Khamis, Oktober 15, 2009

Novel : Anjing dan Kucing 6

Nama Pena : Kyra Akira

Kassim menggerakkan pinggangnya ke kiri dan kanan yang terasa lenguh dan sengal. Selesai sudah majlis perkahwinannya selama 2 hari itu. Dia letih. Di silakan kakinya duduk di atas katil empuk itu. Ditepuk-tepuk tilam itu. Di ubah posisinya, direndahkan kepala dan mula berbaring di atas tilam empuk berlapikkan cadar ropol yang berwarna merah. Nikmat rasanya. Tangannya disilangkan di atas kepala. Mata dipejamkan perlahan.

"Abah nak tanya kamu ni Kassim. Kamu setuju tak dengan cadangan Tok kamu tu?" Salleh, bapa Kassim bertanya kepada dirinya, anak lelaki bongsu di dalam keluarga.

Kassim diam lesu. Mukanya monyok sahaja. Tidak tahu jawapan apa yang terbaik untuk menjawab persoalan abahnya itu. Tiba-tiba mukanya cerah bercahaya. Bibirnya mengukir senyum.

Idea sudah mari...

"Abah, kalau Puspa setuju dengan majlis ni, Kassim pun setuju gak!" penuh semangat Kassim berbicara kepada abah.

Kasssim yakin Puspa pasti menolak rancangan perkahwinan ini. Kassim menggunakan alasan ’Puspa’ agar dia tidak dipersalahkan jika majlis ini tidak jadi. Lagipun biarlah sekali-sekala Puspa pula tanggung kesalahan macam ni. Selalunya dia yang kena.

"Kalau macam tu senanglah. On sajalah..." Abah selamba bersuara. Ditinggalkan Kassim yang terkebil-kebil tidak faham butir bicara abah.

Kassim melopong dengan kata-kata abah. Rahang mulut bawahnya jatuh. Terkejut dengan bicara abah. Wajahnya ditoleh memandang Kak Teh Seri yang sedang sibuk menyusukan anaknya dengan botol. Meminta penjelasan. Kak Teh Seri bagai memahami pandangan adik bongsunya itu mengangguk-angguk laju.

"Puspa setuju ke Ateh ?’

"Ha’ah! Dia dah setuju tadi. Tahniahla kat kamu busu oi!" Kak Teh Seri mengalihkan anaknya ke atas tilam bayi yang terlentang di hadapannya. Nyenyak bayi lelaki itu tidur setelah perut kenyang mendapat susu botol. Kak Teh Seri kemudiannya datang dan duduk di sebelah adik bongsunya yang memakai T-shirt hitam dan seluar trek biru.

Di tepuk-tepuk belikat Kassim.

"Jodoh Busu tak sangka dengan Puspa. Hahaha!!!" Kak Teh Seri ketawa besar. Kemudian segera di tekup mulutnya takut anaknya yang sedang nyenyak tidur itu terjaga semula.

"Apalah Ateh ni. Malaslah Busu nak layan. Menyampah..." Kassim mula nak bangun. Lengannya di paut kakaknya itu. Dia duduk semula. Mukanya sudah cemberut dan monyok kerana terpaksa kahwin dengan Puspa. Entah bagaimana ideanya tadi itu boleh tidak mengena.

Harapkan pagar, pagar tak boleh harap...

"Abah dan ibu dah bincang dah kamu punya duit hantaran semua tau…" Kak Teh Seri memancing semula minat Kassim.

Kassim membulatkan mata.

"Abah nak suruh juga Kassim keluarkan duit sendiri bayar duit mas kahwin Puspa 9000 ringgit. So oklah kan…" becok mulut Kak Teh menyambung katanya. Herot-herot mulutnya bercerita.

"Laa… Abah ni! Kassim tak naklah kahwin dengan Puspa senget tuh. Apasal pula Kassim nak kena bayar duit mas kahwin dia pulak! Dah la kena kahwin paksa…" Protes Kassim tak puas hati.

