Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pada keheningan malam, Rina berangan-angan memikirkan nasibnya. Kipas berputar-putar dengan lajunya tetap tidak mengusir kegelisahan yang sentiasa terbelenggu di dalam jiwanya. Percakapan ibunya tadi yang menjadi igauan. Mana tidaknya, umur sudah meningkat 28 Rina tetap bersendirian. Tetapi padanya hidup hanya sekali biarlah merasai kenikmatan hidup di dunia selama-lamanya sebelum menutup mata. Ada apa dengan lelaki? Perlukah lelaki mendiami dalam hati aku? Agaknya lelaki memang perlu untuk menyingkirkan sikapku yang masih kebudakan ini. Perlukah?? Selain Edi..
Rina mengeluh berat kedengaran. Kenangan lalu jugalah yang membuatkan dia sentiasa berhati-hati. Kerana seseorang itu pendiriannya sudah mempunyai prinsip agar tidak perlu dimiliki terutamanya lelaki selain Edi. Kenapa kisah zaman dahulu kala yang menjadi igauannya?
Tiba-tiba..
Bip..bip..bip..
Menandakan mesej masuk.
Rina terus menyentap handphonenya yang berada di sisi katil.
"ish..ade2 je minah sekor nie,"desis hati Rina lagi.
Rina mengangkat.
"ye? Ada apa kau call aku ni?," tanya Rina selamba.
"eh? Kau tak tidur lagi ke? Aku saje suka-suka call kau ni," balas Liya.
Setelah agak lama berborak-borak, Rina turun ke bawah apabila perutnya berbunyi minta di isi. "Entah lagu apa yang sedang di nyanyikan oleh perutku. Mesti lagu heartbreaker. Ala GD kesayangan aku la tuh,"sengih Rina hatinya berbicara begitu. Masakan tidak, GD dari kumpulan Big Bang band Korea yang menjadi lelakinya siang dan malam. Tiada yang ketinggalan tentang GD Rina itu, hingga ke datuk neneknya pun di selidiknya. Ini akibat terlalu ghairah meminati musik korea pada zaman sekolah menengahnya itu.
Dengan langkah terjengket-jengket ala-ala penyamun nak samun barang, Rina berjalan ke arah dapur.
TAPP..
Lampu tetiba terbuka.
Rina terus pusing dan..
"Jangan bergerak!," jerit Edi sambil tangan membentukkan sepucuk pistol di hadapan Rina.
Rina segera mengangkat tangan gaya serah diri sambil mata terpejam. Agak gabra dan takut.
"Jangan bunuh saya. Saya tuan rumah di sini, kalau hendak apa-apa minta je, saya tak kisah, asalkan nyawa saya encik tak ragut, dan saya belum kahwin lagi. Jangan la saya rayu," rayu Rina panjang berlebar sambil tangannya digenggam ala-ala orang Cina sembahyang pun ada.
Ledakan tawa Izzad Zahidi kedengaran melihat aksi adiknya yang kekadang agak mental apabila terkena sergahan ataupun berada dalam keadaan getir sekalipun.
"Ceh, akh ke? Suka buat orang terkejut je la," kata Rina sejurus mengangkat muka apabila mendengar ketawa seakan dikenalinya. Tangannya terus memukul bahu abangnya yang paling di sayangi itu. Tetapi berjaya di tepis oleh Edi. Baru Rina sedar mana ada pencuri tolong buka lampu. "Tak ke benggong otak aku ni?," seru hati Rina.
"Rin wat pe malam-malam ni? Haa…ni mesti kes lapar kan? Padan muka! Merajuk ngan mama pun jangan la sampai mogok makan lak.," perli Edi.
"Aceceh..perli nampak..mang orang lapar pun..lapar nie," sambil memegang perut dengan muka seposen minta simpati abangnya supaya menyediakan makanan untuk dijamah walaupun hanya sekeping roti bakar.
"Tak mahu. Rin wat sendiri la. Akh lak. Rin kan pompuan," balas Edi sambil menguis rambut Rina yang masih kemas di klip. Gelaran Akh memang dari dahulu digunakan, akh itu bermaksud akhun dalam bahasa arab dan maksudnya abang. Apa tidaknya begitu, Rina yang beria-ria memanggil Edi akh, katanya kalau abang macam sudah biasa di panggil, tapi apa salahnya lain dari yang lain.
"Ala..okey..tak nak tolong tak pe..hari ini hari akh..esok..Rin lak," nada merajuk Rina datang sudah. Rina terus mencapai bungkusan mee segera dan mendidihkan air.
"Okey, biar akh temankan Rin je la. Okey tak?," harapan dapat makan sekali.. Hehehe..ketawa Edi dalam hati.
"Tak nak la. Kalau nak makan Akh kena potong sayur dengan masukkan telur jap lam periuk nie. Rin nak naik atas jap," arah Rina kenakan Edi sambil menjelirkan lidah. Kakinya mula menapak ke ruang hadapan menuju ke tangga.
"Weh! Kenakan orang. Tak de-tak de..sama-sama kita masak kita makan. Tak de sorang pun curi tulang," kata Edi kurang puas hati. Masakan tidak setuju dengan cadangan adiknya itu, bab ‘ngelat’ nombor satu. Waktu dahulu pun adiknya itu selalu kenakan dia apabila bab-bab tolong mamanya ataupun kena marah. Ada saja alasan nak larikan diri dari mendengar leteren mama. Aihh..itulah adiknya yang nakal dan tak pernah serius. Bilalah nak serius?
Akibat daripada terleka memikirkan sikap adiknya itu, Edi mula tersedar bayangan Rina sudah hilang dari pandangannya itu. Hanya gelengan kepala dan keluhan kecil saja yang bisa terkeluar. Edi terus menyambung memasak.
"Aih, sabo jo la," desis hati Edi tenangkan fikiran yang masih geram dengan Rina.
Beberapa minit kemudian, sejurus makanan pun siap dihidangkan, Rina menuju ke dapur. "wah, rezeki tul, baru nak tolong dia tapi express bab-bab masak," desis hati Rina apabila makanan sudah siap dihidangkan.
"Wah, pandainya akh masak, rasa kejap je Rin naik atas tadi," sambil tersenyum memandang Edi. Edi mengejek apa yang diperkatakan Rina.
"Kejap pe nye, Rin tu tido ke apa? Orang pun dah siap masak baru nak turun. Saje kenekan akh la tu," rungut Edi sambil tangannya menghidangkan mangkuk di atas meja.
"Mana de orang tido la, orang mandi tadi, nampak tak rambut pun still basah lagi nie," jawab Rina tangannya sedang menayangkan rambutnya yang basah.
"Ye la, akh caye, tak baik tau, anak dara mandi malam-malam," balas Edi menarik kerusi menghadap Rina.
"Asal tak baik eh?," tanya Rina kurang mengerti. Mamanya pun cakap macam tu.
"Sebab..," jawab Edi lambat-lambat untuk menakutkan adiknya itu.
Dengan muka yang agak cuak, Rina memandang abangnya dengan menanti ayat seterusnya meniti di bibir abangnya.
"Sebabkan..,"
"Sebabkan..,"
"Sebab pe?," sergah Rina sambil menepuk bahu abangnya itu.
"Sebab nanti orang tak masuk minang," balas Edi lancar. Memang itu yang dia hendak sebut. Ayat itu juga yang bermain dalam otaknya. Akibat disergah, ayat itu juga yang meluncur laju dari bibirnya.
"Ala..ape ni? Malas la nak kawan ngan akh cam ni," ngomel Rina dengan nada merajuk.
"Eh? Akh gurau je la. Actually tak baik untuk kesihatan, masa sekarang tak de pape la..Nanti dah tua kerepot baru nak rasa..Sakit ini la itu la..Faham?," kata Edi untuk ingatkan Rina tentang kesihatan yang perlu dijaga sampai ke usia tua. Rina mula menyenangi sikap abangnya yang sering mengambil berat tentang kesihatannya walaupun sejauh mana mereka berada. Rina ingat lagi waktu zaman sekolah, abangnya turut tidak ke sekolah hampir seminggu akibat Rina demam panas teramat sangat. Abangnya juga yang menemaninya. Kononnya tak nak susahkan mama dan papanya yang sering keluar akibat ada urusan.
"Woi,ngelamun!," sergah Edi.
"Haa??," terkejut Rina.
"Ingatkan sape tu haa?," tanya Edi mengusik.
"Tak de sesape la, orang ingatkan kesihatan orang. Akh tahu? Banyak kali dah Rin mandi malam, nak hitung tolak bahagi darab bape penyakit yang Rin akan kena nanti," balas Rin kebudakan.
"Ish, selamat akh sempat pesan kalau tak, tak de la adik akh nanti, dah jadi ikan rasanya," gurau Edi.
Rina mengerutkan dahinya..
"ikan??," soal Rina agak terpegun dengan gurauan Edi.
"ye la ikan..sebab suka mandi..mandikan dengan air..," jawab Edi sambil mencedukkan kuah untuk di tambahkan lagi.
"Wah!! Ikan..," terpana Rina seketika. Matanya bercahaya bagai angan sesuatu..Edi hanya menoleh ke arah Rina sambil melihat perangai adiknya yang ‘gila-gila’ ini.
"Rin nak jadi duyung leh tak??," tanya Rina sambil menongkatkan dagu memandang Edi.
"Duyung?? Eiii, tak de kaki pun nak jadi?," gurau Edi.
"Mesti cantik," masih dengan angan-angannya tanpa membalas kata-kata abangnya itu.
"Eh, lupa pulak. Mama dengan papa tak dengar ke kita bising-bising ni?," tanya Rina apabila mengingatkan tentang itu. Pasal duyung pun melepas melayang entah ke mana. Itula salah satu sikapnya yang sentiasa mengingatkan itu ini pada saat berbicara tentang sesuatu yang lain.
"Baru nak sedar? Aduhai, adikku sekor ni. Itu la, tadikan mama dah cakap nak pegi rumah Auntie Sofi," balas Edi sambil menonton televisyen.
"Oh, ye ke? Buat ape mama pegi? Sape Auntie tu? Tak pernah dengar pun nama tu," tanya Rina lagi.
‘nama macam softy body fit je..huhu,’ ketawa Rina dalam hati.
"Entahla. Akh tak kenal pun," jawab Edi ringkas. Sebenarnya Edi tahu yang mama dan papanya pergi untuk berkenalan dengan ‘bakal menantunya’itu. Kononnya baru balik dari US. Tapi, seingatnya tadi, ‘bakal menantu’ itu bakal kerja di tempat kerja Rina. Tapi, tak tahu la bahagian apa. Masakan Rina lupa tentang itu? ‘Ala, selagi tidak lepas ujian aku, jangan harap nak jadi adik ipar aku tahu?,’ kata Edi dalam hati. Sayang benar Edi terhadap adiknya. Sampai bakal suami Rina pun nak kena lepas halangan dia dahulu.
best best... keep it up.. cepat cepat upload tau...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best best... keep it up..
cepat cepat upload tau...