Nama Pena : nufa shyairan
Riezq membukakan sebelah matanya apabila terdengar suara yang kuat. Dia mengeluh apabila wajah mamanya menerpa ruang matanya. Jam di sebelah di capai. Pukul 8 pagi. Rasanya masih awal. Lagipun hari ini dia tidak bekerja. Semalam baharu dia sampai di rumah. Pada masa itu mama telah tidur.
"Riezq bangun. Mama nak cakap sikit." Ujar mamanya. Riezq bangkit dari pembaringan. Dia menggeliat.
"Ada apa ni,mama? Riezq penatlah." Ujarnya selamba.
"Apa yang Riezq dah beritahu kak Ika?" soal mamanya. Riezq mengeluh.
"Apa yang mama dengar tu betullah kot." Ujarnya selamba.
"Riezq dengar sini. Walau apa yang terjadi mama tetap akan jodohkan Riezq dengan anak kawan mama."
"Tapi kenapa,mama? Riezq dah besar dan Riezq berhak tentukan hidup Riezq sendiri. Even Sarah or anybody, I won’t accept it. Keputusan Riezq muktamad." Ujar Riezq tegas. Wajah mamanya kelihatan tegang.
"Mama, Riezq ,ada apa ni bising-bising pagi-pagi buta?" Syafika menjengah masuk. Dia mendekati mamanya.
"Mama pleaselah dengar cakap Riezq kali ini. Riezq tetap akan kahwin tapi bukan sekarang. Dan kalau boleh Riezq sendiri yang akan pilih siapa perempuan tu." Ujar Riezq perlahan. Berharap agar mamanya akan mengerti.
"Mama, berilah Riezq peluang," pujuk Syafika.
"Keputusan mama dah muktamad. Riezq kena…………"
"Riezq dah kahwin, ma," ujar Riezq tiba-tiba. Syafika terkejut begitu juga Puan Sri Tengku Zawiyah. Riezq tunduk. Entah kenapa dia mengeluarkan pernyataan itu. Tetapi dia perlu bebas dari mamanya.
"Apa yang Riezq cakap ni?" soal Syafika teragak-agak.
"Betul kak."ujarnya. Dan tiba-tiba sahaja Puan Sri Tengku Zawiyah rebah. Riezq bangkit dari katilnya.
"Riezq, kita angkat mama masuk biliknya. Cepat!!!! ." gesa Syafika. Riezq hanya menurut. Tubuh ibunya di cempung. Dia menyumpah mulutnya yang celupar tadi. Kerananya mama jatuh pengsan.
Riezq berlegar di ruang tamu. Sejak tadi dia asyik mundar-mandir. Memikirkan penyelesaian untuk masalah yang diciptanya sendiri. Doctor Halim telah beredar setengah jam yang lalu. Nasib baik mama hanya pengsan kerana terkejut. Matanya menangkap kelibat Syafika yang sedang berjalan menuruni tangga. Dia mendapatkan kakaknya.
"Mama dah bangun?" soalnya. Syafika tidak menghiraukan pertanyaan adik lelakinya. Dia terus berlalu dan menghenyakkan punggung ke atas sofa.
"Apa yang Riezq dah buat ni?" soal Syafika. Riezq mengeluh.
"Riezq tak tahu pula mama boleh pengsan sampai macam tu sekali. Riezq cuma……"
"Nasib baik mama tak masuk wad. Kalau tak apa kata papa nanti. Dah lama ke Riezq kahwin? Kenapa tak beritahu kakak dulu? Kakak tak fikir mama akan terima apa yang Riezq buat ni." Riezq diam. Dia sedang menyusun kata untuk memberi penjelasan kepada kakaknya. Tiba-tiba dia mendapat idea. Ada baiknya kalau dia teruskan permainan ini. Setidak-tidaknya dia boleh melepaskan diri daripada mama. Bibirnya tersenyum nakal.
"Sebenarnya dah 6 bulan Riezq kahwin,kak. Kami kahwin di London. Dia belajar sekali dengan Riezq. Kebetulan masa dia konvo Riezq ada pergi sana dan Riezq terus ajak dia kahwin. Riezq tak beritahu sebab takut mama tak bagi. Riezq benar-benar sayangkan dia kak. Riezq tak boleh hidup tanpa dia." Ujarnya perlahan. Dia memandang kakaknya dengan ekor matanya. Berharap agar kakaknya akan percaya dengan ceritanya.
"Siapa perempuan tu?"soal Syafika.
"Dia…dia…" Riezq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Siapa dia?
"Dia orang biasa?" soal Syafika lagi. Riezq mengangguk.
"Dia bukan orang kaya kak. Dia orang kampung je. Lagipun dia dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia ini. Parents dia meninggal dalam kemalangan. Dia hanya ada Riezq je." Tambahnya. Dalam hati dia memuji bakatnya yang menipu.
**************************************
"TAPI kau dah menipu terlalu jauh." Ryzal meneguk minumannya yang masih tinggal separuh. Riezq menyandarkan badannya ke kerusi empuknya. Tangannya di silang ke dada,
"Apa yang harus aku buat sekarang ni,Zal? Soalnya cemas. Wajah Ryzal di pandang.
"Aku rasa baik kau teruskan aje pembohongan kau ini. At least dapat juga kau lepaskan diri daripada mama kau." Ujar Ryzal.
"Tapi masalahnya mama aku nak jumpa perempuan tu. Mama aku tu dah tentu tak suka dengan ‘menantu’ dia tu."
"Kenapa kau cakap ‘isteri’ kau tu orang kampong. Bukan orang kaya pas tu anak yatim pula tu.Ciri-ciri yang kau sebut tu semua yang mama kau tak suka. Mana tak mengamuk orang tua tu." Bebel Ryzal.
Satu keluhan terbit dari bibirnya. Dia mengakui ada betulnya juga yang diberitahu oleh Ryzal itu. Mama seorang yang pentingkan darjat. Mana mungkin wanita itu akan merestui perkahwinan itu.
"Macam-mana kau boleh beritahu nama Rina pulak? Mana kau dapat nama tu?" soal Ryzal. Riezq menjungkitkan bahu. Pada masa itu spontan sahaja bibirnya menyebut nama itu apabila disoal oleh mamanya.
"Aku tembak je. Masalah sekarang ni di mana aku nak cari ‘my Rina’?"
Wajah Riezq yang berserabut di pandang. Timbul rasa kasihan melihat keadaan Riezq yang ketara tertekan.
"Apa kata kau bawa aje ‘Rina’ tu jumpa mama kau" ujar Ryzal. Riezq memandang sahabatnya Tidak dapat menangkap maksud sahabatnya itu.
"Maksud aku kau cari seorang perempuan untuk menyamar sebagai isteri kau. Kau bawa dia jumpa mama kau. Lepas tu kau cakap yang kau nak pindah. Rahsia kau takkan pecah punya. Macam-mana?"
"Maksud kau upah orang untuk menyamar?" soal Riezq. Ryzal mengangguk smbil tersenyum penuh makna. Senyuman itu disambut oleh Riezq.
"Baguslah idea kau Zal. Tapi mana kita nak dapatkan orang yang nak menyamar tu?" soal Riezq kemudian.
"Yang tu kau jangan bimbang. Apa yang penting kau beritahu mama kau yang isteri kau belum bersedia lagi tunggulah seminggu dua lagi." Jelas Ryzal. Riezq mengangguk-angguk. Dia dapat merasakan idea yang diberitahu Ryzal itu akan berjalan dengan lancar. Bibirnya mengukir senyuman jahat. Mama tidak akan dapat mengawal Riezq lagi. Bisiknya.
*************************************
KETUKAN di pintu tidak dihiraukan sebaliknya dia begitu tekun menghadap fail di depannya. Sepanjang dia bercuti selama dua minggu ini banyak benar kerja yang harus diselesaikannya. Sikap mama pula belakangan ini begitu pelik. Mama sudah jarang-jarang menegurnya. Mungkin masih marah kerana hal hari itu. Namun dia tidak ambil pusing.
"Encik Riezq, orang yang akan ditemuduga tu dah sampai. Boleh dia masuk?" soal setiausahanya, Nita.
"Hari ni ke?" soalnya kembali. Nita mengangguk.
"Okey let her come in." ujarnya dan mencapai fail yang di bawa oleh Nita tadi. Dia meneliti fail tersebut. Terdengar pintu dikuak namun dia tidak mendongak.
"You can sit" ujarnya tanpa memandangnya.
"Okey miss………." Kepalanya didongakkan. Matanya terbuntang melihat perempuan di hadapannya.
"Awak??" mereka sama-sama bersuara. Riezq kembali meneliti fail di tangannya. Kemudian dia mengeluh.
"Okey miss Rania Qyrina, I think we can start our interview." Ujar Riezq tenang. Wajah perempuan di hadapannya di pandang.
"What do you want to know, encik Riezq?" soal Rania Qyrina.
"Erm, what should I call you?" soal Riezq kembali.
"Just Qyrina."
"Cik Qyrina, awak diterima bekerja di sini. Bila awak boleh masuk kerja?" soal Riezq. Rania Qyrina terkedu.
"Tapi encik Riezq belum interview saya lagi." Ujarnya serba salah.
"Saya tak perlu temuduga awak. Saya yakin awak boleh buat kerja awak, cik Qyrina." Ujarnya. Dia tersenyum. Qyrina hanya mengangguk. Dia mengucap syukur dalam hatinya. Akhirnya dia mendapat pekerjaan setelah berbulan-bulan menganggur.
"Terima kasih encik Riezq. Esok saya akan datang bekerja." Ujar Qyrina.
"Okey you can go now. See you tomorrow, miss Qyrina." Ujarnya. Qyrina mengangguk dan berlalu meninggalkan ruang pejabat lelaki itu. Dia benar-benar gembira.
Riezq tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Tidak disangka dia akan bertemu dengan perempuan itu di sini dan perempuan itu pula bekerja untuknya. Dunia ini memang kecil. Dia kembali memerah otaknya. Sepanjang dia berada di London rasanya dia tidak pernah melihat perempuan itu. Tetapi wajah perempuan itu seperti pernah dilihatnya sebelum mereka bertemu di kampong Ryzal. Tapi di mana? Akhirnya dia tidak menghiraukan hal itu dan menyambung tugasannya.
Ketukan di pintu mematikan kerjanya. Dia mendongak. Wajah Nita di pandang.
"Tan Sri nak jumpa." Ujar Nita.
"Bila?" soalnya.
"Sekarang." Ujar Nita. Dia mengangguk. Ada apa hal papa ingin berjumpanya? Dia mengemas fail yang bertaburan di atas mejanya. Langkahnya dipercepatkan ke bilik papanya. Pintu diketuk sebelum dia masuk. Dia duduk berhadapan papanya. Lelaki itu sedang tekun meneliti sebuah fail.
"Papa ganggu Riezq buat kerja ke?" soal Tan Sri Tengku Omar.
"Tak adalah. Riezq baru lepas temuduga seorang pekerja baru tadi. Ada apa papa nak jumpa Riezq ni?" soalnya.
"Papa nak tanya Riezq pasal hari tu. Bila Riezq nak bawa isteri Riezq tu datang jumpa kami? Mama Riezq dah bising. Memang mama tak suka dengan apa yang Riezq buat tu tapi Riezq jangan ambil hati dengan sikap mama. Riezq kan kenal mama tu macam-mana. Lagipun mama masih dalam keadaan terkejut. Papa pun tak suka apa yang Riezq dah buat tapi benda dah terjadi." Ujar Tan Sri Tengku Omar lembut. Dia tahu Riezq anak yang baik tetapi kadang-kadang suka memberontak. Sejak kecil lagi Riezq dimanjakan oleh keluarga lebih-lebih lagi oleh Puan Sri Tengku Zawiyah.
"Dalam masa yang terdekat ni. Lagipun Riezq nak uruskan beberapa hal dulu sebelum bawa dia jumpa keluarga kita. Tapi papa kena tolong Riezq." Ujar Riezq.
"Apa dia?" soal papanya.
"Mama tentu tak suka dengan pilihan Riezq. Riezq cuma harap papa boleh defend Riezq. Mama tu garang nanti dia tunjuk sikap garang tu depan Rina pulak." Ujarnya. Tan Sri Tengku Omar mengangguk. Papanya tersenyum.
Riezq tersenyum. Dalam hati dia berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar. Apa yang dirunsingkan ialah di mana harus dia cari perempuan yang sanggup bersubahat dengannya. Jika hal ini terbongkar pasti mamanya akan memaksanya berkahwin dengan anak kawannya. Dia harus berjumpa dengan Ryzal secepat mungkin. Hanya Rizal yang dapat menyelamatkannya sekarang.
p/s: harap pembaca dapat memberi komen supaya saya boleh perbaiki segala kelemahan yang terdapat dalam novel ini.
Salam...
BalasPadamIts ok... tp sorry to say agak klise. Jana lagi bnyk idea k. Bakat menulis tu dah ada tunggu idea jer. Anyway... good luck.
anda hARUs membaiki tatabahasa dan pastikan cerita anda tidak berulang ulang dngn cerita lain supaya pembaca yang lain akan lebih minat akan cerpen andA tQ.....
BalasPadamada blog x
BalasPadamhehe...
BalasPadambest..
emm best ape..x kesah la ape pon..mane smbungan nyerr nih?
BalasPadamBEST...SUKE CITE NI..X PERNAH LAGI DENGAR KISAH CINTA CAM NI.....TAHNIAH ANA UCAPKAN
BalasPadambest gak...
BalasPadampe2 pun good luck ek..
nama hero n heroin pun best..
best la.....
BalasPadamg00d LuCk 4 the writer...
ok. not bad.. just i hope.. lebih menarik or idea u dlm citer ni berkembang.. kadang2 bleh amik reality kehidupan sebenarkan.. and hope x terlalu klise.. i hope sngt.. cos insyaallah.. i akn ikuti terus citer ni.. i suka tajuk story ni..so kembangkan story ni dngn lebih menarik k.. gud luck.. and all the best.. =)
BalasPadamnak blog
BalasPadambestnyer cite nie..
BalasPadamsy nk smbgnnyer..
writer plz continue this story...
i like this story...
agk2 sape pompuan yg akn bntu riezq?
hrp2 rania qyrina..
hehehehe
ermm...best...tp rasanya nama rania qyrina terlalu moden utk watak seorang gadis desa...biasanya nama gadis desa ni ringkas dan lembut...bkn nk kritik cuma komen ikhlas berdasarkan pengalaman...citer ok...truskan usaha...
BalasPadam~bleach~
ok jee cetir ni...tpi jng sama dgn cetir lain yang ada ....lebihkan idea baru....
BalasPadammnarik this story....i like it..bila nk smbg cter ni??? xsbar nk tw sape y snggup jd 'rina' tu..but hope cter ni xder sma ngan cter y lain...n hope ksdhannya pun memuaskan hati pembaca novel ni..sila smbung this story plezzzz....
BalasPadamcam dah biasa bace..
BalasPadamB ILA NK CMBUNG CERITA NI..X CABAR ASE..TP KNA TUNGGGUUU..
BalasPadambila nak sambung ni x sabar nak baca
BalasPadamMNE BHGIAN 3...LMBAT LAGI K..
BalasPadamoke la n not bad,.
BalasPadambut,i hope smbungan nye akn lbh better k??
gud luck,. :)
ble bole sambong heh? da lame tnggu, cpt la smbng, ape jd lps tu? plez!
BalasPadambest cite ni, tak sabar nak pi beli, dah ada kat pasaran ke
BalasPadam:D
BalasPadamwahhh.. best2.. mule2 pon da best.. ni blum lagi the end, mesti best+50 ken,ken?
BalasPadamharap2 akhir cerita ni hero & heroin bersatu,pengakhiran cerita hrp l'bih menarik,sronok la baca novel ni pasti laris dipsrn
BalasPadamterrrbaekkk...mne smbungan crite nie?? truskn mengarang ok...=)
BalasPadamalarrrr. setory da best dahhhh. tppppp last²,kena tggu lg. haisss. bila wat sambungan nyer niii. lambat lg ke? tak kisah tentang tatabahasa,yg penting jalan ceta menarik n sweet,n dpt d bayang kn. he he. bila wat 3rd part??????????????? arrgggggghhhh. tanak tggu lama ni. kang lupa! :p (-^_^-) pat laa :p
BalasPadamok....crita menarik....cuma kena cari idea yg lain dr yg lain...jgn terlalu terikot2 dgn crita yg sedia ada...cthnya...nti qyrina yg kn jadi rina...n dieorg hidup bahagia...lepas tue sarah dtg gngu hubungan dieorg...hope ada cket kelainan dari crita2 lain...teruskan menulis...anda sangat berbakat...
BalasPadambila nk kuar novel ini
BalasPadambest lha novel ni....bila nak kuar ni....tak sabar lha nak beli...
BalasPadamok citer ni best jugak.....
BalasPadamterbaikkk lahhh... bla nakk kuar novel nie
BalasPadam