Sabtu, Oktober 10, 2009

Cerpen : Prinsip Cinta Aina

Nama Pena : Moon Ierah

Aina memandang ke luar. Sakit hatinya mengenangkan sikap Amsyar padanya. Bagi Aina cintanya bukan mainan. Sekali dia cinta, selamanya dia mencintai tapi sekali dia disakiti, dia takkan pernah memaafkan. Itu prinsip cinta Aina.

* * * * * * * * * * * * * * * * *

Alunan lagu Bubbly dari handphonenya membuatkan Aina tersenyum lebar. Telah disetkan lagu itu untuk satu-satunya org yg dicintai. Tapi tidak pula diangkat malah hanya ditenung handphonenya i2.

"Apalah akak ni,,handphone bunyi boleh pula dia senyum je. Angkat la. Anur nak tidur ni." Aina malas mahu melayan adiknya lantas mencapai handphonenya dan terus menuju ke ruang tamu. Aina yakin yang sekejap lagi si dia akan menghubunginya semula. Tepat kata hatinya.

"Assalamualaikum."

"Wa’alaikumussalam."lembut Aina menjawab.

"Sayang buat apa ni?tak tidur lagi?"beralun hati Aina mendengar panggilan istimewa yang diucapkan.

"Lama Am tak call Aina. Sibuk sangat ke?" ingin rasanya Aina menyatakan rindunya pada Amsyar tetapi dia malu. Terdengar ketawa kecil di hujung talian.

"Aina rindukan Am ke?"Merona merah wajah Aina mendgr pertanyaan Amsyar. ‘Dia ni mcm tau-tau je aku rindukan dia..’bisik hati Aina.

"Taklah. Aina cuma hairan je kenapa Am lama tak call."

"Tak payahlah Aina nak bohong dengan Am. Aina bukan pembohong yang baik." Kuat Amsyar ketawa. Aina mengetap bibir. Malu.

"Apalah Am ni. Mana ada Aina rindukan Am. Perasan je lah Am ni."

"Betul ni?"Amsyar seperti mahu menduga.

"Err…betullah."sedikit gugup Aina menjawab.

"Apa salahnya kalau Aina rindukan Am sebab Am pun rindukan Aina." Lebar senyuman Aina mendengar ucapan rindu dari yang tersayang.

"Esok kita lunch sama ek. Lama tak jmpa Aina. Kita jumpa kat tempat biasa."

"Erm…Am dapat tak jemput Aina kat ofis?Kereta Aina rosak. Lecehlah nak naik bas. Dah la panas."Aina sengaja menduga Amsyar. Dia tahu yang Amsyar takkan setuju.

"Syg, bukan Am tak nak jemput Aina tapi apa kata kawan-kawan Aina kalau mrk nmpk Am keluar dengan Aina. Belum sampai masanya mereka tahu pasal kita. Aina fahamkan,"pujuk Amsyar lembut.

Sengal hati Aina mendengar pujukan Amsyar. Bukan sekali dua begitu. Malah setiap kali mahu berjumpa dengannya mesti secara sembunyi-sembunyi. ‘Kenapa pula nak kisah apa kata kawan-kawan aku. Bukannya mereka nak marah pun kalau tahu aku bercinta dengan Am. Mesti dia takut Fariha nampak ni. ’bisik Aina dalam hati.
Fariha adalah teman sepejabat Aina dan Fariha mempunyai housemate yang kata Amsyar teman tapi mesranya, Raudah. Aina ingin sangat mengenali teman tapi mesra Amsyar itu. Dia amat cemburukan gadis itu kerana Amsyar selalu menyebut namanya. Raudah itu, Raudah ini. Amsyar tidak pernah sedar yang pujiannya itu menyakiti hati Aina.
Tapi Aina sedar yang Raudah lebih dahulu mengenali Amsyar. Dia tak sepatutnya melahirkan rasa tak puas hatinya kerana Amsyar berhak memilih antara dia atau Raudah.

"Kenapa sayang diam ni?Marahkan Am ke?" tersentak Aina mendengar suara Am. Lupa dia seketika yang Am masih di talian.


"Tak de lah. Kenapa pula Aina nak marahkan Am. Aina tak kisah kalau Am tak jemput, lagipun Aina dah biasa begitu. Ok lah Am. Aina nak tidur dulu. Assalamualaikum." Tanpa menunggu jawapan dari Amsyar, Aina memutuskan talian. Hilang mood Aina untuk terus berbual dgn Amsyar sedangkan sarat rindunya untuk lelaki itu. Handphonenya berbunyi lagi tapi kali ini dibiarkannya.

* * * * * * * * * * * * * * * * *
"Aina, kita lunch sama ek," ajak Syafiq.

"Tak pe lah fiq. I da janji ngan kawan. Apapun, thanks for asking ek."

"Owh,,tak pe lah Aina. Maybe next time. See U," ucap Syafiq dan berlalu.

Aina tiba di tempat yg dijanjikan Amsyar semalam tapi dia tak nmpk pun kelibat Amsyar. Aina melihat jam 1.20 tengahari. ‘takkan aku yang naik bas smpi dulu kot,’bisik hati Aina. Aina duduk di satu sudut restoran dan memesan segelas jus oren.
Jus oren sdh hampir setengah diteguknya tapi Amsyar masih belum tiba. Handphonenya berbunyi menandakan ada pesanan masuk.

‘Syg, Am minta maaf coz x dapat lunch dgn Aina. Raudah call Am. Dia ada masalah kat tempat kerja. Am minta maaf sgt2 ek.’

Perlahan Aina melepaskan keluhan hampa. Dia hairan kenapa Amsyar tak pernah merahsiakan apa-apa mengenai Raudah dan dirinya daripada Aina. Dia tau itu tandanya yang Amsyar jujur tetapi takkah dia sedar yang nama Raudah itu selalu membuatkannya sedih. Dibalas juga pesanan dari Amsyar.

‘x pe la. Lagipun Aina pun x dapat keluar. Byk kerja yg Aina nak siapkan.’

‘Baguslah. Am ingatkan yg Aina tgh tggu Am tadi.k, take care syg. Mlm nnt Am call.’

Aina membayar pesanannya dan terus meninggalkan restoran dengan perasaan sebal mengenangkan sikap Amsyar.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Setiba di ofis, Aina melemparkan tas tangannya di atas meja dan terus menuju ke ruang rehat pejabat. Dia membasuh muka yang dirasakan melekit. Rasa marah masih berbekas dalam hatinya. "Sampai hati Amsyar buat aku begini," keluh Aina perlahan.

"Siapa Amsyar?"suara itu benar-benar membuatkannya tersentak. Perlahan dia menoleh. Syafiq! Aina buat-buat tak kisah dengan soalan Syafiq tadi. ‘Dari manalah mamat ni?.’ Dia pantas mengambil tisu dan mengelap mukanya.

"Siapa Amsyar?"ulang Syafiq sekali lagi. Ada nada cemburu pada suaranya.

"tak de siapa2 la."jawab Aina ringkas.

"I yakin dgn apa yg I dgr Aina."

"Bila I kata tak de 2,,thats mean nothing!" Aina mendengus kasar dan terus keluar dari bilik rehat menuju ke mejanya.

Terkedu Syafiq mendengar jawapan kasar dari Aina. Selama ini, biarpun marah, Aina tak pernah sekasar itu dengannya. Namun dia takkan ambil hati ngan Aina kerana dia tau ada sesuatu yang betul-betul menganggu fikiran sahabatnya itu.

* * * * * * * * * * * * *

Malam itu Aina menghubungi Syafiq. Dia kesal kerana bersikap kurang elok dengan sahabatnya siang tadi. Dia tau dia tak sepatutnya menengking Syafiq begitu tetapi perasaannya menguasai fikiran.

"Assalamualaikum Fiq."

"Wa’alaikumussalam Aina. Ok da?"pertanyaan dari Syafiq membuatkan Aina terasa seperti ingin menangis.

"I nak minta maaf pasal siang tadi. I tak bermaksud nak buat begitu tapi tak tau lah. Fikiran I betul-betul terganggu."

"I juga nak minta maaf pada U. I tahu yang I tak sepatutnya masuk campur dalam urusan U."Perlahan Aina mengeluh mendengar ucapan Syafiq.

"I teringin nak kongsi masalah I ni dengan U tapi belum masanya lagi. Terlalu berat rasanya I nak tanggung seorang diri. I pun tak tau apa yg I patut buat."Sebak dadanya mengucapkan kata2 itu namun ditahan agar tak terdengar di pendengaran Syafiq. Airmatanya gugur tanpa dipinta.

"Shhh Aina…jangan menangis ek. Kalau U ada masalah, datang pada I. I sentiasa ada untuk U. Bila2 masa je, I tak kisah. I tak nak U sedih macam ni. I want the old u. Yang sentiasa riang dan ceria. Diri U yang sentiasa buatkan hari-hari I penuh makna." Makin deras airmata Aina mengalir mendengar kata2 Syafiq. Teringat kembali ketika Syafiq pernah melamarnya untuk menjadi kekasih hatinya.

"I nak tanya sikit, boleh tak?"

"Kalau sikit I tak kisah."Aina menjawab sekadar bergurau sambil menjeling Syafiq disebelahnya. Namun melihatkan wajah serius Syafiq mematikan hasrat Aina untuk terus bergurau.

"Maafkan I. U nak tanya apa?InsyaAllah,kalau I dapat jawab, I jawab."Aina perasan mata Syafiq tak lepas dari memandangnya.

"Apa ciri-ciri lelaki pilihan U?" Tersentak Aina dgn pertanyaan Syafiq yg tiba2.

"Kenapa tanya?" Melihat senyum dibibir Syafiq, Aina turut tersenyum.

"Saja nak tau. Mana la tau ciri-ciri tu ada pada I."Syafiq ketawa kecil.

Aina tersenyum. Dia memandang lelaki dihadapannya.

"Tak perlulah U tau. Biar I sorang je tau." Berkerut dahi Syafiq memandang Aina.

"Kenapa?Susahlah lelaki-lelaki kat luar tu nak dekat ngan U." Berkerut dahi Syafiq.

"Tak pe lah. I tak nak mereka ubah diri mereka semata-mata nak jadi pendamping dalam hidup I. "

"Beritahu I je lah. Boleh kan?"

Lama Aina merenung wajah Syafiq sebelum menjawab, "I nakkan lelaki yang boleh I jadikan sebagai sandaran hidup I. I tak harapkan kesempurnaan. Asalkan dia boleh jaga dan terima I seadanya, itu sudah memadai."

"Kalau mcm tu, tak payahlah U cari-cari lagi. Yang kat depan U ni sedia jaga U," jawab Syafiq sambil mendabik dada. Ketawa Aina melihat telatahnya.

"Ada-ada je lah Fiq ni."

"Betul Aina."serius suara Syafiq membuatkan Aina berpaling. Mencari benar disebalik kata-kata Syafiq.

"Fiq…"

"Aina, I serius cintakan U sepenuh hati I. Sepanjang mengenali U, I tak pernah rasa segembira ini. Kehadiran U membuatkan hidup I terasa lebih bermakna,"tulus suara Syafiq menyakinkannya tapi dia tak mampu membalas cinta Syafiq kerana hatinya milik seseorang.

"Fiq,,maafkan I. I selesa jika kita kekal begini. Hanya sebagai sahabat. I rasa itu yang terbaik."Aina terdengar keluhan hampa dari Syafiq.

"Apapun,lebih baik dari tak mencubakan. I harap luahan I tadi tak membuatkan hubungan kita renggang."Syafiq tersenyum memandang Aina. Aina membalas senyumannya dengan anggukan kecil.

"Hello, Aina, are u still on the line.?" Suara Syafiq membuatkannya kembali ke alam nyata.

"Ya..ya..i’m still here. I minta maaf skali lagi Fiq. U are such a good man."

"But I’m still not good enough 4 u kan. Siapa pun Amsyar, that u mention before,,Fiq harap dia akan jaga U dengan baik."Aina terkedu mendengar ayat pertama yang keluar dari mulut Fiq. Aina tak mampu bersuara lagi. Dia terus memutuskan talian.

‘Maafkan Aina, Fiq...’

* * * * * * * * * * * * * *

Sebulan tanpa berita dari Amsyar benar-benar buat Aina penasaran. Berkali-kali dia cuba menghubungi Amsyar tetapi tidak dijawab. Staf pejabat Amsyar mengatakan yang dia sedang bercuti. Aina hairan kenapa Amsyar tidak memaklumkan padanya.
Ketukan kecil di mejanya membuatkan ingatannya pada Amsyar hilang seketika.

"Jauh berangan. Dah sampai mana?"tersenyum Syafiq memandangnya. Aina mengakui Syafiq memang kacak. Aina pun hairan kenapa dia tak jatuh cinta dengan Syafiq.

"Hello. Ada yang kurang ke kat muka I sampai U tenung muka I macam tu?"ucap Syafiq tersenyum sambil melambai-lambaikan tangannya di depan Aina. Aina termalu sendiri.

"Ada apa U cari I ni?nak ajak keluar, lunch ada 3 jam lagi."ucap Aina menutup malu.

Syafiq ketawa melihat tingkah Aina yang seperti tak tentu arah itu. "Sejak bila jadi pelupa ni?kan tadi I ajak U pergi melawat Fariha kat rumah. Dia kan sakit."Perlahan Aina menepuk dahinya.
Melawat Fariha bukanlah niat sebenar Aina. Dia cuma mahu mengenali Raudah, teman Amsyar yang juga teman serumah Fariha. Aina merasakan inilah peluang terbaiknya.

"Pergi sekarang ke?"Syafiq mengangguk. Aina mencapai tas tangannya dan mengekori Syafiq dari belakang.

* * * * * * * * * * * * *

"Assalamualaikum."Laung Syafiq.

"Wa’alaikumussalam."Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 50an menjenguk dari muka pintu. Mungkin sekali ibu Fariha.

"Kami kawan sepejabat Fariha. Dgr kata dia kurang sihat jadi kami datang ni nak melawat dia."Aina hanya mengangguk.

Wanita itu membukakan pintu pagar dan menjemput Syafiq dan Aina masuk. Fariha yang terdengar seperti ada tetamu keluar dari bilik untuk melihat. Terkejut dia dgn kehadiran rakan-rakannya itu.

"Apa khabar?"soal Syafiq sambil menghulurkan sebakul buah-buahan kepada Fariha.

"Buat susah je korang datang. Mcm ni la Fiq, Aina. Aku rasa mcm hantu bungkus pula pakai tebal2 mcm ni. Sejuk semacam je aku rasa," Fariha tertawa kecil. Aina dan Syafiq ikut tertawa dengan lelucon Fariha.

Aina membiarkan Fariha dan Syafiq berbual sambil matanya melihat sekeliling ruang tamu rumah itu. Matanya tertancap pada 3 frame gambar yang terletak kemas diatas rak buku. Dia pasti perempuan dalam gambar itulah Raudah. Lemah rasa badannya melihat gambar Amsyar berpeluk mesra dengan si gadis. ‘Seksinya. Patutlah Am suka.’ Sakit hatinya melihat gambar-gambar itu. Terasa seperti mahu saja dihumban ke dalam tong sampah.

"Aina,"Aina menoleh mendgr panggilan Syafiq.

"Kenapa?ada yang tak kena?"Aina seraya menggeleng, dan berpaling pada Fariha, "Mana housemate u?tak nmpk pun."

"Dia mmg tak lekat kat rumah. Da sebulan dia ke Bali dgn Amsyar. Tak tau bila nak balik." Tersentak hati Aina mendgr kata-kata Fariha. Ke Bali dgn Amsyar?

Syafiq yang menyedari keadaan Aina, meminta diri untuk balik.

* * * * * * * * * * * * *

"Amsyar yang itu ke yang pernah U sebutkan dulu?" pertanyaan Syafiq memecahkan kesunyian dalam kereta. Aina tak berniat untuk menjawab pertanyaan itu. Dia hanya diam.

"Jika dia orangnya, dia tak layak untuk U."Tegas suara Syafiq. Aina masih diam. Menahan airmatanya dari mengalir. Dia tak mahu Syafiq melihatnya menangis. Melihatkan Aina yang masih berdiam diri, Syafiq memberhentikan kereta di tepi jalan dan menyalakan lampu kecemasan.

Aina tersentak tapi tidak berpaling pada Syafiq. Masih membekukan diri seperti tadi. Syafiq menyentuh bahu Aina lembut tapi Aina tetap berkeras.

"Aina, dia tak jujur pada U. Dia bukan lelaki yg baik untuk U berikan hati U. Banyak lagi lelaki di luar sana yang menantikan U."ucap Syafiq. ‘Fiq pun masih menantikan cinta Aina…’bisik Syafiq hanya didalam hati.

"I sayangkan dia Fiq.."perlahan tapi mampu didengar oleh Syafiq. Syafiq mengeluh. Dia terasa seperti kalah pada lelaki yang tak sepatutnya, namun dia takkan berputus asa untuk merebut cinta Aina. Dia terlalu ingin bertemu muka dengan orang yang menyakiti hati gadisnya itu.

"Aina, sayang tak bermakna memiliki. U kena sedar yang berkongsi kasih tak mungkin akan bahagia. I tak sanggup lihat U disakiti." Bicara Syafiq membuatkan airmata Aina mengalir deras. Dia tak mampu menjawab kata-kata Syafiq. Dia merasakan diam adalah perkara terbaik yang mampu dilakukan. Syafiq hanya mengeluh dan meneruskan perjalanan balik ke pejabat.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

16 September 2009, hari lahir Aina yg ke-23. Amsyar memberitahu yang dia tak dapat menyambutnya bersama2 dengan Aina kerana ada urusan penting. Dia berasa sayu. ‘Apalah ertinya hari ini tanpa org tersayang..’lemah suara hati Aina.

"Kak,tidur ke?"ketukan di pintu bilik Aina mengejutkannya dari lamunan.

"Masuklah,"laung Aina. Tersembul muka adiknya di pintu.

"Anur nak apa?"Tersenyum-senyum Anur melihat kakaknya.

"Amboi akak ni. Hari ini kan bestday akak, apa kata akak belanja Anur makan."adiknya mengemas2 majalah yg berselerak di atas katil Aina. ‘Nak ambil hati la 2..’Aina tertawa di dalam hati.

