Isnin, Oktober 12, 2009

Novel : Cinta? Penting ke? 1

Nama Pena : iman hazana @ iman nizrina

Sudah menjadi kebiasaan untuk Dannia sejak tiga bulan keberlakangan ini untuk ke Bukit Cerakah setiap hujung minggu. Setiap kali ke mari, pasti dia termenung panjang. Dia ingin lari dari kehidupannya. Ingin menerima dirinya yang cukup menyedihkan. Selama ini dia berusaha membuat hidupnya berwarna. Walaupun dia tak bertuah seperti orang lain sejak kecil namun dia tetap berusaha untuk menjalani hidupnya dengan gembira. Dia memang lengkap secara fizikal sebagai seorang manusia namun yang menyedihkan dia kekurangan kasih sayang keluarga sejak kecil.
Di besarkan oleh bapa tunggal dan abangnya, Dannia perlu berdikari sendiri.. Sedangkan papanya sibuk dengan tugasnya sebagai seorang doktor bergitu juga abangnya yang sibuk mengikut jejak papa mereka. Nasib baik ada nenek tempat bermanja dan atuk tempat menumpang kasih Sejak kecil dia agak terpinggir dan sekarang walau sudah berkerja, Dannia tetap berasa sunyi. Dulu mungkin dia tak sesunyi kini kerana ada Zarul yang mewarnai hidupnya. Hanya tiga bulan keberlakangan ini dunianya kembali sunyi. Sejak Zarul pergi dari hidupnya kerana lelaki itu terpikat pada gadis lain. Dia tak menyalahkan Zarul.
Zarul sebagai lelaki yang bergaya, kacak dan ada kerjaya pasti ingin memilih gadis yang sepadan dengannya. Bukan seperti dirinya yang dunianya hanya kerja dan rumah. Yang pakaiannya hanya baju kurung dan tudung litup ke perjabat. Sedangkan pasangannya kini gadis cantik yang sentiasa up to date. Cuma satu yang Dannia terkilan kenapa Zarul sanggup memilih Intan. Intan rakan sepejabatnya. Intan yang sejak dulu memandang rendah padanya. Ah... lelaki.
"Dummm......" Bunyi guruh di langit menyedarkan Dannia dari lamunannya. Dia perlu cepat. Kalau tidak nanti hujan. Pasti sukar untuk dia berjalan ke luar dan mendapatkan teksi. Satu lagi sejak, kemalangan yang meragut nyawa ibunya ketika dia berusia 10 tahun, Dannia seakan fobia untuk memandu. Dia nampak sendiri ibunya yang sedang memandu di rempuh oleh lori sebaik menjemput dia dan abangnya pulang dari sekolah. Hampir setahun juga dia fobia menaiki kereta. Sejak itu di hantar oleh Dr Arif, papanya ke kampung tinggal bersama atuk dan neneknya. Dannia bersekolah di kampungnya di Batu Pahat sehingga dia di terima masuk dalam fakulti undang-undang di Univeristi Malaya, barulah Dannia tinggal kembali bersama Dr Arif.
Dannia melalui tempat pakir tersebut. hujan rintik-rintik telah mula membasah bumi. Dannia dengan sendiri melemparkan senyuman ke arah pemuda yang sedang membuka pintu kereta. Dia perasan sejak dia datang ke mari, dia selalu bertembung dengan pemuda tersebut. Pemuda tersebut pun nampak sunyi sepertinya.

Adam melalui jalan yang mula basah oleh hujan yang sudah mula lebat itu. Dia nampak gadis yang selalu tersenyum padanya setiap kali mereka terserempak di Bukit Cerakah ini. Entah mengapa mudah sahaja Adam memberhentikan keretanya.
"Cik nak ke mana ni? Hujan lebat ni. Mari saya tolong hantarkan." Adam bertanya dari tempat duduknya.
" Saya nak ke jalan besar. Tak sangka tak ada teksi pula kat sini. Tapi tak apalah encik, saya boleh jalan je."Dannia menolak. Hatinya cuak. Dia kenal pemuda itu. Pemuda yang dia lemparkan senyuman tadi.
"Jauh tu. Tak apa. Masuklah. Saya hantarkan cik balik. Hujan ni." Adam bertegas ingin menghantar gadis itu. Melihat si gadis masih tak berganjak. Adam mengambil payung dari berlakang dan keluar. Sekelip mata Adam dan si gadis sudah di bawah satu payung. Adam menarik tangan si gadis berjalan ke arah pintu penumpang.
"Awak jangan berani apa-apakan saya. Saya ada silat tau." Dannia semakin menggeletar apabila pemuda itu berani menarik tangannya.
" Saya ada kungfu. Saya nak hantar awak je. Saya ikhlas. Masuklah. Kat sini dah lah hujan, gelap pula tu. Nanti jadi apa-apa, saya rasa bersalah pula. Kalau saya buat apa-apa nanti awak silatkan je lah saya ni." Adam cuba meyakinkan si gadis. Dia tersenyum nipis apabila si gadis makan pujukkannya dan masuk ke tempat penumpang.
"Saya Adam. Nama awak?" Adam bertanya pada gadis itu. Gadis itu nampak pucat dan menggeletar. Cuma dia tak pasti gadis itu menggeletar kesejukan atau kerana takutkan dia. Adam mengambil tuala kecil dari tempat duduk berlakang lalu di hulurkan pada si gadis si sebelahnya.
"Terima kasih. Saya Dannia." Akhirnya si gadis bersuara juga. Cantik nama itu bisik hati Adam. Selembut orangnya. Dannia menyambut tuala kecil lalu megelap mukanya.
"Dannia duduk kat mana? Boleh saya hantarkan."Adam menawarkan pertolongan.
"Saya duduk di Lembah Bayu. Tapi tak apa. Menyusahkan Adam je nak hantar saya. Saya boleh naik teksi." Dannia serba-salah pula. Dia menarik-narik baju kurungnya yang melekat di tubuhnya.
"Tak apa. Saya boleh hantar awak. Tak selesa ye? Awk ambillah kot saya kat berlakang tu." Adam sekali lagi menawarkan pertolongan. Dannia terus sahaja mengambil kot Adam di tempat duduk berlakang lalu di sarung ke tubuhnya. Dannia nampak ada briefcase. Mesti Adam juga sepertinya yang baru balik kerja. Tadi dari perjabat Pak Mail pemandu papanya yang menjemput Dannia. Sengaja dia menyuruh Pak Mail menghantarnya ke mari.

Sepanjang perjalanan hanya sepi menemani mereka. Adam dengan dunianya dan Dannia leka dengan lamunannya. Hanya terdengar jeritan kecil Dannia ketika Adam berhenti mengejut kerana ada kereta yang melanggar undang-undang jalan raya telah keluar laju dari simpang. Adam mencarut kepada pemandu yang kurang berhemah itu. Dannia disebelahnya hanya memejam mata. Kemalangan lalu terimbas kembali. Tangannya menggigil. Ketakutan jelas di wajahnya. Perlahan-lahan air matanya turun ke pipi. Adam tekerjut bila menoleh pada Dannia. Gadis itu menangis.
" Dannia.... Dannia.... Hei Dannia." Panggil Adam lembut dengan tangannya menggoncang lembut tubuh Dannia. Bagaikan baru bangun tidur, Dannia terkejut dari ketakutannya. Wajah Adam di pandang dengan mata yang kabur. Menangislah katakan.
"Kenapa ni?" Tanya Adam lembut. Kali pertama dia bersama gadis ini. Kali pertama dia duduk sekereta dengan gadis ini dan ini juga kali pertama dia berbual dengan gadis ini. Tetapi percaya atau tak... hatinya sudah ingin melindungi gadis ini.
Dannia mengesat air matanya. Dia menggeleng perlahan. Jari jemarinya di genggam erat. Wajah simpati Adam di tonton serba-salah. Malu dirinya. Sudahlah menumpang. tapi masih nak buat hal lagi.
"Tolong jangan buat macam tu lagi." Hanya segaris ayat itu keluar dari bibir Dannia. Dannia menunduk mengambil beg tangan dan hartanya yang berterabur jatuh ketika kejadian tadi. Melihat Dannia sudah pulih, Adam meneruskan perjalanan mereka.

