Nama Pena : anarif
"handsome tak Irfan tu?" Nisa' menjeling Mala di sisi sekilas bersama senyum lebar. Memusatkan kembali pandangannya ke hadapan melihat jalan raya.
Mereka di dalam perjalanan ke rumah Mak Su. Hana di pangkuan Mala tertidur kekenyangan.
"kenapa? Kalau handsome kau nak ke dia?箪"Nisa' memulangkan kembali soalan itu kepada Mala. Sengaja mahu mengusik.
Mala jungkit bahu.
"well, kalau dia handsome dan dia nak kat aku, aku tak tunggu lama, aku sambar je terus.箪"Jawab Mala bersahaja membuatkan Nisa' tertawa kecil.
"ada-ada je lah kau ni Mala. Dia tak handsome pada aku, tapi sedap mata memandang, tak lah buruk macam shrek tu."
"eh, yang buruk macam shrek pun ada yang nak jugak kat dia apa?" tukas Mala.
"siapa?" pintas Nisa'.
"princess Fiona," Mala membuat lagak gayanya seraya menyebut nama itu. Nisa' ketawa lagi.
"itu sebab dia pun hodoh, padanlah diorang tu!" ketawa mereka terburai. Namun masih terkawal lantaran tidak mahu mengganggu tidur nyenyak Hana.
Destinasi yang dituju semakin hampir. Kereta Irfan kelihatan terletak elok di pekarangan rumah Mak Su.
"hah, Irfan dah ada. Nanti kau ngorat lah dia. Kalau dia nak kat kau, apa tunggu lagi, langsung aje kahwin!"usik Nisa' lagi.
Mala memanjangkan lehernya tatkala kereta Nisa' berhenti betul-betul di hadapan rumah Mak Su. Mencari-cari kelibat yang dimaksudkan.
"tak Nampak pun orangnya," Nisa' menjegilkan matanya melihat Mala.
"masuk dalam lah baru cari!" Mala ketawa lagi. Mereka keluar dari kereta dan Nisa' memberi salam.
Mak Su menjengulkan kepalanya.
"waalaikumussalam. Nisa', masuklah. Ajak kawan tu masuk sekali." Pelawa Mak Su. Nisa' dan Mala tersenyum sesama sendiri.
Mereka masuk ke dalam rumah dan bersalam dengan Mak Su.
"duduklah, dah nak siap dah makannya. Irfan tengah carik ayam." Beritahu Mak Su tanpa ditanya. Mala pantas merenung Nisa' dengan pandangan seribu makna. Nisa' buat tidak tahu saja.
Mala duduk tetapi Nisa' tidak.
"saya tolong Mak Su?" Nisa' menawarkan diri.
"hah, boleh jugak." Mereka beriringan ke dapur. Irfan sedang mencarik ayam rebus. Melihat Nisa' datang dia mengukir senyum.
"dah sampai?"
Nisa' membalas senyum itu ala kadar.
"haah. Rajinnya cik abang ni kat dapur. Boleh jadi suami mithali ni!" pujian Nisa' berbaur usikan. Irfan senyum nipis.
"dah jadi dah pun." Jawab Irfan bersahaja. Nisa' terdiam mendengar jawapan itu. Sangkanya Irfan mahu mendiamkan mulutnya dengan menjawab begitu.
Jadi dia pun mengambil keputusan untuk diam. Dia tidak mempedulikan Irfan lagi sebaliknya dia mendekati Mak Su.
"apa lagi nak buat Mak Su?"
Mak Su mencapai jag air lalu diberi pada Nisa'.
"nah, Nisa' buat air oren tu." Arah Mak Su. Muncungnya dipanjangkan menunjuk kepada botol Sunquick.
"ok," Nisa' pantas membuat kerjanya sedang Mak Su menyiapkan bahan-bahan soto yang lain seperti su置n, kentang goreng, daun sup dan telur rebus.
Mak Su keluar menghantar bahan-bahan itu ke meja makan meninggalkan Nisa' dan Irfan sahaja di dapur. Suasana sunyi seketika. Cuma kedengaran dentingan sudu Nisa' mengacau air.
"Nisa', saya lupa nak cakap hari tu." Tiba-tiba Irfan bersuara.
Nisa' menoleh melihat Irfan sekilas.
"apa dia?"
"saya sepatutnya ajak sekali Daniel." Nisa' terdiam, gerakan tangannya mengacau air menjadi perlahan di luar sedarnya.
"yelah, nanti dia fikir lain pulak, ajak awak tanpa dia sedangkan saya kenal dia. Dia tak marah awak ke?"Nisa' meneruskan kacauannya yang terhenti, merasa air itu.
"tak lah, dia takkan marah dah sekarang, sampai bila-bila."Ujar Nisa' bersahaja. Dia menyusun gelas-gelas yang sudah diatur di atas kaunter itu ke dalam dulang.
Irfan menoleh melihat Nisa'.
"kenapa lain macam je bunyinya?" Nisa' membalas pandangan Irfan bersama senyum manis.
"tak ada apa-apa, awak jangan risaulah. Saya keluar dulu." Nisa' menatang dulang air dan keluar ke ruang makan. Diletakkan dulang itu di atas meja. Irfan muncul di sebelahnya membawa ayam yang telah dicarik.
Kemunculannya secara tiba-tiba membuatkan Nisa' sedikit terperanjat.
"ya Allah, Irfan, terkejut saya." Irfan tersengih saja.
"sorry."
"hmm," Nisa' meninggalkan Irfan menuju ke ruang tamu. Menyertai Mala dan Mak Su. Irfan mengekornya dari belakang. Nisa' melabuhkan punggung di sisi Mala yang sibuk mengacah Hana yang sudah membuka mata bulatnya.
Mala yang menyedari kehadiran Irfan menyiku Nisa' perlahan. Nisa' memahami tindakannya.
"Irfan, kenalkan, ini Mala, kawan saya. Dia yang tolong saya banyak selama ni,"Mala mengukir senyum kepada Irfan, dan senyumnya berbalas, tetapi ala kadar sahaja.
Irfan leka merenung sesuatu. Atau lagi tepat lagi seseorang. Nisa' di sisinya.
Mala senyum sendiri. Tahulah dia. Dia mengerling Nisa' yang asyik mengacah Hana dalam pangkuannya.
Mak Su tampak gelisah sedikit. Lehernya asyik dipanjangkan setiap kali dia mendengar bunyi enjin kereta.
"Mak Su tunggu siapa lagi?" Tanya Mala. Dia turut menoleh ke pintu rumah.
Mak Su senyum kecil.
"tak ada, tunggu abang ngah si Irfan ni. abang sepupu dia." Beritahu Mak Su. Irfan menyandar di sofa.
Tangannya disilangkan di atas dahinya.
"alah Mak Su, diorang tu bukan selalu tepati masa kalau nak datang. Laki bini sama je,"Irfan berjenaka tentang abang ngahnya.
Mak Su tepuk paha Irfan perlahan, menegur tindakannya. Irfan Cuma tersenyum, tidak mengendahkan langsung teguran itu.
"Mak Su, kita makan dululah. Lagipun, diorang ni mesti lambat sangat. Irfan dah lapar ni,"Irfan mencadangkan. Mala dan Nisa' Cuma menjadi pendengar setia.
Serentak itu, telefon bimbit Irfan berbunyi. Dia melihat sekilas nama pemanggil.
"bang ngah la Mak Su." Beritahu Irfan. Dia menekan punat hijau.
"helo bang ngah, lambat lagi ke? Ha? Oo, jalan jammed sebab ada accident? Oo, ok, ok, kitorang makan dulu lah macam tu, tak pe, kitorang simpankan sup tulang ayam untuk bang ngah dan kak ngah, hahahah! Ok, ok, jumpa nanti. Waalaikumussalam."
Semua mata memandangnya. Hana sudah beralih ke pangkuan Nisa'.
"jomlah, makan dulu," Irfan bingkas.
"ada accident ke?" Tanya Mak Su yang turut bangun menyaingi Irfan.
蘇aah Mak Su. Jalan jammed, banyak kereta sangkut. Treler tu melintang tengah jalan." Beritahu Irfan. Dia sudah duduk di meja makan. Nisa' dan Mala berjalan lambat-lambat ke meja makan.
"eh, Nisa', letak Hana dalam bilik dulu ke, kat ruang tamu ke, duduk makan semua sekali." Ajak Mak Su. Nisa' mengangguk.
"Nisa' letak Hana dalam bilik." Dia masuk meninggalkan Hana di atas katil setelah bantal-bantal disusun untuk menghalang Hana dari jatuh ke atas lantai.
Nisa' keluar semula dan mendapati Mala di tepi Mak Su sedang tersenyum kepadanya. Senyuman penuh makna. Nisa' mengerling sisi Irfan.
Hai, Nampak gayanya kena duduk sebelah dialah. Nisa' terus berjalan ke kerusi di sebelah Irfan dan duduk di situ.
"ok, jom, makan!" Irfan bersuara.
"baca doa dulu! Macam budak-budak tak reti!" tegur Mak Su.
Irfan tersengih-sengih. Nisa' dan Mala turut tersenyum simpul.
Mereka menadah tangan dan berdoa sehingga selesai. Usai doa, riuhlah keadaan di meja makan itu menyaksikan mereka makan dengan dentingan sudu di dalam mangkuk kaca.
"hmm, sedapnya soto Mak Su!" puji Nisa'. Mala di hadapannya mengangguk.
"betul! Sedap lah!" sokong Mala.
Mak Su senyum senang.
"kalau sedap tambah, jangan tak tambah." Ujar Mak Su pula sambil menyuap sesudu sup ke dalam mulutnya.
Irfan menoleh ke Nisa'.
"kalau awak nak makan sedap-sedap, datang je sini selalu. Mak Su masak memang sedap." Beriya Irfan mewar-warkan masakan Mak Su. Tidak menyedari yang lain turut memerhatikannya.
"ai, suruh Nisa' datang sebab nak makan lauk sedap ke awak yang nak tengok dia selalu?" Nisa' menoleh pantas, merenung Mala tajam.
Irfan terkulat-kulat di duduknya. Mak Su senyum nipis.
Mala berpura-pura tidak perasan pandangan tajam Nisa', meneruskan makannya.
Nisa' akhirnya mengalah, menumpukan kembali perhatian kepada sotonya di dalam mangkuk. Menyuap perlahan.
Terganggu dia dengan usikan Mala, tambahan pula apabila Irfan turut diam. Bertambah resah dia. Sekiranya Irfan tidak bersetuju dengan kata-kata Mala, mengapa perlu diam? Bukankah dia selalu menjawab? Diam tandanya setuju. Argh! Pedulikan. Mustahil dia mahukan aku. Lagipun, dia tak pernah tahu kebenaran Hana. Mustahil dia akan menerima Hana yang merupakan anak bekas GRO. Sedangkan Bakar dan Riani yang sememangnya mahukan anak angkat itu pun tidak mahukan Hana. Nisa' mengeluh kecil.
"assalamualaikum!" suara orang memberi salam di luar membuatkan semua suapan terhenti. Irfan bingkas ke pintu.
"eh, abang ngah? Cepat pulak?" Irfan bercakap dengan seseorang yang belum melangkah masuk.
"cepatlah sebab treler tu dah dialihkan." Jawab suara itu. Nisa' yang duduk bertentangan dengan pintu itu menunduk sekejap, menyuapkan soto ke dalam mulutnya.
"masuk, masuk, kak ngah, bang ngah. Nasib baik korang cepat. Ingat nak habiskan dah tadi!" seloroh Irfan disambut dengan suara ketawa lelaki dan perempuan yang sudah masuk ke dalam rumah.
Nisa' mengangkat muka. Dia terkedu. Langkah Bakar dan Riani turut mati melihat Nisa'. Mala yang perasan wajah Nisa' berubah pantas memusingkan badannya. Dia juga ternganga di situ.
habislah...... dah makin syok nie....-silkysimple06-
BalasPadamsalam
BalasPadammakin asyik g2
seronok sita ni..mcm cita real.
BalasPadamklo sy jd nisa'....blom tentu sy mmpu jg hana...
best..cpt smbg..ader blog???
BalasPadamHai...best jalan ceritanya, ayat pun ok sebab tak guna ayat sms yang memang saya tak boleh nak faham. keep up the good work. Tak sabar nak tahu jalan cerita seterusnya.
BalasPadamwa!!! sdh makin syiok dh ni... cpt2! smbung... tp, spe bakar n riani.. hmmm? ade cerita lain ni... gempak! gempak! cpt smbung eh.. terseksa ni ha nk tggu..
BalasPadam-daayah-
dh hntr smbungan but of course lambat ckit. ada novel lain jugak, Lu'lu' dan Marjan. sila baca n comment k? tq!
BalasPadamlove,
anarif
cite ni best la
BalasPadamsmbung la lg...........
x sbr nk tau...........