Isnin, Oktober 05, 2009

Novel : Anehnya cinta 1

Nama Pena : mutiara semenanjung

Semenjak hari itu aku sering menerima pelbagai jenis hadiah dan yang pasti tidak pernah dinyatakan siapakah pengirimnya serta kirimanya bukanlah di buat melalui pos tetapi di hantar secara peribadi kerana tidak terdapat apa-apa cop dari mana-mana pejabat pos. Pada awalnya aku buat-buat tidak ambil peduli dengan apa yang sudah berlaku tapi lama –kelamaan aku jadi semakin hairan dan tidak keruan , kerana seandainya aku tidak menerima apa-apa sahaja tidak kira hadiah atau hanya sekeping kad dari pengirim misteri itu hatiku akan di landa rasa rindu yang teramat. Sehinggakan satu hari aku mengintip di sebalik lubang pintu, untuk mengetahui siapakah sebenarnya orang yang begitu baik hati mengirimkan pelabagai-bagai jenis hadiah kepada aku itu tetapi aku hampa kerana hari itu aku tidak dapat apa-apa kiriman dan ini bermakna aku juga tidak dapat mengetahui siapakah yang empunya diri pengirim hadiah tersebut.

*******************************

Aku memandang mak Sue yang tengah kusyuk menonton rancangan kegemarannya di televisyen.

"Mak Sue," panggilku tapi Mak Sue tetap seperti tadi masih lagi kusyuk dan aku bingkas bangun, aku berdiri di hadapan Mak Sue.

" Apa nie? Ery, Mak Sue nak tengok Hafiz nyanyilah". Aku buat tidak tahu dan aku masih lagi terpacak macam tiang elektrik di hadapan mak sue.

" Ok, apa yang Ery nak cakap dengan Mak Sue nie, meh duduk dengan mak Sue janganlah terpacak kat depan televisyen tak cantik pun".ujarnya sambil tersenyum.
Aku menghentakkan kaki pura-pura marah dan mak sue yang sememangnya faham akan tingkahlaku ku itu hanya ketawa kecil sambil tangannya mengamit aku supaya datang ke arahnya dan duduk di sebelahnya. Aku akur dan aku menceritakan apa yang aku rasakan terutamanya tentang hadiah yang aku terima dengan tidak ku tahu siapakah pengirimnya itu kepada mak sue, dia hanya tersenyum-senyum selepas aku habis menceritakan masalahku itu. Membuatkan aku kehairanan dengan reaksi mak sue terhadap apa yag aku ceritakan bukan seperti yang aku bayangkan kerananya mak sue selalunya akan memberikan kata-kata semangat dan yang berkaitan dengannya kepada aku supaya aku boleh menghadapi masalah tersebut dengan senang hati.

" Kenapa Mak Sue senyum nie?,Ery tak buat lawak pun". Ujar ku dengan sedikit geram, Mak Sue senyum lagi dan memberitahu ku bahawa dia tahu siapa yang rajin mengirimkan hadiah kepada aku itu.
" siapa mak sue?" aku sudah tidak sabar untuk tahu dan mak sue hanya mengelengkan kepala. Seakan ingin bermain teka-teki dengan aku.
"Mak Sue,janganlah buat Ery macamnie. Bagitahu jelah Ery pening kepala asyik fikir benda nie tau." Aku panjangkan muncung sedepa dan barulah mak sue sudi bercerita tetapi bukan bercerita hanya memberikan klu sahaja kepada ku.
" Ok mak sue bagi klu, orangnya mata sepet. Nampak garang dan kadang-kadang mesra sikit dan pernah tolong orang yang sakit dekat tangga".
Bila mendengar kata-kata mak sue aku terdiam seketika dan lantas aku mula terfikirkan apa yang mak sue cakapkan itu. Kenapa semua yang mak sue cakap macam serupa dengan cirri-ciri ‘mamat’ yang dekat sebelah rumah mak sue , orang yang aku benci tetapi kadang aku jadi rindu tu. Aku pandang mak sue yang sudah kembali menonton rancangan kegemarannya tanpa mempedulikan aku yang tengah susah berfikir mencari jawapan tadi.

" Ha, macamana mak sue boleh tau yang pengirim hadiah ni adalah orang yang berjiran dengan kita je". Tiba-tiba aku bersuara setelah lama mendiamkan diri untuk mencari jawapan tadi, aku pandang wajah mak sue dengan muka yang menunjukkan bahawa aku rasa mak sue sudah bersubahat dengan ‘mamat’ sebelah rumah tu dan mak sue pandang aku sambil buat muka pelik.
"Apa?" soalnya kemudian bila melihat aku yang memandangnya tanpa berkelip-kelip dengan mata yang aku besarkan walhal mata aku semangnya sudah pun luas kerana mataku berbentuk bundar. Maksue yang seakan faham dengan maksud pandangan ku itu terus menerangkannya dengan lebih terperinci lagi.
"Mak sue terserempak masa dia nak letak hadiah hari tu kat depan pintu rumah kita dan dia mintak mak sue jangan beritahu Ery jadi mak sue tak bagi taulah, lagipun mak sue tengok Ery macam tak kisah je dengan apa yang dia buat tu. Jadi hari nie mak sue bagitau pun sebab Ery dah mula minat nak tahu."
Aku memandang mak sue dan tiba-tiba aku memeluknya dengan erat, aku berbuat begitu kerana rasa bersalahku yang dengan mudah berfikir bahawa mak sue bersubahat dengan ‘mamat’ tu. Dan mak sue membalas pelukkan dengan erat juga, akhirnya aku sudah mengetahui siapa manusia yang begitu baik hati itu tanpa bersusah-payah aku mengupah penyiasat persendirian seperti yang aku fikirkan sebelum ini.

p/s: harap dapatlah di siarkan dan kepada yang sudi membaca terima kasih

2 ulasan:

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan