BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Oktober 26, 2009
Novel : Cintaku satu 2
Nama Pena : sofi

Sudah hampir tiga tahun pemergian Liyana kini. Bererti, anaknya Irfan juga sudah hampir tiga tahun umurnya. Irfan... Nama yang comel untuk seorang budak lelaki yang comel. Irfan...wajahnya begitu mirip dengan wajah ayahnya, wajah Roslan!

Ana sedang berdiri di tepi tingkap yang terbuka luas. Dari atas rumah kampung yang usang itu, dia tersenyum memandang ke halaman. Di situ, anak saudaranya sedang leka bermain bersama-sama dengan Nurul Aida. Beza umur kedua-dua mereka tidaklah banyak. Cuma lima tahun sahaja. Sekali imbas, mereka kelihatan seperti adik-beradik. Malah, memang ramai yang menyangka bahawa Irfan adalah adik mereka. Tambahan pula, Irfan memanggil emak kepada neneknya dan kepada Abdullah, dipanggilnya ayah!

"Irfan sayang, ini datuk, bukan ayah. Ini nenek, bukan mak!" Ana cuba membetulkan panggilan yang Irfan buat.

Irfan menggelengkan kepala. "Ayah!" Tunjuknya kepada si datuk. Kemudian sambil berlari mendapatkan neneknya, dia menjerit, "ini mak Ifan!"

"Ini sape?" Ana bertanya menudingkan ibu jari ke arah dadanya.

Senyuman manis terukir di bibir si kecil. Dia datang ke pangkuan Nurul Hana. Memeluk Ana kejap sebelum membalas, "Ini mama!"

Penuh kasih sayang, Ana membalas pelukan Irfan. "Ya, sayang. Ini mama Irfan!"

Sejak itu mereka tidak lagi mempertikaikan panggilan ayah dan emak itu. Mereka gembira dengan telatah Irfan yang periang. Gelagatnya mirip benar dengan sikap Liyana yang mudah ketawa. Sikap abang Roslan? Entahlah. Lelaki itu tidak sempat dikenali rapat. Apa yang diingat oleh Ana, arwah abang iparnya itu memang tergolong dalam kumpulan lelaki yang kacak dan mudah mesra.
....................

"Ana, abang Lan tu cuma berdua beradik sahaja. Dia anak bongsu. Abangnya bernama Taufik, tua tiga tahun daripada abang Lan. Abang Lan handsome tapi Taufik lebih lagi. Dia ada segala-galanya!"

Eleh, ada segalanya? So what? Dia ingat harta yang banyak tu dapat memberi kebahagiaan? Kaya saja tapi sombong, tak guna juga. Esok mati, semua duit dan harta benda yang dia ada akan membelit dirinya. Itu yang pernah Ana katakan kepada kakaknya dan Liyana ketawa besar mendengar kata-katanya itu. Dia masih ingat lagi pada jawapan Liyana.

"Ana, jangan cakap macam tu. Ana belum jumpa dia lagi. Waktu pertama kali kak long tengok dia..."

Ana tidak dapat melupakan sinar mata kak long. Begitu bercahaya tetapi seketika cuma.

Kak long cepat-cepat mengelak pandangan mata Ana. Suaranya sedih bila dia menyambung, "Tapi… dia tak pandangpun pada kak long. Mujur kak long dapat berkenalan dengan abang Lan. Kami terus jatuh cinta. Tapi sesekali terpandang Taufik, jantung kak long ni tetap berdegup kencang, tahu!"

Nurul Hana tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh kakaknya. Tidak faham maksud yang tersirat di sebalik kata-kata. Malah dia tidak mengerti bagaimana seorang lelaki boleh menjadikan perasaan seorang perempuan tidak tentu hala. Kerana dia tahu, dia tidak pernah mengalaminya. Kerana dia tahu, dia tidak pernah jatuh cinta.

"Tapi, Taufik emak dan ayahnya bencikan kak long. Pada depa, kak long ni jahat. Depa ingat, kak long yang menyebabkan abang Lan tak habis belajar. Walaupun sebenarnya, abang Lan memang tak minat nak buat master dalam pentabiran perniagaan itu."

Liyana menceritakan tentang Roslan yang terpaksa melepaskan kerjaya sebagai seorang jurutera. Demi menurut kemahuan si ibu yang mahu dia berganding bahu bersama-sama abangnya di syarikat.

"Abang Lan bengang. Dia kata dia berhak menentukan masa depannya sendiri. Bila abang Lan cakap macam tu, depa kata kak long yang hasut! Marah sungguh depa pada kakak, dik!" Lirih suara Liyana, tentu hatinya juga amat terhiris, fikir Ana.

Cerita kak long tentang sikap keluarga mertuanya membuat Ana berasa jelek. Menjengkelkan! Adakah masa depan orang lain, orang lain pula yang menentukan? Di mana orang kaya ni belajar? Soal Ana sendiri!

"Abang Lan pernah bawa kak long balik ke rumah mereka sekali. Teratak Rezza, nama rumah tu. Rumahnya besar bagaikan sebuah istana. Orang gaji dua tiga. Tapi, kosong. Tak ada kasih sayang. Tak ada kemesraan macam di rumah kita ni. Ana nak tahu? Meja makan dia panjang, untuk sepuluh orang kut! Sorang duduk kat hujung sana, seorang lagi duduk kat hujung sini. Makan pulak dengan garfu, macam mat saleh! Hisy, tak tahulah macam mana mereka larat hidup macam tu….."

Ana turut tersengih bila kak long ketawa. Mungkin kakaknya terbayangkan suasana di rumah itu agaknya.

"Kak long tak tau kenapa emak abang Lan benci sangat pada kak long." Tiba-tiba suara kembali sedih.

"Abis tu, macam mana kak long tau dia tak sukakan kak long?" Ana menyelidik.

"Dia tak pernah tegur kak long. Tangan yang kak long hulur, tak pernah dia sambut."

"Sampai gitu sekali?" Ana menjegilkan mata. Kepala digeleng-gelengkan tanda tidak berpuas hati.

Liyana menyambung, "Dia bencikan kak long aje. Marah dia pun hanya pada kak long. Pada abang Lan... tak! Abang Lan tetap dia sayang. Dia cuma tak boleh nak terima kak long sahaja. Yalah! Budak kampung macam kita tentu memalukan keluarga depa, kan! Sebab tu, kalau depa buat jamuan, hanya abang Lan yang dijemput. Kak long tak dibenarkan hadir sama!" Rintih kak long lagi.

"Habis tu, abang Lan tak bawak kak long?"

Melihat kak long menggelengkan kepala, Ana bertambah geram. "Yang kak long pun, ikut sajalah! Peduli apa dengan sombong depa tu? Kak long ada hak, apa! Kak long bini abang Lan, menantu depa. Kak long berhak ada sama!" Kata Ana. Marah benar dia kepada ibu mertua kakaknya.

"Itu bezanya antara kita berdua, dik. Ana lebih berani. Tapi, kak long tidak! Kak long tak sanggup dengar mak mertua kak long tu sindir-sindir kak long. Kak long tak sekuat Ana!"

Ana hanya menggelengkan kepala mendengar Liyana berkata begitu.

"Mungkin itu salah satu sebab mengapa Taufik tak sukakan kak long. Kak long lemah. Kak long tak tahu nak mempertahankan diri bila kena marah dengan emak depa. Tapi, Ana, Taufik tu berbeza daripada adiknya. Kak long rasa kalau dia dalam keadaan abang Lan, tindakannya mesti berbeza. Dia mesti berdiri teguh di sebelah kak long dan dia mesti mahu kak long yakin dengannya. Dia mesti nak kak long bangun dan bangkit mempertahankan diri."

Wajah Ana direnung tajam. Sambungnya, "Sikap Taufik lebih tegas. Tengok dia, kak long selalu bayangkan Ana di sebelahnya. Antara Ana dengan dia, banyak persamaannya. Dan tak tahu kenapa, kak long selalu berharap agar Ana dapat kahwin dengan dia."

"Hisy, tak ingin Ana! Dia tu dah tua. Ana kalau kahwin nak yang sebaya dengan Ana, senang! Lagipun, tak ingin Ana nak jadi ahli keluarga itu!" Ana berkata setelah tawanya reda.
.................

Semasa mengemas barang-barang peribadi kakaknya, Ana menemui sebuah diari. Diari milik Liyana, tempat di mana dia meluahkan segala perasaannya. Lama Ana memandang diari tersebut. Rasa hati membuak-buak ingin mengetahui apa yang tercoret di dalamnya. Dia terlalu ingin membaca helaian demi helaian. Ingin benar mengetahui cerita yang selama ini disembunyikan oleh kakaknya.

5.1.2008
"Hari pertama di pejabat. Aku salah seorang di antara empat orang baru yang bertuah kerana dapat bekerja di bawah pengawasannya. Taufik Azhari bin Ahmad Rizal. Ahh, menatap seraut wajah itu telah menggegar seluruh jiwa dan perasaan perempuanku. Dia terlalu hebat bagiku. Tampannya dia! Segak dan gayanya, aduh mak…..melekakan aku. Tapi… tidak sekali dia menoleh kepadaku!"

Ana berhenti membaca. Dahinya berkerut-kerut tidak mengerti. Mengapa nama itu yang ditulis? Perasaan ingin tahu membuat dia meneruskan bacaannya.

12.5.2008
"Aku sedar kini, dia bukan untukku. Dia terlalu jauh untuk didekati walaupun sebenarnya dia terlalu hampir. Aku hanya dapat melihat senyumannya yang memikat tanpa dapat membalas. Aku hanya dapat merenung wajahnya tanpa dia membalas lirikan mataku. Aku hanya boleh menjadi seorang perindu. Aku tidak mampu menawan sekeping hatinya itu. Hanya aku yang gila menyintainya dalam diamku ini sedang dia tidak mengerti….."

Semakin Ana tidak mengerti. Benarkah? Benarkah kak long sudah jatuh hati kepada lelaki itu? Taufik? Kak long terlebih dahulu jatuh cinta kepadanya? Kak long menyintai Taufik, abang suaminya? Jadi, siapakah abang Roslan dalam hidup kak long pula?

7.6.2008
"Roslan hadir ketika aku dalam kesedihan yang teramat. Aku tidak mahu melayannya. Namun sikapnya yang keanak-anakan itu mencuit hatiku juga."

10.7.2008
"Kini, kami sering keluar bersama. Aku dan Roslan. Dia boleh membuat aku ketawa. Mampu membuat aku tersenyum tapi……getaran di hati setiap kali Taufik memandang tidak ada bila Lan menatap wajahku. Debaran di hati bila Taufik bersuara tidak berlaku bila mendengar Lan berbicara. Mengapakah hatiku ini tidak mampu membuang wajah lelaki itu jauh-jauh?"

Aduhai, begitukah perasaan seorang perempuan yang sudah jatuh cinta? Suara, senyum, tawa dan lirikan mata semuanya bermakna? Ana menggeleng-gelengkan kepala. Mujurlah aku belum masuk dalam golongan ini, desis di hati. Dan semoga tak payahlah aku melibatkan diri dalam keadaan yang remeh ini!

Dan diari itu dibaca lagi….

19.7.2008
"Hari ini, Lan melamarku. Aku memang terkejut. Aku sudah tahu bahawa dia sebenarnya adik Taufik, insan yang kucintai dalam diam itu. Lan kata, dia sudah jatuh cinta kepadaku. Dia mahu kami berkahwin. Malam ini, dia mengajakku makan malam bersama Taufik…..

Aku baru balik dari makan malam di hotel Istana. Kami bertiga, aku, Lan dan dia, Taufik. Kali pertama duduk semeja dengan lelaki itu benar-benar mengasyikkan diri ini…..Maafkan aku, Lan!

Aku membiarkan Lan memberitahu rancangannya kepada abangnya itu. Aku hanya memerhati kalau-kalau ada secalit rasa cemburu terukir di wajah itu. Aku memang gila! Dia tidak tahu langsung tentang api cintaku yang marak menyala kepadanya, jadi bagaimanakah dia akan merasa cemburu?

Aduhai! Aku sepatutnya bergembira bersama-sama Lan, yang rancak merancang masa depan kami. Tapi tidak! Aku begitu asyik memerhati dia. Kalaulah aku dapat mendakap sekujur tubuh itu….. namun aku mesti menerima kenyataan.

Soalannya kepadaku menggetarkan perasaan. ‘Awak benar-benar sayangkan adik saya ni?’

Suara garau itu sahaja meruntun hatiku tetapi aku tetap mengangguk. Dia tersenyum sinis kepadaku. Mengapa? Dia tahukah bahawa aku tidak ikhlas menyayangi adiknya. Aku tidak ikhlas mencintai Lan? Tapi aku lakukan ini kerana ingin mendekatinya………"

Ya ALLAH, gilanya kak long! Cepat-cepat Ana menutup diari itu. Dadanya berkocak hebat. Apa yang dibaca benar-benar memeranjatkan dirinya. Dia tidak menyangka sampai begitu sekali kak long bertindak hanya kerana seorang Taufik Azhari. Entah mengapa, Ana jadi benci kepada nama itu!

Bagaimanalah agaknya rupa lelaki itu sampai begitu sekali seorang Nurul Liyana bertindak? Kacak sangatkah? Tampan sungguhkah? Macam siapa? Pierce Brosnan? Shah Rukh Khan? Rosyam Nor? Dari pembacaannya, Ana tahu bahawa lelaki itu terlalu hebat di mata kakaknya. Macam tiada cacat cela! Pelik sungguh!

Kalau benar kak long cintakan lelaki itu, kenapa tidak diluahkan sahaja? Kenapa mesti memendam rasa? Menanggung derita? Apakah kak long takut lelaki itu menolak? Itukah sebabnya?

25.8.2008
"Aku dan Lan sudah berkahwin. Orang pertama yang kami temui di KL ini ialah dia. Dia merenungku dengan sepasang matanya itu. Redup mempesona.

Ketika Lan pergi ke dapur untuk mengambil air, Taufik berbisik kepadaku, ‘Awak dah sah menjadi isteri Lan. Setialah kepadanya. Dia benar-benar sayang pada awak. Awak sahaja gadis yang dia cinta. Buang apa juga perasaan yang awak ada untuk saya. Saya abang ipar awak sekarang!’

Dan dia menjauhkan dirinya dariku bila Lan mendekat namun kata-katanya itu bersemadi dalam hatiku.

Kiranya itulah yang berlaku. Dia pastinya mempunyai perasaan kepadaku untuk mengucapkan kata-kata sebegitu. Dan hatiku sungguh pilu. Dia berkorban perasaannya sendiri untuk kebahagiaan adiknya. Untuk Lan! Arghh... Taufik. Mengapalah baru kini aku mengetahuinya? Mengapakah tidak sejak dulu lagi? Mengapa kau tidak mengizinkan aku langsung mendekati dirimu?

Tapi…..semuanya sudah tersurat. Cinta ini kini terpaksa kuberikan kepada Lan yang begitu baik. Tidak mungkin aku mengkhianati hatinya……"

Ana menangis teresak-esak. Dia marahkan Taufik Azhari. Baginya, lelaki itu seharusnya mempertahankan perasaannya, menjaga perasaan kak long juga. Tapi tidak! Konon dia ingin menjadi seorang yang mulia, berkorban perasaan untuk adiknya! Bodoh!

Bencinya dia kepada lelaki itu!
....................

"Angah, mari tengok Irfan ni!"

Tiba-tiba telinga Ana menangkap suara Nurul Aida, adiknya. Suara yang kedengaran cukup cemas! Suara yang mengembalikan Ana ke dunia realiti.

Menjenguk ke tingkap, dia dapat melihat sekujur tubuh Irfan sedang terbongkang di atas pasir di halaman rumah. Tanpa berlengah, dia berlari turun. Segera, tubuh itu digendong dan dibawa naik ke atas rumah.

Tubuh Irfan kini berada dalam pangkuannya.

"Irfan, kenapa anak mama ni, sayang? Kenapa ni?" soal Ana penuh kerisauan.

Ana menyapu sedikit air di muka anak saudaranya itu. Wajah kecil comel itu terlalu pucat. Sempat juga Ana mengira-ngira dalam kepala. Ya, masuk kali ini, sudah enam kali Irfan pengsan.

Ini tidak boleh jadi ni! fikirnya. Si comel ini perlu dibawa ke hospital!

Sepanjang hari Ahad itu dia gelisah menunggu ayah dan ibunya pulang daripada sebuah majlis kenduri kahwin. Dia ingin memberitahu pendapatnya. Tentu mereka juga bersetuju dengannya. Keadaan Irfan tidak boleh dibiarkan. Tentu ada sesuatu yang tidak kena, kalau tidak, masakan anaknya lemah begitu. Hendak bernafas pun susah!

Oh TUHAN, janganlah dia mempunyai apa-apa penyakit yang serius. Janganlah dia mempunyai apa-apa penyakitpun! Irfan masih terlalu kecil untuk menderita. Irfan masih kecil lagi!
posted by Penulisan2u @ 4:56 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
17 Comments:
  • At 26/10/09 10:28 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    Best jugak! smbng la lg...

     

  • At 28/10/09 1:08 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita nie menarik...bila nak keluar sambungan yang seterusnya....

     

  • At 14/12/09 10:36 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    sambung la cpat,,
    x sbor dh ni,,,

     

  • At 4/2/10 2:23 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    cerita yg menarik, diharapkan mempunyai sambungan..tq:)

     

  • At 22/4/10 9:39 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bkn ke cte ni dh kuar novel?? or aku yang lmbat sgt... hahaha pape pun cter ni bez sgt..

     

  • At 19/8/10 11:11 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    CITE NI SYOK GILER

     

  • At 23/9/10 11:21 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer nie ade dlm novel ke...

     

  • At 30/9/10 5:19 PG, Anonymous ezairy samad said…

    tahniah sofi atas karya yang menarik nie... sungguh hebat... n buatkan org ternanti2 sambungannya...

     

  • At 10/12/10 7:21 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tahniah..
    best cite ni...
    cepat2 la smbung cite ni ye...

     

  • At 15/3/11 8:45 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    wow best nye... smbgan bl kuar?? x saba nk baca

     

  • At 15/6/11 11:19 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best sgt2..x sbr nk tnggu smbungan cite ni...

     

  • At 9/7/11 1:29 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mne smbgn nye......

     

  • At 31/8/11 5:40 PTG, Blogger MisS Nana said…

    sungguh menyanyat hati ketika membaca..menitis air mata tatkala mendapat berita pemergian kakaknya...dan paling terkejut pabila mengetahui perasaan taufik...arrghhh,,mengapa lelaki selalu bersikap sedemikian... urm,,pape pun kisah ini amat memukau saya..tidak sabar rasanye ingin membaca kisah selanjutnya....

     

  • At 11/9/11 6:02 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bila nk sambung

     

  • At 13/11/11 6:34 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    da dinovelkan ker???

     

  • At 7/12/11 10:02 PTG, Anonymous yayakusayang said…

    best citanya..kalau ada smbungannya lg..best..truskn usaha anda...

     

  • At 7/12/11 10:08 PTG, Anonymous yayakusayang said…

    best citanya...sambung lg k..truskn usaha anda..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group