Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ya Allah, apa nie Aman." Eton pantas memaut lengan Aman kerana Aman hampir terjatuh gara-gara ingin mengambil sesuatu dari lacinya. Nasib Eton sempat memaut lengannya, jika tidak mesti Aman cedera terkena serpihan gelas yang baru sahaja jatuh berderai dilantai.
" Terima kasih Eton." Ucap Aman.
"Awak tak apa-apa ke nie?.soal Eton.
" Tak. Ram, tolong aku sampaikan surat nie untuk Tiha. Katakan padanya, tolong baca surat aku walaupun dia benci pada aku." Terang Aman pada Ikram.
Ram pantas mengambil surat Aman itu. "Baikla Aman, akan aku sampaikan surat ko ni. Jaga diri ko tue. Jangan la sedih sangat ok? Ikram menasihati sahabatnya itu. Lantas Ikram berlalu pergi meninggalkan Aman dan Eton.
*********************
Indahnya anugerah Tuhan. Lihat awan kebiru-biruan membuatkan hatiku tenang. Tanpa-Mu tidak mungkin diri ini mampu menikmati keindahan yang terbentang luas di langit biru itu. Ya Allah, kupohon agar diri ini sentiasa diberi peluang untuk melihat dan menikmati hidayah-Mu itu. Amin.
Tiha mensyukuri dan sedang menikmati keindahan yang Tuhan anugerahkan kepada seluruh umat didunia. Leka memandang langit biru, tiba –tiba dirinya disapa oleh suara yang amat dikenali.
" Assalamualaikum, jauh merenung Tiha? Ingat pada Aman ker? Boleh aku duduk?" soal Ikram.
" Waalaikumussalam. Duduk la Ram" Ringkas jawapannya.
Tiha sedang duduk di bawah payung buatan yang dibina ditengah-tengah Bandar Pusat Jengka. "Payung" adalah nama bagi tempat rehat bagi orang ramai dan ianya glamour dikalangan remaja-remaja sekitar Felda. Diberi nama "Payung" kerana bumbungnya dibina seperti bentuk sebatang payung.
" Kenapa tak datang jenguk Aman. Kesian dia, dah seminggu tunggu ko datang melawat dia Tiha." Tanya Ikram pada Tiha.
" Aku sibuk Ikram, balik sekolah nak kena pergi kerja. Hujung minggu macam nie je pun ada masa. Itu pun minta cuti dengan bos. Lagipun, Aman tue sihat je. Tak payah susah-susah nak pergi melawat dia kan. Kalau aku tak pergi melawat pun, mesti dia tak kisah, ramai lagi yang melawat dia Ram." Tiha memberi alasannya.
" Siapa kata Tiha dia tak kisah ko tak datang. Hari-hari dia tunggu ko datang. Ko tak akan tahu sebab ko tak bersama dia hari-hari. Hanya aku yang tahu dan faham perasaan dia pada ko. Ahh mungkin ko juga tahu, cuma ko terlalu ego Tiha." Perli Ikram pada gadis pujaannya.
"Tiha, kenapa ego kau terlalu tinggi, berikanlah sahabatku peluang bertakhta dihatimu." Ucap Ikram dalam hati kecilnya sambil memandang gadis dihadapannya tika ini.
" Kenapa Aman rancang semua ni? Kenapa mesti menipu aku? Kenapa soal ajal maut dipermainkan oleh korang? Kenapa aku yang harus mengalah? Kenapa mesti dia yang mulakan permusuhan?. Jawab Ikram. Luah Tiha dengan geram.
" Aman ada sebab Tiha. Sebabnya hanya satu, ingin memiliki hati gadis yang bernama, Siti Nurtihasha, gadis didepan aku sekarang. Apa –apa pun yang Aman lakukan adalah untuk mendapatkan perhatian daripada ko. Memang salah kami sebab merancang semua ini, tapi bukan bermakna kami mempermainkan soal ajal maut Tiha. Koma tak bermaksud akan mati." Jelas Ikram mempertahankan sahabatnya.
" Bukan begitu caranya Ikram. Ko pun sama, suka menyakiti hati aku. Hati aku perit dan terluka. Kadang-kadang gurauan korang terlalu melampau. Cuma aku tak mahu panjangkan kerana aku rasa aku dah cukup dewasa tika ini." Perli Tiha pada Ikram.