"Laaa... Kamu ni Busu macam tak tahu adat pulak.. Dah kamu orang lelaki mestilah kamu yang nak kena bayar duit mas kahwin dan wang hantaran. Aiseyman my bro... How dare you don’t know, huh?" Kak Teh Seri bercakap sambil meniru pelat orang putih dalam percakapannya. Lawak bila di dengar pelat Kak Teh Seri yang sengaja di buat-buat itu.

Amboi! Dahla mas kahwin sampai RM9000. Wang hantaran berapa pulak? Lingkuplah aku macam ni...

"Ateh… Wang hantaran berapa pulak? Pengsanlah aku…" Kassim bersuara lemah.

Sedih benar Kassim mengenang nasib diri. Sudahlah kena kahwin paksa, kahwin dengan perempuan yang di benci, kena bayar duit mas kahwin tinggi pulak tuh.

Apalah nasib badan yang malang ni...

"Wang hantaran kamu tak payah bagi. Mak Dila sponsor bagi pihak kamu.. RM10k"

"Ooohhh..." itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya.

Wait! Si Puspa ni semuanya dia dapat. Duit mas kahwin bukan main tinggi, dah tuh duit hantaran pun dia dapat. Dah tuh aku dapat apa? Masuk angin keluar asap. Bulu hidung pun hangus macam ni. Eee... sakitnya jiwa bila aku fikir!!!

"Dah tuh Busu dapat apa kalau macam tu?" Kassim menyoal kakaknya itu keras.

Kak Teh Seri tersengih-sengih memandang Kassim. Mulutnya senyum lebar. Kalau diukur, mahu sampai ke gusi belakang senyuman Kak Teh Seri itu.

"Alah Busu kamu ni tanya kamu dapat apa pulak. Buat-buat tak tahu pulaklah kamu ni Busu. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Apalagi kamu nak dapat? Kamu dapat ’tuhla’..." Kak Teh Seri bersuara sinis. Dia bingkas bangun pabila terdengar suaminya memanggil dirinya.

Kwek!!!

Bunyi pintu kamar terbuka. Menyedarkan Kassim dari lamunan yang panjang. Kassim menoleh laju ke arah pintu kamar itu. Suara bising perempuan yang ramai menerjah ke gegendang telinganya itu. Dilihat Puspa ditolak paksa memasuki kamar peraduan pengantin baru itu. Kunci tombol pintu ditekan dan pintu ditarik dan di katup dari luar oleh sanak saudara mereka itu. Memberi ’hint’ supaya menjayakan misi malam pertama kepada Puspa. Suara yang bising dan nyaring itu segera lenyap dari situ.

Puspa menoleh ke arah Kassim yang sedang nyaman baring di atas katil. Di garu kepalanya yang tidak gatal.

Apalah yang aku nak buat ni? Aduhai! Mak tolong Tam mak! Tam tak nak kena rogol dengan mamat mereng!! Tak rela...

Langkah kecil di hayun menuju katil. Hatinya resah sendiri.

Malam ini merupakan malam pertama Puspa dan Kassim sebagai pasangan suami isteri yang sah. Bermakna jika diikutkan malam ini adalah malam yang sepatutnya menjadi sejarah buat Puspa untuk mengabdikan diri ’berkhidmat’ untuk Kassim, suaminya yang sah.

Apa aku nak buat ni? Takkan aku nak tidur satu katil dengan si mereng ni? Alahai mak... tolonglah Tam mak!!

Tiba di sisi katil Puspa hanya merenung tajam wajah Kassim. Kassim tahu bahawa wajahnya menjadi tatapan tajam mata bulat Puspa itu. Dia leka memejam mata sambil bersiul-siul kecil di situ.

Lantaklah. Desis hati Kassim.

"Wey Kassim. Kau pergilah tidur kat bawah tu. Aku nak tidur kat atas ni," Kasar bunyi suara Puspa.

Kerek pulak si senget ni dengan aku. Ingat aku nak sangat ke kat kau? Aku pun tak hinginlah. Tak rela nak sentuh badan kau yang gemuk tuh!

Kassim buat tidak tahu dengan Puspa. Sengaja dia hendak menaikkan darah Puspa.

