Jumaat, Oktober 16, 2009

Novel : Dibius Cinta 20

Nama Pena : Jeje a.k.a Siti Maziah

BAB 30
Cazlin Amalina menangis lagi setelah naik ke biliknya. Sewaktu dia sedang menyiapkan sarapan pagi dengan pembantu rumah mama iaitu Yanti. Ketika Adam Shafiq turun ke meja makan, dilihatnya Adam Shafiq memakai baju kerja yang lain. Sedangkan dia telah siap menggosok dan menyediakan baju kerja Adam Shafiq. Benci sungguh Adam Shafiq pada dirinya hinggan tidak mahu menyentuh baju kerja yang telah disiapkannya.

Begitu juga peristiwa subuh tadi. Sewaktu dia bangkit dari tidurnya, Adam Shafiq sudah tiada di pembaringannya. Tau-tau sahaja dari pembantu rumahnya, suaminya itu sembahyang berjemaah di masjid. Hina sungguhkah dia di pandangan mata Adam Shafiq? Ya tuhan, aku tahu bahawasanya aku berdosa pada suamiku. Berdosa kerana berpergian tanpa izin darinya. Tetapi aku tidak pernah menduakannya dengan lelaki lain. Aku masih tahu batasku sebagai seorang isteri. Aku cinta dia, tuhanku. Aku sayangkan suamiku sepenuh hatiku. Aku mencari jawapan kepada semua permasalahan yang timbul. Kau bukakan hijab kebenaran padaku. Izinkan aku menegakkan kembali maruahku sebagai isteri kepada Adam Shafiq. Hanya padaMu aku memohon pertolongan.

Ayuni memasuki bilik adik kembarnya. Geram sungguh dengan tabiat adiknya kebelakangan ini. Balik sehingga lewat malam. Bahkan mabuk malam tadi. Mujurlah mama dan papa sudah tidur. Pukul 3 pagi, Nana iaitu kawan Ayuna yang menghantarnya pulang. Masa tu rasa nak lepuk muka Ayuna yang sudah tidak sedarkan diri. Mabuk menonggang air setan.

Ayuni menarik gebar yang menyelimuti tubuh Ayuna.

"Apahal ni? Kacau orang pagi-pagi ni." Ayuna menarik kembali selimutnya.

"Apa nak jadi dengan kau ni? Sejak bila kau dah teguk air setan? Kau nak jadi apa ni?" marah Ayuni sambil menarik lagi selimut adiknya.

Ayuna mendengus. Matanya yang masih mengantuk membuatkannya malas mahu mendengar syarahan Ayuni.

"Aku punya suka la…," perlahan sahaja Ayuna menjawab kata-kata kakak kembarnya. Dia melayan tidurnya kembali. Setelah agak lama tertidur, Ayuna melihat kakak kembarnya itu sudah tiada lagi di dalam biliknya.

"Dah berambus pun," getus hati Ayuna. Dia menyambung tidurnya kembali.

Ayuni membelek diari kepunyaan Ayuna yang diambilnya ketika masuk ke bilik Ayuna. Sudah berhari-hari dia mencari diari adiknya. Baru hari ini dia menemui diari tersebut yang barangkali terjatuh di atas lantai ketika adiknya sedang nyenyak tidur. Bukanlah dia mahu menyibuk dan sengaja mahu membaca diari adiknya. Dia tahu memang tidak baik membaca diari orang lain. Tetapi jika hanya itu sahaja cara untuk mengetahui perihal adiknya yang semakin liar akhir-akhir ini, dia terpaksa juga melakukannya.

Dia menyelak diari adiknya mencari sesuatu yang menarik perhatiannya. Matanya terhenti pada helaian yang bertarikh 13 April 2006.


Aku keliru. Aku buntu. Terasa sesuatu yang bergerak di dalam rahimku. Apa yang harus aku lakukan. Haruskah aku beritahu pada mama? Oh, tidak mungkin. Aku tak sanggup melihat air mata mata menitis kerana perbuatanku. Tidak!!! Bukan aku merelakannya. Aku diperdaya. Aku telah diperkosa oleh lelaki bertopengkan haiwan. Aku benci dia!!! Siapakah yang yang harus kuberitahu perihal nasibku? Aku malu. Aku takut….


