Nama Pena : Jeje a.k.a Siti Maziah
BAB 28
"Apa kau buat kat sini?" Daniel Hariz menyoal Amir Fahmi.
"Oh, Ice bagitahu along ada kat sini. So, Am datanglah sini," selamba sahaja Amir Fahmi menjawab pertanyaan Daniel Hariz. Pasti abangnya menyumpah di dalam hati saat mukanya terjengul di balik pintu. Padan muka. Kantoi dah ada awek. Aku akan sebarkan kat semua orang. Amir Fahmi ketawa riang di dalam hatinya.
"Kalau nak bincang hal pejabat, sini bukan tempatnya. Lagipun kalau ada apa-apa masalah, kau boleh rujuk dengan Ice. Kau memang sengaja datang sini kan?" Ayat yang terakhir kedengaran perlahan di telinga Amir Fahmi.
Amir Fahmi tersenyum sinis melihat muka abangnya yang menyinga.
"Eh, takdelah. Am datang sebab risaukan abang,"
Kata-kata yang diucapkan Amir Fahmi membuatkan darahnya meyirap serta merta. Rasa nak lepuk sahaja muka selamba ayam adiknya.
"Adik you rupanya," Cazlin Amalina menyampuk setelah bosan melihat kedua beradik tersebut bertelingkah.
Belum sempat Daniel Hariz menjawab, Amir Fahmi terlebih dahulu menghulurkan salam perkenalannya tanpa diminta.
"Iye kak. Saya adik kepada lelaki ini. Nama saya Amir Fahmi. Panggil Am je. Am risaukan abang bila dapat tahu dia ada kat hospital. Ingatkan dia yang sakit. Rupa-rupanya tengok buah hati…" Ramah sahaja mulut Amir Fahmi memperkenalkan dirinya. Tangan Danial Hariz pantas sahaja mendarat di telinga Amir Fahmi.
"Kau jangan nak mengarut macam mak nenek kat sini. Lin, ni adik I. Dia memang suka mengarut dan cakap yan bukan-bukan. Hah, Am. Ni kawan abang. Isteri kepada Pengarah Urusan Naza Corporations, Cazlin Amalina binti Cazlan Shafie,"
Mata Amir Fahmi terbeliak.
"What?"Amir Fahmi tidak mampu menghabiskan kata-katanya.
"What?" Daniel Hariz menyoal adiknya pula.
"Along main suap-suap dengan dia…" Amir Fahmi masih menahan rasa terkejut dan tidak percayanya. Abangnya ada skandal dengan bini orang. Huh, gila.
"Kepala hotak ko. Along suap orang sakit. Salah ke?"
"Memanglah salah. Kalo Am ni suami dia, Am tumbuk muka along. Lepas tu, Am belasah along cukup-cukup. Along … kak Cazlin… insaflah. Tak baik buat macam ni. Sejak bila along jadi macam ni? Am patut haling masa along tinggalkan family kita dulu. Kalau tak along tak jadi macam ni… skandal dengan isteri orang," Amir Fahmi menunjukkan muka seriusnya. Sememangnya dia serius. Mungkin dia suka menghabiskan duit mak bapak. Berpoya-poya dengan kekayaan ayahnya. Tapi dia masih tahu soal halal dan haram.
Serentak itu juga Daniel Hariz menyekeh kepala adiknya. Bukan sekali tetapi dua kali.
"Dah habis membebel?"
Amir Fahmi menganggukkan kepalanya laju-laju. Bimbang disekeh untuk kali ketiga.
Daniel Hariz memeluk bahu adiknya.
"Lin, excuse us. Have a rest. I’ll be back soon,"
Cazlin Amalina cuma mampu menangguk-anggukkan kepalanya melihat Daniel Hariz menarik secara paksa adiknya keluar dari biliknya. Belum sempat dia mahu merehatkan tubuhnya yang masih lemah, telefon bimbitnya pula berbunyi.
"Assalamualaikum, Lin."
"Waalaikumussalam, mama." Cazlin Amalina menjawab salam dari ibu mertuanya. Apa yang harus dijawabnya jika mama bertanya tentang peristiwa tempohari? Pasti mama akan memarahinya. Ya tuhanku, aku sayangkan wanita ini.
"Lin sihat? Mama rindu sangat dengan Lin."
Hampir terlepas telefon bimbitnya dari pegangan tangannya. Benarkah apa yang didengarinya? Mama bertanya khabar tentang dirinya.
"Er, Lin sihat. Lin pun rindukan mama. Mama sihat kan?"
"Mama sihat. Mama risaukan Lin. Lin pergi mana, nak? Bila Lin nak balik? Mama rindu. Mama faham apa yang berlaku ni amat berat buat kamu."
"Lin minta maaf atas apa yang telah terjadi…"
"Tak mengapa. Adam dah jelaskan segala-galanya pada mama."
Jantung Cazlin berdegup kencang. Jelaskan segala-galanya pada mama?
"Adam dah jelaskan pada mama?"
"Adam bagitahu yang kamu pergi bercuti. Kamu nak tenangkan fikiran.Takpelah. Mama faham. Kamu balik cepat ye. Mama risau kamu sorang-sorang kat sana," Cazlin Amalina mengesat air matanya yang mengalir laju membasahi pipi. Sucinya kasih wanita ini padaku.
"Lin janji akan balik, mama. Lin pun rindukan mama. Mama sihat kan?"
"Lin jangan risaukan mama. Lin tu yang kena jaga kesihatan diri. Jangan fikir sangat benda yang dah lepas. Mama, papa, dengan semua orang dalam rumah ni rindukan Lin. Kami akan sentiasa di sisi Lin. Kami takkan tinggalkan atau biarkan Lin hadapi semua ni seorang diri. Kita kan satu keluarga,"
"Terima kasih, ,ma. Lin akan balik secepat yang mungkin. Lin janji."
Panggilan telefon dimatikan. Cazlin Amalina mengesat air matanya. Dia harus pulang ke rumah itu. Demi mama dia harus pulang juga. Adam Shafiq? Cazlin Amalina memejamkan matanya. Mampukan dia berhadapan dengan lelaki yang terang-terangan telah memusuhi dirinya. Lelaki yang kini membencinya dengan sepenuh hati.
Serentak itu juga Daniel Hariz dan adiknya masuk kembali ke dalam biliknya.
"Kak, maafkan Am ek. Am tak patut cakap macam tu dengan akak.Maafkan Am sangat-sangat kalau kata-kata Am tadi mengguris hati dan perasaan akak. Am tak patut cakap bukan-bukan tadi. Lepas apa yang along cerita tadi, Am janji akan tolong akak!"
"Tolong? Tolong apa lagi? Am dengan abang Am dah banyak tolong akak,"
Daniel Hariz menyiku adiknya. Boleh pulak dia bocorkan plan telah dirancangnya dengan teliti. Adoi, budak ni.
"Err, saling tolong menolonglah kak. Kalau akak ada apa-apa nak mintak tolong dengan Am, bagitahu je. Am sedia membantu,"
Cazlin Amalina tersenyum sahaja mendengarkan kata-kata Amir Fahmi.
Daniel Hariz menarik nafas lega. Nasib baik budak ni pandai ‘auta’.
"Saya nak balik rumah," ujar Cazlin Amalina.
"Balik rumah? Tunggulah sehari dua lagi. Sampai Lin betul-betul sembuh. Bila Lin dah sihat, Dan bawa Lin balik, okay."
"Saya mesti balik. Lagipun saya bukan nak balik rumah awak. Saya nak balik rumah Adam."
"Buat apa akak nak balik sana? Am tahu Am tak layak nak halang akak. Cuma sebagai manusia Am tak nak apa-apa yang buruk jadi pada akak lagi. Along dah cerita semua pada Am. Malah, Am rasa kalau sesiapa kat tempat Am akan buat apa sahaja untuk melindungi akak. Am rasa keluarga tu dah terlalu banyak menyusahkan akak,"
Cazlin Amalina tersenyum.
"Terima kasih atas perhatian kalian dua beradik. Tapi saya dah buat keputusan yang saya mesti kembali ke rumah tu. Dan saya pasti saya takkan dapat berada lama di rumah tu. Saya juga tak boleh biarkan hubungan saya dengan Adam berterusan tanpa titik noktah. Segala-galanya perlu diselesaikan. Saya pasti jawapan kepada semua masalah ada di dalam rumah itu sendiri."
Amir Fahmi dan Daniel Hariz terdiam lama. Tidak tahu apa yang harus dijawab lagi.
"Tapi Lin kena janji dengan Dan yang Lin akan jaga diri Lin setiap masa Lin berada di rumah itu. Dan Cuma tak nak apa-apa yang buruk terjadi lagi pada Lin. Kalau ada apa-apa yang terjadi pada Lin sekali lagi, Dan akan bawa Lin pergi jauh dari sini. Itu janji Dan,"
Cazlin Amalina tersenyum lagi. Mindanya tidak menumpukan perhatian pada kata-kata Daniel Hazri sebaliknya dia sudah pun membayangkan dirinya berada di rumah itu. Rindunya pada Adam Syafiq menggebu lagi.
Adam Shafiq cuba menumpukan perhatian kepada kerjanya. Namun fikirannya berasa begitu terganggu. Wajah Cazlin Amalina berada di mana-mana. Wajah sedih yang berlagu sendu itu bagai menggamit dirinya mencari Cazlin Amalina. Argh… kenapa dia yang harus aku ingatkan lagi? Adam Shafiq teringatkan lelaki yang menemani iste rinya ke tanah perkuburan. Perasaan marah dan benci kembali menguasai dirinya. Siapakah lelaki tersebut? Curangkah Cazlin padaku? Hati kecilnya berkata-kata. Sebahagian dirinya masih ingin mempercayai isterinya. Manakala sebahagian lagi hatinya mula meragui isterinya. Tambahan pula kes keguguran isterinya akibat keracunan masih lagi dalam siasatan polis. Semuanya begitu mengganggu ruang fikirannya kebelakangan ini.
BAB 29
Ayuni berlari mendaki anak tangga sebaik sahaja mendapat tahu kakak ipar kesayangannya telah kembali pulang. Dia memeluk erat Cazlin Amalina seakan enggan dilepaskan.
"Ayun ingat akak dah tak nak balik lagi…,"
"Mana boleh akak tak balik rumah ni lagi.. rumah ni penuh dengan kasih sayang dari Ayun dan keluarga yang lain. Akak takkan mampu hidup tanpa kasih sayang dari kamu semua la,"
Ayuni memeluk kakak iparnya lagi. Gembira sungguh kakak ipar kesayangannya telah pulang. Ingatkan sudah merajuk membawa diri dan tidak mahu kembali lagi.
"Abang Adam tahu tak akak dah balik?"
Cazlin Amalina tergagap-gagap mahu menjawab pertanyaan adik iparnya. Demi mendengarkan nama itu sahaja dadanya sudah berkencang dengan hebatnya.
"Er..akak.."
"Oh.. akak nak surprisekan abang Adam ek?"
Cazlin Amalina menganggukkan sahaja wajahnya.
"Romantiklah akak ni. Untung abang dapat isteri macam akak,"
Cazlin Amalina tersenyum lagi. Romantikkan dia? Sedangkan Adam sendiri tidak tahu akan kepulangan dia ke rumah ini.
Tatkala mereka sekeluarga sedang sibuk menyiapkan makan malam. Adam Shafiq pulang dari tempat kerja. Cazlin Amalina dan Adam Shafiq seakan terpaku apabila mata mereka bertembung antara satu sama lain.
"Tuhanku..rindunya aku pada dia," kata-katanya hanya mampu terucap di lubuk hati Cazlin Amalina.
Cazlin Amalina menyambut beg kerja Adam Syafiq dan menyalami tangan suaminya. Adam Syafiq menarik tubuh isterinya ke dalam dakapannya. Tubuh itu dipeluk erat. Segala beban rindu pada isterinya bagai berlalu pergi. Namun apabila teringat peristiwa tempohari, hatinya membengkak secara tiba-tiba. Dengan selamba dia berbisik sesuatu di telinga Cazlin.
"Semua ni cuma sandiwara sahaja. Demi mama, kau dan aku harus menjadi pelakon terbaik!"
Cazlin Amalina terkedu mendengar kata-kata yang lahir dari mulut Adam Shafiq. Sesak nafasnya seketika. Perlahan Adam Shafiq melepaskan pelukan dan menarik tangannya menuju ke meja makan. Penuh tertib Adam Shafiq melayan isterinya di hadapan ahli keluarganya. Jiwa Cazlin pula yang semakin terseksa dengan lakonan mereka sendiri.
"Syukurlah. Senang hati mama lihat kamu berdua kembali bersama. Ini tak seorang kat sana. Seorang kat sini. Kamu tu suami isteri. Mesti sentiasa bersama,"
"Hah, macam papa dengan mama kamu nilah. Mama kamu tu memang tak boleh jauh dari papa. Papa hilang sekejap je, dia dah rindu macam tak jumpa setahun,"
Puan Sri Saleha mencubit lengan suaminya. Adam dan Cazlin cuma tersenyum melihat kemesraan papa dan mama mereka. Ayuni pula tersenyum sumbing sahaja sejak dari tadi. Cemburu pula melihat kemesraan dua pasangan di hadapannya. Hai, bila agaknya aku nak jadi macam diorang ek?
"Mana Ayuna?"
"Dia keluar dari petang tadi. Sampai sekarang tak balik lagi."
Tan Sri Latif menggeleng-gelengkan kepalanya.
Cazlin Amalina melipat telekungnya. Kebetulan pula Adam Syafiq baru sahaja keluar dari bilik air. Cazlin Amalina kelu untuk memulakan bicara. Lama kelamaan dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.
"Siapa lelaki yang bersama dengan kau hari tu? Kekasih lama?" tiba-tiba Adam Shafiq bersuara.
"Dia bukan kekasih Lin. Dia juga tak pernah jadi kekasih Lin."
Adam Shafiq ketawa.
"Tapi ada potensi nak jadi kekasih kau kan?"
"Abang.. Lin bukan seperti yang abang sangka kan. Lin tak sehina tu. Lin masih menghormati ikatan perkahwinan kita."
"Oh, hormat?? Kalau hormat, Lin takkan tinggalkan hospital. Lin takkan menghilangkan diri. Sebab kau masih bergelar isteri aku yang menghalang kau dari terus bersama dengan bakal kekasih kau tu kan!!!" Adam Syafiq menengking isterinya.
Cazlin Amalina memberanikan diri merenung wajah suaminya.
"Lin tahu yang memang salah Lin pergi tanpa izin abang. Tapi Lin ada sebab Lin sendiri buat semua tu."
"Sudahlah, Lin. Aku ingat kau perempuan baik-baik. Rupa-rupanya aku silap. Aku dah buat silap paling besar dalam hidup aku dengan mengahwini perempuan macam kau,"
"Cakaplah apa sahaja yang abang suka. Lin terima. Tapi Lin akan buktikan pada abang yang setiap kata-kata abang tu tak benar dan abang tak pernah silap mengahwini Lin. Lin tak sehina yang abang fikirkan,"
"Buatlah apa kau nak sekalipun. Aku dah tak nak ambil peduli. Aku cuma ambil kisah tentang kesihatan mama sahaja. Kalau ada apa-apa jadi pada mama dan penyebabnya adalah kau. Kau takkan pernah terbayang apa yang akan aku buat," Adam mengambil bantal dan selimutnya lalu beralih ke sofa.
Cazlin Amalina memandang sahaja perbuatan suaminya. Dia dan Adam Shafiq memang semakin jauh. Ya tuhanku, berikan aku kekuatan menahan dugaan dariMu.
Cazlin Amalina menarik selimut menyelimuti tubunhnya. Mala mini dia tidur berendamkan air mata lagi.
ciennye cazlin...
BalasPadamcpt2 smbg tau...
la pendeknye...cepat smbg..dh x saba nak tau cite seterusnye...ada blog x?
BalasPadamisk2..
BalasPadamsengal tul due orang yg adam n cazlin cmnieh..
nk je tendang jaoh2..
ala...
BalasPadamkesian kt lin...
best2...
smbg lg...
jangan terpedaya dengan lakonan dua orang tu..kalau betul Lin setia dan berhati mulia, kenapa membelakangkan suami..saya tak kesian ke Lin biarpun berendamkan air mata darah..penawarnya adalah taubat..tapi taubat macam mana masih ada hubungan dengan lelaki lain?
BalasPadamwarghh!!! ni sume pasal pompuan x gune yg name die ntah arghhh!!!!! cis x gune punye pompuan!!!
BalasPadamsian si cazlin tu. sbb org lain die yg kene tanggung. adam 2 pun satu ish!!!
bile la si ayuna 2 nak insaf??
cpt sambung.
agak menarik jalan cerita.. penghujungnya pasti kebahagian..
BalasPadamMenarik... Penghujungnya pasti kebahagian...
BalasPadamsian Lin..tapi cinat lin dgn adam mcm sgt kuat. harap2 dpt berbaik nnt.. huhuhuh... writer x wat blog lg ke??
BalasPadambest cter ni..
BalasPadamayah akak cmne skrg?
hope ayah akak smakin shat...
ala.... sikitnye sambungan...
BalasPadambr nk syok...
cpat la sambung...
x sabo nk bc lanjutannye...
ALA,,,,NAPE LAMA SGT BRU SMBUNG...PLIS LA...CEPAT2 LA SAMBUNG...HEBAT GILERR CITE NIHHHHHHHH
BalasPadamnk tny....cazlin lepas gugur kn???
BalasPadamdia x pantang ke???
n lg satu...
setahu saya la kn...
org yg gugur ni sm org yg pas bersalin ler...
mn leh smyg ag...
kn da drh nifas ag....
kn?kn?kn???
cian cazlin,
BalasPadamsmbng cpt2...
xsbr nk bc,best!!!!!
JAHANAM PUNYA ADAM!!!!
BalasPadamsalah ker berkawan dengan lelaki walaupun dah kawen...cazlin pun manusia...bila sakit hati tindakan luar kawal yang terjadi...to writer best sangat karya awak...hope cepat sambung....n happy ending
BalasPadam