"Kassim, kau dengar tak aku cakap ni?" Puspa sekali lagi membentak marah.

"Ek eleh... Wey gemuk! Kau tidurlah kat bawah tuh. Aku dah cop tempat ni dulu ek! So you can sleep there.." Kassim menjawab. Tangannya diunjukkan ke atas karpet yang melapisi lantai kayu bilik pengantin itu.

"Kau...!!!" Puspa sudah bercekak pinggang. Di tahan nafsu amarahnya. Takut terledak keluar. Malu dengan saudara mara yang ramai di dalam rumah itu.

Puspa tidak mahu mengalah. Dia bingkas naik di atas katil di tepuk-tepuk bantal dan pantas membaringkan badannya di atas tilam empuk. Biarpun empuk dan nikmat tilam itu, namun dengan kehadiran Kassim disebelah dirasakan bagaikan diri di lembah neraka.

Dipalingkan badannya membelakangkan Kassim. Mata dah penat, nak cuba tidur.

Kassim menoleh memandang Puspa. Di jelir-jelir lidahnya sepuas hati mengejek Puspa. Kemudian dia juga berpaling dan membelakangkan Puspa. Mereka berdua duduk begitu dalam 20 minit melayan sebal di hati.

Puspa rasa tidak boleh tidur. Seringkali dia tidur ditemani bantal peluk. Kali ini tiada. Tangannya meraba-raba belakang badannya. Dirasakan ada bantal peluk di situ. Di palingkan badannya menghadap ke arah Kassim. Serentak itu juga Kassim berpaling menghadap Puspa. Mereka kini menghadap antara satu sama lain.

Puspa pantas mencapai bantal peluk di tengah. Di peluk kuat. Kakinya merangkul bantal itu kuat. Kassim yang tidak puas hati menarik kembali bantal itu. Dia tidak mahu mengalah. Puspa yang tidak mahu mengalah juga menarik semula bantal peluk itu. Berebut-rebutlah Puspa dengan Kassim akan bantal peluk itu.

Kassim yang akhirnya mendapat bantal peluk itu rakus merangkul bantal peluk itu dan di palingkan membelakangi Puspa. Puspa sudah tidak berdaya merebut kembali bantal peluk itu. Matanya dah bagaikan ada api yang menyala. Marah sungguh dia dengan Kassim mereng itu.

Dilihat Kassim kecik, besar, kecik, besar. Geram sungguh!

Puspa laju menarik bantal yang mengalas kepala Kassim. Kepala Kassim terhentak jatuh di atas permukaan tilam. Serentak itu juga bantal di tangan Puspa di hayun laju ke muka Kassim. Berlepek bunyinya.

Kassim dah naik angin.

Ni dah melampau dah ni si senget ni. Ada juga aku rejam perempuan ni kang!

Kassim duduk laju di atas katil. Dilibaskan bantal peluk dalam rangkulan tangannya ke arah badan Puspa. Momentum yang mengenai badan Puspa menyebabkan Puspa hilang kawalan dan berdebuk jatuh ke atas lantai.

Adui! Sakitnya buntut aku ni... celaka kau Kassim!

Puspa menggosok-gosok punggungnya. Terasa sengal dan sakit.

Kassim menjergulkan kepalanya mengintai Puspa yang jatuh tergolek dok kat atas lantai.

"Hahaha!!! Padan muka kau gemok!!" Kassim ketawa berdekah-dekah. Ditekan perut yang terasa macam nak meletup akibat ketawa yang berlebihan.

Puspa yang dah naik seh angin kus-kus satu badan apa lagi. Bingkas dia bangun dan terus berlari ke atas katil dan melompat atas perut Kassim.

Senak perut Kassim terasa. Mulutnya menganga menahan senak.

Puspa tak lepas peluang terus memukul Kassim dengan bantal yang ada di sekeliling mereka. Kassim bertubi-tubi kena libas dengan bantal. Kassim cari peluang. Di tahan tangan bulat Puspa yang penuh isi itu. Di tolak Puspa ke tepi. Kali ini dia pulak ’take charge’. Di pegang kedua tangan Puspa dan di bawa ke atas kepala Puspa. Cengkaman kuat tangannya menyukarkan Puspa untuk melepaskan diri.

"Lepaslah bodoh! Lepaslah!!!" Puspa menjerit kecil.

Kassim menindih badan Puspa. Dia kini pula duduk di atas kedua paha Puspa. Tangan kanannya yang bebas mengambil satu bantal dan dia pula melibas-libaskan ke badan Puspa seperti mana Puspa melakukannya ke atas dirinya.

Puspa sakit menahan tindihan badan gergasi Kassim. Kassim ini pula tegap orangnya. Badannya sasa. Tinggi tak payah cakap. Melangit tinggi. Kassim dan Tun Nila Utama a.k.a Andak sama sahaja ketinggian. Berat menanggung jisim badan Kassim tak boleh nak cakap. Meronta-ronta Puspa ingin melepaskan diri tapi sukar.

Bantal dah tak rupa bantal. Koyak sana sini sarungnya. Begitu juga dengan cadar tilam. Puspa yang terlalu kuat meronta terlepas tangannya daripada cengkaman Kassim. Tercungap-cungap mulut Puspa bernafas. Tangannya menarik tirai langsir katil yang terikat kemas dengan bocok kelambu katil. Tarikan yang kuat menyebabkan tirai itu jatuh. Bocok kelambu katil yang tertarik kuat oleh Puspa menjadi tidak imbang. Puspa yang melihat ke atas pantas menolak Kassim.

"Wey badigol! Tepilah. Bocok kelambu tuh macam nak runtuh. Tepilah…" jerit Puspa kecil.

Kassim pantas memandang ke arah bocok kelambu. Segera itu juga dia menggulingkan badannya dan bangun daripada katil. Puspa yang cuba bertindak laju tidak sempat menyelamatkan diri. Tatkala itu dia sudah hampir berjaya turun dari katil. Lengannya di tindih kuat oleh bocok kelambu. Daya kuat bocok kelambu itu yang menghentak katil menyebabkan katil kelamin itu patah di tengah.

"Auwww…. Sakitnya!!!" Puspa menjerit sedikit kuat.

Kassim mendengar jeritan Puspa segera menghampiri Puspa. Di tekup mulut Puspa.

"Syuhhh!! Diam. Nanti orang lain dengar," Kassim sedikit berbisik.

Dilihat tangan Puspa yang dihempap bocok kelambu itu. Di angkat bocok kelambu yang berat itu dan di tarik tangan Puspa keluar. Ada tanda bengkak di lengannya. Kassim cuba memegang. Puspa mengaduh kuat. Tangisan airmata Puspa sudah kuat mengalir.

"Sakit…" Puspa mengaduh kuat. Cuba di gerakkan pergelangan lengannya namun terasa seperti hendak tercabut sakitnya.

Kassim bingkas bangun dan mencari kunci keretanya di atas meja kecil di tepi katil. Di ambil dompetnya dan tas tangan Puspa.

"Jom kita pergi hospital. Cepat!" Kassim mengajak.

Puspa mata dah berpinar menahan sakit di tangannya. Kassim menghampiri. Di cempung badan Puspa. Laju dia membuka pintu kamar. Terasa berat mencempung Puspa yang terus-terusan menangis. Kakinya melangkah laju menuruni tangga kayu itu. Sedikit berhati-hati. Sampai di ruang tamu, ramai mata yang melihat.

"Apa dah jadi?" semua sebulat suara bertanya.

Kassim tidak menjawab. Dia lelah mengangkat beban berat di tangan. Puspa dah mula tak sedar diri.

Kassim masuk dalam perut kereta. Membaringkan Puspa di tempat duduk sebelah pemandu. Direndahkan tempat duduk itu. Kemudian Kassim pantas menghidupkan enjin kereta.

Tun Nila Utama yang melihat pantas menghampiri. Di kuakkan pintu kereta Kassim.

"Kenapa ni Kassim? Apa dah jadi dengan Tam?" risau riak suara Tun Nila Utama.

"Aku nak bawa dia ke Hospital," Kassim pantas menutup semula pintu.

Kereta Kassim laju meluncur keluar dari perkarangan rumah Tok Aki.

-------------------------------

yang ni no 6... pasni awal bln 12 baru boley nak hantar... pekse daaa... k keep on commenting... ur comment make my spirit and determination flaming and blazing in fire... driven me to nuts until i felt like cant stop writing... keep on ya... and thanks a zillion 4 all of ur supports... luv it!

58 ulasan:

  1. alah lambat ah
    baru syok baca

    BalasPadam
  2. bestnye novel ni..

    BalasPadam
  3. kah kah kah.. lawak gile beb. ni kl org umah diorg tgk bilik diorg mesti diorg pikir len. huhu.. siap katil patah lagi tuh huhu

    BalasPadam
  4. uisy lamenye??? awal bln 12??

    BalasPadam
  5. hahaha...cite sengal cm penulisnye gak...huhu
    oit tim...lamenye nk tgu...aku tau la ko exam...aku pun exam gak...submit gak secepat mungkin...xkira!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  6. aku tergelak besar bace cerpen ni...
    penulis plzzz buatla lagi....
    awl bln 11 la plzzzz
    best sangat cite die

    BalasPadam
  7. Aten Junying20/10/09 12:49 PTG

    bestnye...tp kne tngu lmbt la...xpe2,hopely smbungan akn dtg msti best lg...

    BalasPadam
  8. best la cter nie..pasni ape jadi ek..cm x sbar nak bc lgi..mak oii lmbat nyer smpai bulan 12 2..adeh..potong stim betul arrr...klu bleh cptlah post doch..keep up a good work...good luck for exam..chaiyok2

    BalasPadam
  9. lambatnye nk smbg........
    aduh x sbr nk baca nie...
    aq akn ttp menunggu dgn sbr.......he3

    -kelly-

    BalasPadam
  10. best la crite ni...
    hrp2 dpt la smbung lg ek...
    ader bakat jadik penulis hebat ni...

    BalasPadam
  11. kahkahkah...tergolek-golek ak bce citer ni...klakar tahap cipan daa...huhu...confirm owg kt umah akn pikir lain...sure punye...smpi katil pun patah...bilik bersepah...hahaha...nnt balik sepital msti sume org pndg len...haha..agk2 mcm mana diorg xplain ek...huhu x sbr nk tau smbugan citer nih...smbug cpt ek writer...gud luck for ur final exam...

    BalasPadam
  12. alahai....tak sabar nak tunggu sambungnya nih.....cepat la.

    BalasPadam
  13. bln 12..dh bln12 ni..cpt sambung..bez cita ni

    BalasPadam
  14. bez..bez..bez...sambung r cepat. teman dh x sabor nak tau aksi2 dowang yang seterusnya...

    BalasPadam
  15. blogxder ker..?

    BalasPadam
  16. da akhir bulan 12..xde pn smbngn??cptla smbg...........................

    BalasPadam
  17. mn smbgn nya nie???

    BalasPadam
  18. skrng dah bulan januari 2010 ... mana smbunganye... x sabar nak tunggu ni... cepat la habiskan ceritanya...

    BalasPadam
  19. saya penulisnya... hairan gak coz yg kwe 7 dah 3-4 kali anta tp x kuar kt cni pon... hurm... nape yer?

    BalasPadam
  20. dah bulan 3 mana pla sambung ni

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama5/4/10 1:02 PG

    nama abg kassim tu ok dah tapi lgi sedap kalau nama puspa tu di tukarkan kpd milah.pon...pon....

    BalasPadam
  22. writer..
    nak blog bleh???
    tq..

    BalasPadam
  23. menarik la cter ni bila nak sambung xsabar ni

    BalasPadam
  24. hahaha..klakar gler cite niew..
    tp t'gantung lh.
    ble nk sambung blik..??

    BalasPadam
  25. Tanpa Nama16/8/10 2:29 PG

    kerek ah!!!cayunkk dok..suke seh aq..i can feel it..erm,.,., sweet dok dyorg.hehehe..smbgla cpt cket..huhu

    BalasPadam
  26. cpt la smbung..tgh syok ni..pe3 pun mmg best

    BalasPadam
  27. Lambat..lambat...lambat.. Xper.. tunggu ajer la...

    BalasPadam
  28. hahahahahahahaha..kelakar gler..x sangka dorg akn gaduh smpai mcm2...

    BalasPadam
  29. puspa gemuk yeyh ? bravo beb... baru ganas....cpt lah create sambungan.... and ya make sure puspa menang okay.. girlpower.. hekk

    BalasPadam
  30. Tanpa Nama1/11/10 6:49 PG

    dah xde sambungan ke??/

    BalasPadam
  31. salam....nape lmbat sgt nak smbung nie??????dah lama sy tggu tau...huhuhu...trus wat novel la cite nie...comfrm sy beli....

    BalasPadam
  32. wah,besh sgt2 citer ni...
    nape x de smbgnnya???
    x sbar nak bce lorh..

    BalasPadam
  33. BEST CITER...X SABAR TUGGU EPISOD 7 LAK...GOOD LUCK

    BalasPadam
  34. caya la...best giler
    cpat la smbung.x sbar nk bca

    BalasPadam
  35. Tanpa Nama15/1/11 1:53 PG

    cpt la...
    ad blog x?

    BalasPadam
  36. Tanpa Nama22/1/11 1:54 PG

    Awesome...i can't wait to read the next chapter.

    BalasPadam
  37. cepatlah sambung serit anie, tak sabar2 nak baca.....

    BalasPadam
  38. skarang dah feb 2011 mana sambongan nye??? dah lama sye tggu....huhuhuhu

    BalasPadam
  39. saya pun....bila ader sambungan......x sabar nak baca nih

    BalasPadam
  40. mantap!! i'll bw waitin' for that time, dear~~

    BalasPadam
  41. zira zainal12/5/11 10:35 PG

    lambatnya nk kene tunggu bulan 12... cepat lg xblh ke?

    BalasPadam
  42. bez gile cte ni....napew lmbt nk continue.....

    BalasPadam
  43. Tanpa Nama7/8/11 11:26 PG

    best sgt2 citer nie...
    kelakar giler kot...x larat nk ketawa...
    dua2 same2 ganas
    harap sambyng lagi la ye citer ni.. :)

    BalasPadam
  44. Tanpa Nama5/9/11 8:25 PG

    bile nak sambung.kate ak sambung bln 12..ni dah bln 9/11

    BalasPadam
  45. Tanpa Nama8/9/11 12:38 PG

    adeh...bila nak smbung nih??? novel ni dah keluar ke belom?? nak beli nih..

    BalasPadam
  46. best sngt citer nie!!!! eh..pekse per? PMR ker?

    BalasPadam
  47. memang best...len dari yang len...tahniah

    BalasPadam
  48. mne smbungn nye ni ???

    BalasPadam
  49. ala cpatlh smbungannya...xsbar nk thu ksah slnjutnya ni heheh

    BalasPadam
  50. Tanpa Nama4/3/12 10:51 PG

    best citer nya.tak buat novel ke?nak beli ni.tak sabar nak tahu kesudahanya.....

    BalasPadam
  51. Tanpa Nama4/3/12 10:59 PG

    dah mkan thun ni mana smbgan nya.cpat lah smbg......

    BalasPadam
  52. ala bley la cpat ckit

    BalasPadam
  53. Tanpa Nama14/5/12 9:43 PG

    best le cerita ni..kalau di bukukan jadi satu novel bagus juga..tajuk x yah ubah lagi ni boleh jadi koleksi simpanan..terbaik wok!!!!

    BalasPadam
  54. tahniah .best citer ni.mami doakan anda akan menjadi seorang penulis yg berkelibar suatu hari nnti.teruskan perjuangan anda.cpt smbung citer ni tak sbr nak tahu ending.good luck my dear.

    BalasPadam
  55. Best cite ni.terbæk.

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan