Khamis, Oktober 15, 2009

Novel : Cinta Bersegi-segi 7

Nama Pena : Renesfee Cullen

Puan Safiah menuju ke arah Fatin yang pitam itu. "Kenapa ni?" soal Puan Safiah kepada pelajar-pelajar di situ. "Entahlah, cikgu. Tadi kami tengok Fatin pucat semacam, suruh dia berehat. Dia tak nak. Lepas tu, dia tersandar kat dinding dan pitam. Nasib baik ada Hanis sempat sambut dia," jelas Lisa. Azmi dan Firdaus merapati. "Mungkin sebab dia tak makan waktu rehat tadi kot," Lisa menambah. "Bawa dia ke bilik sakit. Tahulah cikgu di sana merawatnya nanti," ujar Puan Safiah. Fatin dihantar ke bilik sakit. Setelah diperiksa, dia memang keletihan - sarapan pagi tidak diambil langsung. Fatin yang longlai di atas katil membuka matanya. Firdaus, Azmi, Hanis, Lisa, Irfan, Fazrin, Danny dan Farhan. 'Tenanglah, sabarlah, hati...' bisiknya sendirian. Kepalanya masih terasa berat. Kemudian, Puan Safiah masuk membawa sedulang makanan. "Makan ni," Puan Safiah duduk di atas kerusi dan menyuapnya makan. "Cikgu, biar saya yang suapkan," Hanis menawarkan diri. Puan Safiah lantas bangun dan menyerahkan makanan kepada Hanis. Beliau kemudiannya keluar. Fatin makan hanya sedikit. "Haa... Tulah, aku dah cakap. Tak payah buat kerja, kau degil. Sekarang, tengok apa dah jadi," bebel Farhan. "Dahlah, tak payah diingat lagi," Danny menjeling Farhan. Farhan mengalah. "Kami keluar dulu, ya," Firdaus bersuara seraya menarik Azmi keluar dari bilik itu. Fatin menghembus nafas kelegaan. Semua mata tertumpu ke arahnya.

"Fatin, betul kau tak nak terima Abang Firdaus?" soal Farhan. Fatin diam. "Kenapa diam?" soal Lisa. "Kata orang tua-tua, diam tandanya mau," Fazrin berseloroh. Semuanya ketawa, Fatin hanya tersenyum geli hati. "Entahlah..." Fatin menunduk. "Itu je jawapan kau?" soal Danny. "Entah," Fatin memandang Hanis yang dari tadi diam. "Hanis, kenapa diam?" soal Fatin. Hanis tersentak dari lamunannya. "Er, aku nak balik dululah. Rasanya dah lama sangat aku di sini," ujar Hanis lalu menyambar beg galasnya dan melangkah ke wakaf. Fikirannya melayang. 'Irfan...! Kenapa kau begitu prihatin terhadap Fatin? Sedangkan aku? Aku mencintaimu, Fatin tak mencintaimu sedikit pun!' rintih hatinya. Dia tercegat di wakaf. Dia hairan melihat beberapa orang pelajar menunggu di wakaf ini. Biasanya, hanya dia, Fatin, Danny, Irfan, Firdaus dan Azmi sahaja yang menunggu. Dia menegur seorang pelajar perempuan. "Ehem..." dia menarik perhatian pelajar itu. Pelajar itu berpaling. Mukanya separuh dipenuhi ulat manakala separuh lagi putih bersih. Hanis tidak berkelip memandangnya. Dia kemudiannya memandang pelajar yang lain, sama! Cuma yang membezakan mereka ialah rupa mereka! Hanis berundur setapak. Dirasakan ada seseorang di belakangnya. Dia berpaling. Terkejut, terkesima, kaget. Pengsan. Hanis pengsan di situ. Entah apa yang dilihatnya.

Hati Fatin tiba-tiba rasa tidak tenteram. "Aku nak cari Hanis," Fatin turun dari katilnya. "Kenapa?" soal Irfan. "Rasa tak sedap hati je," Fatin melangkah keluar diikuti teman-temannya. Fatin memandang ke arah wakaf. Tiada sesiapa. "Jom pergi wakaf," ajak Fatin. Mereka menuju ke wakaf. 'Erk...' Fatin disimbah api ketakutan melihat beberapa orang pelajar menunggu di situ. Dan di lantai, sebatang tubuh terbujur kaku. Hanis! Fatin melihat sekeliling, rakan-rakannya yang lain masih ada. 'Kau...er...nampak apa aku nampak?' bisik Danny ke telinga Fatin. Fatin mengangguk-angguk. Pelajar-pelajar yang menunggu di situ berpaling ke arah mereka sambil tersenyum sinis. Muka mereka, separuh berulat, separuh biasa! Fatin menggosok-gosok matanya. Benarlah apa yang dilihatnya. Pelajar-pelajar di wakaf itu ketawa. Seorang daripada mereka menerkam ke arah Fatin. Tidak semena-mena, muncul kelibat Azmi dan Firdaus. Mereka membaca sesuatu. Azmi melaungkan azan. Hilang. Pelajar-pelajar yang menunggu tadi hilang. Muka masing-masing pucat, terutama sekali Fatin. Firdaus memegang tangan Fatin, sejuk. "Fatin okey?" soal Firdaus. Fatin mengangguk. Dia sempat menjeling ke arah Danny dan Farhan yang memapah Hanis. Kemudian, mereka kembali ke bilik sakit. Fatin hanya termenung di luar bilik sakit itu sambil matanya memandang ke arah wakaf. "Fatin, Fatin okey ke?" soal Azmi di sebelahnya. "Okey," jawab Fatin acuh tak acuh. "Apa benda tadi tu?" soalan yang lama bermain di kepalanya akhirnya terbit juga di bibirnya.

"Abang tak tahulah betul ke tidak, tapi... Wakaf tu memang 'keras' sikit. Sebab tu ramai yang tak menunggu di situ. Dengar cerita cikgu-cikgu serta senior-senior dulu, ada pembunuhan berlaku di wakaf itu. Beberapa orang pelajar mati di tempat kejadian. Mungkin roh mereka tidak tenang," Azmi memandang wajah mulus Fatin. 'Kesian budak perempuan ini. Terlalu didesak oleh lelaki bernama Firdaus, kawan baik aku sendiri,' bisik hatinya. "Macam mana abang tahu kami berada dalam keadaan tadi tu?" soal Fatin lagi. Azmi tersenyum, begitu juga Firdaus yang baru muncul di sebelahnya. "Kami perhatikan kalian dari jauh. Memang, kalau dari jauh, takkan nampak pelajar berlima itu," kali ini Firdaus yang menjawab. Fatin mengangguk-angguk. "Terima kasih kerana...er...menyelamatkan keadaan. Hampir pengsan Fatin dibuatnya. Err... Mana Abang Mi?" Fatin kehairanan melihat hanya Firdaus di sebelahnya. Firdaus buat-buat tak dengar. Fatin hanya mendiamkan diri. Danny dan Farhan mengintai dari dalam. Masing-masing menggeleng. Degil betul hati Fatin. Tiba-tiba, seekor tikus melintas betul-betul atas kaki Fatin. "Aaa!" Fatin menjerit seraya melompat. Hampir terjatuh, namun hero di sebelah sempat menyelamatkannya. Danny dan Farhan yang sedang seronok mengintai tertawa kecil. Fatin segera menjauhkan jaraknya dari Firdaus. Dia memandang Firdaus yang sengaja memandang ke arah lain. 'Weh, Farhan. Abang Firdaus tu...erm...dah putus asa ke?' bisik Danny. Farhan hanya mengangkat-angkat bahu tanda tidak tahu.

'Kalau dia putus asa, alamatnya memang Irfanlah yang akan bertakhta di hati Fatin tu. Kau tahu, Irfan tu tak lekas putus asa tau,' bisik Farhan pula. Azmi yang berdiri berhampiran mereka mendengar bisikan itu, lalu tersenyum. Fatin melangkah ke dalam bilik sakit kerana tiada lagi teman berbual. Dia menuju ke arah Hanis yang sudah sedar itu, ditemani Irfan, Fazrin dan Lisa. "Hai," sapanya mesra. Hanis tersenyum. "Awak nampak apa tadi, Hanis?" soal Fatin. Hanis tersengih. "Hantu kot," jawabnya lucu dan semua ketawa. Danny dan Farhan muncul. "Haih, seronok ketawa. Tadi baru tengok han..." mereka bertujuh ketawa. "Saya tengok Fatin hampir pengsan tadi. Fuh, nasib baik Abang Firdaus sempat datang. Maksud saya, Abang Firdaus dan Abang Azmi..." Fazrin melirik ke arah Fatin. Tiada sebarang reaksi. "Fatin..Fatin.." panggil satu suara. Fatin berpaling, Azmi tercegat di muka pintu. "Tu, abang Fatin datang," ujarnya. Fatin mengangguk. "Saya balik dulu," Fatin mencapai beg galasnya dan terus keluar. Alongnya sedang berbual dengan Firdaus. "Along, jom!" Fatin menarik memaut tangan abangnya. "Ira, tak nampak ke abang tengah bercakap ni?" suara Fathul kedengaran sedikit mendatar menahan marah. Fatin mengangguk, takut dengan abang sulungnya ini. Firdaus terus-terusan berbual dengan Fathul, sambil matanya sekali-sekala menjeling ke arah Fatin di sebelah Fathul.

"Along, Ira masuk dalam dululah. Kalau dah nak balik, panggil Ira tau," Fatin sudah bosan menunggu lalu dia melangkah ke dalam bilik sakit. "Haih, kata dah nak balik?" Danny mengerutkan dahinya. "Aaa... Along tengah berbual dengan seseorang," Fatin melabuhkan punggung di sebuah sofa yang empuk. Azmi yang mendengar kata-kata Fatin tersenyum. "Siapa seseorang itu?" soal Azmi. Fatin menjelingnya sekilas. "Tak tahulah Fatin. Tak kenal," Fatin tersenyum sinis. Semua orang hairan melihat perbualan mereka dua orang. "Betul ke tak kenal?" soal Azmi lagi. Fatin mengangguk-angguk. Seketika, Azmi menjenguk ke luar dan kembali semula ke katil Hanis. "Dah tahu dah siapa yang berbual dengan Abang Fathul," Azmi memandang semua. "Siapa?" soal Farhan. "Firdaus," jawab Azmi lalu tertawa kecil. Semua orang tersenyum lebar manakala Fatin hanya berlagak biasa. "Ai, Fatin. Takkan tak kenal kot ketua pengawas sekolah ni?" Irfan menjelingnya. Fatin menggeleng-geleng. "Tak kenal," Fatin tersenyum. "Mari aku kenalkan," Danny tersenyum sinis. "Tak perlulah rasanya," Fatin masih lagi tersenyum. "Fatin...er...ni, Abang Fathul dah panggil balik," Firdaus tiba-tiba muncul dan memandang Fatin tepat. Pandangan mereka bertaut, tetapi kali ini Firdaus yang melarikan anak matanya terlebih dahulu. "Danny pun kena balik dengan Fatin," ujarnya kali ini.

Danny mencapai begnya dan menarik tangan Fatin keluar dari bilik sakit itu. Mereka kemudiannya beriringan sambil berpegangan tangan. Danny seakan-akan tidak mahu melepaskan pegangan itu. Fathul yang melihatnya sedikit hairan, tetapi dia meneruskan langkah ke kereta. 'Kenapa kau macam tak nak lepaskan tangan aku je?' bisik Fatin. 'Aku tengok Abang Firdaus tu macam dah tak nak kau je. Biar aku buat dia cemburu,' balas Danny sambil tersenyum. Fatin tertawa kecil. 'Macam-macamlah kau ni,' bisik Fatin lagi. "Danny, Ira. Tak baik bersentuhan dengan bukan mahram," Fathul akhirnya menegur. Danny segera melepaskan Fatin. Diam. Fatin tahu, abangnya itu bukan calang-calang orang. Dah pernah terbang dan belajar di Universiti Yarmouk, Jordan. "Along kalau boleh tak nak Fatin bergaul dan berhubungan dengan lelaki. Tapi, mungkin Fatin dah terbiasa, Along benarkan. But not this time, Along takkan biarkan adik Along disentuh lelaki bukan mahramnya. Biarlah hanya suami adik nanti yang sentuh adik," Fathul bersuara. Fatin terdiam. Danny juga. "Sebab tu Along tak nak adik bercinta. Ada buah hati, ada boyfriend. Danny pun, jangan terlalu bebas menyentuh perempuan bukan mahram kita.Harap Danny tak berkecil hati. Danny pun Along dah anggap macam adik kandung. Along pun tak nak Danny bercinta," Fathul memandang adik-adiknya melalui cermin kereta. "Baik, Along..." Danny bersuara perlahan. Kemudian, dia memandang Fatin yang juga sedang memandangnya. Terpinga-pinga sebentar.

Malam itu, Fatin mengulang kaji pelajaran seorang diri. Segala perkara yang disampaikan oleh Alongnya, disemat kukuh di ingatan. InsyaAllah, lepas ni dia berubah perlahan-lahan. Esoknya, dia ke sekolah seperti biasa. Dia terserempak dengan Azmi dan Firdaus, tetapi dia hanya diam dan terus berjalan. Sewaktu rehat, dia kekal di mejanya. Hal yang sama berlaku ke atas Danny. Mereka betul-betul terkesan dengan kata-kata Fathul semalam. Fatin berpaling ke arah Danny, begitu juga Danny. Fatin bergerak ke tempat Danny. "Kau kenapa hari ini?" soal Fatin. "Kau tu, kenapa pula?" soal Danny pula. Mereka mengerutkan dahi. "Kata-kata Along semalam..." perkataan sama yang terbit dari kedua-dua bibir mereka. Mereka berpandangan. "Ladies first," Danny mengukir senyum. "Kata-kata Along semalam mula buat aku sedar. Tapi... Entah. Aku rasa macam jahil sangat. Tak tahu apa-apa," Fatin menunduk. "Aku pun," senyuman Danny makin pudar. Firdaus dan Azmi yang kebetulan bertugas di blok tersebut melalui hadapan kelas 4 Astronomy. Sekali pandang, Danny dan Fatin macam sedang berdating saja. Azmi menjeling Firdaus, terselit wajah cemburu di mukanya. Rasa nak pukul saja si Danny, tapi memandangkan dia seorang ketua pengawas, semua itu mesti dielak bagi menjaga imejnya dan sekolah. Danny terpandang Firdaus dan Azmi. 'Wei, tengok siapa kat luar tu,' bisik Danny. Fatin berpaling, dia menggeleng-geleng. "Lepas Along aku cakap macam tu semalam, aku rasa aku takkan terima dia pada zaman remaja aku ni," ujar Fatin.

"Aku pun rasa..erm...tak payahlah bagitahu Hanis tentang perasaan aku ni. Nanti aku sendiri yang merana sebab dia cintakan Irfan, betul tak?" Danny memandang Fatin seraya tersenyum. Fatin tersentak. "Err... Macam mana kau tahu... Hanis sukakan Irfan?" Fatin masih menunduk. "Aku ikut kau orang senyap-senyap hari itu. Masa Hanis lari sebab aku halau dia kat padang tu. Kau orang pun pergi ke sebuah taman yang indah," Danny sudah pudar senyuman sinisnya. Fatin mengangguk-angguk. "Aku nak berubah," ujar mereka serentak. "Ehem... Assalamualaikum," satu suara garau kedengaran. Fatin dan Danny menjawab salam. "Aku dengar kau orang tak jadi couple. Buat apa berdua-duaan ni?" soal Farhan sambil tersenyum nakal. "Kau jangan salah sangka, Farhan..." Danny memandangnya tajam. Fatin bangun dan menuju ke kerusinya. "Kami berbincang sesuatu tadi," Fatin menambah. Mulai hari itu, Danny dan Fatin asyik berkepit - mencari bahan rujukan agama. Mereka bertekad, mereka ingin berubah. Para ustaz dan ustazah juga tidak keberatan memberikan jawapan kepada mereka tentang agama. Mereka sentiasa bersama, tetapi batas-batas pergaulan tetap dijaga. Dalam masa beberapa bulan, mereka berubah! Azam mereka tercapai. Fathul juga sangat gembira melihat perubahan positif adik-adiknya itu.

************

"Danny, erm... Aku tengok kau lain betul sekarang," Farhan menyapa Danny sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di sebelah Danny. Danny yang sedang tekun menelaah novel itu tersenyum sahaja. Tiba-tiba, Lisa muncul dengan keadaan cemas. Fazrin, Farhan dan Danny memandangnya. Begitu juga Irfan yang baru sahaja melangkah. "Fatin... Fatin... Fatin accident!" jelas kelihatan cemas di raut wajah Lisa. Nafasnya naik turun. Danny membulatkan mata. Farhan juga. Fazrin dan Irfan turut merasai debaran itu. "Jomlah!" Lisa menggesa. "Hanis mana?" soal Danny. Farhan menjelingnya. "Hanis... Hanis dengan Fatin. Hanis suruh aku datang beritahu kau orang. Cepatlah!" Lisa nampaknya sudah meleleh air mata. Mereka berlima bergegas ke tempat kejadian. Sebaik sahaja tiba, Danny terpaku. Itulah tempat di mana arwah Syafiq kemalangan dulu. 'Ya Allah, selamatkan Fatin...' rintihnya. Sudah ramai yang mengelilingi Fatin. Seketika, ambulans tiba dan Fatin dikejarkan ke hospital. Danny, Farhan, Fazrin, Lisa, Hanis dan Irfan turut serta. Fatin dimasukkan ke wad kecemasan. Mereka berenam menunggu dengan penuh kerungsingan. "Macam mana boleh jadi...err...macam ni?" Danny cuba memecah kesunyian. Semua mata melirik ke arahnya. Hanya memandang, tiada jawapan. "Bukan...ke...kau yang selalu...er...datang dengan dia?" suara Irfan mendatar. "Ya, tapi hari ini aku datang awal. Dia lambat," Danny memandang Farhan, kosong.

"Assalamualaikum," satu suara garau menyapa. Danny berpaling. Fathul, Fathin, Fatini, Datin Sofea dan Dato' Faizal tercegat dengan wajah kerisauan. "Along..." Danny menunduk. "Apa yang dah jadi?" suara Datin Sofea kedengaran mendatar, menahan tangis. Diam. Doktor yang merawat Fatin keluar. "Doktor!" Fathul mendapatkan doktor yang bertag nama Hasyimah. "Macam mana keadaan adik saya?" soalnya. "Dia okey. Keadaan dia agak parah tapi stabil. Dia terlalu lemah - dia perlukan rehat yang secukupnya," ujar doktor itu dengan senyuman dan berlalu. "Doktor!" panggil Fathin pula. Doktor itu berpaling, "Ya?" ujarnya. "Boleh kami masuk?" soal Fathin. "Boleh, tapi hanya dua orang," doktor itu tersenyum manis dan meninggalkan mereka semua. Masing-masing berpandangan. "Saya rasa keluarga dia patut masuk dulu," Danny mengukir senyuman, tapi hambar. "Memandangkan kawan-kawan dia yang bawa dia ke sini, lebih baik Danny yang masuk dulu. Bertemankan Hanis," Fathul memandang Danny. Tanpa bersuara, mereka berdua masuk ke dalam wad Fatin ditempatkan. Sebak menyelebungi hati mereka tatkala melihat Fatin terbaring lemah. Hanis sudah menangis tetapi air matanya disorok daripada penglihatan Danny. Jari-jemari Fatin bergerak-gerak. Ingin sahaja dicapai dan diurut perlahan jari-jemari itu, tetapi Fatin bukanlah mahramnya. "Ha...Hanis..." Danny separuh berbisik. Hanis memandangnya.

"Kau...er...okey?" soal Danny. Hanis terdiam seketika. Dia mengangguk. 'Da...Da...Danny...' mulut Fatin terkumat-kamit. 'Aku kat sini. Sebelah kau...' Danny mendekatkan mulutnya ke telinga Fatin. 'Mana..Mama...Along...Abang...Kakak...Papa...Irfan...?' suara Fatin tersekat-sekat. 'Mana Hanis...' suaranya kini lebih kuat tetapi masih bernada bisikan. 'Saya pun ada kat sebelah awak ni,' ujar Hanis, berbisik. 'A..Abang...Fird...aus? Mana...dia?' Fatin membuka matanya. Danny mengerutkan dahinya. "Kau nak Mama dan Along kau ke? Aku panggilkan, ya?" Danny memperlahankan suaranya. Fatin mengangguk lemah. Danny keluar sementara Hanis mengusap-usap perlahan kepala Fatin. Kemudian, Datin Sofea dan Fathul memasuki ruangan itu, membuatkan Hanis beredar serta-merta. "Ira, sayang..." Datin Sofea mengucup dahi anaknya. Fathul juga melakukan hal yang sama. "Ira okey?" soal Fathul. Fatin mengangguk-angguk. Mereka dua beranak berada agak lama dalam ruangan itu. Di luar, Danny dan Hanis saling berpandangan. Mereka tahu, Fatin memang perlukan Firdaus. Tapi, saat ini... Firdaus mungkin takkan muncul kerana rasa kecewanya. Bukan sahaja tak mungkin, malah mustahil! 'Danny, kenapa kau dan Hanis asyik tengok-tengok dari tadi? Ada yang tak kena masa kau orang masuk tadi?' Farhan yang di sebelah Danny berbisik.

'Fatin... Dia cari Abang Firdaus. Aku rasa memang dia nak jumpa sangat dengan Abang Firdaus - mungkin akan menguatkan semangatnya,' Danny membalas bisikan itu. Farhan mengangguk- angguk. Tiba-tiba, tiga kelibat muncul. Mereka kenal - malah terlalu kenal dengan wajah-wajah itu. Firdaus, Azmi dan Puan Safiah. "Assalamualaikum," ujar Puan Safiah terlebih dahulu. Masing-masing menjawab salam. "Bagaimana keadaan...err...Fatin?" mata Firdaus tertancap ke arah Danny. 'He was so lucky that he's in time,' bisik Danny sambil tersenyum. 'Aku dengar tu,' Farhan mengganggu tumpuan Danny merenung Firdaus. "Dia okey..." jawab Hanis. Danny menjeling Hanis sekilas. Hanis mendekati Danny. 'Do we have to -,' Hanis tidak sempat menghabiskan ayatnya. 'I think we don't have to tell him anything. I mean it,' Danny berwajah serius. "Tapi..." Hanis memandang Danny. 'He'll be in there, soon,' Danny menenangkan Hanis. 'Yeah, soon.. Like death can wait!' Hanis menjeling tajam ke arah Danny. Danny mengeluh. 'Do you REALLY want her to die? Because of Ir -,' Danny mengetap bibirnya. Hanis segera merapati Fatini. Tidak kuasa melayan kerenah Danny yang suka sangat cari pasal. Diam. Keadaan menjadi tegang, sunyi, hanya dapat mendengar hembusan karbon dioksida. Farhan menjeling Hanis. Irfan menjeling Danny, begitu juga Danny, menjeling Irfan. Heish, asyik jeling je. Tak ada kerja betul!

Seketika kemudian, Datin Sofea dan Fathul keluar dari bilik Fatin ditempatkan. "Adik okey ke, Ma?" soal Fatini, wajahnya yang mulus itu kelihatan begitu kelam, risau. Datin Sofea mengangguk lemah. "Uncle, masuklah dulu. Dengan Abang Fathin atau -" Danny terhenti kata-katanya tatkala Fathin dan Dato' Faizal memasuki ruangan Fatin. "Lepas ni, Abang Firdaus dan kakak masuk," ujar Danny selamba, tetapi kata-kata itu seakan-akan arahan. Fathul menjeling Danny. Firdaus tersentak, tetapi dia hanya terdiam kaku, bimbang teramat sangat. "Along, mari sini kejap," Danny mencapai lengan Fathul dan menariknya jauh dari semua orang. 'Apa dia?' muka Fathul berkerut seribu. 'Tadi, waktu Danny dan Hanis masuk...erm... Fatin....' Danny merenung wajah Fathul. 'Apa dia..?' Fathul keliru. 'Dia sebut nama -' ayat Danny terhenti di situ kerana disampuk Fathul. "Firdaus?" suara Fathul sedikit kuat. Danny terkejut, tetapi dia hanya kaku berhadapan dengan Fathul. 'Dia pun sebut juga tadi masa Mama dan Along masuk... That's why she had been like that lately. Moody - too much of it. I was worried, the same goes to Mama and Kakak, also Fathin. Sometimes, Fatini even heard her talking in her sleep. Well, she never forget to say Firdaus's name," penjelasan Fathul membuatkan Danny ternganga seketika. 'Sampai macam tu ke? Mungkin ini semua ada kena-mengena dengan kemalangan ni?' fikirnya sendiri.

Mereka berdua kembali kepada semua orang. Firdaus dan Fatini tiada, Dato' Faizal dan Fathin sedang berbual, serius. Maknanya, Firdaus dan Fatini dah masuk. Danny mendekati Hanis. 'She'll be happy at this moment,' bisiknya. Hanis menjeling. 'You always think of her. Like she is gonna love you back! Ha- ha!' Hanis sengaja menyakitkan hati Danny. 'What? Oh, so now, you're trying to irritate me? Well, I supposed, you don't irritate me that much. But I know something, you're really upset with Ir-,' Danny sengaja tidak menghabiskan ayatnya dan tersenyum sinis. 'Cut it off, guys. I'm tired of listening to your arguements all the time. Even in Fatin's condition like this, you're still want to quarrel! Oh, she would be too dissapointed!' Fazrin yang mendengar segala bisikan mereka itu menyampuk. Danny dan Hanis menjelingnya. 'Like she cares. She doesn't care about us now. She's just thinking of her hero - that boy. You know,' Danny mencebik. 'Oh, you're just jealous, aren't you? Well, I hope you will enjoy the dissapointment. Right, Fazrin?' Hanis melirik ke arah Fazrin. Fazrin hanya membuat muka bosan. 'Hey, you know something? Fatin nearly got killed, and you two keep fighting about the LOVE MATTERS? Well, I want to tell you one thing. You both, suit together. Fatin will be happy to know you are married in the next five years,' Fazrin tertawa kecil. Danny menjeling Fazrin. 'Just keep quiet, Rin. Your turn to visit Fatin will be around the corner. As soon as Firdaus and Fatini get out of that room, you and your beloved Lisa will go in. TOGETHER,' kali ini Danny pula yang ketawa. 'Like I've been in love with her for all this while, though. You are not making any sense,' Fazrin mencebik. 'You ARE!' Hanis menyampuk dan dia ketawa bersama Danny. 'What makes you two think that I'm in love with her? Like I said just now, it does not make any sense,' Fazrin memandang Danny. 'Well, you were always doing the duties with her. I could see it from your eyes. How you watched her, talked to her. It does make sense, a little. Haha,' Danny tersenyum.

'Oh, YOU just shut up! I can't take it more - you're too confident about that. Like she cares about my feelings...' suara Fazrin bergetar. Danny dan Hanis memandangnya. "Kau okey ke, Rin? Maaf," kali ini Danny tidak berbisik lagi, dia memaut bahu Fazrin. 'I know, she always wants to tell you something. But, she just... She can't. She told me that before,' Hanis masih lagi berbisik. Fazrin masih lagi tertunduk. 'Well, there are so many flowers in this world. You can choose whoever you want, Rin. There's a lot, a million of them. You can find better than her, dude,' Danny cuba meniupkan semangat rakannya. 'But, I think we're just too young to think about this love matters. Well, I had been thinking about that before - last two months, but I just... Erm... Forget all about it and focus myself on my studies, my beloved friend - Fatin, of course,' Danny tersenyum. 'Yea, your BELOVED FRIEND...' suara Hanis seakan memerli. 'Whatever, Hanis. You just don't get it. And will never, ever get it. You're too... Well... Slow. You don't know anything about me and Fatin, so just stay away from our matters. Please -,' Danny tidak menghabiskan ayatnya kerana Fatini baru keluar dari ruangan itu, tanpa Firdaus. "Erm... Fatin panggil Danny," mata Fatini melirik ke arah Danny. Danny mengangguk dan menuju ke ruangan Fatin. Hatinya berdebar-debar, apakah yang Fatin mahukan? Bersama Firdaus tetap bersamanya? Adakah kisah cinta Fatin bakal bermula? Bukan dia tidak percayakan kata-kata Fatin yang tidak mahu bercinta pada zaman remaja, tetapi... Ah, dia keliru!

bersambung...

2 ulasan:

  1. cter best but aku da mls da nk bce coz asyik2 de je wtk bru mncul...
    cter ni unik but a bit complicated...
    anyway keep it up!!

    BalasPadam
  2. setuju ar..cte ni mmg best..but then bnyk sgt watak..kdg2 aku siap bole stop kejap..sbb nk create semula connection between A n B..C n D..hehe

    ps. aku masih rajin baca...belum sampai tahap malas lg..hehe

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan