Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Assalamualaikum Asha."Terpinga-pinga Asha mendengar suara itu. Suara yang sekian lama menyepi. Suara yang amat dirinduinya saban hari.
"Wa’alaikumussalam,"jawab Asha perlahan. Matanya tidak lepas memandang wajah Naim yang sedang tersenyum. Sesungguhnya dia amat merindui senyuman itu. Senyuman yang dibawa dalam lenanya.
"Mana Naim pergi?"Serentak itu airmata Asha mengalir lagi untuk yang ke sekian kalinya. Naim tidak menjawab tetapi hanya tersenyum. Asha dapat melihat airmata yang bergenang di pelupuk mata Naim.
"Asha rindukan Naim. Terlalu rindu."Bisik Asha dalam esakan. Perlahan jemari Naim mengesat airmata Asha.
"Jangan menangis sayang. Naim juga rindukan Asha. "Saling bertentang mata, cuba untuk meleraikan rindu yang telah lama bersarang dalam diri masing-masing.
"Tapi kenapa Naim pergi?Langsung tak hubungi Asha. Asha sakit sangat tunggu Naim balik. "Naim tunduk. Menahan sebak di dada.
"Maafkan Naim kerana pergi tanpa berita. Naim tak berniat nak lukakan hati Asha tapi.."kata-kata Naim terhenti di situ. Dia menggeleng.
"Naim minta maaf."Asha menangis lagi.
"Kita kena jumpa mama. Asha tak nak bertunang dengan orang lain. Asha Cuma nak Naim."Asha mengelap airmatanya dan cuba menarik tangan Naim untuk berjumpa dengan keluarganya. Namun Naim tidak bergerak malah digenggam erat tangan Asha. Asha bingung.
"Sayang.."sayu sungguh suara Naim pada pendengaran Asha. Sungguh panggilan itulah yang selalu membuai dirinya. Naim menghulurkan sebuah diari berwarna biru kepada Asha.
"Apa ni?"
"Kita tak mungkin dapat bersama. Tapi Naim nak Asha tau yang Naim benar-benar cintakan Asha sepenuh hati Naim. Tak mungkin Naim akan lupakan Asha." Jatuh juga airmata Naim. Asha tersentak.
"Naim nak pergi lagi? Sanggup Naim tinggalkan Asha kat sini sorang-sorang. Kalau Naim nak pergi pun, bawalah Asha sekali. Asha dah tak sanggup nak berpisah dengan Naim lagi."Asya menggocang-goncangkan bahu lengan Naim.
"Tak mungkin Asha. Simpanlah nama Naim disudut paling dalam di hati Asha. Berbahagialah. Janji dengan Naim yang Asha akan hidup baik-baik. "Genggaman tangan Naim semakin longgar dirasakan.
Asha menarik tangan Naim. "Tolonglah jangan tinggalkan Asha!!"Separuh menjerit Asha merayu. Sayu hati Naim melihat gadis kesayangannya itu.
"Maafkan Naim. Dulu perpisahan kita sementara, kini perpisahan ini hakiki. Selamat tinggal sayang."
"Naim!!!"Asha menjerit kuat. Serentak itu pintu biliknya dibuka. Kak Aria meluru mendapatkan adiknyayang masih dalam keadaan separuh sedar itu.
"Mengucap dik."Pantas Kak Aria memanggil mamanya. Fuad datang membawa sedikit air di dalam mangkuk. Pantas Kak Aria merenjiskan sedikit ke muka Asha berserta selawat. Perlahan-lahan Asha membuka matanya.
"Mana Naim kak?"Soalan pertama yang terbit dari mulut Asha. Aria memandang suaminya.
"Tidurlah dik. Akak temankan Sha di sini,"ucap Aria tanpa menjawab pertanyaan Asha.
"Tadi Naim datang kak. Dia datang jumpa Sha."Senyum Asha menceritakan tentang kedatangan Naim. Aria sebak. Fuad hanya menggelengkan kepalanya sambil memegang bahu Aria.
"Kenapa Sha?"Mama tiba-tiba muncul di depan pintu.
"Sha mengigau ma,"ucap Aria tanpa melarikan matanya dari wajah Asha. Serentak itu Asha menoleh.
"Sha tak mengigau. Tadi Naim betul-betul datang. Dia…"putus ayat Asha. Dia memandang sekeliling bagai mencari-cari sesuatu. Habis diselongkarnya seluruh bilik. Mama, Aria dan Fuad hanya memerhatikan Asha. Hiba Aria mengenangkan adik kesayangannya ini terseksa kerana cinta.
"Dahlah Sha. Sekarang ni dah pukul 3 pagi. Mana ada Naim datang."Tingkah mama. Dia tidak senang hati melihat anak gadisnya yang seperti orang hilang akal itu.
"Mana?"Aria tersentak.
"Sha cari apa dik?"
"Mana diari yang Naim bagi tadi?"
"Diari?"
"Tadi Naim ada bagi Sha diari biru. Siapa yang ambil?"Semua yang ada di situ menggelengkan kepala. Asha mencari lagi hingga akhirnya dia terjelepok di sisi katil.
"Naim…jangan tinggalkan Sha."Aria turut menangis melihat keadaan adiknya. Fuad memeluk bahu Aria. Mama pula terus berlalu. Baginya yang penting sekarang, kelancaran majlis yang akan berlangsung pada siang nanti.
Suasana bising di luar sedikit pun tidak mengganggu kesedihan Asha. Malah dia tidak peduli langsung apa yang berlaku di luar sana. Dia hanya mengikut arahan mamanya. Wajahnya langsung tiada seri. Biarpun begitu, hasil solekan Mak Kiah mampu membuatkan wajah Asha nampak segar.
Pintu dikuak. Kak Aria tersenyum pahit melihat keruh di wajah adiknya. "Cantik adik kakak ni,"puji Aria sambil memegang pipi Asha lembut.
"Orang dah cantik Aria. Pakai apapun tetap cantik,"kata Mak Kiah pula. Aria mengangguk kecil. Dia akui memang Asha punya kelebihan itu. Malah walaupun dia tidak bersolek, wajahnya tetap nampak berseri. Namun Aria tidak pernah cemburu dengan adiknya. Dia amat bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan padanya.
"Senyumlah dik. Sekejap lagi Sha dah bergelar tunang orang. "Selesai sahaja Aria menghabiskan ayatnya, muncul mama di depan pintu dengan beberapa orang yang lain.
"Sha, masa untuk sarungkan cincin nak,"ucap mamanya lembut. Asha masih tunduk namun diangkat tangan kanannya. Selesai menyarung cincin, semua yang ada mengucapkan syukur. Asha mencium tangan bakal ibu mertuanya. Namun Puan Ifta memeluk dan mencium dahi Asha.
"Maafkan ibu nak,"perlahan dibisikkan di telinga Asha. Asha tidak faham. Didongakkan kepalanya, dia tidak pernah mengenali wanita ini. Namun hatinya terasa sebak, dia tidak tahu kenapa.
Dia berdiri mengikut mamanya untuk keluar berjumpa dengan keluarga tunangnya. Sayu dia memandang barang-barang hantaran yang terhias kemas di hadapannya. Sedang dia leka memerhatikan satu persatu hantarannya, matanya lekat pada satu dulang.
Perlahan-lahan dia mencapai diari yang terhias indah itu. "Diari biru Naim,"bisiknya perlahan. Dipeluknya diari itu tanpa menghiraukan orang sekeliling. Airmatanya mengalir deras. Puan Ifta turut menangis. Aria mendekati dan memeluk adiknya. Mama dan papanya terpinga-pinga dengan kejadian yang berlaku.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best story nie...
bc skit da sedey...huhu
cepat2 la smbg k..
x sabar nk bc next episode