Isnin, Oktober 12, 2009

Novel : Cinta Abadi 1

Nama Pena : donia

"Jen, aku baik je ni. Kau jangan risau. Aku pandai jaga diri. I’m five and twenty know. Not five."
"Yalah, aku tau kau dah besar. Aku risau ni. Kenapa pulak kau perlu balik Malaysia ? Tergesa-gesa pulak tu. Ada masalah ke? Mama kau ada cakap apa-apa tak?" Soal jennidah dengan nada risau.
Lisa mengeleng perlahan. Tapi tersedar yang dia sedang bercakap dengan jennidah melalui telefon. Dia sudah terbiasa bersama dengan kawannya itu selama lima tahun semasa dia berada di Ireland.
"Tak. Dia tak cakap apa-apa. Dia hanya call aku semasa dia suruh aku balik. Lepas tu aku tak tahu apa-apa. So, here I’m, berdiri kat KLIA macam pak guard sebab sampai sekarang masih belum nampak sesiapa datang nak jemput aku". Lisa ketawa kecil.
"Aku pelik la dengan mama kau tu. Habis tu kenapa dia nak suruh kau balik awal sangat. Aku masih lagi nak lepak dengan kau kat sini. Tak best la nak gi jalan-jalan kalau kau takde. Shamir dah monyok je bila dapat tau kau balik tak bagitahu dia". Ujar jennidah berjauh hati.
Lisa tersenyum kecil apabila mengingati wajah Shamir. Kawannya yang sama-sama belajar di Ireland. Jennidah yang beria-ria mengenenkannya dengan Shamir. Tapi lisa hanya menganggap Shamir sebagai kawannya, tak lebih dari tu. Dia tidak mahu memberi harapan palsu pada Shamir. Dia tidak mahu nanti ada yang terluka.
"Maybe something happened". Lisa cuba membela ibu tirinya. Kedengaran dengusan tidak puas hati dari jennidah.
"Kau jangan baik hati sangat. aku tak suka dengan mama kau tu". Bebel jennidah lagi. lisa hanya diam sahaja, sambil mendengar bebelan jennidah. Matanya melilau sekelilingnya. Pandangannya jatuh pada wajah yang dikenalinya. Senyumannya singgah di bibir menyerlahkan lesung pipit di pipi kirinya.
"Jen, pak salleh dah datang. Nanti aku call kau semula. Kau jaga diri kat sana. Aku tak sabar nak tunggu kau balik Malaysia".
"Yeah. Take care okey. Kalau ada apa-apa problem, kau terus bagitahu aku". Pesan jennidah sebelum lisa memutuskan talian. Dia mengangkat tangannya dan melambai pada lelaki pertengahan umur yang sedang melilau memandang orang ramai.
Lelaki itu kelihatan terkejut apabila lisa menarik beg pakaiannya dan berjalan mendekatinya.
"Lisa?" Soalan pak salleh kedengaran perlahan. Dahinya berkerut. Menambahkan lagi tanda tua di wajahnya.
Lisa ketawa kecil. Dia memeluk pak salleh erat. Air matanya yang terasa hangat di tubir mata di tahan. Memandang lelaki di depannya ini mengingatkannya kepada papanya yang sudah meninggal 5 tahun dulu.
"Yalah pak salleh. Ni lisa. Sedihnya pak salleh tak kenal kita. Lisa dah tak cantik ke pak salleh?" Soal lisa berbaur gurauan. Semasa dia remaja, pak salleh sentiasa memberitahunya bahawa dia cantik seperti arwah ibunya.
Pak salleh tersenyum lebar. Dia ketawa kecil. Wajah lisa dipandang lama.
"Mana ada. Pak salleh tak kenal sebab lisa dah makin lawa. Pak salleh ingat anak orang puteh mana tadi". Jawab pak salleh, jujur. Lisa tegelak kuat. dia kembali memeluk tubuh lelaki itu.
"Lisa gembira jumpa pak salleh. Lisa rindu dengan semua orang". Suaranya serak menahan sebak.
Pak salleh mengelus rambut lisa lembut. Dadanya turut sebak.
"Dah, jom balik. Mak kinah dah tak sabar nak jumpa lisa. Tadi dia beria-ria nak ikut pak salleh sekali". Lisa tersenyum lebar apabila wajah keibuan mak kinah singgah diingatannya. Wanita itu yang telah banyak memberikan kasih sayang kepadanya selepas ibunya meninggal.
Lisa mengangguk. dia melangkah mengekori pak salleh yang menarik beg pakaiannya. Lisa berdiri di tepi kereta sambil menunggu pak salleh menyimpan begnya.
"Mana barang lisa yang lain. bukan main lama lagi kat sana, takkan ni je barangnya?" Soal pak salleh sambil mengangkat beg lisa ke dalam boot kereta.
"Ada kat sana. Nanti jen akan bawa balik. Lisa tergesa-gesa. Sebab mama suruh balik cepat jadi lisa bawa balik apa yang perlu je". Jawabnya. Wajah pak salleh berubah tegang bila sahaja lisa menyebut tentang mamanya.
"Kenapa pak salleh? Ada masalah ke kat rumah sekarang?" Soal lisa ingin tahu. Memang dia sengaja berlagak tenang. Tetapi dia sebenarnya risau.
"Nanti pak salleh cerita. Masuk dalam kereta dulu. Cuaca panas ni. Nanti sakit". Suruh pak salleh. Lisa akur. Dia terus masuk ke dalam kereta. Pak salleh memandu kereta perlahan. Lisa hanya diam. Masih lagi berfikir. Dia tahu ada masalah yang sedang berlaku. Tapi apa? Kalau tiada sesiapa yang memberitahunya, dia tak akan tahu. Dia bukan ahli nujum untuk melihat kembali apa yang telah berlaku.
"Pak salleh". Panggil lisa sambil menoleh pada lelaki di sebelahnya. Pak salleh hanya diam. Dia terus memandu. Tapi wajahnya masih lagi tegang.
"Pak salleh tak sampai hati nak bagitahu lisa semua ni. Tapi lisa mesti sabar tau". Pak salleh mula bersuara. Lisa mengangguk. jantungnya terasa berdegup laju.
"Lina dah tak ada". Ujar pak salleh perlahan. Tapi lisa merasai suara itu bergema kuat. Dia hanya diam. Terasa dunianya berpusing. Dia memandang ke depan. Memandang kereta yang bertali arus di jalan raya.
"Lisa. Sabar ya". Lembut suara pak salleh memujuk. lisa masih lagi diam. Bibirnya bergetar menahan tangis. Terbayang-bayang wajah lina di ruang mindanya. Lina, kakak kandungnya sendiri. Tapi lina lebih baik dengan ibu tirinya. Ibu tirinya lebih menyukai lina berbanding dirinya. Tapi, dia tidak pernah berkecil hati. Tetapi kenapa dia tidak diberitahu tentang perkara ni.
"Kenapa tiada sesiapa yang memberitahu lisa? Kenapa lisa tak tahu?" Soal lisa dengan suara bergetar. air matanya sudah jatuh ke pipi. Pak salleh menarik nafas dalam.
"Mama lisa larang pak salleh bagitahu lisa. Lagipun lina sendiri tak nak lisa tahu tentang ni. Arwah pesan supaya lisa diberitahu bila lisa balik ke sini". Terang pak salleh kepada lisa. Dia memandang lisa yang mengangguk perlahan.
"Pak salleh mintak maaf sebab tak beritahu lisa. Tapi ini permintaan lina".
"Tak apa pak salleh kalau ini memang permintaan lina. Lisa tak kisah. Tapi, lisa sedih sebab lisa tak boleh jumpa dia buat kali terakhir. Kenapa lina meninggal? Dia sakit ya pak salleh?" Soal lisa ingin tahu. Air mata yang basah di pipi di sapu dengan tisu yang dicapai dari dalam beg galasnya.
Pak salleh tergaman seketika. Wajahnya bertugar kelam.
"Kemalangan kereta". Jawab pak salleh pendek. Lisa mengangguk. dia tahu pak salleh berat untuk bercerita padanya. Lisa cuba menenangkan dirinya. Pandangannya jatuh pada robot mainan di atas dashboard kereta. Tangannya mencapai mainannya tersebut. Di belek lama.
"Pak salleh masih main dengan robot ya?" Lisa cuba bergurau. Pak salleh memandang mainan di riba lisa. Dia kembali memandang ke depan. Gurauan lisa tidak bersambut.
"Itu mainan aizat". jawab pak salleh lambat-lambat. Lisa pantas menoleh pada pak salleh. Setahunya pak salleh mempunyai mempunyai beberapa orang anak.
Mungkin aizat ni cucu pak salleh. Fikirnya tapi lisa masih lagi bertanya.
"Cucu pak salleh ke?" Soal lisa lagi.
Pak salleh mengeleng perlahan. Bulu kening lisa terangkat. Takkan anak kot? Dia terfikir sendiri.
"Kita dah sampai".
Lisa tersedar. Dia memandang banglo tiga tingkat yang tersergam indah di depannya. Banglo di mana dia membesar. Di banglo inilah dia mendapat kasih sayang yang tak berbelah bahagi dari ibu dan papanya. Di baglo ini juga dia melihat ibunya pergi meningalkannya. Dan dibanglo ini juga papanya pergi meninggalkannya. Begitu banyak memori di sini. Perasaan sedih yang ditahan sejak tadi kembali lagi. pak salleh memandu kereta masuk dan memakir kereta di garaj.
"Lisa, banyak lagi yang lisa tak tahu". Tiba-tiba pak salleh bersuara apabila enjin kereta dimatikan. Lisa menoleh pada pak salleh yang sedang memejam matanya rapat. Kepalanya disandar pada bahagian belakang tempat duduk. Wajah tuanya seakan menanggung beribu beban.
"Apa maksud pak salleh?" Wajah tua itu dipandang tepat.
Belum sempat pak salleh menjawab, ada jeritan kecil dari dalam rumah.
"Aizat, datang sini". Lisa kenal suara mak kinah. Dia menoleh apabila seorang kanak-kanak lelaki muncul dari satu sudut dan meluru ke arah kereta.
"Mama!!!"
Jerit kanak-kanak tersebut. Pandangan lisa jatuh pada seraut wajah kecil yang sedang berdiri di luar kereta dengan senyuman lebar di bibirnya. dia menoleh pada pak salleh yang mengeluh kecil. Pandangannya kembali menoleh pada kanak-kanak tersebut. Terasa air matanya mengalir jatuh membasahi pipi.
Apakah semua ni?

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama6/3/10 9:26 PTG

    ehem.juz nak komen, casing.. kalau nama tu, mesti title case la kan? hope ambil perhatian cket. hehe. jgn marah..
    cerita menarik! apakah semua ni? hehe. looking forward for d continuation. apekah??

    BalasPadam
  2. itu je ker?...
    citer best tp tk puas..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama1/8/12 11:22 PG

    bgai mn komen crita tergantong???

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan