Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Irfan menghela nafas dalam. Matanya di televisyen namun fikirannya melayang jauh. Peristiwa di taman semalam menyesakkan kotak fikirannya.
"awak?’ Nisa" tidak berkelip.
Irfan angguk lagi.
"yelah. Ummi awak nak awak beri Hana pada orang lain. Tapi awak tak rela beri Hana pada orang lain sebab awak tak sanggup berpisah dengan Hana. So, Cuma ada satu jalan. Itupun kalau awak setuju. Biar saya ambil Hana jadi anak angkat saya. Simple.’
Nisa" tidak mengiyakan, tidak menidakkan. Masih merenung wajah Irfan, tidak pasti.
"Nisa", kalau saya yang ambil Hana jadi anak angkat saya, masalah awak dengan ummi awak akan selesai. Masalah awak pun akan selesai.’ Ujar Irfan yakin.
Dahi Nisa" berkerut.
"macam mana masalah saya akan selesai?’
Irfan senyum kecil. Dia tahu bukan mudah untuk Nisa" melepaskan Hana.
"Nisa", kalau saya yang ambil Hana jadi anak angkat, awak tak perlu risau Hana akan berpisah dari awak. Dia anak angkat saya di atas kertas tapi awak tetap ummi dia. Jangan risau.’
Nisa" tidak bersuara. Berfikir dalam. Masih tidak pasti dengan cadangan Irfan.
"maksud awak?’ lambat-lambat dia bertanya.
"awak tetap hantar dia ke rumah Mak Su, awak ambil dia, awak jaga dia, semuanya yang awak sedang lalui sekarang akan kekal seperti ini. Bezanya, officially, saya keluarga angkat dia. Itu yang ummi awak mahu kan?’
Nisa" angguk lambat-lambat.
"so, apa lagi yang awak tunggu? Saya dah offer diri nak jadi kambing hitam ni!’ seloroh Irfan namun Nisa" tidak terusik dengan jenaka itu.
"are you sure about this?’ serius suara Nisa".
Irfan senyum lebar. Pipi mulus Hana dicium lembut.
"yes Nisa", I’m sure.’
Nisa" masih merenung Irfan dalam, penuh tanda Tanya. Sepi seketika.
Nisa" membuang pandang.
"Irfan, why are you doing this?’ matanya melirik Irfan semula.
Irfan tersenyum tawar. Kenapa?
"Nisa", apa yang awak tau tentang saya?’ soalan itu seperti ditujukan pada angin lalu. Irfan tidak memerlukan jawapan Nisa" kerana dia tahu Nisa" tidak tahu apa-apa tentang dirinya.
Nisa" jungkit bahu.
"awak, anak saudara Mak Su, tokey lori. Yang tu je kot?’
Irfan melirik Nisa" yang setia menanti bicaranya seterusnya.
"you know nothing about me.’ Suaranya perlahan.
Nisa" terdiam. Cuba memahami isi bicara Irfan.
"so do you want to tell me about yourself?’ Tanya Nisa", sekadar berbasa-basi.
Irfan tersenyum lagi. Senyum yang Nisa" tidak tahu ertinya.
"later. So, awak terima offer saya?’ Nisa" menjeling Irfan yang sudah beriak selamba.
"apa awak nak cakap tadi? Cakaplah dulu.’ Marah Nisa". Geram dia bila Irfan membuatnya tertanya-tanya.
Irfan jungkit bahu.
"tak ada apa-apa.’
Nisa" ketap bibir.
"awak tipu, ada something kan?’ telah Nisa".
Irfan masih selamba.
"tak lah, nothing. So, awak terima ke tak offer saya ni?’
Nisa" terdiam kembali. Irfan menyembunyikan sesuatu darinya. Apa dia agaknya?
"berapa umur awak?’ Irfan pula terdiam sekejap. Terkejut dengan soalan yang tidak dijangka itu.
"kenapa awak nak tau?’
"nak tau lah, kalau awak nak ambil Nisa" jadi anak angkat awak, at least saya perlu tahu kan umur awak?’ tingkah Nisa".
’31.’ Jawabnya ringkas.
Nisa" terdiam.
"awak, memang tak kahwin lagi?’ lambat-lambat dia bertanya.
Irfan tidak terus menjawab sebaliknya dia mengerling Nisa" dengan pandangan yang hanya dia tahu.
"baru sekarang awak nak Tanya?’
Nisa" membuang pandang.
"kan saya dah cakap tadi, saya kena tau semua pasal awak if you want to adopt Hana.’ Tegas suaranya.
Irfan senyum kecil.
"Nisa", kalau saya ni ada komitmen, awak ingat saya nak ke lepak kat rumah Mak Su hari-hari?’
Nisa" garu kepala yang tidak gatal. Betul juga.
"girlfriend pun tak ada?’
"baru nak mengorat.’ Jawabnya selamba.
Nisa" angguk faham.
"oo, agak-agak, kalau awak dapat girlfriend nanti, girlfriend awak boleh terima Hana ke?’
Irfan melirik Nisa" yang serius menanti jawapan. Awak akan terima saya ke Nisa"? dia mengeluh kecil.
"hmm, mestilah dia boleh terima Hana.’
"kenapa awak pasti sangat?’ berkerut dahi Nisa".
"sebab saya kenal dia macam mana. Baik hati, penyayang...’
"tapi kalau dia tahu latar belakang Hana macam mana? Entah-entah dia macam Bakar dan Riani.’ Tingkah Nisa" lagi.
Irfan tergelak kecil. Nisa" sudah begitu serius.
"tak lah, dia dan Riani macam langit dan bumi. Beza sangat.’ Yakin jawapan itu.
Nisa" angguk lagi. Sepi seketika. Dia merencana soalan seterusnya.
"kenapa awak nak ambil Hana sebagai anak angkat? Awak kan dah tau status dia?’ Tanya Nisa" menguji.
Irfan mengeluh kecil.
"Nisa", Badri dan Suraya sangat tabah. Walaupun saya tak kenal diorang, tapi saya kagum dengan diorang. Walaupun Suraya bekas GRO, namun dia telah berubah. Sedangkan Rasulullah boleh menerima baik orang yahudi yang mencelanya apabila yahudi itu mahu memeluk islam, kenapa kita yang tidak sesempurna Nabi mahu menghukum pula? Lagi pun, Hana tak bersalah. Dia suci sesuci kain Putih. Sekarang, tugas awak untuk mencorakkannya.’
Nisa" terdiam. Benar kata Irfan. Tapi mengapa ada yang mahu menghukum juga?
"saya tau akal waras kita pasti susah nak menerima semua ni tapi kita harus memandang dengan mata hati kita, bukan dengan akal. Kadang-kadang, kasih sayang itu memberi pertimbangan yang baik berbanding akal fikiran. Lagipun, Badri tinggalkan awak kerana cintanya pada awak. Suraya pula sanggup mencari awak demi masa depan Hana. Pengorbanan mereka memang tiada tandingan. Jadi apa salahnya jika saya berkongsi membuat pahala dengan awak? Tak salah kan?’
Nisa" menunduk seketika.
"Mak Su macam mana? Ibu bapa awak nanti? Mereka takkan marah awak ke kalau awak ambil Hana sebagai anak angkat awak? Saya tak nak Hana dihina lagi Irfan. Jika penghinaan itu takkan berakhir walaupun setelah awak yang menjadi penjaga Hana yang sah, saya tak sanggup lepaskan tanggungjawab itu pada awak. Biarlah saya saja yang tanggung semuanya.’ Luah Nisa" perlahan namun tegas.
Irfan senyum tawar.
"Nisa", mulut orang sampai bila pun kita tak boleh tutup. Biarlah mereka berkata-kata. Kalau awak boleh jadi ummi Hana, kenapa saya tak boleh jadi ayah Hana? Dia perlukan seorang ayah Nisa". Saya tak minta Hana dari awak. Cuma saya minta sedikit tanggungjawab menjaga Hana dari awak. Lagipun, saya rasa saya pun tak sanggup nak lepaskan Hana pada orang lain.’ Dia melirik Hana di pangkuan.
Hana tidak banyak meragam pula hari ini. Diusap pipi mulus itu. Dia mendongak, menatap wajah Nisa" pula.
"tentang keluarga saya, awak tak perlu risau. Saya lelaki. Tak banyak masalah. I can handle my family.’
"Mak Su? Tadi, Mak Su Nampak macam marah.’ Ujar Nisa" lambat-lambat. Dia tidak mahu hubungan Irfan dengan Mak Su pula retak kerananya dan Hana.
Irfan tergelak kecil.
"Mak Su marah? Tak lah, dia Cuma terkejut je. Lagipun, dia yang suruh Mala tunggu tadi dan saya ikut awak.’
Nisa" melopong.
"la, ye ke?’
"haah.’
Nisa" membisu kembali. Merenung Hana di pangkuan Irfan penuh kasih.
"Irfan, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak pada awak sebab sudi membantu tapi, saya kena fikirkan dulu tentang ni. saya harap awak boleh beri saya masa.’ Pinta Nisa" penuh harapan.
"ok, no prob,’ ujarnya selamba.
"Irfan?’ suara Mak Su mengejutkan Irfan dari menungannya.
Mak Su sudah duduk di sisinya. Irfan membetulkan duduk.
"ya, Mak Su, ada apa?’ Mak Su tidak menjawab sebaliknya dia tersenyum nipis.
"Irfan ingatkan Nisa" ke ingatkan Hana?’
"eh, apa Mak Su cakap ni? tak ada lah. Tak ada apa-apa.’
Mak Su senyum lagi melihat Irfan yang sedikit gelabah. Teringatkan Nisa" dan Hana, dia menarik nafas dalam.
"sebenarnya, Mak Su nak Tanya ni. Irfan betul ke nak ambil Hana sebagai anak angkat Irfan?’
Irfan melepaskan keluhan kecil. Ditatap wajah Mak Su penuh kasih.
"Mak Su tak setuju?’ duga Irfan.
Mak Su geleng perlahan.
"bukan, Mak Su tak kisah Irfan. Mak Su pun sayangkan Hana. Mak Su lagi suka kalau Irfan nak ambil Hana sebagai anak angkat. Tapi, Mak Su nak tau perasaan Irfan yang sebenarnya. Irfan nak Hana atau Nisa" sebenarnya?’ soalan Mak Su membuatkan nafas Irfan terhenti sekejap.
Irfan telan liur.
"kenapa Mak Su Tanya macam tu?’
Mak Su genggam tangan Irfan erat.
"Irfan, kalau kerana Nisa" Irfan lakukan semua ni, Mak Su tak berapa setuju sebab Mak Su takut Hana tu ibarat barang taruhan Irfan untuk dapatkan Nisa". Mak Su tak mahu macam tu.’ Mak Su memberi peringatan.
Irfan menarik nafas tenang. Dia membalas genggaman Mak Su erat. Ditatap wajah separuh abad itu.
"Mak Su, Mak Su pun tau Irfan hampir jadi ayah tapi tak kesampaian. Kalau Zila tak pergi, mungkin Irfan sudah jadi ayah sekarang Mak Su. Irfan memang kerap teringatkan hal dulu. Acap kali Irfan tengok anak-anak kecil main di taman, Irfan teringatkan Zila dan anak kami yang di dalam kandungan. Kalau Zila tak pergi, mungkin anak kami dah berusia setahun.’ Irfan senyum pahit. Menunduk seketika.
"Mak Su, pertama kali Irfan tengok Hana, Irfan rasa macam semangat Irfan dah datang semula. Irfan rasa macam Irfan dah ada sebab untuk hidup kembali. Entahlah. Irfan tak tau kenapa, tapi Irfan memang kasihkan Hana Mak Su. Mungkin sebab kami ada persamaan. Kami dah kehilangan orang tersayang. Irfan kehilangan Zila dan anak kami, Hana kehilangan kedua ibu bapanya. Kami saling melengkapi.’ Tambah Irfan lagi.
"Mak Su, Nisa" adalah alasan kedua untuk Irfan buat semua ni. tujuan utama Irfan ialah Hana kerana dia yang Berjaya mengembalikan semangat Irfan kembali. Bagi Irfan, Irfan pun tak sanggup Hana pergi dari Irfan. Irfan betul-betul tak sanggup. Sebab tu Irfan tawarkan diri untuk jadi ayah angkat Hana, supaya Hana akan kekal dengan Irfan. Sekurang-kurangnya Irfan tahu keadaan dia setiap masa. Sakit demam dia, kehidupan dia, semuanya. Irfan benar-benar tak nak kehilangan Hana Mak Su.’ Luah Irfan tulus.
Mak Su mengusap pipi Irfan penuh keibuan. Terharu dan kagum dengan Irfan.
"habis, Nisa" pula macam mana? Irfan cakap dia dah putus dengan Daniel? Irfan tak nak luahkan perasaan Irfan pada dia?’
Irfan senyum kelat mendengar soalan itu. Dia mengeluh kecil.
"Irfan tak layak dengan Nisa". Lagipun, dia tak tau siapa Irfan yang sebenarnya. Seorang duda yang hampir menjadi ayah. Nisa" masih muda Mak Su, dan dia patut dapat lelaki yang lebih baik dari Irfan. Irfan tak rasa dia akan terima Irfan.’ Keluh Irfan.
"tapi Irfan, belum cuba belum tahu, kan?’ Mak Su masih memujuk. Berharap benar Irfan akan meluahkan perasaannya pada Nisa".
"Mak Su, ummi dia tak mahukan Hana yang mempunyai latar belakang begitu. Mustahil dia boleh terima Irfan juga Mak Su. Lagipun, Nisa" masih cintakan Badri. Irfan tahu. Daniel juga tahu tentang itu. Sebab tu dia tak boleh terima Hana. Kerana Hana anak Badri. Soal hati memang rumit Mak Su. Irfan tak nak paksa Nisa" dan bebankan Nisa" tentang hal ni. sekarang, Hana menjadi keutamaan kami.’
Mak Su mengeluh panjang mendengar bicara Irfan. Membuang pandang ke ruang tamu. Irfan tahu Mak Su bersedih. Dia memeluk bahu Mak Su mesra.
"Mak Su, janganlah sedih. Kita tetap satu keluarga. Nisa" berhak dapat masa depan yang lebih baik. Mak Su faham kan?’
Mak Su menjeling Irfan.
"kenapa? Buruk ke jadi duda?’ tingkah Mak Su.
Irfan ketawa kecil.
"tak lah buruk tapi macam tak best lah. Ala, jangan risaulah, Irfan ok. Tengok, Irfan happy je, Mak Su yang sedih-sedih.’ Usik Irfan.
Mak Su mengeluh lagi.
"hai, kamu ni macam-macam. Kan senang kalau kamu cakap dengan Mak Su, “Mak Su, pinangkan Nisa" untuk Irfan”, ha, tak lah main cak-cak macam ni. tak payah ummi dia pening siapa nak kahwin dengan dia. Hana pun ada mak ayah. Lengkap satu family. Kan senang?’ luah Mak Su geram.
Irfan ketawa kecil. Tidak menjawab lagi. Hai, kalaulah hidup ni sesenang itu, dah lama dah aku kahwin dengan Nisa" tu.
aah kan ending dier aku x ley nk agak langsong besyhh
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam... wah, novel ni best la... xde blog ke? mantap2. bravo..:)