Ayuni mengucap panjang. Ayuni meneruskan lagi pembacaannya di helaian yang seterusnya.


26 April 2006

Satu lagi kesilapan telah aku lakukan. Aku rasa bersalah yang teramat. Aku telah menggugurkan bayiku sendiri. Aku takut. Namun, kak Hana sentiasa di sisi menenangkan diriku. Saat aku rasakan tiada sesiapa di sisi. Kak Hana sahaja yang sudi membantuku. Kak Hana menyuruh aku membuat semua ini demi mama. Ya, jika mama tahu… pasti penyakit jantungnya akan kembali menyerang. Aku tak sanggup kehilangan mama.


Ayuni melepaskan keluhannya. Ya Allah, kalaulah aku lebih prihatin dengan masalah adikku. Pasti dia tidak akan terjebak dengan semua ini. Aku tidak pernah cuba memahaminya. Setiap kali aku cuba mendekatinya, setiap kali itulah Ayuna akan menjauhinya. Mengapalah adiknya dipertemukan dengan wanita seperti Hana Nadiah? Wanita yang telah mengajar adiknya melakukan perbuatan yang terkutuk. Membunuh bayi yang tidak berdosa.

Tiba-tiba fikirannya teringatkan sesuatu. Kak Lin? Adakah kak Hana atau Ayuna mempunyai apa-apa kaitan dengan kes keracunan kakak iparnya? Memandangkan kedua-duanya begitu membenci buah hati pengarang jantung alongnya.

Dia cuba mencari helaian bertarikh sekitar 23 September 2009. Itu adalah hari di mana Cazlin Amalina mengalami keracunan hingga membawa kepada keguguran kandungannya.


24 September 2009

Tuhan…aku takut. Tuhan..ampunkan aku. Aku telah membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Bisa terampunkah dosa-dosaku ini. Semalam, aku terdengar akan rancangan along untuk membawa kak Lin menikmati makan malam. Lalu aku dan kak Hana telah terlebih dahulu sampai ke restoran sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur itu. Waiter yang bertanggungjawab untuk menghidangkan makanan untuk Kak Lin telah kami upah untuk meletakkan racun yang tidak aku ketahui dari mana datangnya.

Semuanya dirancang dengan teliti oleh wanita berhati syaitan itu. Waiter itu telah diupah dengan sejumlah wang yang amat besar. Malah, waiter itu akan terus menghilangkan diri sebaik sahaja kerjanya selesai. Liciknya kak Hana. Aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kak Hana telah mengugutku. Segala rahsia diriku akan diberitahu kepada mama. Aku takut… aku cuba melawan. Namun kak Hana lebih bijak memainkan peranannya. Aku tidak mahu kesihatan mama semakin terjejas.

Aku tidak mahu apa-apa terjadi pada mama. Maafkan Yuna, kak Lin. Yuna terpaksa…


Ayuni mula menggigil. Menahan kemarahan yang teramat, kecewa dan takut. Diari Ayuna terlepas dari pegangannya. Ya Allah, apa yang telah terjadi? Mengapakah sejauh ini harus Ayuna bertindak? Semuanya kerana bergurukan wanita terkutuk itu. Dia melangkah ke bilik Ayuna beserta dengan diari Ayuna di tangannya.

Ayuni menarik selimut yang membungkus tubuh Ayuna. Tubuh Ayuna ditarik lalu wajah adiknya dilempang sekuat hati.

Ayuna yang masih terpisat-pisat meraba-raba pipinya.

"Apa masalah kau ni? Suka hati je nak lempang orang!" Ayuna mulai meninggikan suaranya.

"Aku yang patut tanya apa masalah kau. Sejak bila perangai kau macam ni? Kau nak jadi setan ke dengan buat semua ni?" jerit Ayuni sambil mencampakkan diari itu ke tubuh Ayuna.

Wajah Ayuna mulai berubah pucat saat diari yang menjadi temannya selama ini terlempar ke tubuhnya.

"Sampai hati kau buat kak Lin macam tu. Apa dosa dia pada kau? Apa dosa bayi dia yang belum nak kenal dunia tu? Mana pergi pertimbangan kau sebagai manusia?"

Ayuna jatuh terjelepok ke lantai. Hilang semua rasa egonya. Mukanya pun tak mampu diangkat.

"Yuna takut. Perempuan tu ugut nak bagitahu mama. Ayun tau kan mama sakit jantung. Kalau mama tau.."

"Ye, Ayun tahu.Tapi kita bukan tuhan, dik. Kenapa insan yang tak berdosa harus dijadikan korban atas kesilapan kau sendiri?"

Tiba-tiba pintu bilik Ayuna terbuka.

Ayuna dan Ayuni terkejut. Mamakah?

Muncul Cazlin Amalina di muka pintu.

Ayuna dan Ayuni terkesima.


BAB 31

Cazlin Amalina perlahan-lahan melangkah ke katil Ayuna. Dia melabuhkan duduknya perlahan di katil yang empuk itu. Kedua beradik kembar itu hanya diam membisu. Masing-masing kelu untuk berbicara.

"Akak dah dengar semuanya,"perlahan sahaja Cazlin Amalina menuturkannya. Haruskah dia menjerit? Menjerit dan menangis seperti orang gila setelah kebenaran telah diketahui.

"Akak…" Ayuni mendapatkan kakak iparnya. Dia duduk di sisi wanita itu.

"Semua dah jadi pun.," air matanya laju menuruni pipinya. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa hatinya berlagu sendu yang teramat tika ini. Pandangannya kosong.

Ayuna berlari ke arah kakak iparnya dan memeluk kaki wanita itu.

"Maafkan Yuna, kak. Yuna minta ampun, kak. Yuna berdosa besar kak…." Ayuna merayu-rayu di sisi kakak iparnya.

Cazlin Amalina mengusap lembut ubun-ubun kepala Ayuna.

Ayuna mengangkat wajahnya perlahan-lahan. Wajah tenang wanita yang sudah dibasahi air mata itu ditatapnya.

"Yuna kena minta ampun dengan Dia, dik. Bukan dengan akak," Cazlin Amalina mula bangun mahu meninggalkan bilik itu.

Ayuna memeluk kakinya.

"Akak, tolong maafkan Yuna. Tolong, kak. Jangan bagitahu pada mama. Buatlah apa sahaja pada Yuna. Yuna sanggup terima, kak."

Ayuni cuma mampu menahan sebak di dada. Dia juga serba salah. Dia sayangkan Cazlin Amalina. Namun , dia juga sayangkan mama.

"Kakak takkan tuntut apa-apa pada Yuna sekeluarga. Akak yakin janji Allah itu benar. Janji Allah itu pasti. Buat baik dibalas baik. Buat jahat, dibalas jahat.," kata-kata Cazlin Amalina itu melekat jauh di sudut hati yang terdalam kedua beradik itu.

Sebelum Cazlin Amalina keluar dari bilik tersebut, sempat juga dia berpaling.

"Demi mama, berubahlah Ayuna. Akak juga sayangkan mama. Kita semua sayangkan mama. Akak takkan buat apa-apa yang boleh memudaratkan mama. Itu janji akak pada kamu dan abang Adam,"

Pintu bilik Ayuna pun ditutup kembali. Tinggal Ayuna menangis penuh penyesalan di bilik tersebut.

Ayuni memandang sepi adiknya. Betapa mulianya wanita bernama Cazlin Amalina. Dia sendiri pun tidak mampu menjadi sebaik itu.

32 ulasan:

  1. baik sungguh cazlin,teruskan cerita anda....

    BalasPadam
  2. lg? best ni..:)

    BalasPadam
  3. erm..sedihnya...kalau aku jd cazlin dah lama aku cabut...biarkan adam berfikir balik...tp hana tu terlalu jahat...hope sangat ayuna&ayuni tolong sedarkan along depa...nk lagi....

    BalasPadam
  4. best.....tak sabo nk tau selanjutnye....

    BalasPadam
  5. waaaaa.....sedih....sob..sob...kesian lin..

    BalasPadam
  6. x da blog ka. Syok la cite ni. Di harap penulis dapat post new n3 sekerap yg mungkin

    BalasPadam
  7. peminat setia dibius cinta16/10/09 10:19 PG

    bila Ayuna nak kasi tahu kat adam biar dia sedar ckit yang hana tu jahat

    BalasPadam
  8. http://jejecumelbangat.blogspot.com
    tp penulis post kat cni lg cepat dari kat blog..
    cepat ye smbung penulis..

    BalasPadam
  9. sedih ye
    patut cazlin bgtau kat adam
    pasal adik dia 2

    BalasPadam
  10. huhu...
    sedih gle...
    smpai ati die wat cm 2 kt kak ipa die sndiri...
    bez gle la cte nie... cpt la smbg lg... x sbr nie..
    ~myra~

    BalasPadam
  11. bestnya novel nih

    BalasPadam
  12. lama betul nk tggu n3 baru. writer, pliz.. tak sabo da ni. pe jd dgn adam n lin nnt/ terbongkar semua rahsia?

    BalasPadam
  13. mcm mn plak ngn daniel,kesian ke dia,dia baik.bla bleh dpt cita strusnya,cpat pnulis smbung....

    BalasPadam
  14. knp bil. bab yg ad kat cni
    xsm dgn bab yg ad kat blog??
    kliru nk bc...

    BalasPadam
  15. whoaaaaaa....
    hope yuna n yuni gtaw la adam hal sebenar..
    kesian seyhh kat cazlin..
    ngeeeee..
    hana jahat...
    nk je sekeh2..
    smbung2..

    BalasPadam
  16. sedihnye..baik tol lin ni..
    bagus la tu..biar adam tau kebenaran skit..
    percaye sgt ngn hana tu..

    BalasPadam
  17. warghh!!! cpt sambung!!! x saba!!!!
    x gune punye hana!!!!

    BalasPadam
  18. best nye citer ni!!!!!!!!!!!!!
    cpt la sambung!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  19. best ar cite ni..
    cpt smbung...!!!!
    dh xsbr nk tgk nie....

    BalasPadam
  20. UMMIHURAIRAH16/10/09 8:53 PTG

    hebat2...cepat sambung lagi.

    BalasPadam
  21. wah..!!

    suke2...

    sian lin...

    xbaik adam lyn lin cm tu....

    smbg...!!

    BalasPadam
  22. slsm buat pembaca dbc...

    maceh byk2 sudi mengikuti dan membaca novel dibius cinta..komen2 anda amat jeje hargai..

    skang da sampai musim peperiksaan..so, jeje akan menghadapi final 26/10-11/11...insyaallah jika berkelapangan jeje akan mula menyambung menulis... kebetulan pula my lovely lappy, laptop jeje problem..motherboard rosak..take time nak repair k..


    jeje pun xsabar2 nak sambung menulis.. ape agaknya yg patot lin buat utk dapatkan smule kepercayaan Adam?..hm... tgu k.. mmmuah..cayang korang byk2... ^.^

    BalasPadam
  23. cpt r smbg,,
    thnx 2 writer 4 dpt bwt n0vel mcm niy,,
    laen dri yg laen,,

    BalasPadam
  24. best sgt novel ni...
    tahniah kpd penulis dpt bt novel yg berjy bt sy mengalirkan air mt...
    cazlin baik sgt..
    rs mcm nk jd mcm dia

    BalasPadam
  25. nvel ny dah ad kat pasaran lum?? law dah kuar..nx bli..:)

    BalasPadam
  26. best gler r!!!!!!!!
    cpt2 r sambung!!!!!!!
    xcited nk tawu ending nyer nie!!!!!!!
    cpt smbung!!!!!!!!
    cpt smbung!!!!!!!!
    cpt smbung!!!!!!!!
    ~atul~

    BalasPadam
  27. Boleh tahan.....cuma macam x best bila ada dua hero adam dan danial yang sama-sama macho. nak pilih yang mana satu ye. Pening gak. apa2 pun follow with the flow what your story la..........

    BalasPadam
  28. Tanpa Nama7/4/11 1:29 PG

    nk tnye np sy crri blog nye x de..pelik lah...sape2 boleh tlong sy x?????plzzzzzzzzzzzz

    BalasPadam
  29. Tanpa Nama10/9/11 1:21 PG

    do the best

    BalasPadam
  30. bez nk mampoz..
    cepatlah smbng.. (mengharap)
    ^_^

    BalasPadam
  31. plizz ... smbg la ! bez gla dh x sdar nyh ^_^
    jhat la ayuna tuw ... smbg plizz !!

    BalasPadam
  32. sya dh bca nvel ni..best sgt..

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan