserlahan warna-warni di taman ayahnya memeningkan kepalanya. Kicauan burung-burung yang terbang cergas bagaikan mentertawakan kesedihannya. Lambaian bayu yang menguak rambutnya terasa sejuk sampai ke tulang. Cahaya mentari petang yang bersinar indah dirasakan terik membakar kulitnya. Segala yang suka dinikmatinya sebelum ini dirasakan serba tidak kena.
Setelah tiga minggu Helena menjadi arwah, Daniel masih tidak dapat menelan kenyataan pahit itu. Terngiang-ngiang di telinganya suara Helena yang manja. Terbayang-bayang di matanya wajah Helena yang ayu. Terasa lembut dan mesra sentuhan terakhir Helena pada pipinya. Dipejamkan mata, mengharapkan semuanya hanya mimpi ngeri yang akan berakhir setelah dicelikkan matanya kembali.
"Danny." Terdengar suara ayahnya menegur. Dibukanya mata melihat ayahnya yang entah bila berada di sisinya.
"Ya, Abah?"
Ayahnya mengambil tempat duduk di kerusi taman di sebelahnya. "Abah nak cakap sikit."
Dato’ Ridzuan diam seketika, mencari kata-kata yang sesuai untuk membuka bicara. Ditenung wajah muram anaknya itu dalam-dalam. Jiwa kental seorang anak muda yang sedang remuk-rendam dirundung kesedihan hanya boleh dicucuk dengan satu cara; challenge.
Dato’ Ridzuan tahu, anaknya pantang dicabar.
"Berapa lama masa yang kau perlukan untuk menghukum diri atas ketentuan Tuhan?"
Tersentak Daniel mendengar suara tegas ayahnya. Belum sempat dia menjawab, ayahnya menyambung, "Dunia terus berputar, Danny. Hidup mesti diteruskan, kewajipan mesti ditunaikan. Now wake up and stop grieving! The world needs you, our company needs you, I need you!"
"Abah, saya..."
"Sudah. Kalau kau nak terus hidup dalam kesedihan kau, be my guest. Tapi kau harus ingat, bukan itu yang Helena inginkan dari kau. Abah juga tak mahu seorang yang lemah emosi melaksanakan tugas sebagai COO of our company, you understand? I’ll consider someone else from the upper management to take that position if you are not interested!"
Dengan itu, Dato’ Ridzuan bingkas bangun dan terus berlalu, membiarkan Daniel duduk termangu keseorangan memikirkan segala kata-katanya. Perasaannya bercampur-baur. Marah ada, sedih pun ada. Tapi yang paling ketara adalah rasa malu kerana mengecewakan ayahnya.
Lama Daniel begitu. Setiap butir perkatan yang keluar dari mulut Dato’ Ridzuan berpusing-pusing dalam kepala.
Sewaktu azan Maghrib berkumandang memecah suasana senja, Daniel bangkit dari kerusi dan berjalan masuk ke dalam. Ada kesegaran pada wajahnya, ada rentak baru dalam langkahnya. Esok adalah hari baru buatnya, tetapi untuk malam ini dan malam-malam yang selanjutnya, Surah Yassin akan terus dihadiahkan buat dua orang wanita teristimewa—arwah ibunya Zubaidah.
Dan Helena.

*********************************

Keesokan harinya, Dato’ Ridzuan turun bersarapan seperti biasa pada pukul 7.30 pagi.
Telur ayam setengah masak, roti disapu sekaya dan kopi panas sedia terhidang di atas meja makan.
"Saya tak balik makan tengahari ni, Kak," kata Dato’ Ridzuan kepada Makcik Ramlah sambil meletakkan briefcase di sisinya. Akhbar New Straits Times yang baru tiba pagi itu dicapai."Ada function di hotel. Kakak sediakan makan tengahari untuk si Danny saja. Itupun kalau dia nak makan."
"Err...Dato’." Makcik Ramlah menudingkan jarinya ke arah Daniel yang sedang menuruni anak tangga. Dato’ Ridzuan yang sedang mengangkat cawan untuk menghirup kopi terhenti. Dilihatnya ke arah telunjuk Makcik Ramlah, lantas dia ternganga.
Anak bujangnya yang setelah sekian lama memerap di dalam bilik, tidak bertegur dengan sesiapa, asyik termenung dan menyendiri, kini lengkap berpakaian kemas. Suit biru gelap dan kemeja putih membaluti tubuhnya yang tinggi lampai. Tali leher sutera diikat kemas, menampakkan gaya ekslusif seorang eksekutif muda.
Tiada lagi wajah yang suram bermuram-durja, tiada lagi kesedihan dan kekecewaan memenuhi jiwanya. Dengan tekad dan kekuatan baru, Daniel melangkah penuh keyakinan untuk menghadapi hari-hari mendatang dengan perasaan yang lebih tenang.
"Selamat pagi, abah." Daniel mengambil tempat duduk bertentangan dengan ayahnya. Dato’ Ridzuan hanya mampu memerhati anaknya mencapai roti dan menyuapnya ke mulut.
Menyedari renungan ayahnya, Daniel terhenti, lalu ketawa. "Kenapa abah?"
"Eh, tak ada apa-apa," balas Dato’ Ridzuan lantas menyambung semula perhatian kepada halaman perniagaan di dada akhbar. Di sebalik helaian akhbar, senyumnya mula melebar.
Alhamdulillah. He’s down but he’s already getting up. That’s my boy! Begitu bisik hati Dato’ Ridzuan. Kepalanya mula berputar ligat mengatur jadual hari itu. Kebetulan ada mesyuarat pengurusan pukul 10.00 pagi nanti. Daniel akan diperkenalkan kepada mereka yang belum pernah bertemu dengannya.
Sebagai salah seorang pemegang syer terbesar Nusa Perkasa Holdings, Daniel sudah biasa dengan aktiviti firma itu kerana rajin mengekori ayahnya ke pejabat sejak dia masih di bangku sekolah. Semua kakitangan, dari tukang cuci hinggalah ke pihak pengurusan atasan, mengenalinya sebagai anak boss yang ramah dan mesra. Namun terdapat beberapa orang eksekutif yang baru dilantik sewaktu Daniel di luar negara. Mereka harus dipertemukan. Gandingan anaknya bersama eksekutif-eksekutif muda itu pasti membuahkan idea-idea yang segar lagi dinamik.
Sepanjang perjalanan ke pejabat, Daniel tidak putus-putus betanyakan perkembangan terbaru Nusa Perkasa Holdings yang mengusahakan pembangunan sistem perisian komputer. Dato’ Ridzuan tidak jemu menjawab segala pertanyaan anaknya. Bangga benar dia dengan keinginan Daniel membabitkan diri dalam perihal syarikat. Tambahan pula, Nusa Perkasa Holdings bakal diwarisi anaknya kelak. Semestinya Daniel perlu tahu segala selok-belok syarikat yang akan diterajuinya suatu hari nanti.
Kehadiran Daniel disambut dengan pelbagai reaksi oleh semua pihak. Rata-ratanya gembira dapat bertemu semula dengannya setelah lama tidak bersua. Terutamanya staf-staf wanita yang dahulunya masih anak dara sebelum keberangkatan Daniel ke luar negeri, sama-sama jatuh hati pada anak boss yang kacak lawa. Walaupun kini ramai yang telah berkahwin dan beranak-pinak, itu tidak menghalang mereka mengerumuni dan menegur Daniel sepanjang dia mengekori ayahnya ke chairman’s office suite. Seperti mana kebiasaannya, Daniel tetap ramah dan sabar melayan kerenah mereka. Tidak ubah seperti putera raja dengan rakyatnya.
Beberapa orang muka baru hanya memerhati dari jauh, tertanya-tanya akan siapa gerangan yang berjalan seiringan dengan Pengerusi syarikat itu. Nampaknya macam orang penting, segak dan berkarisma.
"Siapa tu? Tak pernah nampak pun sebelum ni," Azarul Idris, pengurus kanan bahagian operasi bertanya pada rakan di sebelahnya sebaik mereka keluar dari perut lif. Dahinya berkerut melihat kakitangan bawahannya berkumpul begitu.
"Itulah Daniel, anak tunggal Dato’ Ridzuan. Baru balik dari US," jawab Majidi, pengurus bahagian pemasaran.
"Apa tujuannya datang hari ni?"
"Eh, takkan tak boleh. Dia kan antara major shareholders. Khabarnya, dialah bakal new COO kita yang akan menggantikan Encik Ramzi," balas Majidi sebelum berlalu ke biliknya.
Bertambah lagi kerut di dahi Azarul mendengarnya. "New COO? Semudah itu? What about me? Tak layakkah aku after all that I’ve done?" hatinya berbisik.
"Kamu semua ni kenapa? Tak reti nak buat kerja ke? Membising macam pasar! Kalau tak nak kerja, berhenti!" sergahnya pada staf-staf bawahan yang masih lagi leka berkumpul dan berbual rancak sesama mereka walaupun Daniel tidak kelihatan lagi.
Tersentak mereka semua, ditambah pula dengan renungan tajam yang turut dilemparkan macam peluru berpandu oleh sang ketua. Bergegas-gegas mereka ke tempat masing-masing. Azarul melangkah masuk ke biliknya lalu menghempaskan pintu. Bergegar dinding dibuatnya.
"Apa kena mamat seorang tu? Angin tidak, hujan tidak, tiba-tiba ribut petir. Buang tebiat ke?" Normala yang mengendalikan operasi pemasaran tiba-tiba bersuara, memecahkan suasana yang sebentar tadi sepi seketika.
"Adalah tu. Bujang terlajak, biasalah. Mesti ada hari tertentu dia nak buat perangai. Ala, macam kau orang perempuan jugak. Bila datang ‘masa tu’, kami orang lelaki pun naik pening tau," usik si Badrul yang baru dua bulan melangsungkan perkahwinan.
"Diamlah, Bad! Engkau, kalau tak mengutuk kami orang perempuan, memang tak sah! Macam mana isteri kau tu boleh tahan? Kesian dia," balas pula si Rozie. Berderai ketawa mereka mendengarnya. Suasana yang tegang mula kendur. "Tapi, betullah. Angin semacam je Encik Azarul tadi. Mesti ada kena-mengena dengan anak boss."
"Hish, Rozie! Tak baik cakap macam tu. Entah-entah, dia ada problem lain. Tak elok buat cerita," tegur Puan Jamaliah yang mengetuai bahagian perhubungan awam. Dihulurkan satu fail kepada kerani muda itu. "Ambik fail ni, taipkan report seperti biasa. Jangan ada yang salah pulak macam selalu."
Rozie mencebik. "Baiklah, kak. Eh, tapi kan, saya rasa la, Encik Azarul tu jealous kut? Yalah, Encik Daniel kan berjuta-juta kali lebih handsome daripada dia. Mesti Encik Azarul langsung tak laku lepas ni!"
"Rozie!"
Gadis yang nakal itu hanya ketawa mengekek.
"Ha, gelaklah puas-puas. Buatnya jodoh awak dengan Encik Azarul nanti, baru padan muka," marah Puan Jamaliah lagi. "Sudah, buat kerja tu cepat. I nak before lunch."

*********************************

Ketukan di pintu menghentikan sebentar gerakan pantas jari-jemarinya pada keyboard. "Yes, come in."
Karina, setiausahanya yang sebelum ini bertugas sebagai setiausaha Encik Ramzi melangkah masuk. "Ini dia fail tender quotation yang Encik Daniel minta tadi."
"Hai, dari pagi tadi saya minta baru sekarang saya terima. Siapa yang peram fail ni?" tegur Daniel. Dicapainya fail itu lalu diselak ke halaman yang paling terkini.
"Encik Azarul. Dia nak buat rujukan untuk prepare quotation bagi satu tender yang baru disiarkan di akhbar."
Dahi Daniel berkerut. "Tender baru? Kenapa saya tak dimaklumkan?"
Karina mengangkat bahu, serba salah. "Maaf, Encik Daniel. Saya pun tak pasti kenapa. Mungkin dia terlupa?"
Daniel tersenyum. "Bagaimana pula dia boleh terlupa nak maklumkan big issue macam ni pada saya? I thought I’m the COO for this company. Looks like he thinks differently. Tak mengapalah. Awak panggilkan dia jumpa saya sekarang juga."
Tersipu-sipu Karina melangkah keluar dari biliknya. Sambil melepaskan satu keluhan, Daniel bersandar pada kerusi. Pelbagai anggapan menerjah benaknya.
Setelah sebulan dia dilantik sebulat suara oleh ahli lembaga pengarah sebagai Chief Operation Officer yang baru bagi Nusa Perkasa Holdings, masih terdapat beberapa perkara yang belum dapat ditangani sepenuhnya. Terdapat segelintir daripada pihak pengurusan atasan yang menganggapnya terlalu muda dan mentah untuk memikul tanggungjawab sebesar itu. Beberapa keputusan diputuskan tanpa sebarang rujukan atau persetujuan daripadanya terlebih dahulu.
Azarul, contohnya, seolah-olah tidak senang dengan kehadirannya. Bagaikan ada sesuatu yang menjadi punca kepada sikapnya itu. Setiap kali mesyuarat pengurusan diadakan, ada saja cadangannya yang dipertikaikan, ada saja keputusannya dipersoalkan. Azarul kelihatan seperti menganggap dirinya lebih superior daripada anak boss yang senang-senang muncul mencapai jawatan tinggi.
Daniel bangun dari kerusi lalu merenung ke luar dinding kaca. Kota metropolitan Kuala Lumpur kelihatan paling hidup pada waktu tengahari begini. Berpusu-pusu warganya menjalankan kehidupan masing-masing. Kenderaan memenuhi jalan, menyesakkan hidung dan telinga dengan asap dan kebisingannya. Restoran-restoran dan gerai-gerai makan mula dibanjiri kerana waktu makan tengahari yang baru bermula. Perutnya sendiri mula berkeroncong minta diisi.
Tetapi, tunggu dulu. Terdapat perkara yang lebih penting perlu diselesaikan.
"Masuk," suruh Daniel apabila pintu biliknya diketuk. Azarul melangkah masuk dengan muka yang masam mencuka.
"Kalau nak jumpa I pun, tak boleh tunggu lepas lunch ke?" dengan beraninya Azarul merungut.
Daniel hanya tersenyum kecil. "Have a seat, Zarul."
Azarul kekal berdiri, malas dia menurut pelawaan Daniel. "Apa halnya ni, sampai tak boleh tunggu makan?"
Geram juga hati Daniel melihat perlakuan Azarul yang langsung tidak menghormatinya sebagai seorang ketua. "Okay, we get straight to the point. Tender apa yang you cuba dapatkan without my approval?"
Azarul bungkam sebentar. "Macam mana you tahu?"
"Itu tak penting. Yang penting is what tender are you trying to get, and why didn’t you consult with me first?" Nada suara Daniel mula berbunyi tegas.
"Tender dengan Far East Comm untuk upgradekan software firewallnya," Azarul menjawab, endah tak endah.
"Without my knowledge or approval?"
"What for?"
Menyirap darahnya mendengarkan jawapan Azarul itu. "You ingat I ni patung ke dalam bilik ni, you buat sesuka hati tanpa sebarang perbincangan?"
"Sebelum ni, Encik Ramzi tak pernah sibuk pun nak tahu sebarang tindakan I. Dia sentiasa bagi I green light to proceed with any plan yang I rasakan bagus for this company."
"You are not working under Ramzi anymore. You are working under me. Don’t forget that."
Azarul merenung Daniel dengan tajam. Nafsu amarahnya makin meluap-luap. Budak mentah ini semakin berani menunjukkan kuasanya. Kalau dengan Ramzi yang berusia separuh abad itu, tidak pernah timbul masalah sebegini. Semua perancangannya diterima bulat-bulat tanpa perlu sebarang kebenaran. Ini kerana Ramzi percaya dia sentiasa melaksanakan yang terbaik untuk syarikat itu. Kewibawaannya sebagai pengurus kanan operasi bukannya sedikit. Banyak projek yang telah berjaya dibawa masuk untuk Nusa Perkasa Holdings. Tetapi kini, Daniel seakan cuba menyekat autoriti yang ada padanya.
"Baiklah. Sekarang you dah tahu, I suggest we proceed with the tender proposal to Far East," kata Azarul.
"No."
"What?!"
"I said no. Batalkan saja tender proposal tu."
"But we can make huge profit here. Our prices are competitive."
"Our risk is greater. You tak buat sebarang background research dulu ke?"
"Tapi Far East Comm is one of the biggest telecommunication companies in this country. Financialnya outstanding. Mereka tak ada masalah untuk bear any price we offer."
"Financial sahaja? Macam mana dari segi lain?"
Perasaan geram makin membengkak di dada Azarul. Banyak pula soal jawabnya. Perkara lazim yang dilakukannya kelihatan banyak pula cacat cela di mata Daniel. "Apa lagi yang you tak puas hati?"
"You nak tahu kenapa I tak mahu sebarang tender dengan Far East Comm even after I’ve read their ad on yesterday’s paper? They are in the middle of a legal proceeding concerning patent rights and higher level corruption. Are you not aware of any of this?"
Azarul hanya mendiamkan diri walaupun darahnya semakin mendidih. Dia memang tahu akan prosedur undang-undang yang sedang dihadapi olah Far East Communication. Tetapi dia pasti situasi itu akan berakhir tidak lama lagi. Baginya, itu semua tidak penting melainkan nilai tender yang melampaui jutaan ringgit.
"You tahu apa akan jadi if they lost their fight? Their upper level of management will be reconstructed. Or worse, they might have to liquidate."
"If they lost. Kalau mereka menang, nothing will change."
"That’s where you’re wrong. Jika mereka menang pun, their good name has already been dragged through mud. Mereka akan kehilangan sokongan pasaran. And what are we doing, trying to join in their losses? It’s like chain reaction, Zarul. That’s business. Kita mesti melindungi kepentingan kita walaupun ganjaran lumayan dipamer di depan mata."
Tanpa sebarang kata-kata, Azarul terus berpusing menghala ke pintu. Daun pintu yang dihelak kasar dihempaskan dengan sengaja. Bagaikan sebutir bom, meledak api kemarahan dalam diri Daniel.
"Makin melampau !" getus hati kecilnya. Dia mengurut-urut dahi di mana migrainenya mula menyerang.
Beberapa minit kemudian, dia melangkah longlai ke suite ayahnya. Nasibnya baik, Dato’ Ridzuan masih belum keluar makan tengahari. Meja yang selalunya kemas teratur, bertimbun dengan pelbagai proposal dan jurnal. Kala itu, Dato’ Ridzuan sedang khusyuk membaca satu artikel tanpa menyedari kelibat Daniel yang bersandar di ambang pintu. Apabila dia mengangkat kepala, dahinya berkerut apabila terpandangkan wajah anaknya yang tersirat pelbagai rasa.
"Lunch abah?" ajak Daniel sambil datang menghampiri. Dicapainya senashkah jurnal perniagaan berbahasa Inggeris. Diselaknya helaian-helaian jurnal itu tanpa membaca sebarang isi yang terkandung.
Dato’ Ridzuan faham benar dengan perangai anaknya. Jika terdapat sesuatu perkara yang merunsingkan hati Daniel, kepada ayahnya seorang tempat dia mengadu. Tetapi, dia gemar melengah-lengahkan masa untuk meluahkan rasa hati. Setelah didesak, barulah dia akan bercerita.
Dato’ Ridzuan bingkas bangun dari kerusinya. "Ke mana tengahari ni? Seri Melayu?"
Daniel hanya mengangguk tanpa sebarang kata-kata.
"Dah sah ini kes berat," bisik Dato’ Ridzuan dalam hatinya.
Sepanjang mereka menikmati makan tengahari, Daniel tidak banyak bersuara. Sepatah ditanya ayahnya, sepatah yang dijawab. Naik risau Dato’ Ridzuan dibuatnya, takut kalau-kalau kesedihan akibat kehilangan Helena memanjat lagi jiwa Daniel.
"Apahalnya ni, Daniel? Muka muncung macam burung belatuk. Something’s wrong?"
Tergelak Daniel mendengarkan perumpamaan ayahnya. "Burung belatuk?"
"Kalau tak percaya, pergi tengok dalam cermin. Saling tak tumpah! Muka masam, paruh ke depan, tak berbunyi-bunyi dari tadi. Ada masalah ke?"
Daniel menghela nafas panjang. Kalau diberitahu masalahnya, kurang sedikit rasa bengkak di hati. Tetapi, akan menampakkan sangat kewibawaannya sebagai ketua yang sedikit goyah di mata ayahnya sendiri.
"Problem dengan one of your staffs? Azarul misalnya?" Dato’ Ridzuan meneka.
Bungkam Daniel sebentar sebelum dia mampu bersuara, "A...abah dah tahu?"
"Masakan tidak. Abah memang dah agak situasi macam ni akan berlaku." Dato’ Ridzuan berhenti seketika untuk meneguk air. "Azarul is a good worker. Rajin, resourceful, inovatif, jenis pekerja yang kita cari selalu. Cuma dia ni agak panas baran dan emotional. Abah tahu dia kurang senang dengan keputusan Lembaga Pengarah untuk melantik kau sebagai COO. Azarul fikir kita tidak menghargai segala sumbangannya selama ni. Dia juga menganggap perlantikan kau itu semata-mata satu bentuk nepotisme."
Daniel merenung ayahnya. "Isn’t that the case, Abah?"
Dato’ Ridzuan membalas renungan anaknya dengan serius. "It’s that what you think? Kau juga fikir perlantikan kau adalah satu nepotisme?"
Satu ketawa kecil terbit di bibirnya. "Daniel, Daniel. Kau lupa siapa diri kau yang sebenarnya dalam Nusa Perkasa. Apart from me, you are the major shareholder. Mama kau sempat wasiatkan syernya pada kau sebelum dia meninggal, dan abah sebagai proxynya until you turned twenty one. Now, when I die, ..."
"Abah, don’t say that," Daniel memotong cakap ayahnya, kurang senang bila ayahnya menyebut soal mati.
"Come on, dengar dulu. Bila Abah tiada nanti, kaulah pewaris semua syer Abah. Nusa Perkasa will be yours. Kalau kau tidak mula sebagai COO, di mana lagi kau nak mula untuk menyesuaikan diri kau di tampuk tertinggi syarikat?"
Daniel hanya mampu menundukkan kepala, sambil jari-jemarinya bermain-main di bibir gelas. Kalau Azarul befikiran begitu, bukankah baik. Tidaklah aku pening kepala macam ni, bisiknya dalam hati.
Serentak itu, seorang wanita muda yang jelita singgah di meja mereka. "Eh, Dato’ pun lunch di sini hari ni?" gadis itu menegur.
Dato’ Ridzuan lantas bangun untuk berjabat salam. "Ya, Nurin. Sesekali tukar selera," balas Dato’ Ridzuan dengan mesra. "Ha, inilah Daniel, anak saya. Daniel, ini Nurin Sofea, wartawan TV yang terkenal tu."
"Oh, inilah anak tunggal Dato’," ucap Nurin sewaktu berjabat salam dengan Daniel. "Dato’ selalu cerita pasal you. Sekarang baru berpeluang bersua muka. Apa khabar?"
"Er..aa..baik." Kejelitaan Nurin yang memukau seakan-akan meragut kemampuan Daniel untuk bersuara. Buat pertama kalinya, setelah sekian lama, hatinya tiba-tiba berdebar-debar berhadapan dengan wanita selain Helena. Namun dia tidak sanggup membuat analisa tentang perasaan anehnya itu, apatah lagi di hadapan ayahnya. Malah, dia sendiri tertanya-tanya tentang keakraban yang jelas antara Dato’ Ridzuan dan Nurin.
Nurin sejurus itu meminta diri untuk meneruskan tugasnya yang kebetulan menggunakan restoran itu sebagai lokasi penggambaran rancangan majalah TVnya. Daniel merenung wajah Dato’ Ridzuan yang masih tidak putus senyum. "Macam mana Abah kenal dia?"
"Lebih kurang tiga bulan lepas, bila dia interview Abah bagi ruangan bisnes untuk rancangan TVnya tu," jawab Dato’ Ridzuan. "She’s a nice person. Hardworking. Program yang dia hoskan itu adalah terbitannya sendiri, her own brainchild. And she’s only 25, just like you."
Ayahnya mengalih topik perbualan kepada isu-isu semasa dalam negeri pula. Daniel hanya mendengar. Akal fikirannya masih berputar-putar ligat mengenangkan sikap mesra ayahnya dengan Nurin sebentar tadi. Akrab benar, macam sudah kenal bertahun-tahun. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa Dato’ Ridzuan akan menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita, tambahan pula dengan wanita semuda Nurin. Namun kemesraan mereka berdua tadi memberikan suatu gambaran yang kurang jelas untuk dia fahami.
Persoalan itu terus berlegar-legar dalam kepalanya semasa dia menyambung tugas di pejabat. Hilang sekejap masalah dengan Azarul, muncul pula perkara lain menerjah benaknya.


Bersambung...
posted by Penulisan2u @ 4:08 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
4 Comments:
  • At 27/10/09 11:23 PG, Anonymous r said…

    wow..tentu jalan cerita yang menarik...

    teruskan...

     

  • At 28/10/09 1:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    lama nya tunggu
    baru smbung

     

  • At 8/4/10 10:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    makin boring je pom

     

  • At 10/11/10 2:09 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Nak baca lagi sambungan cerita ni.Cerita ni mmg best.Bila nak upload "Diburu dendam 5"? x sabar nak baca da ni!!! -orang pulau Banggi-

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group