Selasa, Oktober 13, 2009

Novel : Cello Terpilu 2

Nama Pena : Anastasya

A Strong Determination Inside It

Loceng berbunyi menandakan waktu balik sudah tiba. Semua pelajar pulang ke rumah masing – masing kecuali 7 orang pelajar terpilih. Pengumuman yang dibuat sebelum waktu balik amat menggembirakan mereka termasuk Azusa.

Setelah mengambil cello daripada Akito, Azusa bergegas ke bilik mesyuarat pelajar. Azusa berlari – lari anak sehinggalah dia terlanggar Utsumi – senpai. Azusa tunduk memohon maaf dan memberi isyarat untuk meminta diri. Utsumi – senpai terpinga – pinga dengan kelakuan Azusa. ' Kasihan gadis tu. Bisu. Tapi wajahnya tidak ubah seperti Kana. ' bisik hati Utsumi senpai.

Azusa berasa bersalah kerana tidak menolong Utsumi – senpai tetapi dia harus cepat. Apabila Azusa buka pintu bilik mesyuarat, Mizuki yang sedang bergurau dengan Kanagi telah terlanggar Azusa menyebabkan Azusa terjatuh. Mizuki dan Kanagi kelam kabut membantu Azusa. ' Ish, kenapa aku asyik langgar orang hari ini? ' keluh hati Azusa. Mizuki meminta maaf. Azusa mengangguk dan duduk di sebelah Aki. Aki yang pemalu tidak habis – habis diusik oleh Nanaki, wartawan sekolah Kazenari.

Suasana bilik mesyuarat itu hanya riuh rendah dengan suara Mizuki dan Nanaki. Hanya sekali – sekala dengar Kanagi dan Hatori menyampuk. Azusa sudah biasa bersendirian. Pada mereka, Azusa hanyalah gadis ' bisu ' yang berbakat dalam cello. Bisu? Bisukah aku? Aku cuma malas nak bercakap. Ia hanya menyakitkan hati aku.

Tatkala Sakima – sensei melangkah masuk dalam bilik mesyuarat, Mizuki terus menerpa cikgu lelaki itu dan memeluknya erat – erat. Mereka yang lain hanya tertawa dengan gelagat Mizuki yang kebudak – budakan. Setelah keadaan tenang, taklimat bermula. Sakima – sensei menyusun kertas dan memulakan ucapannya.

" Tahniah kepada Kanagi, Hatori, Ray, Toshiki, Aki, Azusa dan Mizuki. "

" Kenapa nama saya akhir sekali?? " Mizuki menyampuk.

" Kerana saya suka?!! " jawab Sakima – sensei dengan senyuman sinis. Mereka yang lain ketawa mengejek pada Mizuki.

Setelah taklimat tamat, Kanagi mengangkat tangan.

" Sakima – sensei, berapa ramai wakil dari sekolah khas muzikal? " Azusa tersentak. Aki dan Utsumi – senpai perasan akan itu. Aki bertanya tentang keadaan Azusa dan Azusa mengangguk dengan harapan Aki tidak bimbang terhadapnya.

" Untuk pengetahuan kamu semua, sekolah Kazenari adalah sekolah yang paling ramai wakilnya iaitu 7 orang. Sekolah khas muzikal hanya menghantar 4 orang wakil iaitu Hayate, vionis…Sara L. Vandom, pianis….Hojo Akiboshi, cello dan Arisa Hinohara, vionist. " Azusa benar – benar tersentak. Semua mata memandangnya.

" Hinohara? " Kanagi agak terkejut.
" Pasti akan menjadi saingan yang kuat! " Mizuki bersemangat.
" Keluarga Hinohara memang hebat. " Hatori memuji.

TIDAK!! Habislah aku! Kalau mereka tahu aku menyertai pertandingan ini, pasti aku akan dipukul. Tetapi, sampai bila aku harus takut? Sampai bila aku harus lari? Aku…aku akan buktikan pada mereka yang aku boleh berjaya. Ya..tak perlu lari lagi… keluh hati Azusa.

Utsumi – senpai mendekati Azusa. Azusa segera menoleh ke kanan.

" Azusa – chan, kamu nak ikut kami berlatih di taman sekolah? Kami amat mengalu – alukan kedatangan kamu. " ucap Utsumi senpai sambil tersenyum.

" Yalah, Azusa! Janganlah jadi katak di bawah tempurung. Kami tak kisah jika kamu bisu atau apa pun kerana kamu juga sebahagian daripada rakan kami! " lafaz Mizuki dengan penuh semangat dan keikhlasan. Rakan? Azusa terpinga – pinga.

Kanagi menghampiri Azusa dan membelai rambut Azusa. Azusa menggerakkan kerusi selangkah ke belakang. " Saya teringin nak mendengar suara Azusa melalui cellonya. "

' Ah..lelaki ini memang bermulut manis! ' bentak Azusa. Mukanya merah padam kerana dikelilingi oleh sekumpulan lelaki. Azusa sekadar mengangguk dan tunduk ke bawah. Nanaki sibuk mengambil gambar Azusa yang kelihatan semakin menyerlah berbanding dulu.

Di taman belakang Sekolah Kazenari, kelihatan Kanagi berlatih bermain seruling. Aki sedang mengelap harp. Mizuki pula bersemangat memainkan lagu Gazette menggunakan trumpetnya. Toshiki tidur di rumput dengan nota lagu bersepah. Hatori dan Ray masih belum tiba. Azusa mengeluarkan cello dan memulakan latihan. Tema pertandingan ini amat senang iaitu ' Lagu Pertama Irama Pertama '. Sudah pastinya lagu ' Life is Like A Boat ' ialah lagu pertamaku.

" Sudah habis berlatih? "
Azusa terkejut lantas terus menoleh ke kanan. Utsumi – senpai duduk di sebelahnya. ' Senpai memang pemurah dengan senyuman ' desir hati kecil Azusa. Azusa mengangguk.

" Emm…kamu kisah jika kita berjalan – jalan di luar? " pelawa Utsumi – senpai. Wajahnya serius.

Hah??! Bergurau ke? Akito akan datang nanti dan pasti Akito sakit hati jika dia tahu aku meninggalkannya di taman. Tetapi Utsumi – senpai kelihatan seperti ada benda penting hendak beritahu aku.

Azusa mengeluarkan telefon selularnya dan menghantar mesej kepada Akito. Selepas itu, Azusa mengangguk tanda setuju. Utsumi – senpai membantu menyimpan cello milik Azusa di kerusi belakang kereta jenama Mitsubishi. Kemudian Utsumi – senpai membuka pintu kereta untuk Azusa. Enjin dihidupkan dan Utsumi terus memandu laju, meninggalkan mereka yang lain dalam keadaan tertanya – tanya, meninggalkan Akito di belakang.

Sepanjang dalam kereta, mereka banyak berdiam diri. Azusa asyik memandang ke luar tingkap kereta. Tiba – tiba Azusa terkejut. Dia harap dia tidak silap pandang papan tanda bahawa mereka sudah melepasi Tokyo. Azusa mula ketakutan. Utsumi tertawa melihat gelagat Azusa. Azusa mula berang diperlakukan seperti kanak – kanak.

" Kana..Azusa kenal Kana? " soal Utsumi.
Azusa menggeleng dengan wajah penuh tanda tanya.
" Emm..mana Azusa dapat cello tu? "
Azusa berdiam diri.
" Macam mana Suzuki Hinohara dan Eri Hinohara melayan Azusa? "

Azusa memandang tepat ke arah Utsumi – senpai. Pandangannya tajam.

" Jangan marah, Azusa. Saya saja nak berkenalan dengan kamu. Jadi saya nak bawa kamu pergi ke Shibuya. Bagaimana? "

Azusa terkejut. Shibuya? Jauhnya! Azusa segera menggeleng.

" Azusa…Azusa…kenapa kamu tidak mahu jawab soalan saya? "

Azusa cuba buka pintu untuk melompat keluar tetapi Utsumi – senpai memegang tangannya dengan kuat.

" LEPASKAN TANGAN SAYA!!!!! "

Utsumi – senpai tergamam. Dia sangka Azusa ialah gadis bisu. Tapi Utsumi harus pertahankan pendiriannya.

" Azusa, lebih baik kamu tidur di hotel berbanding di rumah kamu. "
" SAYA TAK MAHU!! "
" Azusa, kalau saya tak bantu kamu, maka kamu akan lihatlah apa yang terjadi esok. "
" Keadaan bertambah buruk jika saya lari! Senpai tak faham bahasa ke? Keadaan akan bertambah buruk jika saya lari! " bentak Azusa.

Utsumi berhentikan kereta di sebuah taman tasik. Azusa menggunakan kesempatan ini untuk melarikan diri. Azusa buka pintu dan berlari sekuat – kuat hati meninggalkan Utsumi yang menjerit memanggilnya, meninggalkan telefon selular yang berdering serta meninggalkan cello terpilu miliknya.

' Ah..Utsumi – senpai sudah melampau! Bodohnya aku! Tetapi..' Langkah Azusa semakin perlahan dan akhirnya terhenti.

Siapa Kana? Kenapa dia tanya pasal ibu dan ayah? Tindak tanduk dia seperti dia tahu apa yang akan berlaku. Utsumi – senpai…apa tujuan dia sebenarnya?

Tiba – tiba tangannya disentap. Azusa terkejut. Utsumi – senpai tercungap – cungap. Tangan kanannya membimbit beg cello. Dahinya basah dengan peluh. Orang yang bersiar – siar di tasik itu memandang Azusa yang masih berpakaian sekolah dan Utsumi.

" Azusa, kamu ni…adakah kamu tabah untuk menanggung risiko? "

Utsumi – senpai tunduk kepenatan. Azusa menyentap tangannya dan berundur dua langkah ke belakang.

" Kalau saya tidak kuat, saya dah lama bunuh diri. Kalau saya tidak kuat, saya dah tarik diri dari pertandingan tu pagi tadi. Kalau saya tidak kuat, saya bukan pelajar Sekolah Kazenari. Kalau saya tidak kuat, cello tu bukan milik saya…" tegas Azusa.

Utsumi terpegun dengan kata – kata Azusa. Ada benarnya kata – kata Azusa tu. Utsumi bangun. Azusa kembali membisu. Utsumi tersenyum dan pelawa Azusa minum petang di sebuah restoran tapi Azusa menolak. Akhirnya, selepas berlatih main cello, mereka pulang ke Tokyo.

Utsumi masih tidak percaya bahawa gadis yang tidur di sebelahnya mempunyai pendirian yang kuat dan semangat yang tinggi. Azusa tidur dengan nyenyak hinggakan telefon selularnya berbunyi pun Azusa tidak sedar.

' Mungkin dia kurang tidur. Masanya banyak dihabiskan untuk apa? ……………Pasti untuk menjadi yang terbaik dalam keluarga Hinohara. 'desis Utsumi.

Apapun, Utsumi akan bantu mana yang termampu dan terpaksa melupakan tawaran yang diberi. Tawaran yang cukup lumayan dan cukup untuk menghancurkan impian Azusa. Namun untuk apa dia lakukan semua itu? Ada lebih baik jika dia membantu Azusa.

Sekali lagi dalam sejarah hidup Azusa, ada orang yang sudi menjadi laut untuk melindungi batu. Yang pasti, apabila tiba di Tokyo, Azusa pasti akan dimarahi oleh Akito. Dan apabila tiba hari esok, Azusa pasti akan merana.

2 ulasan:

  1. i'm waiting 4 the next episode..
    cpt eh!

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum.

    Since I got a week of school holiday, I've finished this novel n Insya Allah, I'll send it here ^^

    Thanx for read it!

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan