Isnin, Oktober 05, 2009

Novel : Bermulanya sebuah penantian 1

Nama Pena : juan89

2 Januari 2006. Mungkin itulah antara tarikh yang membosankan buatku. Kenapa? Sebab pada hari tersebut, aku terpaksa mendaftarkan diri di asrama Sekolah Menengah Teknik Selangor Sungai Buloh, sedangkan orang lain masih bercuti di rumah. Apa la sekolah tu, form 5 pun nak daftar balik. Terus je la masuk macam biase.

Setelah selesai mengerjakan solat fardhu Subuh, aku mula terfikir. Baju apa yang harus dipakaiku hari ini. Baju sekolah pelajar biasa, putih atau baju pengawas, biru eh?

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 6.50. Ini bermakna hari semakin cerah. Lantas, kusarungkan sahaja baju putih. Apa pula cakap orang kalau terlihatkan hanya aku yang memakai baju biru tu. Gila kuasa. Itu je la yang dapat aku simpulkan setelah setahun memerhati tingkahlaku pelajar sekolah tersebut.

"Beg baju, beg sekolah, beg L.K… mm… dah ready semua kot." Bisik hati kecilku. Beg-beg yang telah disediakan tersebut segera kubawa turun ke tingkat bawah. Aku letakkan semula beg-beg tersebut di hadapan pintu utama. Bukan sebab penat ek.

"Senang nak bawa masuk kereta nanti." fikirku.

"Along, dah sarapan belum!?" kedengaran suara ibuku, Pn Jamilah dari tingkat atas.

"Belum. Nak makan la ni." balasku. Aku segera ke dapur untuk menjamu selera. Aku mengisi pinggan kosong yang kuambil dengan mi goreng yang ibu masak. Aku isikan pula mugku dengan air Nescafe. Terbitlah satu aroma yang menyelerakan selepas selesai menarik air Nescafe yang masih panas itu. Lantas, aku pun bergerak ke depan televisyen untuk menikmati juadah pagi tersebut sambil menonton Astro. Tapi just tengok ANIMAX je.

Selesai mengisi perut, aku terlihatkan ayahku, En Ahmad, turun. Dia segera meminta aku memasukkan semua barang ke dalam Unser biru yang masih berehat di hadapan rumah. Maklumlah, walaupun cuti, ayah tidak mendapat cuti. Jadi, Unser tersebut hanya berehat disitu sejak bermulanya cuti akhir tahun 2005. Tetapi, kadang-kala Unser tersebut akan dikejutkan dari tidurnya untuk menghantar kami ke kedai untuk membeli keperluan harian ataupun sekadar bersiar-siar di Bandar yang berdekatan seperti Rawang.

Aku sumbatkan perut Unser biru tersebut dengan barang-barang keperluan harian yang akan di kubawa ke asrama. Nasib la Unser ni tak boleh cakap. Kalau tak, confirm dia menjerit memandangkan barang yang perlu diangkutnya begitu banyak. Apa yang mengejutkan, kesemua barang tersebut hampir sama banyak dengan barang yang dibawa pulang ke kampung. Yang membezakannya ialah barang yang dibawa ke kampung kepunyaan kami sekeluarga.

Ketika dalam perjalanan yang biasanya akan mengambil masa beberapa puluh minit itu, ibuku bersuara menyatakan hasratnya untuk singgah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa. Ayah hanya menurut sahaja. Unser tersebut diberhentikan di hadapan sekolah tersebut. Ibuku turun dari kenderaan tersebut dengan membawa beberapa helai kertas ke dalam sekolah tersebut.

"Argh!!!" bentak hati kecilku. Jealous tu. Mane Taknye. Tengok sekolah tu masih sunyi sepi. Aku rase la, semua pelajarnya masih diulir mimpi. Mengular lagi kat atas katil. Ish… Ish… Ish… Sedapnye. Tapi ade la jugak terlihat kelibat-kelibat manusia keluar masuk nak beli buku time last-last cuti ni. Buat kerje last minit. Biase la. Macam aku jugak. Hehe… Ade lagi ke buku time-time ni?

Ketika asyik melayan perasaan sendiri bertemankan celoteh deejay ERA yang kedengaran apabila lagu yang dimainkan habis, Aku terdengar bunyi pintu di tempat duduk sebelah pemandu dibuka. Jom teka siapa masuk. Confirm la ibuku. Dia melangkah masuk dan perjalanan kami diteruskan. Tapi sekejap je. Perjalanan kami tak lama. Sebab time lalu dekat pekan Bukit Sentosa, ibu meminta untuk di turunkan di sebuah kedai buku, CM Book Store yang terletak dekat deretan kedai 1 tingkat di pekan kecil tersebut. Ibu pun turun la dari kereta untuk membuat salinan fotostat dokumen yang baru ditanda tangani oleh pengetua sekolah sebentar tadi. Eh… Jap. Unser tu kereta ke, van eh?

Selesai membuat salinan, kami meneruskan perjalanan ke sekolah teknik tersebut. Ayah mengambil keputusan untuk meggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Ketika ayahku mengambil tiket perjalanan, aku terfikirkan sesuatu.

"Senang betul kerja dia. Bagi tiket, senyum dan ucap selamat jalan atau terima kasih." bisik hati kecilku. "Mesti gaji pun senang nak dikira. Jika nak dibandingkan dengan pekerjaan sebagai seorang jurutera elektrik, kerjanya tentulah lebih sukar sedikit. Tetapi, gajinya berkali ganda lebih besar. Ah! Itu pun kalau aku berjaya dalam bidang aku ni." fikirku yang masih sedang belajar dalam bidang Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (PKE) di sekolah tersebut. Mak aih. Besar jugak angan-angan aku ni eh.

Perjalanan yang kukira selama 45 minit itu berjalan lancar. Sebenarnya tak kira pun. Kesunyian kat perut Unser tersebut hanya dimeriahkan oleh celoteh-celoteh deejay ERA di radio. Keadaan lebuhraya yang lenggang melegakan hati kami sebab kalaulah berlaku kesesakan lalu lintas, confirm-confirm kitorang terlewat untuk ke sesi pendaftaran.

Jam dalam kereta menunjukkan jam 8.55 pagi. Eleh… Jam tu je 8.55. Jam kat tangan ni baru pukul 8.45. Saje je dicepatkan jam tersebut 10 minit lebih awal. Nak hargai mase lah kononnye. Tapi aku selalu gak la tertipu bile tengok jam tu.

Waktu sampai kat pondok pengawal sekolah tersebut, kami semua terkejut melihat perkarangan dewan sekolah tersebut yang dipanggil Dewan Murni (atau dipanggil sebagai DSG oleh warga sekolah tersebut) telah penuh dibanjiri pelajar tingkatan 5 bersama keluarga mereka. Ade gak yang datang tak bawak family. Tapi sebenarnya kami dah pernah lalui keadaan macam tu. Time masuk daftar form 4 dulu. Lebih kurang je.

Ayah memutar stereng ke kanan dan menukar ke gear rendah sambil terus memandu melalui laluan yang semakin berbukit. Teringat pulak aku kat cerita Initilal D favourite aku tu. Nasib bukan aku yang bawak. Kalau tak, memang drift je la sepanjang selekoh tu. Eh, ngarut lak. Unser mane boleh drift. Unser tu terpaksa dipandu terus menjauhi dewan sebab kawasan parking yang dekat-dekat dengan kantin dan pejabat sekolah dah penuh. Pukul berapa tah dorang semua ni datang.

Nasib baik. Tapak perhimpunan dekat blok vakasional yang terletak bertentangan dengan blok asrama putera(laki la tu) masih ade banyak ruang kosong. Apa lagi, Unser tersebut pun teruslah mengisi kekosongan tersebut.

Perjalanan dari tempat parking tersebut ke dewan takde la lama sangat. Just around 5 minute je. Macam mana pun, terasa jugalah letihnya. Ye la. Kena turun anak tangga yang entah berapa banyak tah dekat dengan dewan tu. Hebat betul siapa yang nak kira tu.

"Apalah!! Buat apalah di buatnya tangga banyak-banyak kat tepi ni Buat penat orang jalan je. Nasib tak tinggi macam Batu Caves." rungutku tanpa meluahkan kata-kata di mulut. Sebab tak nak dengar ceramah dari ibu kalau terdengar aku cakap.

Setibanya di dewan, seperti yang dilihat tadi la, kawasan persekitaran dewan telah dibanjiri manusia. Aku terpaksa meneliti kawasan tersebut dengan teliti untuk mencari kaunter pendaftaran. Nasib la aku bawa cermin mata.

Penat jugak lah aku tinjau sekeliling dewan tu. Akhirnya, nampak juga 2 meja yang diletakkan dengan perkataan ‘pendaftaran teknik’ dan ‘pendaftaran vokasional’ dekat dengan pintu masuk utama dewan tersebut. Aku pun segera mengambil nombor giliran di kaunter tersebut lalu beredar ke kaunter kelas pula. Meninggalkan 2 orang guru yang bertugas di situ.

Tidak kunafikan. Melainkan guru besar, guru penolong kanan Hal Ehwal Murid (Penolong kanan HEM), guru penolong kanan ko-kurikulum dan guru-guru yang mengajar kelasku, guru-guru lain tidak langsung aku kenali. Mane la aku nak tau semua sekali. Kire okey la tu ingat yang faymous je. Dari tak ingat langsung kan.

"Ai… Kena ikut nombor giliran lagi. Malasnya nak kena menunggu!" berontak hati kecilku di hadapan kaunter kelas. Aku memang malas bab nak menunggu-nunggu ni.

4 ulasan:

  1. ok la...nak tggu smbungan citer nie...
    cepat2 la smbung...k

    BalasPadam
  2. -sweet lolipop-12/1/10 9:20 PG

    ok la xde la truk sangat.
    nnti wat smbngan k..
    gud luck..

    -sweet lolipop-

    BalasPadam
  3. tah la..xdpt feel pn bca citer ni.

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan