Ahad, Oktober 11, 2009

Cerpen : Sumpah! Itu Hantu

Nama Pena : Hanni Ramsul

Suara dari televisyen sengaja dikuatkan. Malam yang masih awal, tiba-tiba terasa begitu sunyi. Dan, sendirian di dalam rumah ini, membuat dadanya berdebar tiba-tiba. Angin malam menyapa dari tingkap yang sedikit terbuka. Membuat bulu romanya meremang tiba-tiba. Jeritan tiba-tiba dari kaca televisyen membuat dia turut terjerit kuat. Terlompat di atas sofa. Iklan cerita hantu! Terpisat-pisat dia mencari remote control. Mata sengaja dikecilkan. Tidak mahu melihat imej di kaca televesyen itu. Sebaik remote dicapai, segera televisyen ditutup. Entah kenapa, malam ini dia benar-benar takut. Lebih takut dari malam sebelumnya. Terasa melayang satu persatu semangatnya dek jeritan dari TV. Dadanya berombak kencang. Pantas matanya tertancap pada jam di dinding. Kuat pula jarum jam itu berdetik malam ini. Misteri dan menyeramkan bunyinya. Atau…sebelum ini dia yang tidak pernah memberi focus pada jarum jam yang berdetik? Tidak! Bukan tentang jarum jam itu, matanya terarah di situ. Dia ingin mencari waktu. Hampir pukul sepuluh malam. Kenapa bayang Razif dan Johari masih juga belum kelihatan? Dia sudah resah sendirian di dalam rumah ini. Tidak sanggup rasanya dia mahu menghitung detik sendirian di dalam rumah yang sunyi ini.
Tengkuknya terasa meremang lagi. Ada bunyi kuakan pintu di bahagian dapur. Mata segera dipejamkan. Tidak! Di mana keberaniannya selama ini? Pintu mana yang terbuka itu? Dia mahu menjengah. Namun, kebaraniannya benar-benar tiada. Terus dia bersandar di sofa. Melayan debar yang menggila. Manik-manik peluh mula menjengah di dahi. Spontan bibir mula terkumat - kamit. Cuba membaca ayat kursi. Entah di mana silapnya. Mengapa dia cuma mampu membaca dua tiga ayat pertama sahaja? Berkali-kali dia cuba. Berkali-kali juga dia gagal. Padahal keratan ayat itu bukan dia tidak tahu. Memang dia hafal.
Belum hilang debar di hatinya, telinganya pantas menagkap pula bunyi aneh dari dalam bilik di sebelahnya. Bilik Faizal! Bunyi yang membuat jantungnya terasa mahu tercampak keluar. Dalam takut, dia cuba amati bunyi itu. Seperti suara saling berbisik. Dan, anehnya suara itu. Tidak pernah dia mendengar suara sebegitu. Percakapan sebegitu. Sukar untuk dia fahami apa butir bicaranya. Dan, yang lebih aneh, dia sendirian di rumah. Jadi, suara siapa pula yang menyentuh gegendang telinganya ini?!
Sekali lagi dia menjerit. Lebih kuat dari sebelumnya. Kali ini dia betul-betul mahu menangis. Ada suara yang mengilai nyaring! Mengilai di dalam rumahnya!
"Oi! Siapa kau? Janganlah kacau aku! Aku tak takutlah!,"dia menjerit lagi. Dan suara mengilai itu tetap tidak berhenti. Dalam debar kencang, cuba mencari arah bunyi itu. bulat matanya terarah pada sofa. Dia pasti, suara itu dari atas sofa. Dalam menggigil, perlahan dia menyelak kusyen. Satu keluhan lega dilepaskan. Ringtone telefon bimbitnya rupanya. Sumpah! Selepas ini, ringtone itu akan ditukar! Wajib ditukar. Telefon segera dicapai. Johari! Jiwanya yang serabut seakan lega tiba-tiba. Lega mendapat panggilan daripada Johan.
"Woit! Korang kat mana ni? Baliklah wey,"
"Assalamualaikum,"
Dia mengeluh panjang. Lupa pula memberi salam.
"Waalaikumussalam. Kau kat mana ni? Lambat lagi balik? Cepatlah balik!,"
"Kau kenapa? Aku dah nak balik ni. Tapi, aku pergi makan kejaplah dengan Razif. Kau nak kirim apa-apa tak?,"
Dis menggaru kepala. Singgah makan? Kalau sudah singgah mahu, paling tidak sejam dua juga Johan baru sampai di rumah.
"Kau bungkus jelah. Balik makan kat rumah,"
"Malaslah. Kau nak order tak?,"
"Tak naklah. Kau balik cepat sikitlah,"
"Tengoklah. Kau ni kenapa? Tiba-tiba macam bini-bini orang pulak,"
"Balik jelah. Bosanlah. Aku sorang-sorang kat rumah ni,"
"Lepas makan, kitaorang baliklah. Kau dengan siapa tu?,"
"Soranglah. Kenapa?,"dia bertanya hairan. Bercampur dengan seram sekali lagi.
"Macam dengar orang bercakaplah,"
"Oi! Mengarutlah! Dahlah. Balik cepat. Chow!,"
Talian segera diputuskan. Tidak! Memang ada yang tidak kena dengan rumah ini. Laju dia melompat dari sofa. Berlari ke pintu utama. Pintu dibiarkan terbuka dan dia melangut di halaman yang terang. Menunggu kepulangan Razif dan Johari.

***

"Setuju tak?,"
Razif diam. Memandang wajah Khairul yang serius.
"Bukan senang nak cari rumah sewa murah Rul,"
"Kalau tiap-tiap malam tak lena tidur, murah pun tak guna, Zif,"
"Tak pernah pula ada benda-benda pelik time aku ada kat rumah,"Razif bersuara lagi.
"Kalau dengan aku, adalah juga beberapa kali. Ada macam benda berjalan kat dapur. Bunyi pintu tertutup. Kadang-kadang tu bunyi macam suara. Suara something kat bilik Faizal. Tapi, aku buat tak tahu aje,"Johari menyampuk.
"Haaaaa… itulah yang aku dengar. Kau tahu tak? Seramlah beb. Aku yang dulu berani, tiba-tiba jadi penakut. Kita cari rumah lainlah,"
Johari termangu mendengar cerita penuh emosi teman serumahnya itu.
"Tengoklah macam mana nanti,"Razif pula bersuara sambil menggaru kepala.
"Yang paling aku seram… tu bunyi suara dalam bilik Faizal tu. Pelik bunyi dia. Kau rasa, Faizal ada bela sesuatu ke?,"
"Ish! Kau ni. Tak baiklah. Perasaan kau aje kot,"
Khairul merengus geram. Tidak berpuas-hati dengan pendapat Razif.
"Logiklah beb. Kalau perasaan aku saja, takkan Joe pun boleh dengar. Sama pula tu,"dia bersuara geram.
"Balik karang kita check tengok,"Razif memberi cadangan. Dia tidak mahu percaya. Tetapi, kalau sudah datang cerita yang sama dari dua mulut yang berbeza, tidak adil kalau dia menolak mentah-mentah pandangan dua sahabatnya itu.
"Check apa? Kita bukan ada kunci bilik Faizal. Faizal pun satu. Blah macam tu je,"
"Tengoklah. Aku cuba contact Faizal,"
Khairul mengeluh panjang.
"Yang kau susah sangat nak pindah ni, kenapa?,"
"Kau ni. macam tak tahu pulak. Mata air dia duduk sebelah. Takkan dia nak pindah jauh-jauh,"sampuk Johari sambil mengacau milo panasnya yang sudah mula larut ke dasar gelas. Razif tersengih.
"Tu main reason lah. Reason lain. Sewa rumah tu murah beb,"
"Sewa rumah berhantu. Memanglah murah. Aku rasa macam nak complaint lah kat tuan rumah. Kau setuju tak, Joe?,"
"Aku? Aku no hal. Kau nak complaint, aku temankan. Kalau semua nak pindah, aku ikut. Kalau nak duduk situ pun, tiap-tiap malam aku layan sembang ngan awek aku pakai earphone. Tak dengar apa-apa. So, aku? Very-very no hal. Sempoi beb…,"
"Sempoi hatuk kau. Aku yang sengsara. Kau orang dating sampai pagi. Balik dah ngantuk gila. Sampai rumah terus pengsan. Ni…aku ni. Yang tak ada girlfriend ni. Nak kena tunggu rumah sorang-sorang,"Khairul bersuara geram.
"Solutionnya, aku suggest kau cari girlfriend macam kita orang,"Johari bersuara sambil tersengih.
"I second the motion,"sampuk Razif sambil mengangkat tangan bersama gelak besar.
"Gelaklah korang. Dah, cepatlah balik. Bosanlah lepak macam ni,"
Razif menjeling bersama gelak yang masih bersisa.
"Kata rumah berhantu. Baliklah lambat-lambat sikit,"
Khairul termenung seketika.
"Betul juga…,"Khairul bersuara sambil meneguk teh tarik yang sudah suam.
"Kita balik lambat sikit,"tambahnya dengan wajah yang tidak tenang.
"Tapi, masa kita mula-mula duduk dulu tak ada masalah pun,"Razif bersuara lagi. Johari menjongket bahu.
"Kau orang lah. Balik selalu malam buta. Sampai ke pagi. Adalah yang mengikut tu. Dah tu, terus tinggal kat rumah tu,"
Johari tergelak.
"Khai..kau ni kan. Nama aje lelaki. Penakut nak mampus. Tu satu. Lagi satu. Kau punya minda ni, kelas makcik-makcik kat kampung sana. Kau tahu tak? Ada ke ada benda ikutlah. Siap duduk sekali tu. Mengarutlah. Mana ada benda-benda macam tu?,"Johari bersuara lucu.
"Kalau tak ada. Yang kau dengar tu, apa? Cuba explain sikit Encik Johari,"
Johari tersengih.
"Well… I… no comment,"akhirnya dia bersuara ala-ala artis ditemuramah.
"Main-mainlah korang,"
"Rileklah Khai. Kau pun, janganlah ikut sangat takut kau tu. Mungkin benda tak teruk sangat, tapi, emosi kau tu yang lebih-lebih,"
"Kalau kena kat batang hidung kau, barulah kau faham apa yang aku rasa ni,"

***

"Betul pakcik. Hari-hari saya kena ganggu,"
"Dah lama pakcik buat rumah ni. Dah ramai yang menyewa. Tak pernah ada yang complaint pun,"
"Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, kalau pakcik tak cuba bersihkan rumah ni, kami pindah,"nekad nada yang meniti di bibir Khairul membuat Husin diam seketika.
"Hmm..kalau dah itu kata kau, kita ikhtiarlah. Ni, pakcik bawa ustaz ni. Kot-kot memang ada yang tak kena dengan rumah pakcik ni,"
"Bagus tu,"bersemangat Khairul membalas. Razif dan Johari sekadar memandang sambil berpeluk tubuh. Seketika dia menyertai Khairul dan Johari. Memandang ke arah ustaz yang berlajan sambil memerhati sekeliling rumahnya.
"Takkan setakat tengok aje? Tak ad abaca jampi-jampi ke?,"dia berbisik seakan tidak berpuas hati.
"Kau ni, Khai. Tengok ajelah. Nak suruh cakap dengan tuan rumah, dah cakap kan? nak suruh orang tengok rumah ni, pun dah ada orang tengok kan?,"Razif bersuara sambil tersandar ke pintu.
"Bilik ni, berkunci. Mana kuncinya?,"
"Haa….dalam bilik tu misteri sangat ustaz. Selalu saya dengar orang cakap-cakap. Tapi tak boleh faham. Tapi…tuan punya bilik tak ada. Belum sampai. Dah lama keluar tak balik-balik. Dia kena transfer kerja,"
"Sekarang pun ada bunyi ni,"
Khairul menelan liur. Serta-merta romanya meremang.
"Ustaz pun dengar?,"soalnya lambat-lambat.
"Dengar. Dan, rasanya saya kenal bunyi makhluk apa ni,"
"Ustaz tahu? Makhluk apa ustaz? Hantu raya? Polong? Palesit?...Hadui!,"tekaannya terhenti apabila tiba-tiba ada siku yang menyinggung perutnya.
"Sakitlah siot,"
"Diam,"Razif bersuara geram.
"Mana kuncinya?,"sekali lagi ustaz yang datang bersama Husin bertanya.
"Tuan punya bilik tu belum sampai. Tapi, dia dah janji nak datang. Kejap lagi sampai la kot,"
"Kamu tak ada kunci spare, Husin?,"
"Tak ada ustaz. Lupa nak bawa,"
"Serius ke benda kat dalam tu, ustaz? Dia kacau orang tak?,"
"Nak tahu serius ke tidak, kena tengok dululah. Dah berapa lama bila ni tak digunakan?,"
"Dalam enam bulan,"
"Hmm… kalau macam tu, boleh tahanlah seriusnya,"
Khairul termenung. Memandang wajah tenang ustaz di hadapannya. Kemudian berpaling sebaik mendengar suara orang memberi salam.
"Ha… tu empunya bilik dah sampai,"ujarnya laju membuat Faizal sedikit kehairanan.
"Apahal? Macam tengah cari aku je,"
"Bukan cari kau, cari kunci bilik kau. Cepatlah bagi. Ustaz nak tengok bilik kau. Ada yang menumpang kat bilik kau,"
Kening Faizal berkerut. Namun, tanpa bicara, kunci tetap dihulur kepada Khairul. Laju Khairul menapak mendekati Husin dan Ustaz.
"Apa kena dengan Khai tu?,"
"Kau jangan Tanya aku. Sejak dua menjak ni, dia punya obsess ngan hantu, satu macam. Mengalahkan mak-mak..nenek-nenek. Sibuk duk kata rumah ni ada penunggu,"Razif memberi jawapan yang membuat tawa Johari meledak tiba-tiba. Faizal tersengih.
"Penunggu?,"soalnya lucu.
"Kau tengoklah tu. Kalut semacam,"tambah Razif sambil menggeleng. Memandang Khairul yang sibuk tertinjau di belakang ustaz yang sedang membuka pintu bilik. Pintu bilik terbuka. Suis lampu ditekan.
"Ya ALLAH!,"
Razif memandang. Kemudian bergerak menyertai Khairul diikuti Faizal dan Johari. Hairan melihat wajah Khairul yang terkejut besar.
"Betul tekaan saya. Inilah makhluknya,"
"Apa dia, ustaz?,"soal Faizal sambil menjenguk ke bilik. Butang matanya melihat keadaan biliknya.
"Subhanallah. Kenapa sampai jadi macam ni,"
Husin menjeling tajam. Khairul tertunduk.
"Banyak benar hantu kau, ya Khai,"sindirnya sinis. Khairul menggaru kepala.
"Habis semua barang aku,"
"Tanah kawasan ni, memang banyak anai-anai. Tak berjaga, macam nilah jadinya. Dah nak jadi busut dah almari ni. Nak-nak lagi, rumah ni, rumah kayu. Mana tak dengar bunyi macam-macam. Bunyi anai-anai. Anai-anai buat sarang,"ustaz bersuara sambil tersenyum.
"Dah tu, bunyi orang berjalan tu?,"
"Tikuslah tu. Tengok bilik ni. Mesti dah jadi banglow tikus ni,"sampuk Husin sedikit geram.
"Tak sangka boleh jadi sampai macam ni. Habis semua almari saya ni. Baju. Semua dah tak boleh guna ni,"
"Kan pakcik dah cakap dengan kamu semua dulu. sebelum kamu masuk sini. Pakcik dah cakap, kebersihan kena jaga. Kawasan sini, banyak tikus. Rumah pun nak kena tengok. Takut diserang anai-anai. Hmm.. tengoklah apa jadi. Lepas tu, sedap mulut je cakap rumah pakcik berhantu,"
Khairul tersengih malu. Tahu kata-kata itu memang ditujukan khas padanya. tetapi, sekurang-kurang pembongkaran bunyi misteri itu melegakannya.
"Sorrylah pakcik. Yalah, mana saya tahu bunyi anai-anai,"
"Tulah. Lain kali jangan main cakap aje,"bidas Razif sambil menunjal kepala Khairul.
"Hmm..jenuhlah nak baiki ni. Dah kena dinding sikit ni,"rungut Husin sambil menggaru kepala.
"Macam ni, pakcik. Salah saya, saya tinggalkan bilik macam tu je. Tak berjaga jadinya. Kos nak baiki, biar saya saja yang tangggung,"
Husin diam. Tawaran itu tidak mampu dia tolak. Khairul masih tersengih malu di sisi Razif. Dan Johari, setia dengan earphone di telinga.
"Jadi, rumah ni, tak ada apa-apalah,"ustaz membuat kesimpulan sambil melangkah keluar.



***
"Fuh! Nasib baik sempat menyorok,"
"Tu pun sebab aku yang cekap,"
"Perasan!,"Lang mencebik sambil tangannya melibas kepala Toy.
"Dah pergi ke, orang tu?," dalam terkebil-kebil Achong bertanya.
"Dah. Dah ada kat laman,"
"Hmm… ada je yang mengacau. Nak bertandang pun tak boleh. Tapi, bilik ni, kira okay juga untuk kita lepak-lepak. Kan?,"Lang bersuara sambil bersandar pada pintu bilik.
"Kau ni, macam kita tak ada rumah,"bantah Toy sambil menggeleng.
"Sesekalilah, ngok!,"jerit Lang geram.


…..


"Eh! Kau dengar tak?,"
"Apa lagi Khai?,"
"Aku macam dengar ada orang menjerit kat depan bilik Faizal,"
"Lantak kaulah. Langsuir lah tu kot,"balas Johari malas.
Khairul merengus perlahan sambil berpaling….

…..

"Alamak! Dia berpalinglah pulak,"bisik Lang.
"Kaulah. Jerit kuat sangat,"bebel Toy.
"Apa nak buat ni?,"
"Apa lagi? Senyumlah. Takkan nak marah tuan rumah kot,"ujar Achong perlahan.
"Peace…..,"serentak suara mereka bergabung bersama senyum paling lebar, sebaik Khairul berpaling. Membuat bulat mata lelaki itu memandang.
"Dia kagum tengok aku lawa lah,"
"Tak.. dia suka tengok aku yang cute ni..,"
"Salah…dia nak pengsan…,"tingkah Achong selamba. Dan, sebaik habis kata-katanya, Khairul sudah rebah ke lantai bersama satu jeritan yang membuat Razif dan Johari malas hendak berpaling.
"Banyaklah kau punya hantu, Khai…,"Razif bersuara sambil terus memberi focus pada bicara Faizal, di laman.

***

73 ulasan:

  1. hahahaha...
    cerita yang menarik untuk dibaca...
    tapi perenggan je tak buat...
    pe2 pown...
    keep it up writer...

    BalasPadam
  2. woit..aku ni da r tgh duk sorg..huhu..

    -miss_purple-

    BalasPadam
  3. seram!

    tapi tak tahu pulak ni cerita yang funny ghost tuh...
    ngeh3..!!

    seyes!
    takot siot!

    BalasPadam
  4. aku ingatkan cite hantu...
    tp bagus jgk...
    imagine yg tinggi...
    teruskan usaha anda...

    BalasPadam
  5. boleh tao x knp khai pensan slepas tgok toi dgn lang??
    dowg tu saper?? hantu kew???

    BalasPadam
  6. bes..gaya bahasa bagus. dialog ok dan kelakar.jalan cerita yang ringan dan menghiburkan.congrates writer!

    BalasPadam
  7. haha.best r cte n...x de r tkut mne..
    tp btol gk,umah jgn tgl kosong lelama..nnt ad la yg mnmpang..

    BalasPadam
  8. haah, hntu la..
    toy tu toyol
    lang tu langsuir..
    achong tu pocong..
    hahaha
    lawak la..
    ske kak hanni..
    keep it up!

    BalasPadam
  9. kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah.........................................
    lawaknya.......best...keep it up...sal zif ngan jo x kalih..
    kan sekumpulan tu boleh buat.....aaaaaaaaaaaa....hahh....
    triple peace......an an an an an....sifu,tongga lapar...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  10. nukilan kak hanni mmg x pernah mengecewakan ..thumbs up.
    dah siap ke novel PAM tu...

    BalasPadam
  11. Nur suka la hasil kerja kak Hanni.Tahniah !!!!!

    BalasPadam
  12. good job..suka suka suka suka nice one..

    BalasPadam
  13. hahahaha..
    serem gak mule2 tuh..
    adoyai..
    tp last2 kelaka..

    ~nEuRo shEwAzni~

    BalasPadam
  14. lang n toi 2 tikus lah!!!!!! tp blh jd JEMBALANG or TOYOL!!!!! kuang3....

    BalasPadam
  15. best..best..
    cite kak hanni mmg best...

    thumb up!

    keep writing k....

    BalasPadam
  16. tak faham sgt dengan jalan cerita yang akhir.apa bendanya yang nama toy, achong tu?hrp ada ending yang sesuai

    BalasPadam
  17. kalau nak tahu apa dia achong, toy n lang, boleh search cerpen saya yang lepas. JIRAN BARU dan JIRAN BARU:KL KAMI DATANG.

    BalasPadam
  18. IEDA & NURUL TESDEC15/10/09 10:53 PG

    HAHAHA....
    LAWAK GLER CTER NIE...
    ADA KE PTUT SI FAIZAL 2 BELA TIKUS & ANAI2...
    XLEH BT JADI LAKI NIE...
    KEBERSIHAN X DI JAGA LNGSG...
    TAPI CITE NIE BEST TAU...
    ALL THE BEST....
    TERUSKAN CERPEN ANDA...

    BalasPadam
  19. best la citer dia

    BalasPadam
  20. klakar r cte nih...
    mle2 je seram,tp lme2 jd klakar lak...
    bez r cte nih...!!


    *iz-izah*

    BalasPadam
  21. best tullh bhagian last skali..bolh plak hntu2 tu snyum siap wat peace tnda keamann lgi 2...hak3

    BalasPadam
  22. la nape part toy gan lang tue sikit sgt..
    da lme ak tggu smbngan cter toy gan lang..xprnah ak miss citer tue...huhu..bes sgt...haks3

    BalasPadam
  23. LOVE U HANNI... LEH DTG MINANG TAK?!

    BalasPadam
  24. xphm le cte u.....mule2 serm pas tue cte len lak.tp mmg best suspen tue ada n lawak pn ad.....

    BalasPadam
  25. hahaha...
    best giler
    daya imagine yg kuat
    teruskan usaha
    keep it up writer
    thank you.....make me happy

    BalasPadam
  26. ha ha lawak la hantu2 3 ekor 2..siap bt peace lg..

    BalasPadam
  27. hehee..agaknyer hantu real ada wat camtu x?
    -aiko-

    BalasPadam
  28. bordogup jantung den baco cito ni.
    rupo-ruponyo anai-anai.
    kus semangat.
    dah laju dogupan jantung ni.
    macam drummer buat beat pulak.

    BalasPadam
  29. dialog lang, toy dengan chong tu sikit sangat..kalau panjangkan mesti lagi kelakar..he he he best best!!!! - Sri HarDIya

    BalasPadam
  30. dialog lang,toy dengan chong tu sikit sangat.....
    kalau panjang kan mesti lagi kelakar..........
    hehehehehe.........................
    tpi sye nk ucpkan tahniah kpd awk .....................
    hehehehehehehehe.......................
    hahahahahahahaha.......................
    orang tua cakap kalau awak marah nanti cepat tua........
    sori mintak maaf mintak ampun....................
    dri sya

    BalasPadam
  31. adei kelakar siot! xD

    bwahahaha best2

    unik btol cerpen ni

    BalasPadam
  32. suka sgt citer ni...seram gak tp lawak...bila nk tulis lagi citer yg sewaktu dgnnya..he..he..:)

    BalasPadam
  33. Tanpa Nama2/2/10 6:14 PTG

    hahahahaha...
    lawakla cite ni....saye suke...
    sonok!!!
    teruskn mngrg lg ea..
    buat yg lebih baik dan lebih best!!
    good luck(^.^)!!

    #wana#

    BalasPadam
  34. nk tau sangat sape lang,toy,achong???
    kak hanni ramsul kata bolh search dekat cerpen dia yang lepas, yang bertajuk jiran baru dan jiran baru:kl kami datang....tapi x ada pon cerpen 2????mcm mane nie???

    -Addin-

    BalasPadam
  35. hahahahahaha

    ingat kan mmg cite antu



    -ct-

    BalasPadam
  36. ha..ha..ha..
    suspen kan eden jer..

    BalasPadam
  37. best la!!! ni la yg ku cari2. thumbs up writer, keep it up.

    BalasPadam
  38. hahaha best la cite nie..kelakar...cm comel je nme achong 2 ek..

    BalasPadam
  39. Tanpa Nama9/6/10 1:23 PTG

    aish.........5 star nye citer!!!

    BalasPadam
  40. hahaha ! best ! kelakar habis ... haha . gud job !

    BalasPadam
  41. kelakar dowh.
    best! best! best!
    wawa want some more!! oyeh! oyeh!
    =)

    BalasPadam
  42. k...boleh tahan...

    BalasPadam
  43. best best best! haha sgt2 creative.. mane lah dapat idea ni ek?

    BalasPadam
  44. lang,toy,achong
    huhu..

    BalasPadam
  45. BEST GILER!
    GOOD JOB

    BalasPadam
  46. hahaha..kreatif ctew ni..
    takot gk 1st time bca...tmbh2 lg kol 1 pg..
    hahaha..syabas penulis

    BalasPadam
  47. seram n klakar..haha..best gak..

    BalasPadam
  48. erm apa wat cter tak habis nie,wat suspen je sy baca,tapi ceriter tak habis,wat hilang feel baca je..............

    BalasPadam
  49. hahahhahhaha.... very funny,, i really enjoy it...keep it up..

    BalasPadam
  50. xpham ending cter nie!

    BalasPadam
  51. wah....best banget citer die......suke suke suke......

    BalasPadam
  52. a..ss jumps18/3/11 1:30 PTG

    best tp x de pernggan...

    BalasPadam
  53. Tanpa Nama4/4/11 3:26 PTG

    ingtkan cter hantu btol2..seram kot..tpi best!~~

    BalasPadam
  54. Tanpa Nama5/5/11 1:19 PTG

    siyes,cite neyh emg besh la...hahahha,plg aq ske ending die,klaka siot,hahahhahahhahhahaha.....gud job!

    BalasPadam
  55. superbb!! teruskan berkarya.. jalan cerita yg sempoi.. :D

    BalasPadam
  56. Tanpa Nama8/6/11 4:05 PTG

    hahahahahahahahaha.................lwak seram y ta bpew na seram...best jeaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  57. crita yg bagus...puas hati mbacanya...suspen gitu

    BalasPadam
  58. wow ! hhaaa. funny lah =))

    AL-ISLAMIC

    BalasPadam
  59. hahaha...
    klaka siot..

    BalasPadam
  60. bestlah. tak sangka pula memang ada hantu kat umah tu. ingat kawan-kawan diorang yang lain. anyway,keep up the good work:)

    BalasPadam
  61. haha..seram la jgk p yg pntng nyerr...klakar...;-D

    BalasPadam
  62. i loike, best2 ... tak jemu baca, ending pun menyeramkan, heheheee

    BalasPadam
  63. bezz r cter nie....lucu btul r...

    BalasPadam
  64. cun toih ar anai2 nie ^_^

    BalasPadam
  65. memg best gile cte ni...huhu usaha lg OK

    BalasPadam
  66. HHAHAHAHAHA..
    kesian btol pak cik tuh...
    kne tuduh ade antuuu..

    BalasPadam
  67. hahahaah....lawak tul laa

    BalasPadam
  68. Tanpa Nama1/6/12 10:25 PG

    buat saspen je..rasa nk gugur jntung nihh..toy,lang,achong?hntu ke?

    BalasPadam
  69. jangan tkut kalau awk takut jugak awk baca lh ayt qursi

    BalasPadam
  70. Tanpa Nama6/6/12 2:04 PTG

    hahaha..mcm2 si khairul ni..

    BalasPadam
  71. fuuhh, memang terbaeklah!!!basic ko nak jdk penulis dah cukup..cerita nie memang best..aku susah nak puji org tau..teruskan..aku akn mengikuti perkembangan kau.

    BalasPadam
  72. sangat bagus crita nya

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan