Khamis, Oktober 01, 2009

Novel : Biarkan Ia Berlalu 11

Nama Pena : sha ibrahim

BAB 11

Johan termenung seorang diri di dalam pub yang agak sunyi. Mungkin kedatangannya ke pub tersebut agak awal jika mahu dibandingkan dengan pengunjung yang lain. Entah mengapa hari ini dia lebih suka bersendirian. Biasanya kalau hari minggu dia akan menemani tunangnya Erin ke mana sahaja gadis itu pergi, tetapi hari ini pelawaan gadis itu ditolak lembut dengn alasan dia terlalu penat dengan kerja sepanjang minggu ini.

"Mama dengar Nadia dah balik Malaysia…betul ke?" Tanya Puan seri Normah kepada anak lelakinya.

"Betul mama…siapa cakap kat mama? Erin?" tanya Johan. Roti bakar di dalam mulutnya dikunyah perlahan.

"Yalah…ingat Joe…mama tak suka Joe rapat dengan Nadia…Joe sendiri tahu bagaimana keluarga dia dengan keluarga kita kan…lagipun mama tak suka dengan gadis kasar dan biadap macam Nadia….harap muka saja cantik tapi perangai…samalah macam keluarga dia semua tu," bebelan mamanya hanya dibiarkan sepi oleh Johan. Perasaannya tak menentu di kala itu.

"Joe…kamu dengar taka pa yang mama cakap ni?"

"Dengar la mama…mama tak payah risau la…Joe tak akan baik balik dengan dia…she’s mean nothing for me ok!" jawab Johan ingin puaskan hati mamanya. Betul ke Nadia sudah tak bermakna apa-apa dalam hidupnya. Dia sendiri masih belum mengerti bagaimana dia boleh berubah hati terhadap gadis tersebut. Takkanlah disebabkan gambar yang diterimanya dari orang yang dia langsung tak kenali telah menyebabkan dia meninggalkan gadis itu sedangkn pada masa itu dia tak mahu langsung percayakan gambar yang dilihatnya. Dia kenal Nadia, malah dia mengenali Nadia lebih dari orang lain yang rapat dengan Nadia. Satu-satunya gadis yang paling tahu dan faham dengan kehendak dan kemahuannya.

"Woit…sorang je ke hari ni? Erin mana?" tanya Patrick. Bar tender yang berada di pub tersebut. Johan terus tersentak dari lamunanannya.

"Erin? Entah…aku pun tak tahu…keluar shopping dengan kawan-kawan dia kot…malaslah asyik berkepit je 24 jam…rimas tau tak," jawab Johan tersenyum.

Patrick hanya tersenyum mendengar alasan yang diberikan oleh salah seorang pelanggan tetapnya. Tangannya pantas menyusun gelas-gelas yang ada di tempat yang sepatutnya memandangkan dia baru sahaja masuk kerja.

"So..anything you want? Alcohol or without alcohol?" Tanya Patrick sekali lagi.

"No alcohol today…aku sorang hari ni, aku kena drive….nanti tak pasal-pasal aku kena saman…mengamuk papa aku nanti anak tunggal dia ni kena saman…nanti jatuh pulak air muka dia," bicara Johan penuh dengan maksud tersirat.

"Oo…so coc boleh?"

"Ok," jawab johan pendek.

"Rick…can you help me?" Tanya Johan tiba-tiba. Fikirannya berserabut. Wajah Nadia sering muncul dalam benaknya di kala itu. Tambahan pula dengan peristiwa yang berlaku padanya minggu lepas. Perasaannya langsung tak tenang. Seakan-akan baru semalam dia berpisah dengan Nadia.

"Anything for you…just tell me," jawab Patrick sambil meletakkan minuman yang dibuatnya tadi kepada pelanggan yang berada di sebelah Johan di kala itu.

"Kalau aku mabuk lepas ni..boleh tak aku tumpang rumah kau malam ni…kau bawak aku balik lepas kau habis kerja," pinta Johan.

"So..kau nak minum apa?" tanya Patrick tersenyum faham dengan permintaan Johan sebentar tadi.

"Wiski!"

2 ulasan:

  1. alaaaaaaa sikitnyer.....xpuas arrr...bru nk feeling....
    huhuhuhuhuhuhuhuuhuuhuuhuu
    xpela....chaiyo2!

    BalasPadam
  2. hehehe..sori...memang pendek bab ni...hehehe..saya dah post cerita ni sampai bab 20 da....harap bersabar ek??? sha

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan