Nama Pena : nemo
Edryyanna tekun mengadap model kit Gundam Seed Destany yang baru dibelinya di Kinta City petang tadi. Eyad hanya tersenyum memandang kakaknya yang begitu taksub dengan binaan model kit. Atas alasan itulah Edryyanna pulang ke rumah cuti biarpun cuti hanya ada 2 hari.
" Along, macam mana kampus? Susah tak perancang bandar?" Edryyanna mengangkat kepala sambil tersenyum.
"Eh? Soalan apa ni? Along kena jawap ke?"
" Alah… nak jawap soalan adik terchenta pun susah. Bukan kena bayar pun."
Edryyanna tersenyum. Apa kes tiba-tiba Eyad jadi sensitif ni? Ada salah makan ubat ke semalam?
" Along…..susah sangat ke town planning?" soalan Eyad mengundang kerutan seribu pada wajah Edryyanna. Pelik.
" Kenapa?"
" Well…. Look’s like you loose a lot of weight." Edryyanna hanya tersenyum. Memang ada juga ditimbang berat badannya dahulu. Itu pun kerana dia pergi ke Unit Kesihatan disebabkan dia sering mengalami kesukaran bernafas semenjak akhir – akhir ini.
Kehilangan berat yang mendadak menyebabkan doktor menyarankan dia menjaga pemakanan dan aturan masa serta rehat yang cukup.masih terbayang macam mana kerutan di dahi doctor tersebut.
" Awak ni hilang berat badan secara melampau. Saya tak salahkan awak kalau awak nak diet, tapi bukan dengan cara macam ni. 45 kg dalam tempoh 2 bulan. Awak boleh menyebabkan koordinasi badan awak terganggu. Tambahan pula awak masih dalm tempoh tumbesaran." Edryyanna terkesima tatkala terasa bahunya ditepuk perlahan.
" Along….. ok ke tak ni?"
" Along ok." Sebuah jawapan yang langsung tidak memuaskan hati seorang adik.
* * *
"Edryyanna Syafika…." Panggilan lembut dari doktor muda itu mengejutkan Edryyanna dari lamunan. Doktor Hafiz tersenyum melihat pesakitnya yang dalam keadaan terpinga – pinga.
Suasana bilik doktor itu sunyi sahaja. Entah mengapa suasana bilik rawatan hospital Pantai Putri yang berwarna biru itu sungguh menyenangkan Edryyanna.
" Awak ada masalah?" pertanyaan doktor muda itu Edryyanna jawap dengan gelengan lembut. Padangan doktor yang bernama Hafiz itu mengingatkan Edryyanna pada seseorang.
" Saya datang nak buat medical check-up. Sejak akhir – akhir ni saya selalu sakit bahagian dada. Mudah penat dan selalu sakit kepala." Prosedur pemeriksaan dijalan dengan biasa.
" Awak boleh tunggu sejam lagi atau awak nak ambil esok saja keputusan check-up?"
" Saya tunggu. Terima kasih Doktor." Edryyanna melangkah keluar dari bilik dan entah mana silapnya, dia terlanggar jururawat yang kebetulan mahu masuk kebilik doctor tersebut. Hanya tutur maaf saja yang terkeluar dari bibirnya meskipun dia dapat lihat riak wajah jururawat itu melopong.
" Itu pesakit doktor ke?" Doktor Hafiz tersenyum pelik.
" Kenapa?"
" oh…. My god. She’s totally change. Macam mana dia boleh jadi macam tu?" Melihat riak wajah Doktor hafiz yang kelihatan tercengang itu, jururawat itu meneruskan cerita.
" Dulu... Ada sekali dia buat medical check – up kat sini. Masa tu dia gemuk sangat. Tak silap saya masa tu dia buat check – up sebab nak masuk IPT. Tak silap saya 4 bulan lepas." Beria – ia jururawat bernama Maria itu menceritakan hal Edryyanna.
" Mana awak tau ni? Tak kan awak cam lepas tengok dia sekali aje…."
" Lah….. kan Doc jugak yang minta saya ambil fail Edryyanna? Saya ingat sebab saya yang buat check – up untuk dia hari tu. Tu pun kalau yang keluar tadi tu Edryyanna lah. Kalau bukan, saya silap orang la jawapnya." Kata – kata yang bersahaja itu disusuli dengan tawa kecil. Doktor Hafiz menggeleng kepala.
ckitnyerrrrrr...
BalasPadamada blog x??
ada... erimoanaqie.blogspot.com
BalasPadam