Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Alisya berjalan menuju ke biliknya sebaik sahaja dia tiba di hospital itu. Dia meneliti dokumen-dokumen pesakitnya dengan teliti sebelum memulakan tugasannya. Dia meneliti segala perubahan kesihatan pesakit-pesakitnya sama ada bertambah baik atau bertambah teruk. Jam di tangannya menunjukkan jam 9:45 pagi. Dia masih belum lagi bersarapan kerana terbangun lambat. Selepas solat subuh pada pagi tadi, dia telah tertidur tanpa disedarinya. Mungkin kerana banyak tenaga yang telah dihabis digunakannya ketika memberi rawatan kepada pesakitnya. Selepas memastikan mejanya berada dalam bersih dan segala fail disusun dengan rapi barulah dia keluar menuju ke kantin untuk mencari makanan buat alas perut.
Sepanjang perjalanan ke kantin, Alisya melihat pelbagai gelagat orang ramai yang memenuhi ruang legar di hospital tersebut. Dia melangkah dengan pantas ke kantin sebaik sahaja dia teringat bahawa dia perlu melihat tahap kesihatan pesakit-pesakitnya setiap pagi. Aroma nasi lemak menusuk hidungnya sebaik sahaja dia tiba di kantin. Kelihatan ramai doktor dan jururawat yang sedang menjamu selera. Alisya terus ke kaunter makanan untuk memilih makanan. Sedang dia memilih makanan, tiba-tiba dia dikejutkan dengan satu suara yang menegurnya dari belakang.
"Ha, Alisya lama saya tak nampak awak makan kat sini?"
"Oh, Doktor Irfan. Terkejut saya dibuatnya. Ha’ah saya baru nak sarapan. Selalunya saya sarapan kat rumah jer, tapi pagi tadi tak sempat nak sarapan, tu yang saya turun jugak kat kantin ni."
"Sebenarnya saya dah habis sarapan, tapi kalau Alisya nak saya temankan, saya boleh teman Alisya makan."
"Eh, takpe. Tak payah susah-susah doktor, saya suka makan sendiri. Sebab nak privasi sikit. Jumpa lagi ye doktor."
Alisya terus berlalu dari situ dan menuju ke penjuru kantin yang berhadapan dengan taman bunga yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang beraneka warna dan haruman yang berbeza. Alisya menjamu selera sambil matanya menikmati keindahan ciptaan Illahi. Fikirannya melayang-layang memikirkan tentang impiannya untuk memiliki sebuah banglo besar yang dikelilingi oleh pokok-pokok bunga yang berbau harum serta beraneka warna. Di belakang rumah tersebut terdapat kolam renang khas untuk penghuni rumah tersebut. Terasa tenang dan aman berada di kawasan tersebut. Jauh dari segala pencemaran sama ada pencemaran udara mahupun pencemaran bunyi. Lamunannya tiba-tiba terputus apabila dia terdengar seseorang memanggil namanya.
**********
"Who’s calling my nice name?" getus Alisya perlahan. Dia berasa sangat geram kerana ada jer orang yang mengganggu konsentrasinya di pagi yang indah ini. Dia terus beralih ke arah suara tersebut. Kelihatan rakan sejawatannya, Doktor Syafi sedang melambai-lambai ke arahnya sambil berjalan menuju ke tempat duduk Alisya. Syafi merupakan rakan baiknya sejak di universiti lagi. Hubungan persahabatannya dengan Syafi semakin erat kerana mereka telah ditempatkan di hospital yang sama. Segala masalahnya yang dihadapi akan dicurahkan kepada Syafi dan begitu juga dengan sebaliknya.
"Weh, Isya. Takkan pagi-pagi buta pun kau dah nak mengelamun. Kau nak dengar tak satu berita menarik tentang pesakit kau?"
"Ha, cerita ape Afi. Kalau best baru kau boleh cerita kat aku, kalau tak best, kau simpan jer la cerita tu untuk cucu-cucu kau nanti."
"Ala, Isya ni, tak rock arr camtu... dengar la dulu, nanti kau komen la. Tapi, kalau kau tak nak dengar takpe la, aku pun nak gi sambung balik keje aku la.’ Syafi menarik muka empat belas kerana kawannya itu tidak mahu melayannya. Sebelum sempat Syafi meninggalkan tempat tersebut, Alisya terus menarik tangannya.
‘Ala… Afi nie, tak comel tau orang-orang tua merajuk. Nanti suami Afi cari orang lain sape yang susah, Isya jugak tau. Ha, dah la. Meh duduk kat sebelah Isya nie .’ Alisya terus memaut bahu Syafi dan mengajaknya duduk.
Tiba-tiba bahu Syafi terinjut-injut. Alisya mula panik. Takkan merajuk sikit pun dah nak menangis. Tiba-tiba meletus juga ketawa dari mulut Syafi yang sudah sekian lama ditahannya. Alisya terus menampar bahu Syafi kerana mempermainkannya. Syafi masih belum berhenti mengetawakannya. Oleh kerana memikirkan banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan, dia terus bangun dan balik ke biliknya semula. Syafi masih mengekorinya dari belakang sambil memanggilnya.
Alisya buat tidak endah sahaja. Dia terus masuk ke biliknya dan meneruskan kerjanya yang terbengkalai itu. Tidak lama kemudian, pintu biliknya terbuka dari luar dan kelihatan Syafi sedang tersenyum kepadanya sambil menyorokkan sesuatu dibelakangnya. Alisya tidak mengendahkan akan kehadiran rakannya itu. Syafi terus duduk di hadapan Alisya lalu mula bercakap.
"Isya, kau kenalkan pesakit kelas pertama tu?
Alisya hanya mengangguk kerana malas hendak melayan kerenah rakannya yang sememangnya telah terbukti suka mengusiknya. Alisya terus mencatat sesuatu di atas kertas di hadapannya sambil memandang sekilas kepada rakannya itu. Syafi masih terus bercakap dengan Alisya walaupun Alisya tidak menjawab dan hanya mengangguk dan menggeleng.
‘Aku tau mesti susah kau nak deal dengan orang yang macam tu kan, Isya.’
Akhirnya Alisya berasa kasihan terhadap rakannya yang tidak berhenti-henti bercakap tu semata-mata untuk memujuknya, dia pun mengambil keputusan untuk melayan percakapan rakannya itu.
"Ha’ah… Tergugat juga kesabaran aku dengan perangai pak cik tua tu. Aku suruh dia makan ubat pun banyak kerenah. Tak kuasa aku nak layan dia. Huh."
"Hahaha… sikit punya handsome, kau panggil dia pak cik tua.. Kau nie, kalau dia dapat tau habis la kau… Tapi kan, aku rasa kau dengan pesakit kau tu ade keserasian la.’
"Eh, Afi, sejak bila kau jadi match maker nie.. Please la, perangai macam pak cik tu siapa yang suka… Aku harap sesangat aku dapat jodoh yang perangai dia tak macam pak cik tua tu."
"Kau nak tau tak pasal apa aku kata kau serasi dengan dia? Sebenarnya korang berdua suka makan coklat yang sama."
"Kau biar betul, Afi. Pak cik tu mana boleh makan coklat lagi sebab dia tu masih lagi sakit."
"Ya Allah, betul Isya. Aku pun tak boleh nak buat apa-apa. Pagi tadi nurse yang jaga kat bilik dia tu kasi tau aku yang pesakit kau tu pesan makanan yang pelik-pelik. Dia tak nak makan sarapan yang kita sediakan. Dia rela makan coklat pepagi buta semata-mata kerana tak nak makan roti dan minum susu tu.’
"Ish.. degil betul la pak cik tu. Tapi yang aku hairan macam mana dia boleh dapatkan coklat tu sedangkan saya dah bagitau kat ibu bapa dan pelawatnya supaya tidak membawakan makanan-makanan yang manis. Aku rasa dia ada komplot dalaman dengan seseorang nih.’
‘Bagi aku la kan, pesakit kau tu jauh lebih baik la kalau nak dibandingkan dengan Doktor Irfan tu. Lagi pun pesakit kau tu handsome… Wah, kalau aku tak kahwin lagi dah lama aku gi mengorat pesakit kau tu. Huhu.. Kenapalah aku kahwin awal sangat duh.’
‘Dah..dah Afi, jangan nak mengarut. Weh, kau takde kerja ke nak buat, kalau tak ada, boleh aku kasi kau buat kerja aku.’
"Oh, cara menghalau aku dengan sopan nampaknya."
"Eh, mana ade, sebenarnya aku pun ade keje lagi. Pukul 12:00 tengah hari nanti aku kena pergi bilik bedah pula. Sorry ye, Afi. Hujung minggu nanti kita keluar pergi shopping ek." "Ok set, line clear. Hujung minggu nie, aku takde apa-apa hal. Nanti kau jemput aku kat rumah ye, Isya. Aku chao dulu."
Syafi terus bangun dan terus berjalan keluar dari bilik tersebut. Alisya meneruskan kerjanya yang terbengkalai. Tiba-tiba pintu biliknya terbuka dari luar. Kelihatan rakannya, Syafi muncul di sebalik bukaan pintu tersebut sambil tersenyum kepadanya.
"Isya, nah. Sorry la, aku ganngu kau sekali lagi. Sebenarnya tadi aku nak kasi kau coklat nie, tapi aku terlupa. Aku tau kau suka sangat coklat nie kan."
"Arigato gozaimasu. Macam tahu-tahu jer stok coklat aku dah habis. Terima kasih sekali lagi, Afi. Sayang aku kat kau."
"Kau nie, Isya, asal dapat coklat jer kau sayang kat aku. Kalau tak dapat coklat, kau tak sayang kat aku ye.. Emm.. bagus gak camtu," kata Syafi seraya tersenyum lebar menandakan sesuatu rancangan sedang berlegar-legar di mindanya.
"Afi, kau nak buat apa ha?"
‘Aku terfikir tadi, kalaulah pak cik tua kau tu bagi coklat kegemaran kau, mesti kau sayang kat dia kan.. hahaha..’
‘Kau jangan cari pasal ye, Afi. Aku tak suka la kat pak cik tua tu. Kau pun dah tahu kan perangai aku waktu kita kat universiti dulu. Aku harap sangat persahabatan kita berkekalan ye.’
‘Ye la tu, Isya. Aku gerak dulu. Aku pun harap kita still kawan ek. Ok, assalamu’alaikum."
"Wa’alaikumussalam.."
Alisya terus menyimpan coklat tersebut di dalam balang di tepi mejanya. Petang nanti barulah dia akan ke pasaraya untuk membeli coklat tersebut untuk dijadikan stok makanannya apabila ketiadaan makanan. Selalunya dia ke pasaraya bersendirian kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.
maaf atas kelewatan sy untuk menambah episod yg baru.. terlalu byk idea yg ingin dimasukkan sehingga sy kehilangan segala punca arah tujuan.. sambungan episod akan datang boleh la ke blog sy...
sukalh 2 buat pembaca tertanya2... anyway sya rasa coklat 2 sama dgn pak cik tua mkn 2... secara keseluruhan cerita menarik.. padat dgn maklumat.. tpi mcm mana dgn marlissa? mksd peribadian dia? cantik, tinggi atau apa? teruskan usaha anda? x sabar rasanya menanti cerita sambungan... anda berbakat utk menulis novel.. try some... anyway good luck...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
coklat ape lh tu ye..