Nama Pena : eury athena
Ihsan mundar-mandir di perkarangan hotel. Kemudian dia berlari ke tempat parkir pula. Penat berlari ke sana-sini tidak dihiraukan. Apa yang penting adalah Adry. Namun, jangankan Adry, bayang Adry pun tak kelihatan di mana-mana. Mustahil cepat benar Adry dapat menghilangkan diri!
"Kat mana kau, Adry?" Gerutunya sendirian. Dalam hati, berkali-kali dia mengutuk tindakan Adry mengejar Farriel.
Ihsan meraup wajah, ubun-ubun dan akhirnya kedua-dua belah tangannya mengusap-ngusap pula belakang leher. Dia terduduk di tar jalan. Kaki yang lenguh minta direhatkan. Mujur kawasan parkir di perkarangan hotel sudah lengang dari manusia dan kenderaan.
Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Telefon bimbit pantas dikeluarkan dari kocek. Nombor Marina didail. Tak berjawab.
"Pick up the phone, Marina!"
----------------
Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan, Nenda Nerrisa segera turun dari kereta mewah buatan luar negara itu. Pemandu peribadi Nenda Nerrisa kelihatan terkejut dengan tingkah laku Nenda Nerrisa yang keluar dari kereta tanpa menunggu pintu dibukakan. Dua orang pengawal peribadi yang baru sahaja turun dari kereta, digamitnya.
"Aku nak korang jejak Aril dan Adrianna…" Arahnya dengan wajah serius. Menghilangkan diri dari majlis perkahwinan sendiri? Sesuatu yang tidak dapat diterima oleh akal fikirannya.
"Tapi kami nak cari di mana, puan?" Soal salah seorang dari pengawal peribadi tersebut. Rakan di sebelahnya pantas menyiku temannya. Demi terpandangkan wajah Nenda Nerrisa yang sudah merah padam, kedua-duanya pantas menundukkan kepala. Bersedia untuk dimarahi.
"Tak kan itu pun aku nak ajar? Guna semua sumber, kebolehan kamu atau apa sahaja teknologi yang ada! Cucu aku tu manusia. Bukan halimunan. Mesti tinggalkan jejak punya!"
"Kalau kami jumpa mereka…"
Nenda Nerrisa pantas memintas ayat pengawalnya.
"Aku cuma nak tahu kat mana mereka dan keadaan diorang macam mana! Hubungi aku sebaik sahaja korang dapat maklumat. Faham?!"
"Faham, puan!" Hampir serentak kedua-dua lelaki tersebut menjawab.
"Tunggu apa lagi??" Soal Nenda Nerrisa garang bila dilihatnya pengawal peribadinya masih termangu-mangu di hadapannya.
Bagai direnjat elektrik, pengawal peribadi Nenda Nerrisa pantas bergegas pergi memulakan tugasan yang diberikan.
---------------------
"Tergamak Aril dan Adry malukan kita macam ni! Awak tahu apa headlines akhbar-akhbar pagi nanti? Tengku Farriel Izumi Tengku Muhammad Faris dan isterinya ‘lari’ menghilangkan diri dari majlis perkahwinan… Sungguh memalukan! "
Tengku Khalidah yang dah elok melingkar dalam comforter tebal, kembali duduk bersandar di kepala katil. Suami yang baru selesai membersihkan diri dipandang dengan mata kuyu. Niat hatinya untuk tidur sebelum subuh menjengah terbantut tatkala nama Farriel disebut-sebut. Tengku Faris masih tercegat di kaki katil dengan wajah masam dan bengis. Tengku Khalidah menjengah muka jam di sebelah lampu tidur. Jam 5 pagi… Huh! Tak boleh tunggu esok ke kalau iye pun nak marah?
"Tentu ada perkara penting sampai dia buat macam tu!" Bela Tengku Khalidah.
"Kalau iye pun ada perkara penting, tak kan tak boleh tunggu sampai majlis selesai?" Nada suara Tengku Faris naik setangga. Hatinya panas dengan tindakan drastik Farriel. Walaupun dia sedia maklum bahawa Farriel meninggalkan majlis demi Marina, namun dia tetap tidak dapat menerima tindakan Farriel tersebut memandangkan dia sekeluarga terpaksa menerima penghinaan yang maha besar dari para tetamu majlis. Dan ‘kehilangan’ Adrianna Mayesa menimbulkan tanda soal besar dalam benaknya. Ahh! Biarkan sahaja! Hilang terus lagi baik!
"Mungkin betul cakap abang Makmur. Kita tak patut setuju dengan permintaan mama malam tu. Perkahwinan antara Aril dan Adry adalah kesilapan besar. Saya lebih rela Aril kahwin dengan Murni!" Sambung Tengku Faris bila dilihatnya isterinya diam tanpa kata.
"Kahwin dengan Tengku Murni Hadirah anak Tengku Makmur tu? Baik tak payah kahwin! Saya lebih rela Aril membujang sampai ke tua dari kahwin dengan perempuan gedik tu! Ei, tak berkenan la saya dengan perangai dia! Manja tak bertempat!" Bantah Tengku Khalidah.
"Dah tu dengan Adrianna Mayesa, menantu awak tu okey sangat ke? Serba-serbi tak tahu! Mana layak jadi isteri CEO syarikat multinasional!" Selar Tengku Faris.
"Sekurang-kurangnya Adry tak mengada-ngada. Independence. Tak materialistik. Pandai ambil hati orang tua. Dan yang paling penting, tak menyakitkan mata dan hati saya ni!" Tengku Khalidah menepuk-nepuk dada kirinya tatkala mengucapkan ayatnya yang terakhir.
Tengku Faris mendengus tak puas hati. Marah mendengar bicara si pembela Adry. Badan direbahkan di sisi kanan katil. Gebar tebal ditarik separas pinggang.
"Saya nak dengar apa kata awak bila awak dah kenal siapa Adry sebenarnya…" Gumam Tengku Faris dengan mata terpejam.
"Apa dia, bang?" Pantas Tengku Khalidah menyoal. Suara suaminya yang antara dengar tak dengar membuatkan dia kurang jelas dengan apa yang diperkatakan.
"Tak ada apa-apa. Tidur la!"
-------------------
"Aku cintakan kau…!"
Kata-kata Farriel sebati bersama deruan ombak pagi itu. Indah, mengasyikkan dan lunak kedengaran di telingaku. Sungguh, aku tenang mendengar kata-katanya. Tapi, bila aku teringatkan peristiwa yang berlaku beberapa jam lalu, ketika kami di bilik persalinan, aku jadi berang. Mudah dan murah sungguh nilai lafaz cinta dari dirinya.
"Aku cintakan kau…!" Lafaznya lagi. Dan sepasang matanya tetap setia menatap ke dalam anak mataku.
Sungguh… Kalau aku tak mendengar isi pertelingkahan antara Farriel dan Marina di hotel tadi, kalau aku tak menyaksikan sendiri bagaimana bersungguhnya Farriel memujuk Marina beberapa jam lalu, sudah pasti aku akan melonjak-lonjak kegembiraan mendengar sebaris ayatnya itu.
"Dengan aku, kau cakap ‘aku cintakan kau’… Dengan Marina tadi kau cakap ‘I love you’… Sapa yang kau cinta sebenarnya ni?" Soalku berang. Muka dah rasa panas akibat kemarahan. Bayu laut dah tak mampu m’neutral’kan amarahku lagi.
"Aku cintakan kau! Aku cintakan kau, AD! Bukan Marina. Bukan sesiapa!" Tegasnya bersungguh-sungguh. Aku pekup telinga. Enggan mendengar pembohongannya.
"Kau gila! Dah tak waras! Dah hilang ingatan! Agaknya kau dah lupa yang berdiri di hadapan kau sekarang adalah Adrianna Mayesa. Bukan Marina Irriani!" Jeritku sekuat hati.
Farriel menurunkan kedua-dua belah tanganku yang mendarat kemas di cuping telinga.
"Aku masih waras! Aku tak hilang ingatan sama sekali. Dan aku cukup sedar bahawa kau, Adrianna Mayesa yang ada kat depan aku sekarang! Aku cintakan kau, Adrianna Mayesa!"
Farriel yang cuba meraih bahuku, segera kutolak sekuat hati. Dia terduduk di pasir pantai. Istana pasir yang menjadi perbalahan kami sebentar tadi terbiar sepi. Tanpa menunggu sesaat pun, aku berdiri dan berlalu pergi dari situ.
Aku sudah cukup bersabar dengan kerenah Farriel selama ni. Hati aku sudah lunyai dek kehadiran Marina dalam hidup pura-pura kami ini. Aku sudah tidak mampu untuk menerima apa jua bentuk penipuan, lakonan atau permainan yang diciptakan dalam perkahwinan kontrak ini. Aku sudah letih. Terlalu letih! Satu-satunya yang boleh membuatkan aku kembali ‘hidup’ adalah dengan meninggalkan semua pembohongan ini. Jauh dari keluarga kerabat itu. Jauh dari Ihsan. Jauh dari Marina. Jauh dari Farriel. Jauh dari semua orang. Aku rindukan kehidupan aku yang dulu. Biar miskin, asalkan aku bahagia mencorakkan kehidupanku.
Farriel mengejarku dari belakang. dan sebelum sempat aku berbuat apa-apa, dia sudah memeluk erat pinggangku dari belakang. Aku terkaku di situ. Terpaku dengan tindakannya. Langsung buntu untuk cuba melepaskan diri dari pelukannya.
"Lepaskan aku, Iz…" Serak suaraku tatkala menyuarakan permintaan itu.
Aku terdengar esak di tepi telinga. Farriel… Menangis? Mengapa dia menangis? Kerana akukah?
"Aku tak kan lepaskan kau, AD! Aku cintakan kau. Susah sangat ke kau nak percaya?" Terputus-putus bicaranya masuk ke gegendang telingaku. Benarlah… Tengku Farriel Izumi menangis di bahuku.
"Aku dah letih, Iz… Dah terlalu letih nak teruskan kontrak yang kita tandatangani tujuh bulan lepas… Kalau kau fikir ini salah satu cara nak mempermainkan perasaan aku, nak mempertingkatkan ego kau, anggap sahaja kau dah berjaya! Sekarang bebaskan aku dari penjara ciptaan kau ni!" Ujarku dalam sendu. Ahh…! Air mata ni memang cepat sahaja beranak sungai di pipi.
Kepala Farriel bergerak ke kiri dan ke kanan beberapa kali di bahuku. Seakan menidakkan kata-kataku tadi.
"Aku tak kan lepaskan kau. Tidak sekarang. Tidak selama-lamanya!"
Aku mengeluh perlahan.
"Dengar sini, AD! Aku cintakan kau! Aku tak tahu macam mana atau apa cara yang harus aku buat untuk bagi kau percaya yang aku benar-benar cintakan kau. Coz I’m not good in words and in actions too… Cuma aku nak kau tahu yang aku tak pernah rasa sebegini. Rasa hangat, rasa bahagia, rasa tenang bila ada di sisi kau. Rasa sedih, rasa kehilangan, rasa terseksa bila kau hilang dari pandangan aku. Memang dulu aku dengan bangganya mengisytiharkan Marina sebagai kekasih aku. Tapi bila kau datang dalam hidup aku, bila kau jadi isteri aku, semua rasa dan perasaan aku pada Marina terasa macam palsu... Langsung tak ada kebenarannya sama sekali! Sebab Marina tak mampu buat aku rasa sedih dan gembira dalam sekelip mata. Tapi kau mampu! Malah kau dengan mudahnya mampu menggoyang dan meruntuhkan ego aku… Hanya kau, AD!"
Kosa kataku terasa berasa di peringkat paling minima. Hinggakan aku tak mampu untuk mengeluarkan walau sepatah kata. Aku terkelu seribu bahasa!
Farriel membalikkan tubuhku agar mengadapnya. Air mata yang berjuraian di pipiku, disekanya dengan cermat. Dan aku dengan jelasnya dapat melihat betapa dia juga menitiskan air mata jantannya ketika melafazkan kata-katanya sebentar tadi.
"Aku cintakan kau, Adrianna Mayesa… walaupun aku tiada tempat dalam hati kau, walaupun cinta kau milik lelaki lain, walaupun satu hari nanti kita terpisah jauh atau bercerai…"
Farriel berjeda di situ.
"… aku cuma mahu kau tahu yang aku mencintai kau… hanya engkau… kerana tiada insan lain yang mampu menandingi kau dalam hatiku ini…" Ujarnya lembut.
Air mataku kembali lebat. Kata-katanya kedengaran tulus dan ianya benar-benar meruntun hati dan perasaanku. Demi melihat esakku yang makin kuat, Farriel meraih aku dalam pelukannya yang hangat. Di situ aku menangis lagi. Akalku sudah bercelaru; tidak tahu menimbang benar atau tidaknya luahan rasa Farriel sebentar tadi. Aku sendiri sudah terlalu letih dan bingung untuk menentukan realiti atau fantasinya apa yang aku dengar tadi. Aku sudah tidak pasti dengan apa yang patut aku percaya!
Namun ada sesuatu yang aku benar-benar pasti... Aku cintakan Tengku Farriel Izumi! Dan aku sanggup mempertaruhkan segala apa yang ada padaku semata-mata untuk bersama-sama dengannya; walaupun seketika.
Dan sesuatu yang pasti pada saat itu, aku dan Farriel bertangis-tangisan dalam pelukan.
BAB 20 adalah bab terakhir yang akan di siarkan di penulisan2u. Novel ini akan di terbitkan di pasaran. untuk bab selanjutnya. dapatkan di pasaran akan datang. terus menyokong penulis eury dan karya ad + iz. Kami di penulisan2u akan memberitahu dari masa ke semasa tarikh novel ini akan di keluarkan
yen,,yen,,org pertamat comment..
BalasPadamsalmiidris ireland,,
saya chop satu wokehhhhhhh..
hye..
BalasPadamciter ni memang best
bila citer ni nak keluar x sbr2 nak baca
citer yang selanjutnye
Arrrrr bosan laaaaa cam niiiii.....bila nak keluar buku ni...setahun ....2 tahun lagi....
BalasPadamnovel-novel pnulisan2u ni susah sngat la nk cari d kedai2 buku brdekatan tmpt tnggal saya.sebenarnya kat mn saya boleh dptkn slain mlalui online.
BalasPadamxsabar nak tau kisah selanjut y
BalasPadamthnkzzz..
BalasPadamplz infrm k bl nk terbit kn...?
haaaa...cpat2!!! lmbat lg la mcam ni...adus....
BalasPadam- aina514
BESTNYEEEEEEEEEEEEEEEEEE
BalasPadamA.1
hpeflly kalo dah jadi buku tu , bia je bahasa dia ni bahasa rojak . itu yg buat best . oke ? haha . tk saba nih ! cpt publishkan !
BalasPadam:))
Tahun depan akan keluar novel ini. penulis hantar cepat manuskript.. akan keluar cepat novel ini. terus menyokong novel ini dan penulis eury
BalasPadamkalo da kuar cpt2 bg tau kt ne,,ok..citernie mmg bez gle...juz anta kt emel aq kt mane nk dptkan novel ni....awana_fate@yahoo.com
BalasPadambest sgt cite nie..xsabar nk beli novel nie..bila adah ada di psran jgn upa bgtau tau..n beli,klau blh bgtau terbitan syarikat mana senang nk cari..klau blh terbitkan cepat2 tau sbb xsbar nk baca smbungan cite nie..bila dah ada di psran please e-mail 2 me at atie_nia91@yahoo.com
BalasPadamwah.....
BalasPadamso nice....
buku tu gerenti laku macam goreng pisang panas...
hehe...
pe2 pown tlg inform kat saye t erk...
ble buku tu dah diterbitkan t...=)
cepat2 ya x sabar nak baca
BalasPadamkena tunggu lama lg ke....
apa tajuk novel 2 nanti...
arapnya cepatla cket kluarkan buku 2,
BalasPadamtak sabar nak baca sambungan nnt.
saje nak wat org t'tunggu2
dah nak smpai klimeks dah???
huaaaaaaaaaaaa...
semoga berjaya
congrates 2 writer
plz klu dah kluar bagi tau la yerk..
a'ah btol 2
BalasPadamcepat ar terbitkan
t gtau ek lau da terbit
email kat sy tau...munir_wasabi@yahoo.com..
ok..thankz..
cepat2 la kuarkan buku nie..citer ni best ar..x sbr nk baca ...
BalasPadamSlm.. penulisan2U xda ke cdgn nak terbitkn cerpen2 tpilih? sy rs crpn2 dlm ni pun byk yg best2. Nak bukak n cri kat arkib 2 la rs mls. Leh la gak penulis cerpen ni dpt manfaatnya.
BalasPadamcpat la kuarkan......x sabar nk bace bab seterusnya....
BalasPadamx sbr nk tggu nvl nih..
BalasPadambest sgt2..
hopefully endg dia pon best cm intro dia gaks
thumbs up to writer =P
lambat la cenggini...nak tggu kat pasaran...nnti tjuk dia sama jugak kew????
BalasPadamyezzaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!
BalasPadamak nk bli novel mie!!
x sabar nk tunggu kuar d pasaran..
cepat kuar yer...
kehy.. truskn berkarya!!
cepat2 terbitkan novel eh..nant sy terlupe..hurry..plz...i can't wait..uhuhu...-Diela
BalasPadamwaaaaa......nk sambung ag....tlg...ble buku nk kuar ni...
BalasPadamtlg emel kat ae_cha1312@yahoo.com
nk bli ktne ek bku tu???
BalasPadamwaaa..bl nk kuar??dh 2 hari sku duk tercongok bace cite ni...mn bleh tahan...cpt kuarr
BalasPadamdimana saya boleh mencari blog penulis eury athena? penulis boleh x send kan blog anda ke email saya lovecharr@gmail.com?? minta tolong ya..
BalasPadammmg best
BalasPadambila nak kuar?
xsbr nk beli
cepat taw kuar
all the best
best memang best..
BalasPadamcuma jln cerita seakan2 sama seperti novel hlovate iaitu novel Aa+Bb.harap penulis dpt mencari kelainan dlm penulisan beliau.
cepat ckit kuarnye..tak sabo nih...
BalasPadamnuralyaa45@yahoo.com
kene kumpul duet ni..
BalasPadamhye writer., knape x abes kn teros,? kn senang., asyik2 sambung kat novel, x syok la cam nie nk bce.,
BalasPadamby the way., best !!=)
bla nk kuar nvel nie... dk cae kt kdai xjpe2 ag pon........huhhhh
BalasPadam1 malam bce dr bab 1 hingga bab 20.. nenek aku da bebel pok pek pok pek coz kul 4 pagi bwu tdo.. bapak best cite die..
BalasPadambile nk kuar cite nie??? besttttttttttttttt glerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.............
BalasPadambile nak kuar nieeee x sabaq dah nak au endinye???
BalasPadamsape sebenarnye ad nie???
apa hubungan ad ngan adly.. nama pun nak dekat sama...
tlng lah sesiapa g tau dah kuar ke novelnye???
please...please...please.. >amie<
penulisan2u, tlg emel sy biler tarikh novel ni kuar: amalinahusna@yahoo.com
BalasPadamaah..alg2 hbskn trus.best sgt cta ni.tjuk nvel ni ap ek?
BalasPadamdh kuar blom kt psrn?
xsbr nk tau endig dia.
Ala.......xde duit nk beli.....T-T
BalasPadamalamaknya kena puasa sampai SPM
de jual kat ne ek
BalasPadamSy konfius ble la nk terbit buku nie. Sy bukn slalu on9, jd nape lambt sgt pnerbitan buku nie. Ada kuota ke? ada 3 novel y djanji nk kuar..tp sampe la nie..hampas pon xde. sampe tajuk pon dah lupe... Ape cer?
BalasPadambest giler cittteeee ni.....
BalasPadamtp kt mne nk cri bku pnulisan2U????
nnti klu dh kuar novelye tlg inf0rm kt ktowng ek?????
alaaaaaa.....
BalasPadamnape da abes....
sgup x tdo baca cte ni...
alih2 kna tgu novel kuar....
cpt2 publish tau!
best cter ni
BalasPadamble nk kuar bkunye
cepat arrr publish novel nie...
BalasPadamgantung arrr baca...
bestnyerrrrrrrrrrrrrr...
BalasPadamcepat la kluarkn novel ni...
hati rsa x tenang je x bce smpai hbisssssssss....
pleaseeeeeeeeeeeeeeee.....
novel nie dah kuar ke belum
BalasPadamble novel nie nak kuar kt pasaran ek???
BalasPadamgud2..sy sokong..dh kuar blom novel nie??nak belilaaa..
BalasPadamBILA NAK KELUAR YE NOVELNYE......CEPAT22 YE TERBITKAN, X SABAR RASENYE.....PLEAZZ..............
BalasPadamcte nie kuar kat kdai dh ke blom...
BalasPadamsy cri kat kdai xde pon....
sape publish novel nie...snang cket nk cri 6t...
hellooo...snyap je penulisan2u ni...
BalasPadamx gtau pn da kua ke blom...hampeh...
bestnye... cpat la kluar nvel...
BalasPadamalahh..xsabaq nk tau citer nie..hope happy ending yer...
BalasPadamalmk..trus trang,frust sgt ble x dpt bc the whole story..da la sush nk cri nvel2 ni..em,,xpela,wish u luck dear writer...hope 2 c more from u..
BalasPadamaku pelik la kenapa la watak hero dlm novel mesti kaya dan kacak.dan yang heroien dia gadis biasa2je.cuba buat kelainan sikit bgi yg heroien plk kaya dan yg hero tu orangnya serdahana je.
BalasPadamkenapa kebanyakkan novel yg sya bca banyak sngt watak hero tu mesti kaya dan kacak dan heroien dia pulak gadis biasa je.cuba buat kelainan sikit bgi pulak watak heroien tu yg kaya dan hero tu orang biasa je.baru ada kelainan sikit.
BalasPadamerm..best gler cte nih..!!!mmg teruja laaa...!!cpt laa kuarkn bku dy..xsbar nih...!!congrats!!u've done really a good job..!!^_^
BalasPadammmg tol apa yg sorang pmbaca nie ckp, slalunya citer psl jantan ni hensem ni kaya, tp pompuan tu pulak gadis biasa. satu lgi, apsal kbnykan citer mcm nie psl ahli korporat je? nape x wt citer psl kisah cinta pnjual ikan ke, pnjual goreng pisang ke......psl konflik remaja skolah ke.... x b'pijak pd realiti lansung!
BalasPadambest. bile nak kuarkan novel nie? x sabar nak tau ending die laa. kalo boleh ASAP yer. tq. :)
BalasPadamerr. ape name novel nie nanti? masih ad+iz ke? tq. :D
BalasPadammcm mne nak dptkn novel ni?????
BalasPadamskrg dah ade kat pasaran belum?
aku tgk kat kedai buku xda pun
BalasPadamaku beli jodoh o cinta
huhuhu
cite nie bes wei!
aku nak beli tapi dah pokai
aku dayah yg comel
hahaha
bila novel ni nak keluar....
BalasPadami pn nk 1 novel ni...peh best gler siot....x sia2 i bc la..u mmg fhm taste i la...cayok2...truskan usaha...
BalasPadammne leh dpt novel ni??best sgt.thums up!!!
BalasPadamble novel nie nk kuar?..,
BalasPadamnovel nie BEST GILERRRR...
Hrp maklumkn tarikh nvel nie kuar ye...
citer ni dh jd buku..dah pon diterbitkan..mmg best...congrats wat penulis nya..pasni tulis bnyk2 lg k...
BalasPadamdh kuar k?? under alaf 21 k nie???? cmne nk bli?? nk...
BalasPadamsye cba cri novel ne tp xjmpa...huhhu....agk2 kt mne sy blh dptkn novel ne????
BalasPadamnak th kesudahannya...........
BalasPadamterbaik...!!
BalasPadamwaaa, best la kesudaahannye ni.... smpat
BalasPadamla ak menitiskan air mata kebahagiaan....
papun, ni nvel mmg best giler....
so nice n cute story...
BalasPadami like its....=)
Best larh citerr ni,,,
BalasPadamromantik betol,,
bile buku ni keluar kat pasaran?
dearest penulisab2u,erm klau dah rlease novel ni kat pasaran announce besar2 eh,..takut kang tlepas pandang plak.n 1 more thing,klau boleh novel ni hantar bebanyak kat sabah n swak,plisssssssssssss coz diz novel r really hot n ala2 korean,kiut sesngt.tq eury athena.lurv u ol.gud job.
BalasPadami like this novel
BalasPadamwell done to eury athena! such a great story, i read it non-stop, all the 20 entries. =) so, let us know when the novel is release k, tq
BalasPadamhu hu hu
BalasPadamBEST BTULL
TP.............
best syoit,,
BalasPadambest la citer ni
BalasPadammmg best. 1 cerita, tp complete ngan sume skop.
BalasPadammmg penulisan yg kreatif..
tahniah buat penulis..(^_^)
bestnye.. romantik r kisah cinta ad ngan iz.. x sbr r nk tau ending dia..
BalasPadammmmm..saya daa beli daa novel ni
BalasPadamciter nyer best gile..
cuba try cari kat mph alamanda..
ceritanya best la gak..
BalasPadampenuh dgn emosi, suke dan duke..
harap penulis dapat menulis cerita yang lg best drpd yang ini
gud luck ^_^
Saya cari merata-rata buku ni. x jumpa la. ada yg boleh tolong?
BalasPadamlike..heheh
BalasPadambezt cite ni
BalasPadamx tau nak komen ape??? sbb, ape yg sy nk komen smuanye dah komen.. sy ade t'jumpa nvel ni kat SMO.. tp, x tau lak citer ni sdap giler.. jd, t,lps deh... huk_3
BalasPadamNovel nie memang best gler..tp dh bnyak kedai sy round utk cari bku nie,susah nk dpt..dh xde stock ker? hpefully pnulis eury akn terus kuarkn karya2 yg best2 cmni..good luck..! =)
BalasPadamnovel ni memang best arr jgn lupa smbg ek
BalasPadamwahhh best.....
BalasPadamsada publish tak novel nie d pasaran????
anyone tolong jawap...huhuhu
nak sangat tau ending crite nie...
best gilerr..
BalasPadamwlaupun blum bce abes, tp citer ni mmpu mmbuatkn aku hepi+sedih+marah+kecewa+terharu..plus,kkdg aku gelak sorang2 cm org giler..heheh
apapun,gud luck kpd pnulis.. :)
wow best gilerrrrrrrrrrr
BalasPadamnonel yg pling best yg prnah sya bca n yg nilah yg boleh buatkn sya feeling gilerrrrr
BalasPadamNovel awak sangat menarik :) Saya telah membelinya di pasaran . Karya yang baik . Btw , harap awak dapat sambung menulis lebih banyak lagi karya yang menarik :)
BalasPadamDaripada: Erina
sgt best!
BalasPadamtahniah..teruskan!
Saya sayang novel ni ! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ..
BalasPadamyeah,,esok nak beli novel nie...baru aje juar minggu lalu...tak sabar nak tau nding for this story/...
BalasPadamKnp x citer sampai abes?? !! anyway this novel really best for me! lama saya cari buku ni,, x dpt beli dpt baca kat inernet pon okey !
BalasPadam