Jumaat, Oktober 16, 2009

Novel : Biarkan Ia Berlalu 13

Nama Pena : sha ibrahim

BAB 13

Tangan Nadia ditarik dengan kasar apabila dia mahu memasuki butik Chanel yang berada di pusat membeli belah tersebut.

"Ala Baby..aku just nak tengok la…bukannya nak beli pun." Jawab Nadia. Namun rayuannya itu seakan-akan langsung tak dipedulikan oleh Baby.

"Baby….kejap jer," rayu Nadia lagi.

"Tak payah…hari ni kau kena ikut aku pergi butik yang selalu aku pergi…kat sana nanti kau akan dapat tengok macam-macam jenis baju yang sesuai dan cantik sangat untuk ke pajabat…rekaan pereka fesyen Malaysia..kita kadang-kadang kena ikut juga seruan kerajaan Malaysia supaya beli baranagn tempatan…jangan asyik layan barangan luar Negara je…kau sebagai ahli perniagaan sepatutnya kau tahu semua ni," bebel Baby. Nadia mencebik. Tak berpuas hati dengan tindakan Baby yang menghalangnya untuk membeli baju-baju berjenama yang dia suka.

"Ala…macam la semua barang yang kau guna buatan Malaysia," balas Nadia setelah agak lama mendiamkan diri.

"Aku ngaku la tak semua barang yang aku guna tu barangan buatan Malaysia tapi aku tak macam kau yang terlalu sangat banggakan barangan luar Negara…kita kan ada kita punya desingner sendiri…brand kita sendiri….buat apa la kau nak agung-agungkan Chanel, Dolce gababana, Versace, Gucci, Giorgio Armani, Galliano, Fay, Lanvin….semua benda tu mahal nak mati kau tahu tak…membazir…barangan kita jauh lebih murah dan bermutu jugak tau," Baby menyambung bebelannya sambil melangkah. Kemudian Nadia tiba-tiba berhenti melangkah dan tergelak kuat. Baby agak terperanjat dengan reaksi rakannya itu.

"Kau ni kenapa?" tanya Baby agak malu memandangkan berpasang-pasang mata mulai memandang mereka dengan pandangan yang pelik.

"Sekarang ni siapa yang agungkan barangan luar Negara ni? Kau ke aku?" tanya Nadia masih lagi tergelak.

"Kenapa pulak?" Baby pelik.

"Yalah…mulut kau lancar je sebut jenama-jenama luar Negara tu semua…kau hafal ek?" tanya Nadia dengan tawa yang masih berbaki.

"Walapun aku tak guna tak semestinya aku tak tahu dan tak boleh ambil tau kan?" Tanya Baby balik. Nadia hanya mencebik kemudian tersenyum. Kemudian dia memaut lengan Baby dengan manja.

"Yalah-yalah…aku beruntung sangat sebab dikurniakan kawan baik macam kau dan Tiara…yalah kali ni aku ikut cakap kau…jom kita pergi beli barangan buatan Malaysia…Malaysia Boleh!" laung Nadia dengan kuat.

"Ish kau ni…buat malu aje la…orang tengok la wei," marah Baby apabila melihat telatah Nadia yang langsung tak mempedulikan keadaan sekeliling.

"La buat apa nak malu…cakap tadi kita kena berbangga dengan barangan tempatan…barangan Malaysia la kan…Hidup Malaysia," laung Nadia sekali lagi. Baby tersenyum kemudian dia tergelak besar diikuti dengan Nadia.

"Malaysia boleh!" mereka melaung serentak. Waktu itu mereka sudah tak mempedulikan langsung pandangan orang terhadap mereka. Apa yang mereka tahu mereka berbangga dapat melaungkan kata-kata azimat tersebut.


***
"Fiq…jom keluar nak?" ajak Roslan sebaik sahaja keluar dari bilik air. Syafiq yang sedang mengadap laptop di kala itu hanya mendiamkan diri. Malas dia nak melayan Roslan yang suka sangat keluar rumah bila hujung minggu.

"Fiq…kau dengar tak…jom la keluar..tengok wayang ke?" ajak Roslan sekali lagi.

"Aku malas la Lan…banyak kerja yang aku kena siapkan ni…hujung bulan ni kena bentangkan belanjawan syarikat…report banyak yang aku tak siapkan…kau keluarlah sorang," beritahu Syafiq langsung tak menoleh memandang Roslan yang sedang berdiri memandangnya.

"Ala kau ni…tak fun la…asyik kerja je 24 jam…cuba kau keluar release tension sikit…usha-usha awek ke…barulah bermakna hidup beb!" Roslan bersuara terus memujuk Syafiq. Syafiq tersenyum. Kemudian dia menutup laptop yang berada di depannya lalu menoleh memandang temannya yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat duduknya di ruang tamu apartmentnya itu.

"Aku malas la Lan nak keluar…daripada aku keluar baik aku tidur…bahu aku ni dah sakit dah dari pagi mengadap benda alah ni…kau nak keluar kau keluar la sorang…jangan lupa beli makan malam untuk aku bila kau balik nanti," pesan Syafiq terus merebahkan badannya di atas sofa.

"Kau memang…malas la kau nak layan kau!" Roslan melemparkan tuala yang basah ke arah Syafiq lalu jatuh ke muka Syafiq.

"Woit…pengotor betul la kau ni," Syafiq terus melemparkan semula tuala tersebut ke arah Roslan.

***
Suasana yang sepi telah menyebabkan Syafiq mulai teringat peristiwa dahulu. Pristiwa lama yang agak sukar untuk dia lupakan.

"Mia ada kehidupan Mia sendiri Fiq…takkan Mia nak terperuk sahaja di sini sedangkan peluang Mia terbuka luas di luar sana," suara gadis yang sedang duduk di hadapannya mulai meninggi.

"Tapi Mia…Mia sanggup tinggalkan Fiq semata-mata nak kejar cita-cita Mia…begitu?" Syafiq cuba meminta simpati. Sejak dari kecil lagi dia rapat dengan gadis tersebut. Gadis itulah yang bayak mendorong dia sehinggakan dia berjaya menjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

"Mia tak tinggalkan Fiq...dan Mia tak akan tinggalkan Fiq…tolong la Fiq…lima tahun saja…sekejap je kan? Nanti bila Mia dah balik semula ke Malaysia kita boleh kahwin…kan itu yang Fiq nak?" gadis yang mempunyai rambut yang lurus sehingga paras belakng merenungnya dengan renungan manja. Meminta simpati.

"Lima tahun Mia cakap sekejap…lima tahun macam-macam boleh berlaku Mia…Mia kat sana…sedangkan Fiq kat sini….Fiq tak sanggup Mia…kenapa Mia tak sambung saja pelajaran Mia kat sini…kat sini banyak juga universiti yang bagus untuk Mia sambung pelajaran Mia," Syafiq tetap tak mahu mengalah. Dia tak mahu gadis itu jauh darinya. Sesungguhnya dia tak sanggup.

"Syafiq…tolonglah faham Mia…ini peluang keemasan Mia untuk jadi pereka fesyen yang terkenal…Fiq sendiri kan tahu minat Mia sejak zaman kita sekolah lagi,"

"Tak..Fiq tak boleh terima…kalau Mia berdegil juga nak pergi kita putus," Syafiq tertunduk langsung tak memandang wajah Mia yang duduk di hadapannya di kala itu. Air matanya mulai bertakung. Dia cuba untuk menahan dari menangis. Dia tahu kali ini keputusan yang dibuatnya seakan-akan dia mementingkan diri sendiri namun dia sanggup berbuat sedemikian daripada dia berjauhan dengan Mia.

"Baik…kalau itu yang Fiq nak, kita putus," Mia bangun dari tempat duduknya pada waktu itu. Syafiq yang terdengar keputusan yang baru dibuat oleh Mia terus terdongak memandang gadis tersebut. Air matanya sudah tidak mampu ditahan lagi. Akhirnya dia menangis. Dia memandang gadis di hadapannya di kala itu yang turut mengalirkan air mata. Mia cuba melangkah untuk meninggalkan Syafiq seorang diri di restoran yang agak sunyi di kala itu.

"Mia…please…jangan tinggalkan Fiq," rayu Syafiq. Kelihatan Mia berhenti melangkah dan kembali berjalan laju menuju ke arah Syafiq semula.

" Mia pun tak sanggup nak tinggalkan Fiq..tapi Mia rayu pada Fiq tolonglah faham dengan cita-cita Mia," Mia melutut di sisi Syafiq yang sedang tertunduk menangis di atas kerusi.

"Bukan Fiq tak faham dengan cita-cta Mia…tapi Fiq takut Mia akan berubah…Mia jauh dari Fiq…macam-macam benda boleh berlaku…lima tahun bukan masa yang singkat Mia," Syafiq bersuara dalam tangisan.

"Mia tak akan berubah,"

"Mana Mia tahu…kalau Mia yang tak berubah…bagaimana kalau Fiq yang berubah….banyak benda yang boleh berubah hanya dengan jarak Mia…perasaan juga boleh berubah kalau jarak antara kita terlalu jauh," ujar Syafiq lagi. Dia berharap sangat agar Mia sanggup mengubah keputusan yang telah dibuat olehnya.

Suasana sepi seketika. Masing-masing mendiamkan diri. Mungkin kata-kata Syafiq sebebtar tadi menyebabkan Mia terfikirkan sesuatu.

"Begini….kita berpisah buat sementara waktu…kita bagi ruang pada diri kita sendiri…beri ruang untuk kita kejar cita-cita kita…Fiq dengan cita-cita Fiq dan Mia dengan cita-cita Mia…kita biar masa dan jodoh yang tentukan, bagaimana?"

"Maksud Mia," Syafiq langsung tak mengerti dengan kata-kata yag baru sahaja keluar dari mulut gadis itu.

"Kalau dalam masa lima tahun selepas ni…Perasaan Mia terhadap Fiq tak berubah dan begitu juga dengan perasan Fiq pada Mia pun tak berubah…kita sambung semula hubungan kita seperti sekarang ni…boleh?"

"Kalau dua-dua berubah?" tanya Syafiq. Sebenarnya dia langsung tak bersetuju dengan rancangan Mia ketika itu.

"Itu lagi senang..kita just ikut haluan kita masing-masing…Fiq dengan hidup Fiq dan Mia dengan kehidupan Mia," laju sahaja Mia menjawab seolah-olah gadis itu langsung tidak merasai perasaan risau dan takut yang dialaminya di kala itu.

"Itu senang saja untuk Mia bagi jawapan..tapi sekiranya ditakdirkan hanya salah seorang antara kita sahaja yang berubah…bagaimana?" Syafiq cuba menguji Mia namun dalam masa yang sama dia juga ingin tahu apa yang bakal berlaku sekiranya salah seorang daripada mereka berubah perasaan.

"Kita terpaksa terima takdir yang telah ditetapkan kepada kita dengan seadanya….tapi Mia janji Mia tak akan berubah Fiq, Mia janji," kata-kata gadis itu penuh dengan keyakinan.

"Jangan mudah sangat ungkapkan janji Mia kalau kita sendiri tak yakin kalau kita mampu tunaikan janji tersebut…Fiq dah tak sanggup lagi dengar ungkapan janji daripada sesiapa pun lagi…Fiq tak suka dengan kata-kata janji…Fiq bencikan itu semua dan Mia juga tahu kenapa kan?" ujar Syafiq dengan nada yang bergetar. Mia mengangguk faham. Banyak benda yang dia tahu mengenai Syafiq yang orang lain langsung tak tahu.

"Tapi Fiq Mia yakin…Mia…

"No…jangan berjanji lagi…Fiq tak suka…kalau itu kata putus dari Mia…baik…Fiq setuju dengan rancangan Mia..kita berpisah buat sementara waktu," suara Syafiq bergetar menahan sebak. Dia bangun dari tempat duduknya dan berjalan meninggalkan Mia yang masih lagi melutut. Air matanya jatuh lagi. Dia tahu dia telah mengambil keputusan yang agak sukar namun dia sayangkan gadis itu, dia tak mahu tindakannya yang menghalang Mia untuk ke luar Negara akan menyebabkan Mia akan membecinya seumur hidup. Dia lebih rela berjauhan dengan gadis itu daripada dia terus dibenci oleh Mia, satu-satunya gadis yang dicintainya selama ini.

Syafiq menggelabah mencari hansetnya yang tiba-tiba sahaja berbunyi. Dia tersentak dari lamunannya dan mulai berpijak di bumi yang nyata.

"Mana aku letak hanset tadi…oo..kat sana," Syafiq berjalan menuju ke arah rak cd yang tidak jauh dari tempatnya duduknya di sofa.

Syafiq mengerutkan dahinya sebaik sahaja terpandang nama pemanggil yang berada di skrin telefon bimbitnya itu.

"Boss!"

"Hello bos…kenapa bos telefon saya petang-petang macam ni…hai..bos dah rindu kat saya sangat ke? Tahulah saya salah seorang pekerja yang bos sayang," Syafiq terus sahaja bergurau sebaik sahaja menjawab panggilan tersebut.

"Malas aku nak layan lawyer buruk kau tu Syafiq…aku cuma nak tanya pasal secretary kau yang baru…dah dapat belum?" terdengar suara Tiara di corong telefon. Syafiq terus tergelak kecil.

"Kenapa? Kalau aku cakap aku tak dapat lagi…kau nak buat apa?" Tanya Syafiq inginkan kepastian. Dia tersenyum lebar menunggu jawapan daripada majikannya itu.

"Aku tanya kau soalan yang paling senang…kau dah ada secretary baru ataupun belum? Aku tak suruh pun kau tanya aku balik…dah dapat belum?" kedengaran suara Tiara agak keras. Syafiq tergelak lagi. Lucu dengan majikan dia yang kadang-kadang mesra kadang-kadang garang dan tegas.

"Ala kau ni aku nak bergurau sikit pun tak boleh…time ni la nak bergurau dengan kau…bila dah kat pejabat kau dah jadi bos aku," balas Syafiq tetap tak memberikan jawapan yang dikehendaki Tiara.

"Malas la aku nak layan kau…yang aku tahu esok aku nak jumpa secretary kau tu…suruh dia masuk bilik aku....itu pun kalau betul la kau dah dapat secretary baru…kalau tak…lepas ni kau beli paper banyak-banyak apply kerja kat syarikat lain,"

"Kejamnya kau!"

"Kejam ke tak kejam ke…aku tak peduli,"

"Yalah-yalah…aku dah dapat dah secretary baru aku tu…nanti aku suruh dia jumpa kau esok…tapi kenapa pulak kau nak jumpa dengan dia?" Tanya Syafiq inginkan kepastian.

" Hai aku yang jadi bos kat syarikat tu…suka hati aku la,"

"Yalah-yalah…whatever you say bos!"

"Good! Jumpa esok…bye!"

"Bye!"

2 ulasan:

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan