Khamis, Oktober 15, 2009

Novel : Aleeya 8

Nama Pena : effy shafrizal

Panggilan telefon yang baru diterima Zackry amat mencemaskan. Dia lantas meninggalkan kolej dan bergegas ke hospital. Fikirannya hanya tertumpu kepada Aleeya. Zackry memecut keretanya. Fikirannya ligat memikirkan keadaan Aleeya. Beberapa minit yang lalu, seorang petugas di Hospital Tawakal menelefonnya dan memberitahu bahawa isterinya Aleeya dikejarkan ke wad kecemasan setelah dijumpai seseorang dalam keadaan berlumuran darah di hadapan hospital tersebut. Menurut petugas itu juga, Aleeya dipercayai ditikam peragut kerana tas tangannya juga hilang. Zackry bingung. Dalam perjalanan dia tidak mampu menahan sebaknya, air mata jantannya menitis. Dia teringat kata-kata Aleeya semalam. "Kalau aku hantar dia, semua ni tak akan jadi.." Zackry menyalahkan dirinya.

Setiba di hospital, Zackry terus ke bilik kecemasan. Aleeya masih didalam bilik tersebut. Para doctor masih mencuba menyelamatkannya. Sedang Zackry duduk menunggu sambil menyesali tindakannya, ibu bapanya tiba. Zackry pantas memeluk ibunya. Dia menangis. Tidak mahu lagi menahan egonya. Datin Syafiah menenangkan anaknya. "Papa dah call ayah leeya, mereka sekeluarga dah on the way," Ujar Datuk Zabidin. Dua jam telah berlalu, Aleeya masih di bilik kecemasan itu. Keluarga Haji Nazim tiba. Hajah Amina menangis menahan sebak. Zackry yang sudah sedikit tenang bersalam dengan ibu bapa mertuanya dan iparnya. "Macam mana?" Tanya Amran yang juga seorang doktor. "Doktor kata dia alami pendarahan serius, mereka masih cuba.." Ujar Zackry. Hati Amran gusar. Dia tahu adiknya dalam keadaan kritikal. "Along.." Kata Azman. Dia perasan dengan perubahan muka abangnya. Amran diam. "Macam mana boleh jadi?" Tanya Azman. "Leeya hari ni ada appoiment kat sini, dia pergi dengan teksi, zack tak dapat hantar,sebab meeting. Dalam pukul 10.30 Zack dapat call dan kata leeya masuk emergency room.." Zackry terhenti seketika. Dia menahan sebaknya. "Nurse kata ada orang jumpa leeya depan hospital dalam keadaan berdarah, masa tu leeya dah tak sedarkan diri.. and.. dia kena tikam dengan peragut. Bag and semua duit habis.. lepas tu leeya di bawa ke wad kecemasan. Mujur Dr yang wat appoiment kenal leeya so dia call zack." Kata Zackry. Air matanya menitis. Esakan Datin Syafiah, Hajah Amina, Fatin dan Suria semakin kuat kedengaran. Hajah Amina dan Datin Syafiah ditenangkan suami masing-masing. "Ya Allah.." Hanya itu yang kedengaran keluar dari mulut Hajah Amina. Tidak lama kemudian lampu di bilik kecemasan padam, seorang doctor keluar dari bilik tersebut. Mereka yang menunggu pantas mendapatkan doctor tersebut. "Macam mana isteri saya.." Tanya Zackry. "Hmm.. Kami dah cuba sedaya upaya, Puan Aleeya mengalami pendarahan yang serius, dia juga dipercayai terjatuh ketiga bergelut dengan peragut, dan… kandungan dia tak dpat diselamatkan." Jelas Doktor tersebut. Semua disitu mengucap panjang mendengarnya. "Dan.. Puan Aleeya berada dalam keadaan yang kritikal.. sekarang dia koma. Peluang dia hidup.. tipis.. maafkan kami, kami dah cuba, kita tunggu perkembangannya.." Sambung Doktor itu. Zackry terkejut mendengarnya. Dia mengetuk dinding, dia menjerit. "Astaghfirullah zack, tenang nak.. kita berdoa saja.." Datuk Zabidin menenangkan anak tunggalnya itu. "Boleh saya jumpa dia?" Zackry mendapatkan kebenaran. "Maaf, kami terpaksa pindahkan dia di Unit Rawatan Rapi terlebih dahulu. Dan kami boleh benarkan seorang sahaja masuk, dia sangat kritikal.." Ujar Doktor. Semua di situ akur.

Zackry masuk ke bilik Aleeya. Aleeya terbaring kaku. Mesin Hayat disebelahnya hanya sedikit berbunyi. Sekurangnya Zackry tahu Aleeya masih hidup. Dia memegang erat tangan isterinya. Sejuk. "sayang.. maafkan abang.. kalau abang hantar sayang, ini semua tak akan jadi.." Zackry menitiskan air mata. "Abang bersalah pada leeya, pada anak kita…" Sambung Zackry. "Ya Allah.. selamatkan dia.." Doa Zackry dalam hati. Tangannya masih memegang tangan Aleeya. Dia memandang wayah Aleeya. Mata Aleeya yang tertutup rapat ditenung. Terdapat beberapa kesan lebam di wajah isterinya. Sukar baginya membayangkan kesakitan isterinya itu waktu diragut. Dia tidak henti-henti menyalahkan diri.

*******************************

Sudah tiga hari Aleeya dalam keadaan koma. Zackry pula setia menemani Aleeya. Keluarga Aleeya juga begitu. Masing-masing sentiasa mengambil berat keadaan Aleeya dan memantau perkembangan Aleeya. Zackry duduk disisi Aleeya, dia tidak berhenti berdoa agar Aleeya selamat. Zackry menggenggam tangan isterinya itu. "Sayang… abang sayang leeya.. bangunlah sayang.." Katanya. Jari jemari Aleeya bergerak perlahan. Zackry tersentak. Kelopak mata Aleeya berkedip. "Sayang.." Panggil Zackry. Aleeya membukakan matanya perlahan-lahan. "Abang…." Suara Aleeya lemah. Zackry menitiskan air mata kesyukuran. Dipeluk erat isterinya itu. Aleeya kini sudah sedar. Zackry memanggil doctor yang bertanggungjawab keatas isterinya. Disamping itu dia turut menghubungi keluarganya dan keluarga Aleeya. "En Zackry, keadaan Aleeya dah kembali stabil. Tapi dia masih lemah dan memerlukan rehat yang secukupnya." Jelas Doktor itu. Zackry mengangguk. "Ibu…" Aleeya memanggil ibunya. Hajah Amina menghampiri anaknya itu. Dipeluknya Aleeya. Semua di situ bersyukur Aleeya telah melepasi saat kritikalnya. Aleeya memegang perutnya. "Baby.." Katanya sambil memandang Zackry. Aleeya masih belum mengetahui keguguran kandungannya. "Sayang.. baby kita tak dapat diselamatkan.."Ujar Zackry. Aleeya terkejut. Air matanya mengalir. "No…. ni semua salah leeya…" Aleeya sedikit kesal. Air matanya tidak berhenti-henti mengalir. "Maafkan leeya.. abang.." Kata Aleeya. "Dah sayang… bukan rezeki kita.." Zackry menenangkan isterinya. "Leeya yang salah… leeya tak dapat selamatkan dia…" Aleeya masih menyesal. "Sudahla leeya…" Pujuk Hajah Amina. Aleeya ditenangkan sanak saudaranya. Zackry sudah tidak mampu menenangkan Aleeya kerana dirinya sendiri tidak tenang.

*********************************
Aleeya sudah dibenarkan keluar dari hospital. Setelah seminggu dia berada di hospital, kini tiba harinya untuk dia pulang. Aleeya dibawa ke kampungnya. Namun Aleeya lebih banyak termenung. Hal ini kerana berita yang disampaikan doctor bahawa keadaan rahimnya yang lemah dan dia mungkin mengalami masalah untuk hamil lagi. Aleeya tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan situasi itu nanti. Lebih-lebih lagi untuk berhadapan dengan bapa dan ibu mertuanya yang mengharapakan cucu. Zackry yang juga mengetahui mengenai perkara itu hanya menerimanya dengan pasrah. Aleeya tahu jauh disudut hati, lelaki itu sedikit kecewa. Lelaki mana yang tidak mahukan zuriatnya sendiri dari perkahwinan yang dibina. Aleeya lebih banyak diam dalam perjalanan. Hajah Amina memahami kelukaan hati anaknya itu. Setelah dua jam perjalanan, mereka tiba di rumah Haji Nazim.
"Leeya.. makan sayang.." Kata Hajah Amina. Aleeya menggeleng. "Jangan macam ni.. leeya kena makan.. leeya tak ada tenaga nanti." Ujar Hajah Amina. Aleeya akur. Hanya dua suap yang mampu dijamahnya. Dia hanya termenung. Hajah Amina gusar melihat perubahan Aleeya itu. "Leeya.. yang dah lepas jangan fikir lagi… leeya kena kuat untuk tempuh hidup baru.." Haji Nazim pula menasihatkan anaknya itu. "Ayah tak faham.." Aleeya bersuara sayu. "Ibu, ayah memang tak dapat nak faham sepenuhnya.. kami sayangkan leeya…" Ujar Hajah Amina pula. Aleeya tunduk. "Leeya.. " Panggil Zackry. Aleeya memandang sayu wajah suaminya itu. Zackry berulang dari kolej ke rumah mertuanya untuk bersama Aleeya. Hajah Amina dan Haji Nazim meninggalkan bilik Aleeya. "Sayang.. dah makan..?" Tanya Zackry dan menghadiahkan satu kucupan didahi isterinya. Aleeya mengangguk sayu. "Abang.. maafkan leeya.." Katanya. Zackry memandang wajah Aleeya. "Kenapa sayang.." Kata Zackry. "Leeya tak dapat nak bagi abang baby.. leeya tak dapat nak selamatkan baby kita.. and.. leeya tak mampu nak bagi abang zuriat.."Ujar Aleeya. "Apa sayang ni… jangan cakap macam ni.. Doktor kata Cuma susah kan, bukan tak boleh langsung.." Pujuk Zackry. "Sama lah tu.. leeya tak tahu nak berhadapan dengan papa ngan mama abang macam mana.." Ujar Aleeya. "Jangan fikir sangat leeya, diorang mesti faham.. sudahla.." Kata Zackry. Air mata Aleeya mengalir. "Macam mana pun, abang tetap sayang leeya dan akan bersama leeya.." Pujuk Zackry lagi.

******************************************
Sudah setahun peristiwa itu berlalu. Aleeya pula bertukar menjadi seorang yang pendiam. Dia lebih banyak menghabiskan masa bersendirian. Sejak itu juga hubungan Aleeya dengan keluarga mertuanya sedikit renggang. Hal ini gara-gara masalah Aleeya untuk mengandung. Datin Syafiah yang mengetahuinya sedikit mengeluh. Pernah suatu ketika dia bertanya kepada Aleeya adakah Aleeya izinkan jika Zackry berkahwin lagi. Aleeya hanya diam. Berat hatinya untuk semua itu. Namun dia harus terima. "Leeya, mama sayang leeya, tapi.. mama nak jugak cucu.." Kata Datin Syafiah. Aleeya tunduk. "Mama.. apa cakap macam tu pada leeya.." Zackry menyapa. "Leeya bukan tak boleh mengandung, dia Cuma ada masalah sikit je.. sabarlah.." Zackry menyambung. "Apa zack ni.. macam salahkan mama pula.. bukan mama paksa pun.. tapi zack fikirlah.. dah berapa tahun ni?" Kata Datin Syafiah dan terus berlalu meninggalkan Aleeya dan Zackry. Zackry menggeleng kepala melihat perubahan sikap ibunya itu. "Maafkan mama ye leeya.." Pujuk Zackry. "Taka pa bang, leeya faham perasaan mama.." Ujar Aleeya.

Zackry terpaksa berkursus selama tiga hari. Aleeya pula tinggal di rumah keluarga mertuanya kerana Zackry risau jika Aleeya tinggal berseorangan di rumah mereka. "Apa awak ni.." Suara Datuk Zabidin kedengaran. Aleeya yang ketika itu mahu kedapur membantutka niatnya. Dia curi-curi mendengar perbualan ibu bapa mertuanya. "Ala abang… saya tengok Maria tu okey.. dia mesti boleh bagi cucu pada kita.. kita kahwinkanlah dia dengan Zack.." Ujar Datin Syafiah. Aleeya hampir menangis mendengarnya. "Awak dah lupa ke perjanjian kita dengan abang ajim tu?" Soal Datuk Zabidin. "Abang… kita dah tunaikan perjanjian tu lah… Aleeya dan Zackry dah kahwin.. saya bukan nak mereka bercerai, Cuma biar Zackry kahwin dua.." Ujar Datin Syafiah lagi. Aleeya mula menitiskan air matanya. "Saya tak fahamlah dengan awak ni.. saya tak sampai hati nak buat macam tu pada Aleeya, zackry pula, belum tentu setuju.." Datuk Zabidin menambah. "Aleeya mesti okey, saya dah pernah tanya.. zackry pula mesti setuju, dia kan anak yang taat.. abang tak nak cucu ke? Saya ni dah kempunan tau tak.." Ujar Datin Syafiah. "saya tak fahamlah awak ni.. susah-susah biar diorang ambil anak angkat je.." Cadang Datuk Zabidin. "Hish abang ni… tak mahu saya, saya nak cucu dari darah daging kita.." Bantah Datin Syafiah. Air mata Aleeya mengalir laju. Dia terus masuk ke biliknya. Dia menangis sepuasnya menyesali kelemahan diri. "Abang… maafkan Leeya.." Kata Aleeya. "Ya Allah.." Aleeya berdoa. Dia tidak mahu berkongsi kasih. Lebih-lebih lagi apabila ada insan lain yang hadir dalam hidupnya dan Zackry. "leeya.." Sapa Datin Syafiah. Aleeya pantas mengesat air matanya. "Leeya nangis?" Soal Datin Syafiah. Aleeya tunduk. Ibu mertuanya menghampiri Aleeya. Dia menghulurkan sekeping gambar. Gambar seorang wanita yang lebih kurang sebaya dengannya. "ini Maria.. anak Datin Markonah." Kata Datin Syafiah. Aleeya mengangguk. Dia sudah dapat mengagak niat ibu mertuanya itu. "Cantik.." Kata Aleeya. "Ya.. leeya, macam ni.. kalau boleh.. mama nak zackry berkahwin dengan dia.." Jelas Datin Syafiah. Aleeya terkesima. "mama tahu leeya pasti berat hati, tapi.. cuba leeya fikir, lelaki ni dia mesti nak zuriat dari benihnya juga." Kata Datin Syafiah. Aleeya hanya diam. " Mama yakin zack pasti boleh berlaku adil. Mama tahu zack memang sayangkan leeya dan leeya sayang zack.. jadi, berkorbanlah sayang.." Pinta Datin Syafiah. Aleeya mati kata. Dia tidak tahu bagaimana mahu dikatakan. Ibu mertuanya seperti sudah membuat keputusan yang muktamad. "Mama tanyalah abang zack, leeya ikut je.." Ujar Aleeya dengan berat hatinya. Datin Syafiah gembira mendengar jawapan menantunya itu. "Terima kasih leeya.." Ujar Datin Syafiah lalu keluar dari bilik Aleeya. Dia begitu teruja mahu menyampaikan berita itu kepada suaminya dan Zackry.

"Apa mama??!!" Zackry terkejut. "Ala zack.. leeya pun dah setuju.." Kata Datin Syafiah. "Tidak ma.. walau apa pun, zack tak akan kahwin dengan Maria. Zack tak sanggup nak duakan Aleeya.. Zack sayang dia.." Ujar Zackry. "Apa Zack ni.. mama tak halang kasih sayang zack pada Leeya, mama Cuma nak bagi Zack kehidupan, bagi Zack zuriat.." Datin Syafiah sedikit menyeringa. Aleeya ketika itu berada dibiliknya dan tidak mahu masuk campur perbincangan yanag mengguris hati kewanitaannya itu. Dia sedar Zackry pasti kecewa. Namun, apakan daya. Dia Cuma seorang wanita yang malang. "Zack tak akan setuju.. No mama…" Zackry terus menuju kebiliknya. Aleeya terkejut. "Sampai hati leeya.." Kata Zackry. Aleeya terdiam. "Abang sayang leeya.. kenapa leeya setuju, kenapa leeya tak pertahankan hak leeya, pertahankan cinta kita.. leeya anggap abang ni apa ha?" Zackry berkata dengan nada kecewa. Air mata Aleeya mengalir laju. "Maafkan leeya abang.. leeya terpaksa, abang berhak dapat kehidupan sempurna, ada anak…" Kata Aleeya. Zackry pantas memeluk Aleeya. "Ya Allah sayang.. abang dah ada leeya pun dah cukup sempurna sayang.." Kata Zackry. "Abang hanya nak leeya dalam hidup abang.. please leeya.. Don’t do this to me.." Ujar Zackry. "Leeya minta maaf abang.." Kata Aleeya. Datin Syafiah hanya memerhati. Timbul sedikit kekesalan dihatinya. Dia mengagumi kasih sayang Zackry dan Aleeya itu.

**************************************

Hari berganti hari, kehidupan Aleeya dan Zackry semakin bahagia dari hari ke hari. "Leeya, petang ni kita pergi rumah kawan abang ya.. dia baru dapat baby." Ujar Zackry. Hati Aleeya sedikit tersentap. "Okey.. tapi kita tak kan pergi kosong je.. jom lah pergi beli hadiah.." Kata Aleeya. Zackry mengangguk setuju. Selesai bersiap mereka ke sebuah kedai yang menjual peralatan bayi. Setiba di situ Aleeya semakin terusik hatinya. Dia dan Zackry berjalan di sekitar kedai tersebut. "Comel-comel kan baju ni…" Ujar Zackry. Aleeya mengangguk. Sedang mereka leka memilih barangan di situ, Aleeya memerhati kelibat sepasang suami isteri yang sedang memilih perkakasan bayi. Si isteri sedang mengandung. Si suami pula mengusap perut isteri dan bercakap-cakap dengan bayi dalam kandungan. Aleeya cemburu. Dia sedih. Kasihan Zackry yang tidak dapat merasa pengalaman seperti itu. "Sayang.." Panggil Zackry. Lamunan Aleeya terhenti. "Kita beli set nil ah.. complete, baju ada, sock, toiletry.. okey tak?" Tanya Zackry. Aleeya mengangguk. Selesai membayar mereka terus menuju ke rumah Hafiz, sahabat Zackry. "Assalammualaikum.." Kata Zackry. Salamnya disambut hafiz.
"Hai.. dah jadi daddy ye kau.." Kata Zackry. Mereka ketawa. Aleeya dan Zackry dijemput masuk. Hafiz dan isterinya Diana dikurniakan seorang bayi perempuan yang diberi nama Intan Dilaila. "Sihat?" Kata Aleeya dan bersalam dengan Diana. "Sihat.." Jawab Diana. "Comelnya baby ni.. dah berapa hari?" Kata Aleeya. Dia merenung Intan Dilaila yang sedang tidur. Diusap ubun-ubun bayi itu. "Dah Seminggu.." Jawab Diana. "Wei, korang bila lagi.. dah masuk 3 tahun kan this year?" Hafiz menyoal. Air wajah Aleeya dan Zackry sedikit berubah. Zackry lihat wajah Aleeya yang muram. "Ala… relax la.. belum rezeki.. kitorang tak puas lagi honeymoon.." jawab Zackry. "eleh.." kata Hafiz disambut hilai tawa mereka kecuali Aleeya. Zackry cuba mendukung Intan. "Hai cutey.. uncle zack coming.." Kata Zackry. Aleeya tersentuh melihat zackry memangku Intan. Hatinya luruh. "Eh, dah lewat ni.. aku balik dulu lah ye.." kata Zackry meminta diri.
Dalam perjalanan pulang, Aleeya hanya mendiamkan diri. Zackry tahu situasi isterinya waktu itu. Dia membiarkan sahaja keadaan Aleeya itu. "Abang.. stop jap.. Nampak tak jeruk tu.. leeya nak beli jap.." Kata Aleeya tiba-tiba. Zackry menghentikan keretanya mengejut. "Ya Allah sayang.. terkejut abang.." Zackry mengucap panjang. Aleeya hanya senyum. Dia turun dan membeli sedikit jeruk. "Aik.. makan jeruk pulak kenapa ni?" Soal Zackry sebaik Aleeya memasuki kereta. "Entah.. leeya teringin.." Kata Aleeya. "Teringin?? Mengidam ke?" Kata Zackry sambil ketawa kecil. "Apa abang ni.. leeya kan tak boleh mengandung lagi.." Kata Aleeya. "Ish.. jangan cakap macam tu, bukan tak boleh.. Cuma ada prob sikit je kan.." Zackry membalas.

6 ulasan:

  1. hehe..

    best2..

    cpt smbg tau..

    BalasPadam
  2. xsabo nk tau pe jd pasni.....best siot.....

    BalasPadam
  3. sambunglah cepat-cepat...
    tak sabar nak baca...
    best..

    BalasPadam
  4. Salam..
    dari mula smpi episod ni,mmg pnulis b'potensi tnggi.
    Cuma kalau nk lgi best,cba ajak pembaca lebih mnyelami tntg p'ajaran dan moral value.n,klu blh cuba cr setting yg pelbagai.

    BalasPadam
  5. ehm..tul sya stuju ngan sem4-na..skurng2nye smbl bca leh ambk pngajrn..4 future

    BalasPadam
  6. thanx sem4-na and alia..saya akan perbaikinya...

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan