Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Timbang, pak cik," plastik yang berisi buah guava yang ku pilih sebentar tadi ku hulurkan kepada pak cik penjual. Huluranku disambut. "3.80 sen, nak" beritahu pak cik penjual itu kemudiannya. Aku membelek beg duit. Menghulur duit bernot lima puluh ringgit. " Tak ada duit kecil ke nak, pak cik tak ada duit baki ni," aku menggeleng. Sejurus, seorang pelanggan baru datang menghampiri gerai pak cik itu. Aku masih tercegat menanti duit baki. Pelanggan lelaki itu membongkok sambil membelek-belek buah di hadapannya. " Sekilo berapa, pak cik?" tanya lelaki yang berdiri di sebelahku. " 90 sen" Pak cik itu menghulur beg plastic kepada pelanggan lelaki itu. " Pilihlah." Suruh pak cik itu lagi. Pelanggan lelaki itu mengambil plastik dan memilih-milih buah yang berlonggok di hadapannya. Waktu itu, pak cik penjual sudah ke belakang kedai kerana ingin menukar wangku sebentar tadi. Aku memandang sekeliling. Tidak mengambil pusing dengan lelaki yang kini turut berdiri di sebelahku. Sesekali aku melihat skrin handphone. Manalah tahu, kot-kot Zida atau Zura ada menghantar SMS. Kami berpisah sebentar tadi, apabila tiga sahabatku itu memasuki kedai cd di tepi jalan manakala aku sendirian mencari gerai buah di sekitar pasar malam itu. Suasana sekitar sedikit riuh dengan keriuhan pembeli dan penjual di lorong kecil pasar malam Bandar Changlun tersebut. Tiba-tiba hanphoneku berdering. Pantas aku menekan butang hijau disebelah kiri. " Zura, engkau kat mana?" "Aku kat kedai cd lagi ni. Bila engkau dah siap, engkau datang sinilah." " ok, sekejab lagi aku sampai." Talian dimatikan. Lama betul pak cik ini mencari duit kecil. Tadi ada di belakang kedai tu, sekarang entah ke mana menghilangnya. Takkanlah seramai-ramai peniaga pasar malam di sini tak ada yang nak tukar duit aku tu. Hish, bosan betul bab tunggu-tunggu ni lah. " Banyak beli buah," tegur pelanggan lelaki yang sekian lama berdiri di sisiku. Barangkali dia juga turut tertunggu-tunggu kehadiran pak cik penjual buah guava tersebut. Kalau tadi, aku tidak begitu kisah siapa gerangannya, kini aku terpaksa memandang wajahnya. Orang kata, tak elok kalau bercakap kita tidak memandang wajah lawan bicara. Sejurus kami berpandangan, aku terkedu. Takkanlah kot, minggu ini mana saja aku pergi, jumpa aje mamat out ni. Aku senyum paksa. " Adalah sikit," ujarku berbahasa. Dalam hati tuhan ajelah yang tahu. Tiba-tiba aku terasa bagai ingin segera beredar dari situ. Rasa sakit hati tetiba je hadir apabila mengingatkan sindirannya di library dua tiga hari lepas. Tapi bila fikir-fikir balik, emosi aku dah stabil malam ni, tak payahlah balas dendam lagi. Maafkan ajelah si mamat ni. Untung-untung boleh pahala. Hish, pak cik ni pun satu, kenapalah lambat betul? " In kan?" soalnya meminta kepastian. Hai dah tahu bertanya pula. Aku cepuk jugak mamat ni kang! Tapi marah tu aku pendam ajelah. Lagipun, hal kecil. Tak payahlah dibesar-besarkan. Susah payah, aku anggukkan kepala. " Seorang saja?" soalnya sambil membetul-betulkan kaca matanya. Aku angguk lagi. Apahal mamat ni, nak tunjuk peramahlah pulak. Tak tahu ke, aku tengah berlawan perasaan sekarang ni gara-gara dia. Kang tak pasal-pasal aku sembur ayat power karang! " Tak, dengan kawan," jawabku singkat. " Oo…dengan kawan. Kalau sorang, boleh saya temankan," Ceh, playboy rupanya. Patutlah suka menyakat dan mengganggu orang aje kerjanya. Hari tu kat library, ni kat sini pulak. Agaknya mamat ni asal jumpa aweks jer, terus mengayat gamaknya. Aku diam sahaja. Rasa dah malas nak menjawab. Orang macam ni, lagi dilayan, lagi menggatal rasanya. Di dalam hati, dah cukup seguni agaknya doaku detikkan supaya pak cik penjual tu segera datang. Nak blah, duit banyak lagi berbaki tu. Bagi orang macam aku ni, duit tersangatlah penting. Aku bukan anak orang kaya. Dengan duit baki tu, aku dah boleh buat beli nasi bungkus buat esok lusa. " Awak suka makan buah ni juga ya, Saya pun. Buah favourite saya ni," suaranya kedengaran lagi. Aku mula rasa gelisah. Cepatlah pak cik, bagi duit baki tu, aku nak cepat-cepat blah dari sini. Dah tak sanggup rasanya nak bermuka-muka dengan playboy kampus ni. Tapi nak jawab tak ni? Hah, tipu! " Taklah, saya suka makan belimbing. Jambu batu ini kawan saya yang kirim." Aku tipu. Ku lihat wajahnya sedikit berubah. Padan muka! Tapi kenapa ada rasa tak best dalam jiwa pulak ni. " Emm….ingatkan kesukaan kita sama. Pasal buku yang saya nak, semuanya awak dah ambil dulu…." Lelaki itu dah flashback hal dua tiga pagi yang lepas. aku senyum kelat. Ingat lagi rupanya mamat sengal ni dengan kejadian tu. Huh, ingat-ingat balik, mendidih jugak darah aku ni. Aku diam lagi. Mataku liar merata. Mencari-cari kelibat pak cik penjual buah kot-kot ada dimana-mana. Alahai, kenapalah lambat betul pak cik tu datang balik? Tanpa disedari, aku mula mundar mandir. " Awak tak suka sembang dengan saya ke. Nampak gelisah aje?Aku tergamam. Nampak sangat ke? Macam mana dia boleh detect fe’el aku ni. Obvious sangat ke? ah, lantaklah. Bukan aku kenal dia pun. " Bukan tak suka, cuma saya tak biasa dengan orang yang saya tak kenal." Entah macam mana terjujurlah pulak. Dia senyum. " Kita kan dah kenal. Di library hari tu. Lupa? Soalnya. Aku berpaling menatap wajahnya sekilas. Serta merta pertemuan dengannya kembali terimbas di ruang mata. Dari saat dia datang mengganggu studyku sehinggalah dia melaungkan namanya sebagai Mr. Out. Aku pandang dirinya atas bawah. Sah! Memang dia. Raut wajah yang sama, kaca mata yang sama. Tapi malam ini dia nampak lebih santai, kerana dia cuma memakai t-shirt biru berkolar hitam, berseluar jeans, dan berselipar sahaja. Lain sedikit dengan penampilannya saat itu. Berkemeja, bertie dan berkasut hitam. Uniform budak lelaki di kawasan kampus waktu kuliah. Dalam cahaya suram lampu kalimantang gerai pak cik itu, tiba-tiba aku rasakan satu ketenangan pula memandang wajahnya. Tenang dan mendamaikan. Ah, sudah! Apa kena dengan aku ni? " Maaf nak, lambat sikit. Nah, ini duit bakinya," belum sempat aku membalas kata-katanya, tiba-tiba muncul pak cik penjual buah menghulurkan duit baki kepadaku. Aku menyambutnya. Lelaki itu sekadar memerhati sahaja tanpa banyak bicara. Aku kemudiannya berpaling, ingin beredar. " Pergi dulu encik out," Spontan aku meminta diri. Ceh, baiknya budak In ni haa. Lelaki itu berpaling kepadaku sekilas. Wajahnya berkerut sesaat sebelum tersenyum lebar. Sebelum sempat dia berkata apa-apa, aku sudah melangkah lebar-lebar meninggalkan tempat itu menuju ke kedai cd. Ni, nak cerita tak dengan diorang ni. Kalau aku cerita, free aje aku jadi bahan cerita rumah sewa malam ni. Diorang bukan boleh dengar cerita coincidence macam ni. Kepala diorang aje aje yang nak mengarang macam-macam. Mereng! Ah, tak payah ceritalah. Lagipun mamat tu entah siapa-siapa. Semua kebetulan aje.
terima kasih utk komen-komen anda. citer selanjutnya pasal novel ni ada kat blog baru saya http://pena-timur.blogspot.com. kat situ ada karya-karya saya yang lain juga. sekadar bertukar fikiran dan berkongsi idea. komen anda di alu-alukan juga.
http://pena-timur.blogspot.com terima kasih daun keladi..:)
salam!! best cite ni,, smbung cpat2 tau hehehehehehe good job!!! =)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nice..tp,klu pnjg skit lg nice..
go 0n..awk blh tls y lg baik..
chay0k!!..chay0k!!..
4 stars...