"Hurm,kalau nak minta belanja, Anur kena drive la. Akak malas nak drive ni."Aina berfikir lebih baik dia habiskan masa dengan adiknya dari terperuk dalam rumah. Lagi sayu hatinya.

"Ok, Anur tak kisah jadi driver akak mlm ni."Anur menjerit kegembiraan.

"Pergi la bersiap. Jap lagi kita keluar."

* * * * * * * * * * * * * * * * *

Mereka mengambil keputusan untuk makan di Restoran Seafood Tun Abang. Mereka mengambil tempat di sudut yang agak tersorok.

"Anur order dulu. Akak nak ke ladies jap."Anur hanya mengangguk. Tiba2 matanya menangkap sepasang teruna dara sedang asyik ketawa gembira. Amsyar! Hatinya jadi marah melihat keadaan itu. Kakinya melangkah ke arah mereka tanpa menghiraukan panggilan adiknya.

"Assalamualaikum Am."bergetar suaranya.

Amsyar lantas mendongak. Terkejut dia melihat Aina. Wanita disampingnya juga berpaling. Nyata dia hairan melihat apa yg berlaku. Aina yakin dia kini berdepan dengan Raudah.

"Syg,siapa ni?tak nak kenalkan dengan Honey?"Meluat Aina mendengar panggilan yang keluar dari mulut si gadis.

"Err…Raudah, ini Aina. Aina, Raudah."tergagap-gagap Am memperkenalkan. Aina menghulurkan tangan untuk bersalaman tapi tak bersambut. Jelek Aina melihat pakaian gadis dihadapannya ini. Hanya menutup mana-mana yang patut sahaja. Aina hanya beristighfar didalam hati.

"Ada apa-apa yang Am nak jelaskan pada Aina?"lembut suara Aina menyebabkan Amsyar tak senang duduk.

"U duduk sini dulu, Am nak cakap dgn Aina sekejap."bila Amsyar hendak berdiri Raudah menarik tangan Amsyar, seperti tak membenarkan Amsyar bangun.

"Tak pe la Am. Kat sini pun boleh. Lagipun, Raudah berhak tau semua ni. Tak sangka pula ini hal penting yang Am cakapkan tadi. Mujur Aina keluar, nmpk dgn mata kepala Aina sendiri yang Am tak jujur. Kalau tak, mungkin Am masih nak tipu Aina. Bodohnya Aina mempercayai bahawa Am dgn Raudah tak ada apa-apa hubungan. "Aina berkata menahan getar dihati.
Anur sudah berdiri di sebelahnya. Kuat Aina menggenggam tangan Anur untuk meminjam kekuatan dari adiknya.

"Syg, apa ni?honey tak faham la."manja Raudah memaut lengan Amsyar. Amsyar hanya menggeleng.

"Aina, Am sayangkan Aina. Percayalah. Am dengan Raudah hanya kawan." Raudah yang terkejut mendengar kata-kata Amsyar bingkas bangun dan melayangkan penampar tepat di pipi kanan Amsyar.

"Oh! selepas U usung I ke sana sini, U kata hanya kawan. Selepas apa yang kita dah buat, U kata hanya kawan?!!!Lelaki mcm U memang tak guna!!!"Lantang suara Raudah menyebabkan orang sekeliling memandang mereka. Raudah mencapai beg tangannya dan terus berlari meninggalkan restoran itu.

Amsyar memegang pipinya. Dia seperti mahu mengejar Raudah tapi dimatikan niat bila melihat Aina.

"Trust me Aina. I love u more than everything. U are the most important girl in my life. Please sayang!I dengan Raudah hanya teman."Aina sedar yang Amsyar tak sepenuh hatinya merayu. Dia yakin yang Amsyar bukan miliknya dan tak mungkin akan menjadi miliknya.

"I’m not gonna trust u anymore Am. Aina cintakan Am tapi sanggup Am buat Aina begini. U broke my heart once and I’ll never forgive u. Am taukan prinsip cinta Aina. Terima kasih atas cinta yang pernah Am berikan pada Aina biarpun cinta itu hanya mainan kata Am. Sesungguhnya dari mula lagi hati Am tak pernah jadi milik Aina. Selamat tinggal Am." Aina menarik tangan adiknya untuk berlalu dari situ.

"Aina,,"Mendengar nama kakaknya dipanggil, Anur berpaling dan berkata, "My sist didn’t deserve a man like U. Stay away from her." Lantas mereka sama2 berlalu tanpa memandang ke belakang lagi. Amsyar hanya mampu meraup wajahnya melihat Aina berlalu.

* * * * * * * * * * * * * * *

Sesampai di rumah, Aina terus mengurungkan diri didalam biliknya. Dia tak sangka begitu akhirnya cerita dia dan Amsyar sedangkan terlalu tinggi harapan yang diangankan. Dia mahu menangis tapi dia sedar tak guna dia membuang airmatanya untuk lelaki tak guna itu.

Terpandangkan bungkusan biru diatas meja soleknya. Terlayar kembali saat-saat dia menerima bungkusan itu dari Syafiq.

"Happy birthday Aina. Buka kat rumah ek."ucap Syafiq sambil menghulurkan hadiah itu pada Aina. Aina tersenyum.

"Tak boleh buka sekarang ke?Tak sabar la nak tengok."Syafiq menggeleng. Aina mencebik. Ketawa Syafiq melihat wajah Aina yang seperti keanak-anakan itu.

"ala, hadiah I, suka hati I lah nak buka kat mana kan." Usik Aina seperti cuba mengoyakkan pembalut hadiah itu.

Cepat tangan Syafiq menangkap tangan Aina dan berkata, "kat rumah." Berdebar hati Aina mendengar suara Syafiq. Lembut sahaja pada pendengarannya.

Tersenyum mengingatkan gelagat Syafiq. Segera Aina membuka hadiah itu. Terpaku dia melihatkan seutas gelang tangan emas yang berukir namanya. Dicapai kad yg terselit di balik kotak.

‘Selamat Ulangtahun Aina. Mlm ni I tggu U kat Taman Sri Tun.
I xtau sama ada U akan datang atau tak, tapi yg pasti I akan
terus menunggu..’

Ikhlas,
Syafiq

Aina menjeling jam di sudut mejanya. Jam 11 malam.

‘Adakah Syafiq masih menanti?’Dia cuba menghubungi handphone Syafiq tapi tak dijawab. Aina terus keluar dan mencapai kunci keretanya.

"Anur, akak keluar jap. Kunci pintu rumah."Laung Aina dan terus berlalu. Anur yang tak sempat berkata apa-apa hanya menggeleng. Dia tau yang kakaknya sedang kecewa tapi tak mungkin Aina akan membuat perkara-perkara yg tak tentu.

* * * * * * * * * * * * * * * * *

Setiba d Taman Sri Tun, Aina mencari2 kelibat Syafiq tapi tak kelihatan. Aina mengeluh. "Mungkin dia dah balik…"bisik Aina sambil melangkah ke keretanya.

"Lama I tunggu U. Nak balik macam itu je? Sekurang-kurangnya tiuplah lilin ni dulu."Aina pantas menoleh. Di tangan Syafiq sebiji kek dengan 2 batang lilin di atasnya. Aina membalas senyuman Syafiq.

"I cari U tadi. U ke mana?"

"I ada cuma U je yang tak pernah perasankan I," ucapan Syafiq membuatkan Aina terkedu. Baginya ayat itu ada yang tersirat di sebaliknya.

"Penatlah pegang kek ni. Bila U nak tiup ni. I da lapar tau." Aina tersenyum dan mendekati Syafiq. Syafiq menjarakkan kek dari Aina bila Aina sudah bersedia meniup lilin. Aina bingung.

"Make a wish first sayang."Syafiq senyum namun dia tak tahu yang hati Aina berdebar mendengar panggilan itu. Dulu Aina kerap mendengarnya dari Amsyar dan hatinya juga berdebar tetapi tak sehebat bila Syafiq menyebutnya. Aina keliru dengan hatinya.
Aina menutup matanya dan setelah itu dia meniup lilin. Aina ketawa bila Syafiq mencuit sedikit krim kek dan mencalitnya di pipi Aina.

Mereka duduk di sebuah kerusi tak jauh dari tasik Taman Tun. Pancutan air berwarna-warni sungguh menghiburkan Aina. Suasana antara mereka sunyi seketika.

"I minta maaf sebab buat U tunggu lama. I baru perasankan kad U."

"I tak kisah Aina. Selama ni I boleh tunggu U, kenapa tak malam ni."Sebak dada Aina mendengar kata-kata Syafiq.

"Pasal Amsyar…"

"Lupakan dia. Anggap saja yg dia tak pernah wujud dalam hidup U. Terlalu banyak dia melukai dan menyakiti U."Terdiam Aina mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Syafiq. ‘Dia tau ke?’

"Amsyar sepupu I. Bila I dengar U sebut nama dia hari 2, I tak kisah sangat tapi bila kita balik dari rumah Fariha, I yakin Amsyar yang U sebutkan tu sepupu I. Tapi I tak buat apa-apa even masa itu betapa sakitnya hati I. I nak U sedar sendiri siapa sebenarnya dia. I tak mau bila I beriya-iya minta U jauhkan diri dari dia, U akan anggap I mendesak U. I sayangkan U dan tak keterlaluan if I say I still love U, Aina."

Aina terkedu. Airmatanya mengalir. Dia tak sedar begitu tulus cinta Syafiq padanya. Sangkanya, setelah dia menolak cinta Syafiq dulu, Syafiq akan berpaling mencari yang lain, rupanya dia masih menunggu hingga saat ini. Betapa bodohnya dia dalam mencari cinta.

Kali ini kusedari,
Aku telah jatuh cinta,
Dari hatiku terdalam,
Sungguh aku cinta padamu,
Cintaku bukanlah cinta biasa,
Jika kamu yang memiliki,
Dan kamu yang temani ku seumur hidupku,
Terimalah pengakuanku,
Percayalah kepadaku,
Semua ini kulakukan,
Kerana kamu memang untukku,
Cintaku bukanlan cinta biasa,
Jika kamu yang memiliki,
Dan kamu yang temani ku seumur hidupku,
Terimalah pengakuanku.

Bait-bait lagu yang dinyanyikan Syafiq betul-betul meruntun hati Aina. Airmata yang tadi telah berhenti kini kembali mengalir laju. Sehabis menyanyikan lagu itu, Syafiq mengeluarkan sebuah kotak baldu merah dari kocek seluar. Sebentuk cincin tersimpan kemas didalamnya. Aina terpaku.

"I cintakan U Aina. Beri I peluang untuk membahagiakan U. I akan buktikan pada U yang cinta I takkan pernah berbelah bagi, hanya untuk U. I terima U seadanya, walaupun U tak pandai masak." Aina ketawa kecil mendengar ayat terakhir dari Syafiq.

"I’m speechless Fiq. I baru putus dgn Amsyar tak sampai 2 jam U dah lamar I. I betul-betul tak tau nak kata apa."Syafiq hanya tersenyum.

"U just need to say yes or no. Thats all. But I yakin U akan kata Ya."ucap Syafiq memandang Aina. Aina jadi malu dgn pandangan Syafiq.

"Kenapa terlalu yakin?Tak takut I akan kecewakan U lagi?"Aina sekadar menduga.

Syafiq menggeleng. "I yakin dengan gerak hati I Aina. Bila U tolak I dulu, I tak terasa sangat sebab my instinct say that u will be mine one day."

Aina tertawa kecil. Dia sungguh bahagia dengan keyakinan Syafiq.

"Tapi U kena bagi I masa untuk belajar mencintai U."

"Take your time dear. I tak kisah menunggu. Kerana I tau penantian I berbaloi. So, may I have your hand?"Aina ragu2 menghulurkan tangannya.

"Tak perlu ragu-ragu sayang, cincin ni memang untuk U." Aina tersipu kala Syafiq menyarungkan cincin ke jarinya.

"From now on there’s no more U and I. Just Syafiq and Aina." Ucap Syafiq sambil mencuit hidung Aina. Aina hanya tersenyum bahagia.

"Thanks Fiq, for giving me chance to love u."

"Don’t mention it Aina. Sepatutnya Fiq yg berterima kasih pada Aina kerana hadir dalam hidup Fiq." Keduanya tersenyum bahagia. Hadiah harijadi yang amat bermakna dalam hidup Aina.

* * * * * * * * * * * * * * * *


Mr.diary….

Amsyar…
Ini kali terakhir Aina coretkan namamu di diari ini….
Am telah melanggar prinsip cinta Aina…
Terima kasih kerana melukai hati Aina…
Terima kasih juga kerana pernah jadi sebahagian hidup Aina…
Cerita kita tamat di sini…

Syafiq…
Cintamu pada Aina sungguh tulus…
Tak mungkin Aina akan mengecewakan Fiq…
Aina akan cuba mencintai Fiq sebagaimana Fiq mencintai Aina…
InsyaAllah hubungan kita mekar selamanya…

Ya Allah…
Kau berikan aku dugaan yang berat…
Kemudian Kau hadirkan kegembiraan buatku…
Sungguh aku bersyukur dan berterima kasih atas hadiah-Mu ini…
Berkatilah hubungan kami agar sentiasa berada di atas
landasan kasih yang benar…
Ya Allah…

Mungkin benar kata orang kebanyakan…
Jika kita mencintai seseorang,,
Jangan harapkan yang dia juga mencintai kita…
Kerana cinta itu hadir bukan dengan paksaan…
Sesungguhnya cinta itu menyakitkan…




p/s : hope u all enjoy it...

111 ulasan:

  1. cita ni sedey n wat saya terharu.. nice job... dala nama watak utama tu same wit my name..hheehhe..
    btw i like thiz story...

    BalasPadam
  2. tahniah..sy suka sgt dgn jln cerita ni.. mudah difahami dan buat pembaca tak jemu sebab ayat dia kemas.. sy harap suami sy nanti pun akn mencintai sy sepenuh hati mcm Syafiq, InsyaALLLAH. klu moon ierah buat novel mesti gempak.. jgn dipendam bakat 2.. sy percaya awk akn berjaya

    BalasPadam
  3. ermm..interesting setorie..mne nk cri laki lgu tu..hehe
    klau smbg lg psal syafiq n aina ni pun cm syok gak kot..kui3..chaiyookk n gud luck writer..

    BalasPadam
  4. adam zaefrul12/10/09 5:09 PTG

    hmm.. sweett lame dh x bace crite macm nie.. gu luck aina!

    BalasPadam
  5. waaaa....sy pon nk syafiq dlm cte ni...pastu blh la jd my own cte syafiq n aina..heheheh..

    BalasPadam
  6. cita nie best sgt2....xsngka si am 2 xsetia....
    aina y dok setia kat dia,dia lak g curang..ish3....
    tapi...xsngka syafiq menyukai aina...ketusn aina memilih syafiq ketusan y terbaik sekali daripada aina memilih am y xreti u setia...

    ap2 pun thniah kepada penulis...hasil cerpen nya terlalu menarik..teruskan ush dlm penghsiln cerpen aru k...

    :)

    nOr_1804

    BalasPadam
  7. best cite ni..
    good job...!!!

    BalasPadam
  8. wah..i love this story..its that still have guys like this in this world..uh..very kind and romantic..terasa ingin memiliki syafiq..wahhh

    BalasPadam
  9. so sweet!


    -speechless-

    BalasPadam
  10. percaya saya..cerita ni sgt best

    BalasPadam
  11. HuHuHu...dah nangis laa bila baca diary yang last tuu.
    best citer ni...
    teruskan usaha!

    BalasPadam
  12. syoknye.....best cite die...

    BalasPadam
  13. best sgt okeh!
    jalan cerita senang faham, bahasa yang guna pon baik.
    watak sangat best..
    tersenyum-senyum i baca ni
    hehe

    BalasPadam
  14. Tahniah moon.. kau berjaya buat kami terkedu and terberenti membuat semua kerja... hehehe... tahniah! kim salam amsyar kalau ko jumpa dia.. dia tu member aku tu.. K. Aramaitih! Dinozah-

    BalasPadam
  15. thanks atas sokongan semua...
    ur support buatkan sy lebih b'semangat
    untuk terus berkarya....

    -moon ierah-

    BalasPadam
  16. bez la cta nie...i suka lelaki yg mcam 2...

    BalasPadam
  17. i nak jadi Syafiq... tapi aina taknak kan i... heheh.. sedih gak ah... tapi nak wat camaner kan... dah orang tak suke kite... i dah buat cam syfiq buat kat cerpen ni.. tapi tak jadi gak.. aina kat dunia i ni tak layan i.. tapi citer dier same ngan citer ni.. i memang penah luah prasaan i kat dier.. tapi ending tak samer ah... Camaner ni wahai penulis.. leh bgi idea tak.. -DZ-

    BalasPadam
  18. ceruta niy bez ar..sweet giler..kalo ley nak gak dapat lelaki setia mcm syafik.tp ada ke????

    BalasPadam
  19. 2 DZ,,,hurm...ssh ar mo ckp mcmana kan...we owez hope apa yg kita impikan 2 b happy ending...but if x jadi mcm apa yg kita harap'n,,dun feel regret 4 apa yg kita rasa... jadi'n itu sbg pendorong hdup utk terus maju ke depan... disebalik semua kejadian 2,,ada hikmah yg belum t'singkap...jika betul2 suka'n seseorg,,mnta Allah pnjg'n jodoh kita dgnnya...Allah mendengar doa hamba-Nya...

    2 Tanpa Nama...insyaAllah lelaki mcm 2 masih ada...=)

    -moon ierah-

    BalasPadam
  20. prinsip hidup kite sama la aina.akhirnya kegembiraan yg aina dapat setelah hatinya terluka.saya suke citer ni.terhibur sangat.

    najwa rawi
    adriena_25@yahoo.com

    BalasPadam
  21. salam moon ierah..
    gud story..n gud idea..
    keep up a gud work..
    niya1501@yahoo.com

    BalasPadam
  22. to najwa n niya...thx 4 d comment....sy akan cuba untuk buat yang lebih baik d masa akan datang....

    -moon ierah-

    BalasPadam
  23. citer nie best..ad jgk yg bkaitn dgn sy..seolah-olah citer 2 mmg bnar2 blaku...teruskn usaha anda

    BalasPadam
  24. citer ni okey gk r...bley thn r....yg pling pentg nme wtk ni sme ngn nme syer....aina...hehehe

    BalasPadam
  25. gud job..
    nice story..
    rs cm kene kt batang idong je

    BalasPadam
  26. keep doin k...?
    hurm...
    agk ny smua org nme am kt donia ni x setia kot..
    huhu...
    trus kn wt cerpen2 yg bermutu..
    rs besh sgt

    BalasPadam
  27. nice story ... so sweet

    BalasPadam
  28. erm,,,nice,,,
    different from others

    BalasPadam
  29. mmg enjoy la cik penulis!!!
    best maa.. tp laki cm am tue mmg de pon..
    keep it up..antar byk ag karya k..chayok2!!
    -alinz-

    BalasPadam
  30. nape r kite bawu sdar ada owng y lbih cintakan kite bila kite kehilangan cinta yang lain...
    cinta 2 kdang2 wat kita jd pentingkan dri sendiri...
    cite ni ok but mesti tekankan lg dari aspek penulisan...
    tak seronok r kalu baca guna ayat mesej...
    gune r ayat yang penuh...
    barulah emosi boleh terusik..

    BalasPadam
  31. kalaulah sy jd aina..sy dh pukul die..tapi krana ad spupu die yang syafiq 2 cinta aina kekel selamanya..dan bawalah aina jpe am..biar am tau yang prinsip cinta iana jujur dan setia smpai mati besama owang yang die sayang...

    BalasPadam
  32. kire ok r................................

    BalasPadam
  33. bestnyerrrrr

    BalasPadam
  34. Tanpa Nama3/12/09 2:26 PG

    wah2..best nyer...nk syafiq...leh x??
    syafiq oo syafiq..hadir laa dikau pde ku...
    (huhuhu...)

    -alyaa-

    BalasPadam
  35. Hye..mgg nak jemput sesiapa yang berminat nak baca nOvel berbentuk CINTA DAN SUSPEN..sila jOin blOg mgg..Thank you.. :)

    BalasPadam
  36. cter ni best!!!.... alangkah bagusnya klu dpt jmp lelaki sebaik shafiq... ;D huhuhuhu

    BalasPadam
  37. cite yg best n menarik..
    bgusnye shafiq 2..snggp die tggu aina..
    baik plk 2..
    gud job writer..

    BalasPadam
  38. romantik..:DD

    BalasPadam
  39. jLn crta cRpn nie buat sy tHaru..by the way tRskan usaha writer utk berkarya..

    BalasPadam
  40. terhru sgt ble bce crite ni..hrp anda trs brusha lg agr dpt menghsilkn crite yg lbih mnrik lg...good job.

    BalasPadam
  41. asl citer cinta ja org encem, cantik,kaya
    xde ka citer utk org hodoh ka
    miskin ka
    hampehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  42. jmpe kt tempat sunyi tempat xde org,taman2
    maksiat2222222222222222

    BalasPadam
  43. Tanpa Nama3/2/10 5:01 PTG

    terbaik aina....
    -lovestory-

    BalasPadam
  44. Tanpa Nama6/2/10 5:36 PTG

    saya sukakan citer ni..
    menarik..
    kadang2 kita tak sedar cinta sejati y ade dkat dengan kita..

    BalasPadam
  45. best...cuma ada penggunaan ayat ringkas.apa pun cite ni best dan malatoppppp

    BalasPadam
  46. penulis moon ierah ni x-student APM UM ke?

    BalasPadam
  47. Tanpa Nama27/2/10 3:10 PG

    thx utk semua yg menyokong karya pertama saya dalam penulisan2u ni...saya amat menghargai segala komen2 yg anda berikan...

    p/s : Utk Tanpa Nama di atas,,

    sy bukan pelajar APM UM..:)

    BalasPadam
  48. maaf... cerpen yg paling bosan sy pernah bc stkt ni. maaf ye..hidup ini bukanlah spenuhnya untuk mncintai lelaki.byk lg kje laen yg kte perlu buat..

    BalasPadam
  49. hahahahaha...bley thn r..

    >cactus violet<

    BalasPadam
  50. Tanpa Nama7/4/10 3:49 PTG

    wah...!!!bez la cite ni...taniah la...sy ske watak syafiq..dy sanggup bertahan..lelaki cm amsyar 2 sepatutnya xperlu dpt cinta wanita...xjujo..pndai menkn pompn je...

    BalasPadam
  51. ok..nice job....

    BalasPadam
  52. so sweet story..... taniah kpd pnulis.. suka dgn watak syafiq..

    BalasPadam
  53. Tanpa Nama28/4/10 2:02 PG

    nice....itz jus like my life.....congratz....thumbs up:)

    BalasPadam
  54. Tanpa Nama22/5/10 3:43 PG

    best citer nyer...
    i like....
    nnti smbg la cite aina ngan shafiq..
    bru syokkk.....
    tpi pa2 pun mmg syok citer nyer...
    heheehee

    BalasPadam
  55. salam thniah tau..bes sgt..terharu sgt2 klau jdi aina..n klau kita mencintai seseorang,xpasti lg org tu cintakn kita mcm kita cintakan dia..huhu truskan usaha=)

    BalasPadam
  56. Tanpa Nama6/6/10 8:53 PTG

    nme plakon utma tu same wit my name laa...
    hehe cite ni best...
    =)

    BalasPadam
  57. de lg ke lelaki seperti shafiq?? -_-

    BalasPadam
  58. bes lar..
    troskan mnulis...
    aja!aja!fighting!

    BalasPadam
  59. nice story.........

    BalasPadam
  60. Tanpa Nama3/7/10 2:56 PG

    waaaa best cte ney..suke!!!!!
    da la syafiq 2 nm tunang sy..aina 2 nm bakal adik ipar..
    hahaahaha

    BalasPadam
  61. hahahhaaa....aduhai kelakar saya bace komen..2x nie..

    BalasPadam
  62. terima kasih buat semua yg menyokong karya saya,...
    saya akan terus b'usaha utk berkarya...=)
    Gamsahamnida!!!=)

    BalasPadam
  63. so gud...esp susunan ayat yang menarik n x bosan...keep it up gurl...u can do it!~

    BalasPadam
  64. Jalan cerita yang smooth.. Garapan yang menarik, pengakhiran yang cantik.. Tahniah.. Tapi susunan ayat kurang gramatis, cantikkan sikit lagi..apa2 pun, karya yang bagus.

    BalasPadam
  65. best jalan cte ni..cinta x smstinya memiliki...org yg menyayangi kita lg menghargai kita dri org yg kita syg...

    BalasPadam
  66. best sgt cite nie......

    BalasPadam
  67. haha.. pdn muke si amsyar 2... layannn.. =)

    BalasPadam
  68. best.........syafiq 2 mmg ssuai ngn aina...bkn cm amsyar x sdar dri 2!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  69. sdihnye cter ni..
    tp best sgt..
    sdih kalo ditinggalkn tp lagi sedih kalo dikhianati pasangan..
    pape pn truskn usaha!!

    BalasPadam
  70. love story hah...kurang unsur suspen,ada pengajaran,ada hikmah disebalik kjadian dlm hdp ini.welldone,truskn usaha anda...

    BalasPadam
  71. bolehlh....
    truskan lg usaha anda...

    BalasPadam
  72. Tanpa ta sedari sdg mgejar cinta yng tidak tulus..hadirnya cinta sejati yang sememang menanti akan kehadiran kita..bestnya cerita nie..sgt2 suka ^^

    BalasPadam
  73. love this story..
    great..

    BalasPadam
  74. suke citer nie..d same name syafiq.
    nice story..;)

    BalasPadam
  75. mmg best tapi kenapa secepat itu perasaan bolih berubah ye ...... eemm mcm2 dengan hati nye ..... anyway ok la teruskan penulisan yang lain pula.

    BalasPadam
  76. 16 september...suke tarikh tu..birthday calon suami sy n tarikh dy propose sy..ngee~~ :D

    BalasPadam
  77. errrmm gud lurv story but it's statik a.k.a mndtr...but it is a nice to starter.gud luck n jiayo chayo..:D maju ar penulisan2u tuk negara.
    -bad gurl-

    BalasPadam
  78. best cter nie...
    sdih tol...
    ksian aina knae tpu gan amsyar...
    xpe syafiq ad...
    nice story...
    god job..........

    BalasPadam
  79. Tanpa Nama3/1/11 6:17 PTG

    syok giler jaln citer ni...hehe...
    thniah kpd penulis...
    all the best...gud luck...keep it up!!
    like it very much...

    BalasPadam
  80. good job..
    best citer nie..
    teruskan berkarya buat penulis.. all the best...

    BalasPadam
  81. Tanpa Nama4/2/11 3:03 PTG

    best sgt...

    BalasPadam
  82. Tanpa Nama3/3/11 1:37 PG

    kredit to you lah....:)

    BalasPadam
  83. cam siot je amsyar 2...
    btw,,,i like ur karya...
    thumbs up 4 u...:)

    BalasPadam
  84. sya btol2 ska story ni..
    mmg bez la...
    kisah dia mgingatkn sya betapa pntingnya sesuatu hbungan tersebut..
    gud job..
    keep up..

    BalasPadam
  85. bestttttttt

    BalasPadam
  86. Tanpa Nama5/6/11 4:12 PTG

    wah bnyk responds........but mmg diakui cite n mmg best...keep it up
    good luck

    BalasPadam
  87. cita nie best sgt..!! s0 sweet...

    BalasPadam
  88. best cter nie hehe mcm name sy jer

    BalasPadam
  89. good job writer. cerita yang sangatsangat sweet. :)

    BalasPadam
  90. wow ! speechless.. wonderfull story.. tahniah kpd penulis.. i love the story :DD

    BalasPadam
  91. Tanpa Nama4/7/11 4:41 PTG

    jtuh cnta ngn shafiq..huhuhu

    BalasPadam
  92. best cte nh....nama heroin sama ngn nama i....teruskan hasilkan cerpen yang lebih menarik. kalau buat novel terus pun, i confirm beli. i love syafiq.

    BalasPadam
  93. aku name aina.. ex aku syafiq.. tapi die yg da curang.. haha so jgn sonok sgt la bace.. ==' haha

    BalasPadam
  94. haha!!!emg bez btol ctew ny..
    ske n enjy ngat..

    BalasPadam
  95. Tanpa Nama7/9/11 1:14 PG

    sy ske citer nie..
    n mostly sy ske wtk syafiq..
    sb wtk dy jrg djmpai in reality..
    he so gentleman..
    i hope will find it(fiq's chrcter) soon..
    i wish..

    BalasPadam
  96. cubala aku dapat laki macam tu..ermm

    BalasPadam
  97. Huu~ cerpen ni best sangat !
    Nama Am tu sama dengan someone yang saya minat :)
    Tapi Am ni baik. hehe.

    BalasPadam
  98. bagus cter nie wat kan raami laki kat luar tu tolong la hargai wanita

    BalasPadam
  99. best ~~ :)

    BalasPadam
  100. memang sakit ati bile kite dipermainkan...

    BalasPadam
  101. syafiq..nice guys...can i hv someone like him?? btw, penulis mmg berbakat.. tip top!

    BalasPadam
  102. besnyeeerrr ctew nie..rse tharu..n bhgie jgk...tetbe trgt smeone yg pnh hdir dlm hdup nie n pnh kcwe..n smp skg still sgle..;(

    BalasPadam
  103. ctew nie mmg bes n tharu rsenyer....blew ktew stia owg bt ktew cmtue....tp bgs ctew nie cz ad syfiq yg blh bt aina bhgie...not like me....first love n break..now i never accpt smeone cz my heart broken...

    BalasPadam
  104. whoa.. citer dah sama mcm kes saya.. nama watak pown sama jugak.. mcm mane ek?? salute lah..

    BalasPadam
  105. Tanpa Nama9/1/12 7:48 PTG

    bolelaaaa....dah slalu citer ccam nie...tp ok laaaa....keep it up

    BalasPadam
  106. dhia nadya12/1/12 1:44 PG

    best cter nie..:)

    BalasPadam
  107. good bngettttt......

    BalasPadam
  108. Tanpa Nama7/6/12 3:24 PTG

    WAU..BESTNYE CITE NIM
    terkelu
    sedih
    tragis
    terbaikk la
    tulis la lagi
    mesti lagi best

    BalasPadam
  109. Tanpa Nama4/7/12 7:29 PTG

    wawawawa.. Ase nk sepak je amsyar tu!!!.. Best gleee.. I like!!

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan