Khamis, Oktober 08, 2009

Novel : Biarkan Ia Berlalu 12

Nama Pena : sha ibrahim

BAB 12

"Aku tak puas hati betul la..macam mana kau boleh dapat kerja tu? Apa yang kau bagi makan mamat tu?" Tanya Tiara memandang Nadia yang tengah menekan kekunci laptop.

"Sesuai tak kalau aku pakai baju macam ni nak kerja esok?" Tanya Nadia memusingkan laptop ke arah Tiara yang berada di hadapannya di taman rumah banglo mewah mereka. Soalan Tiara dibiarkan sepi. Bukan dia tak dengar tapi dia malas nak menjawab.

"Kau ni kan…aku ketuk kepala baru kau reti gamaknya…buat apa kau nak beli pakaian mahal-mahal macam ni…pakaian kau yang kau pakai masa kau kerja dekat UK mana?" Tanya Tiara.

"Aku dah dermakan kat yayasan orag miskin kat sana..malas nak bawa balik," Jawab Nadia sambil tersengeh.

"Nasib baik la kau dermakan….kalau kau just tinggal bodoh je kat rumah sewa kau kat sana memang aku marah kat kau," ujar Tiara.

"Sesuai tak pakaian ni?" Tanya Nadia sekali lagi. Tiara merenung laman web Dolce and Gabbana yang ditunjukkan oleh Nadia di laptop tadi.

"Kau ni kan…..tolonglah tinggalkan tabiat lama kau yang suka sangat dengan barangan berjenama…tolong ok! Aku tahu kau memang mampu masalahnya sekarang ni…kau kerja sebagai secretary Syafiq…just secretary…ok! Tak faham lagi ke?"

Nadia mencebik. Entah. Mungkin dia sudah biasa dengan pakaian berjenama sejak dulu. Semua pakaian yang dipakainya berjenama walaupun sekadar t-shirt biasa dan jeans. Walaupun keluarganya pernah jatuh bankrupt namun dia masih agak susah untuk mengikis tabiatnya itu. Dia hanya mampu bertahan semasa keluarganya betul-betul susah sahaja. Setelah kewangannya kembali stabil, tabiat lamanya kembali lagi.

"Ala kau ni….

"Betul apa yang Tia cakap tu Nad…kau ikut aku lepas zohor kita pergi cari pakaian yang sesuai untu kau…yang seratus peratus buatan Malaysia…dah la pakai pakaian mahal-mahal tu…membazir je…ok?" tiba-tiba Baby muncul dengan membawa sarapan pagi untuk mereka.

"Tak boleh ek?"

"Tak boleh!" jawab Tiara dan Baby serentak. Baby menggelengkan kepala sambil tersenyum. Namun dia bersyukur sangat. Nasib baik Nadia hanya memilih dalam soal pakaian sahaja. Perkara lain Nadia langsung tak kisah. Kalau tidak masakan gadis itu akan berkawan dengan dia dan Tiara yang hanya berasal dari golongan biasa jika dibandingkan dengannya di kala itu yang bergelar anak jutawan Malaysia. Malah gadis itu sentiasa bersikap redah diri ke mana sahaja dia pergi. Apa yang mengagumkan dia dan Tiara gadis itu mampu menyesuaikan diri apabila keluarganya jatuh miskin akibat kerugian yang sangat teruk dalam perniagaan. Nadia boleh bertahan walaupun terpaksa menaiki bas untuk ke sekolah walaupun selama ini gadis itu tak pernah menaiki bas seumur hidupnya. Malah gadis itu juga mampu menyesuaikan diri dengan rumah teres kos rendah yang menjadi rumah baru mereka setelah ayahnya diisytihar muflis.

Terdapat satu perkara yang menjadi kebanggaan dia dan Tiara adalah, Nadia merupakan seorang gadis yang berjiwa kental dan cukup tabah menghadapi sebarang dugaan, Bayangkan, Nadia langsung tak menitiskan air mata semasa ayahnya tiba-tiba meninggal dunia akibat serangan jantung setelah beberapa bulan keluarganya muflis. Malah gadis itu yang banyak memberikan semangat kepada ibu serta abangnya untuk meneruskan hidup. Itulah Nadia yang dikenali oleh mereka sejak empat belas tahun dahulu.Namun ada juga sikap Nadia yang membimbangkan mereka. Gadis itu mempunyai sikap panas baran yang cukup membuatkan mereka kadang-kadang naik malas nak melayan gadis itu. Kadang-kadang Nadia akan mengamuk tanpa sebab yang munasabah. Nasib baiklah mereka sudah lama mengenali Nadia, kadang-kadang mereka hanya buat tak tahu sekiranya gadis itu tiba-tiba naik angin. Satu lagi, sikap Nadia yang suka memendam perasaan dan berdendam yang menjadi faktor yang paling kuat untuk dia dan Tiara terus berada di sisi Nadia. Dia tidak mahu gadis itu hanyut dengan dendam yang boleh musnahkan dirinya sendiri sekiranya tiada seseorang yang menghalang dan menasihatkan Nadia dan yang paling utama mereka sangat sayangkan Nadia. Nadia adalah sahabat dunia dan akhirat bagi dia dan Tiara.

2 ulasan:

  1. Sgt bagus cerita ini. Is this the end of the story? Bagaimanakah kesudahan ceritanya? Dapatkah Nadia membalas dendam dan bagaimanakah perkahwinan Johan dan Erin? Ingin tahu siapakah yang menghancurkan keluarga Nadia. Teruskan karya anda.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama1/4/10 4:25 PTG

    bleh x pnjg kn skit prngang nie...

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan