Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari-hari yang dilalui oleh Alia semakin mencabar. Semenjak Suriani dijaga oleh pengasuh yang diupah oleh Alim, Alia mendaftar di sebuah hospital menjadi sukarelawan yang menjaga kanak-kanak sakit. Alia senang dengan kerja barunya itu. Sering dikelilingi kanak-kanak. Walaupun mereka mengidap pelbagai jenis penyakit, namun mereka tetap berkawan. "Roslan, jangan nakal. Nanti kakak tak bagi coklat. Baru tahu," Alia menegur Roslan yang begitu suka mengusik Rosmah. Roslan yang mengidap penyakit barah hati itu sangat cerdas suka sangat mengusik Rosmah. "Betul ke boleh makan coklat?" Roslan menghampiri Alia. Alia pura-pura tidak mengendahkan Roslan. Dia terus menghampiri Rosmah. "Minta maaf pada Rosmah dan janji takkan ganggu dia, baru akak bagi coklat ni," Alia bersuara tegas. Roslan menghampiri Rosmah dan menghulur tangan untuk meminta maaf. Alia tersenyum bila Roslan menurut kata-katanya. "Terima kasih," Ucapnya lancar sebaik sahaja coklat sampai ditangannya. Alia tersenyum. Alia memandang sekeliling. Dia hairan bila melihat kelibat seseorang sedang mengintai dari celah pintu. Dia segera menghampiri pintu. Kanak-kanak itu lari dan menyembunyikan diri di atas katil. Alia menghampiri katil tersebut. "Hai Alia. Macamana kerja kamu. Ok. Mereka buat hal tak?" Dr.Chan bertanya lembut. Alia tersenyum. "Setakat ni, ok. Mereka senang nak di layan," Jawabnya perlahan. "Errrrr..Dr.Chan, siapa budak ni? Apa penyakit dia?" Alia menghampiri kanak-kanak yang bersembunyi disebalik selimut itu. "Owhhh… namanya Nura. Mengidap HIV positif," Dr.Chan menghampiri katil kanak-kanak itu lalu duduk disebelahnya. "Takpe Nura. Ni kak Alia, dia baik. Dia suka budak-budak." Dr.Chan membuka kain yang menyelimuti tubuh kecil itu. Perlahan wajah yang comel itu menjamah pandangan Alia. Dia tersenyum manis ke arah kanak-kanak itu. Wajah yang seperti kacukan Pakistan dan England itu kelihatan takut. "Dia faham apa yang kita cakap ke?" Alia bertanya bodoh. Dr.Chan tersenyum. "Ye. Dia faham." Dr.Chan menjawab tenang. "Hai comel. Kakak ada coklat. Nak tak?" Alia cuba mengumpan dengan coklat. Kanak-kanak itu tersenyum kemudian angguk kepala. Alia menghampiri Nura. Perlahan dia mengusap rambut Nura. Terasa kanak-kanak itu begitu dekat dengannya. "Adik siapa nama?" Alia bertanya ramah. "Anura Najwa," Jawabnya pantas. Alia tersenyum "Wah!!!! Serupa dengan nama kakak." Alia berkata perlahan sambil tersenyum. "Betul? Nama kakak apa?" Nura bertanya girang. "Alia Najwa." Alia mengenggam tangan Nura. "Tak sama. Kakak Alia Najwa, saya Anura Najwa," Nura berkata sedih. "Mana boleh sama 100%. Najwa tu, kan sama?" Alia memujuk Nura yang berwajah sedih. "Saya nak suruh papa tukar nama. Nama kakak cantik. Macam orangnya jugak," Alia ketawa bahagia. Petah sekali kanak-kanak itu bercakap. "Umur Nura berapa tahun?" Nura terbatuk. Alia membantu Nura. Begitu payah sekali dia menahan batuk. "Papa kata, tahun ni umur Nura masuk 4 tahun. Kakak?" Nura bertanya pula setelah batuknya reda. "Tahun ni umur kakak 25 tahun." Nura angguk kepala. "Kak, bagaimana rasanya ada mama?" Tiba-tiba Nura bertanya. Alia tersentak. "Errrr…..Nura takde mama?" Alia bertanya simpati. Nura geleng kepala. "Tak. Nura Cuma ada papa. Nura selalu dengar kawan-kawan panggil mama. kakak ada mama?" Siapa sangka Alia sedang berbicara dengan budak yang berusia hampir 4 tahun dan cara dia bercakap tidak seperti kanak-kanak yang seumur dengannya. "Kakak dah takde mama. Dia meninggal selepas melahirkan kakak," Alia berkata sebak. Dia juga tiada mama, dia juga tidak tahu bagaimana perasaaan punya mama. dan semenjak berkahwin dengan Syah, barulah dia merasa kasih sayang seorang yang bergelar mama. Biarpun dia hanya mama mertua. Namun Alia bersyukur sebab dipertemukan dengan Pn.Hamidah. Dia rasa bahagia sekali biarpun selepas dia dan Syah berpisah, Pn.Hamidah sudah menganggap dirinya sebagai anak. "Owhhhh.. pak cik Awan cakap ,mama Nura meninggal masa melahirkan Nura. Sekarang papa yang jadi mama. Papa saya baik. Dia selalu tolong orang." Wajah Nura bercahaya bila bercerita tentang papanya. "Owhhh..ye ke?" Alia juga teruja. Ingin mengenali lelaki yang begitu disanjung oleh anaknya. ‘Tentu papanya sakit jugak. Tapi dia memang seorang yang baik, jika masih mampu membantu orang lain,’ Alia tersenyum. ‘Adakah lelaki seperti itu?’ Bisiknya kagum. "Ok. Nura, kakak nak jumpa mereka yang lain pulak. Nanti rajin-rajinlah sertai kami. Tentu seronok jika jumpa ramai kawan," Alia tersenyum ramah kemudian mencium ubun-ubun kanak-kanak itu. Nura tersenyum manis dan melambai tangan. ***********************
"Awan, kau kat mana? Lamanya," Syah mengeluh bila Awan menyatakan dia akan datang lambat. "Ok. Takpe. Aku nak jalan-jalan dulu. Cari hadiah untuk Nura. Nanti kalau kau dah sampai, kau call aku. Ok. Assalammualaikum," Syah memandang sekeliling. Terpaksalah dia mencari sendiri hadiah untuk Nura. Matanya liar sekali mencari kedai hadiah. Senyuman terukir dibibir saat matanya terpandang sebuah kedai anak patung. Dengan langkah yakin, Syah menuju ke arah kedai tersebut. "Ye.. Encik, boleh saya tolong," Seorang pekerja wanita datang menegurnya. "Saya nak cari anak patung untuk anak saya. Saya tak tahu yang mana satu sesuai untuk dia?" Syah menyentuh beberapa buah anak patung yang tersusun kemas itu. "Apa kata yang ni?" Jurujual itu mencapai anak beruang yang sederhana saiznya. Syah memandang patung itu dengan rasa tidak selesa. "Tak sesuai," Ucapnya perlahan. Di satu sudut pulak, seorang gadis sedang leka mendengar lagu dari MP4 nya. Sambil memeluk anak patung beruang yang hampir sama besar dengannya. Leka seketika Syah melihat aksi manja gadis tersebut. Gelagatnya mengingatkan dia pada seseorang. Gadis itu meletak kembali anak patung tersebut dan beredar. "Saya nak anak patung tu. Tolong bungkuskan dalam kotak dan hantar ke alamat ni ye." Syah menyerahkan sehelai kertas yang tertulis alamat hospital tempat Nura berada. Dia tersenyum lagi. Setelah membayar bil, Syah berjalan perlahan mencari kerusi untuk menghilangkan penat sementara menunggu Awan datang. Syah memerhati gelagat manusia yang berbagai ragam disekelilingnya. Matanya tertarik dengan gelagat gadis yang sama dilihatnya di kedai hadiah tadi. Begitu leka melayan MP4 nya tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya. Syah hanya dapat melihat belakang gadis yang memakai t-shirt longgar tanpa lengan dipadankan dengan seluar slack dan tali pinggang besar melilit pinggangnya. Lagaknya seperti remaja belasan tahun. Lama Syah merenung gadis tersebut tanpa sedar telefon bimbitnya berbunyi. "Hai…lambatnya kau jawab. Kau kat mana?" Syah garu kepala yang tidak gatal bila disembur oleh Awan. "Sorry. Aku tak sedar tadi. Bising sangat kat sini," Syah berbohong. "Kau kat mana?" Awan bertanya. Syah memandang sekeliling. "Aku kat kerusi depan kedai bunga. Kalau tak silap aku, kat tingkat 3. Aku tunggu kau kat sini." Syah mencari kelibat gadis yang dilihatnya tadi. Namun dia hampa. *********************************
"Cik, patung beruang yang besar tadi mana?" Alia bertanya lembut. Jurujual itu tersenyum ramah padanya. "Maaf Cik. Patung tu dah dibeli oleh seorang lelaki untuk anaknya," Alia mengeluh hampa. "Betul? Ada lagi tak yang serupa dengan patung tu? Tadi saya memang nak beli, tapi saya masih ada barang lain yang saya cari. Susah jugak nak bawa patung besar tu berjalan sana sini," Alia bersuara sedih. "Maaf. Itu yang terakhir. Kalau cik nak, saya akan buat tempahan. Dan cik tinggal nombor telefon, nanti saya call cik, bila stok datang," Alia angguk kepala. Biarpun sedih, tapi terpaksa juga angguk kepala. Itulah, orang cakap, bila kita sukakan sesuatu, bila jumpa je, terus sambar, kalau tak, melepaslah jawabnya. Alia mengucapkan terima kasih dan beredar dengan langkah lesu. *************************
mana sambungan nye lg,,,,,seronok citer ni,,,,tak sabar nak tggu alia jumpa syah,,,cepat la sambung citer ni
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hmmm..best cayok!cayok!!!!!!!!!-nk-