Nama Pena : Moon Ierah
Andai ini ujian..
Terangilah kamar kesabaran..
Berilah aku kekuatan…
Airmata Asha mengalir lagi. Kenangan-kenangan bersama Naim ketika di bangku sekolah membuatkannya lebih pilu. Dia amat merindui Naim ketika ini.
"Kau mesti tunggu aku." Masih terngiang-ngiang di telinganya bisikan Naim 3 tahun lalu sebelum dia melanjutkan pelajarannya.
"Naim…"lembut bibirnya menuturkan nama lelaki itu. Terdengar pintu biliknya diketuk.
"Sha..janganlah menangis lagi dik. Esokkan Asha nak bertunang. Hilang seri nanti,"usik Kak Aria. Namun usikkannya tak bersambut malah esakkan Asha semakin menjadi. Aria serba salah. Dia faham bagaimana perasaan adiknya kala itu. Dipaksa bertunang dengan seorang yang langsung tidak pernah dikenalinya.
"Sha tak nak bertunang kak. Sha tak kenal pun lelaki tu."
"Kak faham perasaan Sha. Tapi…"
"Tak. Kak tak faham. Kak takkan pernah faham."Asha menggeleng sambil mengesat airmatanya. Terlalu murah airmatanya buat lelaki bernama Naim. Aria sebak melihat keadaan diri adiknya itu. Teringat kala ayah meluahkan hasrat mahu mengahwinkan dia dengan Fuad dulu, sedangkan ketika itu umurnya baru mencecah 20 tahun. Dia langsung tidak dapat membantah malah impiannya untuk meneruskan pengajian juga dilupakan terus. Mujur ketika itu dia belum mempunyai pilihan hati.
"Sabar dik.."
"Sha cintakan Naim kak. Sha tetap akan tunggu Naim."
"Tapi dia dah lama tak contact Sha kan,"ucap Kak Aria lembut.
"Sha dah janji nak tunggu dia kak. Sha tak dapat lupakan dia. Sha betul-betul sayangkan dia."Aria melihat kesungguhan pada wajah Asha. Hakikatnya memang terbukti yang Asha sangat mencintai pemuda bernama Naim. Dia hanya mengenali pemuda itu melalui gambar-gambar yang menghiasi bilik adiknya. Aria mengeluh kecil.
"3 tahun dik dia pergi tanpa berita dik. Sha yakin yang dia masih ingatkan Sha?"Asha mengangguk laju. Keyakinan Asha membuatkan Aria terdiam. ‘Bertuah sungguh lelaki yang mendapat cintamu dik. Sekiranya dia tak menghargaimu, dialah lelaki paling rugi.’
-----------------------------------------------------
"Ma, boleh tak kita hentikan majlis ni?Sha tak sedia lagi,"perlahan suara Asha. Pantas Puan Norlia menghampiri Asha.
"Kenapa bila papa tanya Sha hari tu Sha tak jawab?Kenapa baru hari ni nak buat hal?"perlahan tapi sedikit keras suara Puan Norlia. Asha hanya tunduk mendengar soalan yang diajukan mamanya.
"Tolonglah Sha ma. Sha tak nak bertunang dengan lelaki yang Sha tak kenal hati budinya."
"Sha, sebab tu mama dan papa nak Sha bertunang dulu. Masa bertunang ni la Sha kena kenal dengan hati budi dia."Asha tetap menggeleng. Menerima pertunangan ini bermakna dia mungkir pada janjinya dengan Naim.
"Dah. Bersiap cepat. Orang dah ramai kat luar tu. Jangan nak malukan papa dan mama."Terasa sakit hati Asha mendengar kata-kata mamanya. Bukan niatnya mahu memalukan keluarga tetapi dia hanya mahu mempertahankan cintanya pada Naim. Terlalu dalam cintanya buat lelaki itu.
"Naim, baliklah. Selamatkan cinta kita.."airmata Asha gugur lagi.
??????????????????????????????????????????????????????????????
BalasPadamtension btol aq & the geng baca..
x de smbungan ker?????????????????????????????????????
menarik tp pendek cter nie,
tiba2 je stop cter nie,,ke ad smbungan?
truskan karya anda yg pendek berjeler nie>>
best citer nie..ksian asya kne pkse..
BalasPadamsalam...name pnoh asha tu ape??
BalasPadam-Asha-