"Terima kasih." Ucap Dannia ringkas sambil cuba membuka kot Adam yang tersalut di tubuhnya.
" Sama-sama. Tak payah pulangkan dulu kot tu. Baju awak basah. Nanti nampak pelik pula orang tengok. Bila kita berjumpa lagi nanti awak pulangkan lah." Adam menghalang Dannia menyerahkan kembali kotnya. Seperti percaya akan ada pertemuan yang kedua. Lagipun dia rasa tak elok kalau Dannia naik dengan baju yang melekat di tubuh. Walaupun hampir kering namun kesan basahan itu masih ada.
Dannia serba salah. Namun dia menurut juga. Dia sendiri malu nak keluar dengan keadaan yang di kira agak seksi padanya. Sekali lagi Dannia mengucapkan terima kasih. Adam hanya mengangguk. Adam melihat Dannia berjalan lemah masuk ke dalam bangunannya sehingga masuk ke pintu lif, baru Adam bergerak pergi.
Dannia terkejut melihat abangnya Ashraf sudah ada di hadapan kondonya. Melihat wajah abangnya, Dannia dapat meneka pasti sekejap lagi siaplah dia kena marah. Ashraf melihat adiknya. Dahlah berpakaian yang masih lembab di tambah pula kot lelaki yang membaluti tubuh adiknya. Hati Ashraf berkocak hebat. Dari mana je adik aku ni?
"Adik dari mana ni?" Tak menyempat Ashraf bertanya. Dia hanya singah sekejap. Sebentar lagi dia kena masuk bertugas.
"Dari bukit Cerakah. Hujan tadi kat sana. Along nak masuk dulu?" Dannia membuka pintu rumahnya. Tiada tanda-tanda abangnya nak masuk ke kondonya.
" Tak pe. Along singgah sekejap. Tengok-tengokkan adik. Ini kot siapa ni?" Ashraf menyentuh lembut kot yang ada di tubuh Dannia.
" Kot kawan. Tadi dia hantarkan adik balik. Kawan je along." Dannia, cepat-cepat menerangkan.
"Hmm tak kisahlah. Ucapkan terima kasih along pada dia. Nanti-nanti ajak dia ke rumah. Adik pun balik lah. Papa dah rindu kat adik. Along pergi dulu. Dah masuk ni jangan lupa kunci pintu." Ashraf menasihati adiknya. Di matanya adiknya masih kecil lagi. Dannia lah satu-satu adiknya. Selagi Dannia tidak kahwin, dia berhak ke atas Dannia. Dannia tanggung jawabnya.
"Baik along." Dannia menyalam tangan abangnya. Dia tahu abang dan papanya sayang pada dirinya. Hanya mereka terlalu sibuk dengan perkerjaan sehingga dia sering di abaikan.

17 ulasan:

  1. cepat sambung ye..

    BalasPadam
  2. nklagi...
    huhuhu

    BalasPadam
  3. salam iman..
    hmmmm..bes story ni iman..
    sdh nye dania 2..cian dia..
    keep on writing..
    niya1501@y.c

    BalasPadam
  4. bgku cter ni sngt mnarikkkk..!!
    simple...
    suke ngn adam y brskap mlindungi wanita...
    all da bes writer.!!

    ~selendangputih~

    BalasPadam
  5. bezt la jalan citernyer.. nak lagi ley?? hehehehe
    best lar..

    BalasPadam
  6. p/s 4 selendg putih.....
    ko tkr la nme ko 2....
    seram ak tgk..
    heheheheh
    4 pengarang...sory ak wat laman komen tuk pengomen plak...
    hahahaha..ak pun xbce lg cerpen ko...

    -a^3-

    BalasPadam
  7. ok but masih slow kot.

    BalasPadam
  8. slm..sdp e org kt ats ni kte slow..ok pe..4 org kt ats tuuh,ngan nk ktuk owg jerk..huhu..juz kiding k....hek3..writer,trus an bkrya

    BalasPadam
  9. nk bce lg la..best sngt2

    BalasPadam
  10. jln crita yg menarik

    BalasPadam
  11. tak best pun................he..he...he....gurau je.....

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama8/8/10 6:44 PG

    alahai sweetnye watak Adam...namun sayang...wataknya hanya wujud didalam novel...bkn realiti.. =) great story...hope to read more from u...

    BalasPadam
  13. best..:D

    BalasPadam
  14. mne sambungan cter nie

    BalasPadam
  15. best la crt dia

    BalasPadam
  16. best gak cita nie....

    BalasPadam
  17. cerita yg sungguh menarik

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan