Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Semenjak peristiwa kelmarin, aku seboleh-bolehnya ingin menjauhkan diri daripada Fariz. Aku sendiri pun tidak tahu kenapa aku takut sangat apabila mendengar kata-kata Fariz yang ingin berdamai denganku. Aku tahu kenangan lalu masih membuatkan aku takut untuk mendengar kata-kata maaf daripada insan yang bernama Lelaki. Ya,aku yakin kenangan itu yang membuatkan aku tidak bertegur sapa dengan Fariz sehingga jejaka itu sanggup menunggu aku berjam lamanya di asramaku semata-mata inginkan jawapanku. "Sofia sampai bila kau tak nak tegur Fariz tu? Kau tak kesian ke kat Fariz tu? Dah 2 hari dia tercongok kat bawah tu dari lepas habis class sampai malam. Kau tak kesian ke?" Akhirnya suara Shereen memecah kesunyian yang sengaja aku cipta sejak kelmarin sebaik sahaja mengetahui rancangan Shereen yang inginkan perdamaian di antara aku dan Fariz. Aku memandang Shereen sekilas sebelum menghalakan pandanganku kembali ke arah tingkap. Memang betul kata Shereen. Aku melihat Fariz yang sedang leka menghadap laptopnya sambil sesekali matanya meliar ke arah tingkap blikku. Nasib baik tingkap bilikku gelap. Kalau tak pasti malu aku dibuatnya. "Sofia!! Aku cakap dengan kau ni!Kau dengar tak? Kau ni aku tahu aku salah.. Sorry.. Tapi aku buat semua ni untuk kebaikan kau juga. Kalau kau asyik bermusuh je dengan Fariz, makin menggedik lah si ribena tu! Lagipun bukan kau tak tahu betapa sayangnya si ribena tu kat Fariz walaupun Fariz tu tak seniat pun kat Lisa tu! Kau sendiri pernah cakap yang kau tak suka kat Lisa kan? So, ambil peluang ni!" Aku memandang Shereen yang tiba-tiba sahaja ringan mulut. Nilah satu-satunya perangai Shereen yang aku tak suka. Pantang kalau diberi peluang membebel, mesti dia manfaatkan sepenuhnya peluang tu. Kadangkala bebelannya tu membuatkan aku bernanah telinga mendengarnya dan adakalanya membuatkan aku 'sedar' dari khayalanku. Satu keluhan aku lepaskan. Shereen menoleh dengan riak yang serba salah. "Eh, kau kecik hati ke? Sorry lah. Bukan kau tak tahu aku ni memang suka melepas,terlepas sampai tak sedar apa yang aku cakap. Sorry.. Tak pelah, aku tidur dulu.. Dah malam ni. Esok kelas pagi nanti lambat pula. Bye, good night!" Aku menahan ketawa melihat telatah Shereen. Mesti takut kena marah. 'Hemm, Shereen, Shereen! Nasib kau kawan aku!' desis hatiku.
Perlahan-lahan pintu bilik itu aku tutup. Takut Shereen terjaga. Dah macam perompak pun ada aku ni! Ni semua Fariz punya pasal lah! Tanpa membuang masa aku pantas menuruni anak tangga secepat yang mungkin. Aku dah fikir masak-masak! 'Past is old, now is new!' Dengan berbekalkan pepatah mana entah asal usulnya, aku segera menghampiri kereta Fariz. Kelihatan Fariz sedang nyenyak tidur. 'Kesiannya dia!' desis hati kecilku. Perasaan serba salah mula menjalar di dinding hatiku. Aku tekad! Belum sempat jari jemariku mengetuk cermin tingkap kereta Fariz, aku dikejutkan dengan satu bunyi yang tidak asing dari pendengaranku. Aku mengeluh! 'time-time nilah dia nak spoilt semua!'getusku geram. Pantas jari jemariku beralih arah dengan segera menekan punat hijau di telefon bimbitku sambil kakiku mengorak langkah jauh sedikit dari kereta Fariz. "Hello?" "Hello?" Aku pelik apabila tiada jawapan dari si pemanggil. Aku jadi geram. "Hello?" Suaraku sedikit tinggi! Darahku semakin mneyirap pabila sapaanku dibalas sepi. "Hei, kau ni siapa? Dah lah malam-malam call aku! Dah tu tak nak bersuara pula! Kau ni bisu ke? Kalau dah tahu bisu, janganlah gatal sangat tangan tu nak menekan nombor orang kalau tak sepatah ayat pun kau tak nak keluar!!" Sepi sahaja membalas omelanku. "Hoi, pekak! Kau ni siapa? Kenapa kau call aku! Kalau dah terlebih kaya sangat kredit tu, janganlah call aku! Cari nombor orang lain! Isy, malas aku nak layan kau! Buat sakit hati je!" Tengkingku geram dan mengharap si pemanggil tu menjawab omelanku tadi. Yelah, masakan bahasa 'seindah' tadi langsung tidak terkudis di tangkai hati manusia normal melainkan kalau si pemanggil tu alien! Geram pula aku bila si pemanggil masih lagi mendiamkan diri. Namun tika aku ingin membuka bicara, tiba-tiba sahaja talian terputus. "Bertuah punya orang! Dah lah ganggu orang malam-malam, dah tu sepatah ayat pun tak di keluarkannya. Memang dasar orang tak guna!" bebelku sambil tanganku lincah menekan butang silent mood di papan kekunci telefon bim,bitku. "Awak marah kat siapa tu?" Hampir gugur jantungku tatkala mendengar satu suara garau yang aku kenali menegurku. Pantas aku menoleh dan.. Fuh..semangat! Jarak seinci sahaja memisahkan aku dengan wajah Fariz! Kalau aku gopoh pusing tadi mesti lain pula yang jadi. "Awak ni dah gila ke?" tegurku seiring menolak tubuh Fariz jauh dariku. Fariz tersenyum. "Takut ke? Ingatkan perempuan garang macam awak tak ada langsung perasaan takut" sinis Fariz menyindirku. "Apa awak cakap ni? Bila masa saya takut. Mana ada saya takut!" dalihku walaupun perasaanku hanya Tuhan sahaja yang tahu. " Tak nak ngaku juga ke?" sakat Fariz. Seronok dia pabila melihat wajah putih gadis di depannya tu berubah menjadi seperti buah ceri yang merah. Aku menelan liur. Gila! Fariz ni bukan boleh dijangka! "Stop it! Now listen! Saya akan berdamai dengan awak. So, mulai detik ni awak tak payah lah nak jadi papan iklan percuma kat asrama ni! Sekarang ni saya nak awak blaik sebab sekarang ni pun saya dah ngantuk! Now, balik sekarang! Good night!" Lega hatiku bila semuanya aku dah luahkan! Aku segera mengorak langkah tanpa memandang ke arah Fariz. Fariz menahan ketawa. Dia tahu gadis itu sudah mula mengelabah. 'Tahu pun cuak' bisik hati kecil Fariz. Tanpa memikirkan kata-kata yang bakal diterimanya daripada Sofia, Fariz sengaja bertindak nakal dengan menarik tangan Sofia yang ingin berlalu. "Fariz!" terjerit kecil aku dibuatnya bila terasa badanku ditarik ke belakang. "Awak ni kenapa? Lepaskan tangan saya lah! Sakit tahu tak?" ujarku sambil menarik tanganku kembali namun sia-sia sahaja. Kalau boleh nak je aku jerit tapi bila memikirkan kesan yang akan aku terima nanti membuatkan aku terus mengunci mulut. "Awak tak jawab soalan saya lagi? Awak takut ke?" Nak terburai tawaku bila mendengar ayat Fariz. "Kan saya dah cakap saya tak takut. Awak tak dengar ke? Now, let me go! Kalau tak awak jangan ingat saya akan tegur awak lagi sampai bila-bila. Awak nak berdamai dengan saya ke or not? Kalau tak nak, okey! Buatlah apa yang awak nak buat kat saya! Saya nak juga tahu sanggup ke kucing lapar macam awak ni tolak rezeki?" Fariz tersentak! Mulanya nak kenakan Sofia, sekarang dia pula yang terkena. Perlahan-lahan tangannya melepaskan tangan Sofia. "Eh, tolak rezeki ke encik kucing?! Ermm, ingatkan berani sangat. Cakap je.. Buat tak berani pun!" sindirku sinis. Fariz menelan liur. "Sorry. Saya tak niat pun nak buat apa-apa kat awak! Okey, kita berdamai. Lepas ni awak tegur saya kan?" butir-butir bicara yang keluar dari mulut Fariz kelihatan sungguh menggelikan Sofia namun dia sedaya upaya berlagak selamba. "Saya terima sorry awak! Kita berdamai!" Wajah Fariz ceria. " Tapi.." Tapi menjadi mendung pula bila mendengar sepatah ayat itu. "Tapi apa? Awak tak ikhlas maafkan saya? Saya sanggup buat apa sahaja asalkan awak betul-betul ikhlas maafkan saya! Apa-apa je.. Please!" Aku berpura-pura tegas. "Tapi.. Awak jangan ingat mulai esok saya akan tegur awak! Kita berdamai tapi saya tak akan tegur awak langsung!" "Sofia.." Aku segera membuka langkah tanpa mempedulikan panggilan Fariz. Padan muka! Tulah nak sangat kenakan aku. Ambik sebiji.
Terkekeh-kekeh Shereen ketawa saat aku menceritakan kembali apa yang berlaku semalam. Sempat juga aku memandang muka Fariz yang bengang bila aku membuka bicara. "Patutlah Fariz pagi-pagi lagi dah call aku tanya pasal kau! Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu! Apalah kau ni, Fariz! Dah tahu Sofia ni pantang dicabar, yang kau pandai-pandai usik dia tu apasal? KAn dah makan diri sendiri. Nasib baik kali ni Sofia just gurau je. Kalau dia buarnya betul-betul, macam mana?" bebel Shereen. "Padan muka dia! Siapa suruh pandai-pandai nak kenakan aku? Nasib baik aku cuma gurau je. Tu pun muka dah cuak bila dengar aku cakap 'Jangan ingat mulai esok saya akan tegur awak!' Dah macam alien je aku tengok muka die waktu tu" ulasku mengingat kembali peristiwa semalam. "Okey,memang padan muka saya dah terkena! Tapi itupun awak bernasib baik. Cuba kalau saya buat betul-betul apa yang awak cabar tu? Macam mana? Cuak tak? Muka awak mesti nampak macam alien kan?" Wajah Sofia berubah merah. Fariz sengaja memulangkan paku buah keras untuknya. "Sudah lah! Both of asyik bergaduh je. Kan dh berdamai. Tak akan dah berdamai pun still nak bergaduh juga? Tapi apapun, peristiwa tu memang kelakar. Kau, Fariz nak kenakan Sofia tapi kau sendiri terkena. Sofia pula, kau nak kenakan Fariz, kan dah kena pulang paku buah keras! End of the story, dua-dua terkena!! Padan muka!" Shereen tergelak besar. Geli hati bila memikirkan sikap kedua-dua rakannya itu. Geram aku bial melihat Shereen asyik mentertawakan aku tanpa ada rasa bersalah. Aku memandang wajah Fariz yang juga seperti aku menahan geram sahaja melihat tingkah Shereen. Namun akhirnya aku juga pun ketawa bila melihat wajah Fariz dan akhirnya kami bertiga ketawa.
Syamsul tersenyum tatkala teringat kembali kata-kata Sofia semalam. Tak sangka Sofia masih seperti dulu. Langsung tak berubah walau sedikit pun. Macam mana agaknya rupa Sofia sekarang? Mesti semakin cantik. Bertahun-tahun berlalu pasti semuanya sudah berubah. Julia.. Sebaris nama itu masih lagi berada dalam ingatannya. Masih teguh! Semua yang berlaku dulu berpunca darinya. Kalau lah dia tidak ditakdirkan berjumpa dengan Sofia, pasti semua itu tidak akan berlaku. Dia tahu Sofia sebenarnya tidak bersalah dalam hal tersebut namun tindakan melulu Julia jugalah yang menjadi punca semua ini berlaku. Walau bagaimanapun dia akan pastikan kepulangannya ini bisa menjernihkan semua yang telah berlaku dulu. Dia tidak mahu tersilap langkah walau setapak pun. Cukuplah sekali dia terseksa. Kali ini, dia akan pastikan keinginannya dapat dimiliki walau apa cara sekalipun. Itu tekadnya! "Sofia.." ucap Syamsul perlahan dengan tekad yang tidak berbelah bagi.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wa aduh....
lama dah menanti citer ni kuar..
akhirnya kuar gak..