Ikram terdiam seketika. " Adakah aku dengan Aman tak cukup dewasa. 16 tahun.ermmm..masih remaja lagi" detik hatinya.
" Eh Tiha, ko tak mahu tengok Aman ker? Alang-alang dah datang, jom la melawat dia. Aku temankan." Pelawa Ikram.
" Tak apalah Ram, aku jenguk dia kat sekolah nanti je" jawab Tiha.
" Kerasnya la hati ko nie Tiha. Nah, ambik nie, surat dari Aman. Dia pesan, kalau pun benci dia. Surat nie mesti baca juga. Aku nak pergi jumpa Aman dulu. Ada apa-apa pesanan tak? Soal Ikram sambil menghulurkan sepucuk surat pada Tiha.
" Tak ada. Terima kasih pada ko ye. Buat susah-susah jadi posmen Aman... lagi satu, tolong minta Eton cepat sikit. Kata padanya, kalau lambat aku tinggal dia." Pesannya pada Ikram.
" Baik Tiha. Betul ke ko tak mahu ikut aku nie? soal Ikram lagi.
" Betul Ram". jawab Tiha meyakinkan Ikram.
Ikram berlalu meninggalkan Tiha. Kemudian Tiha memandang surat ditangannya. Harus baca sekarang atau baca dirumah sahaja. Ikutkan hatinya nak baca sekarang tapi takut pulak. Apa yang ditakutkan pun, dia sendiri tak tahu.
"Ahh.. baca kat rumah je la." Katanya dihati. Lalu Tiha memasukkan surat Aman itu dalam belakang kocek seluarnya.
*********************
Saat ini mata Tiha rasa bagaikan mahu tertutup. Namun digagahkan juga matanya untuk bertahan kerana masih ada kerja yang belum diselesaikan. Pinggan dibilik air masih bertimbun. Sudah menjadi kebiasaan keluarga Tiha, apabila adik beradiknya pulang, pasti rumahnya seperti mengadakan kenduri. Tugas Tiha malam ini adalah membasuh pinggan bersama-sama adik-adiknya. Tiha masih mempunyai 2 orang adik. Kedua-duanya adik perempuan. Jadi kerja Tiha lebih ringan dan cepat kerana adik –adiknya perlu membantunya.
Maknya, Mak Temah dari kecil sudah mengajar dan mendidik anak-anaknya supaya bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugas. Kata Mak Temah, kalau sorang kemas rumah, yang lain kena la basuh baju, basuh pinggan dan buat kerja kat luar rumah. Barulah kerja rumah cepat siap. Manakala bapanya, Pak Aidil seorang bapa yang garang dan tegas dalam mendidik anak-anaknya. Bukan sahaja adik beradiknya yang takut malah anak-anak jiran juga takut dengan bapa Tiha. Oleh kerana itu, Tiha lebih suka mengadu dan bercerita pada Mak Temah.
" Kak Sha, macam mana Vespa? Dah sedar ker? Soal adik kedua bongsu Tiha, Ros ketika sedang asyik membasuh pinggan.
" Sudah sedar Vespa tu. Bukannya koma pun, just patah kaki je pun. Esok- esok keluar la hospital" jawab Tiha pada adiknya itu.
" Kak, nak beritahu akak sesuatu nie " ucap Ros.
" Apa dia Ros. Cakap la." Kata Tiha pada adiknya itu.
" Ada abang kawan Ros nak berkenalan dengan akak. Abang dia hensem kak. Olahraga sekolah kita". Ros menyuarakan hasrat abang kawannya kepada Tiha.
Ros merupakan pelajar tingkatan 2 dan berada disekolah yang sama dengan Tiha. Disekolah, Tiha bertanggungjawab untuk menjaga adiknya. Bapanya sentiasa berpesan supaya dia menjaga adiknya itu apabila disekolah. Kerana itu, dia selalu juga pergi berjumpa adiknya. Walaupun dia selalu jumpa dengan kawan-kawan adiknya, dia masih juga tidak pasti, yang mana satu kawan yang adiknya maksudkan sekarang.
" Kawan mu yang mana pulak nie? kak Sha kenal ke?" soal Tiha pada adiknya pula.
" Ala, kawan Ros yang macam tomboy tue, yang putih melepak tue kak" terang adiknya.
" Entahla Ros, tak perasan la kak. Apa nama dia dan siapa nama abangnya? Soal Tiha lagi.
" Nama kawan Ros, Dayah kak. Abangnya pulak nama Siddiq".jawab Ros.
" Siddiq?" Tiha terfikirkan tentang seseorang. Lelaki yang sering memerhatinya sewaktu perhimpunan pagi. Setiap kali Tiha terperasan, mesti lelaki itu, cepat-cepat mengalihkan pandangannya.
" Siddiq kelas 4 Dedikasi tue ker? Tiha cuba meneka nama Siddiq yang berada difikirannya ketika ini.
" Ha ah kak, Siddiq tu la. Akak kenal gak ye." Kata adiknya itu.
" Owhhhh, Siddiq tu. Kenal la sikit-sikit." Kata Tiha pula sambil tersenyum.
Bagaimana dia mengetahui nama jejaka itu, hanya beberapa minggu yang lalu. Itupun melalui sebuah pengumuman. Ingatannya terimbau pada perhimpunan hari isnin, 2 minggu yang lalu, nama Siddiq dipanggil untuk mengambil hadiah di pentas kerana beliau berjaya mendapat johan bagi kategori 100 meter peringkat negeri. Orangnya memang hensem, berbadan tegap, tinggi, putih, hidung mancung dan yang paling menarik pada jejaka itu adalah lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Sejak itu juga, baru dirinya mengenali lelaki yang bernama Siddiq.
" Kak Sha, nak tak kenal Siddiq tue? " Tanya Ros.
" Kalau dia nak kenal akak, dia la yang kena sapa akak dulu Ros. Dah la, cepat sikit bilas pinggan tue. Mata akak dah mengantuk nie" jawab Tiha sambil menyuruh adiknya menyiapkan kerjanya dengan cepat.
***********************
Selesai sahaja membasuh pinggan, Tiha masuk ke biliknya. Merehatkan dirinya di atas katil. Setiap malam Tiha akan tidur bersama-sama adik-adiknya dan kak chiknya. Maklum la, keluarga besar, semua perkara perlu dikongsi bersama. Susah nak dapat "privacy" .
Saat matanya mahu terlelap, dia teringat pada surat yang dikirim Aman padanya petang tadi. Lantas dia bangun mencapai seluar jeans di belakang pintu bilik. Lalu Tiha membuka surat Aman..
Untuk insan yang bertakhta dihatiku,
4 Tahun….
" Haa..buat apa tue?" sergah Kak Chik Tiha.
Tiha cepat-cepat menyorok suratnya dibawah bantal.
lepas nie ape jadi pd tiha???ape yang terkandung dalam surat yang aman beri pada tiha...??? cpat la da xsbar nk tahu kisah selanjutnya tentang MOHD AMAN SHAH (Aman/Vespa) dan SITI NURTIHASHA (Tiha/Beruk)...best aar.. de nme gelaran agy cter nie...cter aar agy...ape lak kisah tentang ikram dan halimatun (eton)??? adakah ikram menerima eton sebagai kekasih dia??? adakah eton meluahkan perasannya pada ikram..???klau bleh tmbahkan lagi watak supaya lebih menarik lagi cter...biar ada unsur2 emosi ckit...mcm cemburu, mrh, sedih, happy..msukkan sedikit unsur2 kelakar untuk menceriakan lg keadaan...aahh, terpulang pada penulis la...yg penting ak nk bce ape ksudahan cter nie...buat elok2 ckit...kang ak soal byk2 bru taw...ape2 pom gud luck ur cerpen...
SALAM. CITER NIE MENARIK SESANGAT kalau bleh buat sambungan sampai mereka semua bergelar mahasiswa kat universiti plak messsti lagi shok baca....BEST OF LUCK!!!
bila weeeeh nak sambung citer ni dah masuk bulan 4 th 2011 ni lambat lagi keeeee..... suspen gak yek.. yg benar nak tau isi kandungan surat tu tapi rasa-rasanya si aman@vespa tu bagitau isi hati dia kan kan kan kan ....
alah..mana sambungan nyaaa??? best..sgt! umpama diary cinta aku yang kau coretkan..rasanya kembali zaman persekolahan~bersama memory semalam & kisah antara aku & juga musuhku~..'benci lama jd sayang'..& kini..musuhku itu adalah insan yg paling ku sayang..juga bergelar'SUAMIKU'..plzzz..sambung lagi citer niii..layaaannn;)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cpatla sambung x sbar ni...
kalau bleh nk blog..