Ahad, Oktober 04, 2009

Cerpen : Maafkan Daku

Nama Pena : komie aroon

"DIRA,listen to me.You dah salah faham..I dengan Nisa tak ada apa-apa." Zafirul berusaha menerangkan perkara sebenar kepada kekasihnya.

"Apa you cakap ? Tak ada apa-apa ? Jadi selama ni you dengan I….", soal Nisa yang baru menghampiri mereka apabila melihat kekasihnya sedang memujuk rayu bekas kekasih.

"Nisa.. I’m sorry for saying this,sebenarnya selama ini I hanya gunakan you untuk buat Dira jealous..I tak pernah pun sukakan you..I minta maaf."Melopong Nisa mendengar pengakuan Zafirul yang tergagap-gagap menjelaskan perkara sebenar.Patutlah, orang yang tidak pernah melayannya selama ini tiba-tiba sahaja menghadiahkannya sekuntum bunga dan menjalin hubungan dengannya.Rupa-rupanya semua itu adalah mainan Zafirul belaka.Merah padam mukanya menahan marah dan malu.

"Zaf,apa yang you buat ni langsung tak patut,you tahu tak?Apa you ingat kalau you buat macam tu kita dapat sambung hubungan kita balik?You silap Zaf,malah sekarang ni I dah bertambah benci pada you."Dira berpaling untuk melangkah pergi.

"Dira,please forgive me Dira,I buat semua ni semata-mata kerana I sayangkan you."Zafirul cuba mencapai tangan Nadira.Nadira yang agak marah ketika itu merenggut tangannya dan menolak Zafirul , nasib baiklah Zafirul dapat berpaut pada penghadang, kalau tidak dia mesti sudah jatuh ke atas jalan raya.

Tetapi tiba-tiba sahaja Nisa pula menolaknya dengan kasar.Marah betul dia pada Zafirul,tanpa mereka sedari sebuah kereta meluncur dengan laju sebaik sahaja Dira ingin melangkah.Zafirul yang sudah terjelopok ke tanah terkejut dengan kehadiran kereta di hadapannya,dia cuba untuk bangun semula tetapi semuanya sudah terlambat.Kereta itu terlalu laju dan beberapa minit kemudian..‘bam’..Zafirul terpelanting ke pembahagi jalan.

Nisa tergamam.Dira berpaling semula, alangkah terkejutnya dia apabila melihat darah memercik di muka Zafirul.Bagaikan hysteria dia menjerit..

"Zaf….!!".Pantas dia berlari ke arah Zafirul yang terkulai.Nisa berdiri kaku di tempatnya,tidak tahu mahu berbuat apa.Kalau dia lari sudah tentu orang akan mengesyakinya,melihatkan tiada saksi di situ,dia mendapat akal.Walaupun begitu,dia tidak tahu sebenarnya mereka bukan hanya bertiga tetapi berempat,dari jauh seseorang sedang memerhatikan mereka.Seseorang yang yang boleh dikatakan begitu rapat dengan Nadira.Namun dia tidak berbuat apa-apa selain memerhatikan sahaja.

"Apa kau dah buat ni Dira..kau nak bunuh dia ke ?".Dengan mata yang layu Zafirul merenung tajam ke arahnya.Dia cuba untuk berkata sesuatu kepada Nadira tetapi Nisa terlebih dahulu bertindak.Dia menyuruh pemandu kereta yang melanggar Zafirul tadi mengangkatnya dan menghantarkan mereka ke hospital.Pemandu yang mula kelihatan resah dan berpeluh itu menurut sahaja.

***************

TOK..tok..tok..pintu bilik berbunyi.Sara tersentak.

"Masuk..",daun pintu terselak.

"Sara..kita orang nak pergi lawat Zaf kat hospital.Lepas tu nak pergi jenguk Dira dekat rumah dia..kau nak ikut tak?"soal Zizie yang risau melihat keadaannya yang berubah menjadi pemurung dan tidak ceria seperti dahulu iaitu semenjak Zafirul di langgar dan Nadira menjadi kurang siuman.

Sara hanya menggeleng kepala kemudian berbaring.Zizie hanya menggeleng dan keluar semula.Sejak peristiwa tersebut Sara belum pernah pun melawat Zafirul dan Nadira walaupun Nadira adalah kawan karibnya.

Bagi Sara pula,masakan dia dapat menghadapi dan melihat keadaan Nadira kerana sampai sekarang pun dia tidak dapat menolong kawan karibnya itu.Dia rasa amat bersalah dan kadang-kadang terasa seperti mengkhianati Nadira tetapi dia terpaksa.‘Dira maafkan aku,aku memang sahabat kau yang tak berguna’.

***************

"DIRA,Dira tahu tak..hanya Dira yang Zaf sayang.Tak ada orang lain yang dapat ganti tempat Dira di hati Zaf..I love you."ucap Zafirul ikhlas sambil menggenggam tangan Nadira.

"Dira tahu Zaf..Dira pun sayangkan Zaf.Selama-lamanya cinta Dira hanya untuk Zaf seorang aje."Dira menghadiahkan senyuman yang cukup manis kepadanya.Tiba-tiba Zafirul meleraikan genggamannya dan bangun. Nadira berasa pelik. Zafirul senyum lalu berpaling. Beberapa minit kemudian dia ghaib.

Nadira berasa tidak sedap hati.Dia bangun dan berlari mengejar jejak Zafirul tadi tetapi hampa,Zafirul sudah hilang entah kemana.Dia mula panic,takut bila ditinggalkan keseorangan di situ.Tiba-tiba dia terdengar seseorang menjerit memanggil namanya.Dia terkejut.

"Dira…kau..kau bunuh anak aku..kau bunuh anak aku..".Satu penampar hinggap ke pipi Nadira.Terasa berbekas pipinya. Zarimah,mama Zafirul menarik tangannya pula menuju ke satu tempat.

"Kau tengok apa yang kau dah buat pada anak aku.Anak aku mati sebab kau..kau yang tolak dia..kau!"jerit Zarimah lagi.Nadira terduduk di sisi Zafirul yang berlumuran darah,kaku..langsung tidak bergerak.

"Dira..kau memang tak berhati perut..kau bunuh Zaf sebab dia dah tak cintakan kau..dia cintakan aku..kau bunuh dia.."Kedengaran pula suara Nisa.

"Tak …aku tak bunuh dia..aku sayangkan dia..aku tak bunuh dia.."jerit Nadira pada Nisa.

"Tepi kau..tepi,kau tak layak nak pegang anak aku..kau pembunuh..!" Zarimah menolak tubuh Nadira ke tepi.

"Mak cik..maafkan Dira mak cik..Dira tak sengaja mak cik..Dira tak sengaja tolak Zaf..maafkan Dira mak cik.."rayu Nadira tetapi dia tidak di pedulikan.

"Zaf..bangun Zaf ..bagitahu semua orang Dira tak sengaja Zaf..Zaf..Zaf….."

Nadira terbangun dari mimpinya.Dengan termengah-mengah dia beristighfar.Kemudian disentuh pipinya yang sudah basah dek air mata . Dia termenung seketika,‘Zaf..maafkan Dira..Dira tak sengaja’.

Beberapa minit kemudian,dia bangun dan menuju ke bilik air.Niatnya mahu membersihkan diri dan sujud kepada Allah swt.Alangkah menyesalnya dia selama ini kerana telah mengabaikan suruhan Allah semenjak peristiwa Zafirul di langgar dan di pulaukan oleh keluarga Zafirul kerana menganggap dia sebagai penyebab Zafirul terlantar di hospital dan di sahkan koma akibat pendarahan di dalam kepala walaupun pihak polis belum pasti punca kemalangan tersebut kerana berlaku sedikit songsangan pada pengakuan saksi iaitu Nisa.

Nadira menghadap Tuhan memanjat doa agar di panjangkan umur Zafirul dan sedar dari koma untuk merungkaikan segala persoalan.

***************

KEESOKANNYA Zizie menceritakan kepada Sara bahawa Nadira sudah sembuh dan bertanyakan khabarnya.Jelas terpancar riak gembira di wajah Sara.Bersyukur kerana Nadira sudah kembali normal.Namun begitu dia masih belum bersedia untuk menghadapi Nadira.Kata-kata ugutan Nisa masih segar di ingatannya

Pada hari itu di dalam tandas wanita di kolej mereka..
"Hei.. Nisa apa yang kau dah buah ni hah..kau cuba nak letak kesalahan kau pada Nadira ya..kau ingat aku tak tahu,kau yang tolak Zafirul hari tu.."terkejut Annisa apabila dengan tidak semena-mena Sara menolaknya.Lagi bertambah rasa terkejutnya apabila Sara mengetahui cerita sebenar.

"Kau pun ada kat sana hari tu?"bulat mata Nisa memandangnya.

"Apa lagi yang kau tahu?"soalnya lagi .Peluh sudah merecik.Kalau polis tahu cerita sebenar sudah pasti dia akan di penjarakan.

"Aku tak kan lepaskan kau Nisa.Kau yang bersalah,bukannya Dira."Sara melangkah ingin keluar dari tandas itu.

"Nanti dulu Sara..kau jangan lupa siapa yang biaya pelajaran kau kat sini.."

"Aku peduli apa ?"‚Sara terus ingin melangkah tetapi di halang oleh Nisa

"Kau peduli apa ?"soal Nisa mengejek kata-kata Sara tadi.

"Hoi…kau jangan berlagak tau.Kalau bukan sebab ayah aku yang bayar semua yuran kau,kau tak kan dapat belajar kat sini tau.Nak jejakkan kaki pun belum tentu lagi.".Sara terdiam,dia sedar siapa dirinya di mata Annisa.

"Kau dah lupa ? Kau tu anak terbuang.Mak bapak kau yang buang kau.Entah dekat tong sampah mana ayah dengan mak aku kutip kau.Kau nak aku bagitahu semua orang yang kau ni anak luar nikah ?".Alangkah terkejutnya Sara apabila mendengar kata-kata Nisa itu.Matanya terbuntang luas.

"Hoi anak luar nikah".Sengaja Nisa menekan kata-katanya untuk menyakitkan hati Sara.

"Kau dengar sini baik-baik.Kalau kau cuba nak bagitahu orang lain terutama Dira tentang rahsia ni,aku tak akan teragak-agak nak bagitahu seluruh kolej ni tentang asal-usul kau.Atau pun kalau kau tak kisah, aku boleh bagitahu seluruh dunia ni…siapa kau yang sebenarnya."Nisa memandang Sara dari atas ke bawah dengan riak wajah yang memaparkan kejelikan.Sara tidak dapat membendung perasaannya.Matanya memerah,dadanya juga turun naik menahan sebak.

"Kalau kau rasa kau sedar diri,kau akan faham maksud aku dan kau akan tutup mulut kau yang becok tu"ucap Nisa sambil menyentuh bibir Sara dengan jari telunjuknya.Dia tersenyum sinis.Air mata Sara pula sudah mengalir deras.

Nisa keluar dari tandas tersebut sambil ketawa kuat.Dia juga sengaja menghempas pintu dengan kasar.Sara tersandar di dinding dan menghamburkan seluruh kedukaannya terhadap kata-kata maki dan ugutan Nisa tadi.

***************

"SARA,"jerit seseorang memanggil Sara yang berada dihadapan.Sara pantas berpaling,dia begitu terkejut lantas berpaling semula ke hadapan.Tiba-tiba dia berasa gentar pada ugutan Nisa pada hari itu.

"Sara…"panggil Nadira lagi sambil memegang bahunya.Sara perlahan-lahan berpaling dan menguntum senyum yang nampak seperti di paksa-paksa.Nadira tetap membalas senyuman rakan baiknya itu.

"Kau apa khabar ? sihat ?",soal Nadira kemudiannya.Sara terkedu,sepatutnya dia yang bertanyakan soalan itu kepada Nadira.Sudah berbulan-bulan,sejak peristiwa Zafirul dilanggar,dia tidak pernah menjenguk Nadira.

"Sara…"panggil Nadira lagi untuk kali yang ketiga.

"Dira…aku nak minta maaf sebab langsung tak jenguk kau sejak.."

"Dahlah Sara.Aku faham perasaan kau.Kau tak sampai hati nak tengok keadaan aku yang tak terurus kan?".Sara diam,mengangguk tidak,menggeleng pun tidak.Namun dalam hati,dia mengakui kata-kata Nadira.Dia bukan sahaja tidak sanggup melihat keadaan Nadira malah dia turut berasa bersalah kerana terus-terusan menyimpan rahsia.

"Kau dah sihat Dira ?".Sara bertanya juga soalan itu akhirnya kepada Nadira.

"Alhamdulillah, Sara.Tuhan dah bagi aku petunjuk.Dia nak aku sedar yang tak guna aku nak meratapi sangat apa yang berlaku pada Zaf.Apa yang perlu aku buat adalah berdoa supaya Zaf cepat sedar dari koma.Dan…beritahu apa yang sebenarnya berlaku pada hari tu."ucap Nadira sayu seakan membayangkan semula apa yang telah berlaku kepada Zaf.Sara tergamam,dia turut menyaksikan kejadian ngeri itu.Bagaimana Nisa menolak Zaf dan Zaf terjatuh ke atas jalan raya lalu dilanggar oleh sebuah kereta.Kemudian,Nisa meletakkan semua kesalahan itu di atas bahu Nadira.

Apakah aku patut memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Nadira ?.Sara berasa teramat bersalah.Dia memandang wajah Nadira yang sedang mengelamun jauh.Riak wajah Nadira memaparkan kesedihan.Tiada lagi lawak jenaka yang keluar dari bibir mungil Nadira untuk menceriakan keadaan.Ya,aku patut beritahu dia sekarang.Aku tak peduli tentang Nisa.Sara nekad.

"Dira…"Dira berpaling.Sara menelan liur.

"Dira..aku.."

"Sara…"panggil Nisa kuat.Sara terkejut.Nadira berpaling ke arah suara tersebut.Dilihatnya Nisa berjalan dengan agak laju ke arah meraka.Wajahnya sedikit cemas dan marah namun,dia tidak sedikit pun memandang wajah Nadira.

"Aku nak cakap sikit dengan kau,"ucap Nisa agak kasar.Sara terkaku.Dia tidak sedikit pun memanggung kepala.Akhirnya,Nisa merentap lengannya dan menariknya pergi dari tempat itu.Berkerut dahi Nadira melihatkan situasi itu.Pelik kerana walaupun Sara dan Nisa sepupu tapi Nisa tidak pernah bercakap dengan Sara di kolej selama ini.

Nisa menarik Sara sehingga ke belakang bangunan.Dia menolak badan Sara kemudiannya.Sara hanya diam diperlakukan sebegitu.

"Apa yang kau cuba nak buat hah?".Nisa menjerit.

"Kau cuba nak bocorkan rahsia aku ya…"marahnya lagi.

"Hoi anak luar nikah..Kau dah lupa apa yang aku pernah cakap kat kau selama ni?. Kau nak aku ulang sekali lagi.Hah ?"herdiknya pula.

"Hei,anak luar nikah.Anak pungut,anak setan.Menyusahkan mak ayah aku.Dahlah mak engkau tu mengandung tak berlaki.Lepas beranak pulak mampus..Menyusahkan mak ayah aku pulak nak menjaga makan pakai kau.Kau ni tak reti nak berterima kasih ke hah.!Apasallah kau tak mampus sama dengan mak kau tu.Barulah kau tak menyusahkan hidup orang ".Nisa terus mencaci Sara sambil menunjal-nunjal dahi adik sepupunya itu.Sara tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menangis.Sedikit pun dia tidak melawan.

"Lepas ni kalau kau cuba dekat lagi dengan Dira..atau kau cakap apa-apa kat dia.Siap kau".Nisa mengugut lagi sambil menundingkan jarinya ke muka Sara sebelum melangkah pergi.Dia berasa puas.

Pandangan Sara kabur.Dia memerhatikan Nisa melangkah pergi dengan kesedihan yang teramat.Sampai hati Nisa mencacinya dengan sedemikian rupa.Bukan kehendaknya untuk dilahirkan tanpa bapa.Bukan kemahuannya dilahirkan sebagai anak luar nikah.Dan bukan keinginannya untuk hidup dengan menyusahkan orang lain.Dia tidak mahu..

Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangisan.Sara duduk mencangkung dan menekup muka.Dia menangis semahu-mahunya. Tiba-tiba,seseorang menyentuh bahunya.
"Sara…"suara garau itu mengejutkannya.Pantas dia memanggung kepala.

***************

"Aidil".Sara bersuara.Dia terperanjat.Aidil berada di situ.Adakah Aidil telah mendengar segala-galanya ? Adakah Aidil telah tahu kesemuanya ? Adakah Aidil telah tahu yang dia sebenarnya adalah anak luar nikah ?.Alangkah malunya dia.

"Are you okay ?"tanya Aidil.Sara diam.

"Of course you’re not.I’m sorry "ucap Aidil kemudiannya.

"Awak….awak dah…".Sara tidak sanggup untuk mengatakannya.Dia sebenarnya mahukan kepastian andainya Aidil mendengar segala-galanya.Aidil mengangguk.Sara tersandar di dinding.Kakinya tidak dapat bertahan lagi.Aidil segera mendapatkan Sara dan memegangnya.Sara menolak.

"Jangan pegang saya Aidil.Saya kotor.Darah yang mengalir dalam badan saya ni adalah darah yang kotor.Jangan dekat dengan saya.Awak akan rasa jijik nanti."

"Sara,apa yang awak cakap ni.Saya langsung tak terfikir macam tu."

"Awak dah dengar semuanya kan.Awak tentu tahu apa itu anak luar nikah.Anak yang lahir dari hubungan yang haram.Anak yang tak sah tarafnya.Saya..anak luar nikah".Sara mengulang-ulang ayat tersebut walaupun pedih untuk dilafazkan.

"Sara..jangan cakap macam tu.Walau apapun yang telah terjadi. Bukan awak yang sepatutnya dipersalahkan.Saya tahu awak pun tak ingin jadi macam ni kan."pujuk Aidil.

"Kalau ada pun yang bersalah.Orang itu sudah tentunya bukan awak tapi emak dan ayah awak yang sepatutnya di persalahkan."tambahnya lagi

"Tapi dia orang dah tak ada dan saya yang terpaksa tanggung kesalahan dia orang.Awak tak tahu apa perasaannya menjadi anak luar nikah ni Aidil.Awak tak rasa apa yang saya rasa."

"Memang saya tak faham tapi tak patut awak berfikiran macam ini.Awak rasa diri awak jijik yang pada zahirnya tidak.Awak tak buat apa-apa pun"

"Tapi Nisa tak fikir macam tu Aidil.Dia caci saya,dia herdik saya.Dia pandang saya dengan penuh jijik"

"Pedulikan Nisa,Sara.Dia yang bodoh,berfikiran sempit dan suka menuduh yang bukan-bukan.Tak guna awak fikirkan pasal dia sangat."Sara diam.Ada betulnya dengan kata-kata Aidil itu.

"Orang yang berbuat dosa adalah emak dan ayah awak Sara.Bukan awak.Jadi,awak tak payah rasa bersalah dengan semua ni"

"Sebenarnya Aidil.Emak saya tak bersalah dalam hal ni.Saya lahir kerana emak saya di rogol dalam satu peristiwa ketika rumah datuk saya di rompak 20 tahun yang lalu.Emak saya dirogol secara bergilir-gilir oleh perompak tu.Dan saya,saya langsung tak kenal siapa sebenarnya ayah saya"terang Sara.Dia tidak dapat menahan empangan air mata dari mengalir laju.Aidil terpempan dengan kenyataan Sara.

"Maafkan saya…saya tak tahu Sara".Sara tunduk. Aidil memberani-kan diri untuk mendekatinya lalu menyentuh pipi Sara. Dia menyapu air mata yang mengalir di pipi Sara dengan lembut.

"Dah lah Sara.Tak usahlah awak menangis lagi.From now onwards, you can fully count on me.Whatever your problem is.Okay,"lafaz Aidil bersungguh-sungguh sambil menatap wajah Sara.Sara terkedu,tiba-tiba dia terasa malu.

***************

"WHAT ? Jadi orang yang sebenarnya bertanggungjawab menjadikan Zaf macam tu selama ni adalah Nisa?".Sara mengangguk lemah.

"Kenapa awak tak beritahu perkara ni dari awal lagi Sara?"soal Aidil.

"Awak sendiri pun tahu kan macam mana menderitanya Dira sebelum ni sebab apa yang dah berlaku pada Zaf.Awak langsung tak simpati pada Dira ke ?".Sara diam.

"Awak akan kecewakan Dira nanti Sara.Awak nak dia benci pada awak ?".Sara memandang wajah Aidil yang kelihatan kecewa dengan tindakannya.Air matanya bergenang kembali.

"Saya minta maaf Aidil.Saya tak mahu terus simpan rahsia ni tapi Nisa ugut saya.Dia ugut yang dia akan bagitahu seluruh kolej ni yang saya adalah anak luar nikah.Awak sendiri tahu kan apa pandangan orang ramai pada anak luar nikah.Saya tak sanggup di caci,dihina Aidil.Saya tak sanggup."Aidil memandang muka Sara lalu menggapai tangannya dan digenggam erat.

"Saya tak kisah apa tanggapan orang pada awak Sara.Saya nak sentiasa ada di sisi awak.Saya nak jadi orang penting dalam hidup awak.Saya janji saya akan lindungi awak dan…saya akan sayangi awak"luah Aidil berterus terang.

"Betul ke apa yang awak cakapkan ni Aidil.Awak betul-betul sukakan saya.Awak tak takut orang akan kata awak ni bodoh sebab memilih saya ?"

"Orang ramai tak ada hak nak tentukan pilihan saya,jalan hidup saya.Hanya saya yang berhak untuk memutuskan dengan siapa saya ingin bersama.Dan orang itu adalah awak".Aidil menghadiahkan senyuman buat Sara.Dia membalasnya.

"Jom…"Aidil menarik tangan Sara.

"Hah…kita nak kemana ?"Sara yang terkejut terus mengajukan soalan.

"Kita cari Dira dan beritahu dia semuanya.."jawab Aidil.Sara terkaku.Dia serba-salah.

"Sara,awak jangan bimbang.Saya sentiasa ada di sisi awak. Hmm…". Sara mengangguk dan menguntum senyuman.Dia nekad untuk memberitahu Nadira segala-galanya.Nisa akan terima hukumannya.

***************
NADIRA masuk ke bilik wad persendirian itu dengan langkah perlahan.Sudah berbulan dia tidak melawat Zafirul selama dia terlantar koma.Ini kerana,Zarimah tidak membenarkan dia sama sekali menjenguk anaknya itu.Dia telah di hasut oleh Annisa yang menuduh Nadira sebagai punca kemalangan tersebut.Lantas,Nadira di benci olehnya.

Nasibnya baik pada hari ini kerana tiada seorang pun yang menemankan Zafirul.Air mata Nadira hampir menitis melihat keadaan Zafirul yang terlantar lesu di atas katil.Dia terpaksa bernafas dengan bantuan tabung oksigen.Nadira menekup mulut untuk mengelakkan tangisannya dari kedengaran kuat.Dengan perlahan-lahan, dia menghampiri katil.

Tangan Zafirul di capai dan dikucup lembut.Kemudian, dia mengusap rambut Zafirul.Zafirul seperti sedang tidur,langsung tidak terganggu dengan kucupan dan usapan dari Nadira.

"Zaf…maafkan Dira Zaf.Maafkan Dira.Kalau bukan sebab Dira, Zaf takkan jadi macam ni."

"Zaf…tolonglah sedar semula.Bangunlah Zaf, bangun dan katakan pada Dira yang Zaf maafkan Dira.Dira tak sengaja.Dira langsung tak ada niat nak tolak Zaf hari tu."

"Dira menyesal Zaf.Dira menyesal sebab tak mahu dengar penjelasan Zaf hari tu.Zaf…bangunlah..".

Nadira terus merayu dan merayu.Akhirnya dia mengalah, dia sedar yang Zafirul tidak akan bangun.Zafirul sedang koma.Dia tertunduk lesu dan memeluk badan Zafirul.Tiba-tiba…

"Dira…".Nadira terkejut, dia mengangkat wajah.Zafirul sedang memandangnya dan seperti berusaha untuk mengatakan sesuatu.

"Zaf….Zaf dah sedar."ucap Nadira agak teruja sambil menyentuh pipi Zafirul.Zafirul senyum kepadanya.Nadira menekup mulut.Dia begitu terharu.

Tanpa Nadira sedar,tiba-tiba pintu bilik terbuka dari luar.Tersembul wajah Annisa dan Zarimah di muka pintu.Annisa naik amuk.Dia melangkah laju ke arah Nadira dan menarik tangannya dengan kasar.

"Hei..kau buat apa kat sini.Tak cukup ke dengan apa yang kau dah lakukan pada Zaf hah ?"jerkah Annisa.Nadira terpempan.

Zarimah menghampiri Nadira dan menamparnya.Badan Nadira sedikit terdorong ke tepi.Nadira memegang pipinya yang berbinar.Rasa sakit mula menjalar ke wajah.

"Kau dah jadikan anak aku macam mayat hidup.Berani lagi kau datang sini ?Apa lagi yang kau nak buat ?Kau nak bunuh anak aku pulak ?"jerit Zarimah pula.Dia begitu benci melihat muka Nadira. Tanpa rasa puas,dia menghampiri Nadira lagi dan cuba untuk memukul gadis itu.Namun,tindakannya menjadi kaku apabila mendengar suara Zafirul memanggilnya.

"Mama…"panggil Zafirul lagi.

"Mama..tolong jangan pukul Dira ma.."perlahan suara Zafirul merayu kepada mamanya.

"Zaf…Zaf anak mama.Zaf dah sedar.."Zarimah pantas melangkah ke katil dan mencapai tangan anaknya lalu di cium bertalu-talu.Annisa pula tergamam apabila melihat Zafirul sudah sedar dan boleh bersuara. Dia bertambah terkejut apabila melihat mata Zafirul menyorot tajam ke arahnya.Dia memandang ke arah lain.

Annisa tidak betah lagi berada di situ.Dia berlari keluar dari bilik.Setelah keluar dari bilik,dia terduduk di kerusi yang tersedia di luar.Nafasnya termengah-mengah seperti di kejar hantu.Dia ketakutan.Dia bimbang sekiranya rahsianya bakal terbongkar.

Annisa mengambil keputusan untuk melarikan diri dari tempat itu.Dia tidak selamat berada di situ.Ngeri apabila membayangkan yang Zarimah akan menamparnya pula seperti dia menampar Nadira tadi setelah mengetahui cerita yang sebenar.Ketika dia hendak bangun,dia dihalang oleh beberapa orang yang berpakaian seragam berwarna biru gelap.

Terbuntang matanya bila melihat dua orang anggota polis bersama-sama dengan Sara dan Aidil.Dia tidak jadi hendak bangun dan terduduk semula.Salah seorang anggota polis yang berpangkat inspektor menunjukkan waran tangkap kepadanya.

"Cik Annisa disyaki terlibat dalam kes cubaan membunuh ke atas pemuda bernama Zafirul Azwan bin Mohamad.Cik terpaksa kami tahan atas Seksyen 307,Akta kanun keseksaan kerana cubaan membunuh.Sila ikut kami ke balai untuk disoal siasat ". Inspektor tersebut membacakan pertuduhan ke atas Annisa dan mengarahkan orang bawahannya untuk menggari pesalah.

Ketika Annisa di gari,Zarimah dan Nadira baru keluar dari bilik. Mereka berdua begitu terkejut apabila melihat situasi yang berlaku di hadapan mereka.Mereka dihampiri oleh inspektor tersebut.

"Puan,kami perlukan keterangan puan untuk soal siasat.Dan awak juga Cik Nadira.Sila ikut kami ke balai sebentar lagi.Boleh saya minta izin puan untuk melihat keadaan anak puan ?".Inspektor itu meminta kebenaran dari Zarimah.Dia mengangguk dan membawanya masuk ke bilik.

Annisa menjerit-jerit apabila di tarik oleh anggota polis yang menggarinya.Dia cuba untuk memberontak dan enggan berganjak.Dia memandang wajah Sara dengan penuh kebencian dan menghamburkan marahnya.

"Kau tak berhati perut Sara.Kau kenakan aku.Kau beritahu polis. Hoi,anak luar nikah.Aku akan pastikan kau hidup merempat selepas ni.Kau tak guna..tak guna…"jerit Annisa semacam orang gila sambil berusaha di tenangkan oleh anggota polis tersebut.Dia dibawa keluar dari kawasan hospital kemudiannya.

Nadira memandang wajah-wajah dihadapannya terutama wajah Sara yang redup dan sayu.Dia juga sedih melihat Sara di tuduh sebegitu. Sara mengangkat muka memandang Nadira.Berkerut dahinya menahan sedih.Bibirnya terketar-ketar seperti ingin mengatakan sesuatu.Nadira mencapai tangan Sara dan digenggam erat.

"Dira…aku..aku..Sebelum aku nyatakan semuanya pada kau,aku nak minta maaf.Sebenarnya…sebenarnya aku ada semasa kau,Nisa dan Zaf bergaduh hari tu.Aku saksikan kejadian tu dari jauh.Aku nampak apa yang Nisa buat pada Zaf tapi aku tak berani nak beritahu kau Dira.Maafkan aku..",luah Sara bersusah payah.Dia betul-betul berasa menyesal.

"Aku dah tahu semuanya Sara.."beritahu Nadira.Sara terkejut.Begitu juga dengan Aidil.

"Kau dah tahu ?"soal Sara.Nadira mengangguk dan mengerdipkan matanya.

"Aku nampak kau ada di tempat tu pada hari tu.Memang aku marah pada kau sebab tak jelaskan perkara yang sebenar tapi setelah aku dengar apa yang Nisa katakan pada kau beberapa hari yang lepas,aku mula faham kenapa kau tak berani nak beritahu aku.Aku pun akan rasa malu kalau rahsia yang aku tak mahu orang tahu akan terdedah. Aku tahu kau di ugut oleh Nisa."Sara diam,air matanya menitis lagi.

"Sebenarnya masalah kau lebih besar dari aku.Kau terseksa lebih teruk dari aku,Sara.Aku sedih tengok kau terluka dengan kata-kata makian dari Nisa.Dan aku buat keputusan untuk diamkan juga sebab aku tak mahu kau terus dihina."Air mata kedua-duanya gugur.

"Terima kasih Dira kerana jadi sahabat sejati aku.Terima kasih kerana sanggup berkorban kerana aku.Aku tak sekuat dan setabah kau."

"Sara..walau apa pun kau tetap sahabat aku di dunia dan akhirat.Persahabatan kita tak akan putus untuk selama-lamanya."

"Ya,persahabatan kita akan terus kekal walaupun salah seorang dari kita dah tak ada lagi di atas dunia ni suatu hari nanti.Walaupun begitu,aku tetap nak minta maaf atas kesalahan aku pada kau selama ini.Maafkan aku,Dira.Maafkan aku."
Nadira tidak dapat berkata apa-apa melainkan hanya mengangguk. Sara tersenyum puas hati dan menghulurkan tangannya kepada Nadira.Nadira menyambut tangan rakannya itu dan membawa ke dakapannya.Mereka berpelukan erat sambil berjanji seia dan sekata untuk tidak memungkiri perjanjian persahabatan mereka.

Aidil tersenyum meleret melihat adegan di hadapannya dan kemudian menyedarkan mereka.Masih ada seseorang lagi sedang menanti mereka di dalam sana…Zafirul.


- TAMAT -

38 ulasan:

  1. fully of love n friendship.. keep it up..

    BalasPadam
  2. boleh la...
    agak skema skit...

    BalasPadam
  3. huhu sy paling tak suka bab-bab rogol ni tapi ape pun cite ni best..

    BalasPadam
  4. cter ni da pnh kua laa...

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama6/10/09 4:58 PG

    betina xgune si zarimah tuh xde progress ke watak die?
    die rase malu ker, dira benci kt die ker...baru best sket..

    BalasPadam
  6. jln cte best + mnarik...
    ske sngt coz bnyk tntng frndship

    BalasPadam
  7. boleh tahan citenye..keep it up next time..

    BalasPadam
  8. lor..ape lak pgl die betine..ibu mane yg xsyg anak oii..
    da die termakan hasutan..serabut la time tu..da ank koma..

    papepun suke watak aidil..sweet sgt..

    -miss_purple-

    BalasPadam
  9. so sweet...i loike~

    BalasPadam
  10. cita ni best tapi macam tak da ending jaa.. cita ni penuh dengan kisah percintaan dan persahabatan yang sejati..sekarang ni mmg susah nak cari sahabat dan percintaan yang macam tu.saya suka membacanya walaupun permulaan agak sedih tapi klimaksnya membuatkan pembaca gembira.. teruskan usaha anda...ALL THE BEST FOR YOU..
    (by:reeya_91)

    BalasPadam
  11. nice story.all d best..;-)

    BalasPadam
  12. kesetiaan dlm persahabatan...kejujuran dlm percintaan..nice story.

    BalasPadam
  13. best citer nih..niceeeeeeeeee.......

    BalasPadam
  14. citer ni bez coz pnoh ngn love n frienship..
    i like it.
    coo cweet..
    sdeh pon ade gk..
    tp cam tergantung ar citer ni
    *******yunie_eman*******
    ****love 4 eva****

    BalasPadam
  15. nice and keep on going...dalam hidup xseindah mimpi yang datang...dalam persahabatan ada pasang surutnya...good luck!~

    BalasPadam
  16. cite yg best dan menarik..
    pengorbanan shbt kepada shbtnye..
    tbe2 rs sedih..
    btw,nice story n keep on writing.. :)

    BalasPadam
  17. best gler....bleh jd novel

    BalasPadam
  18. best2...dn mke c nisa....wt mlu kaum jeq........huhu....nice job...

    BalasPadam
  19. ieqa_farieqa3/3/10 5:10 PTG

    keep it up yr work..simple story but nice..

    BalasPadam
  20. msty si zarimah tu malu...... nak2 kalau si dira jadi anak menantu dye... lagi lah malu......

    BalasPadam
  21. w/pun pahit, namun Sara tetap membuktikan kebenaran & nilai persahabatan itu penting.
    Anak luar nikah x patut disalahkan, & jgn sesekali memandang hina anak luar nikah kerana x semua yg lahir itu daripada perbuatan yg kotor.
    Spt Sara, dilahirkan akibat diperkosa..Fikir2kan la...

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama6/4/10 2:02 PTG

    best..about frenship.byk sgt novel tntg cinta, smpai bosan bace.nisa lgsg xopen.bkn slh sara die lhir anak luar nikah.lgpun mk die diperkosa.bkn dgn kerelaan hati die.last2 x tunjuk pn reaksi zarimah.mst die malu kn??haha..aidil sweet sgt.

    BalasPadam
  23. cdey nyer!!!...cian sara,...nisa tu jahat cgt!!!nceb baek ar langsai,..
    lgpon bkn nisa tu yg berjasa!
    bapak dy,...hurrmmm,..

    BalasPadam
  24. sweeeeet sesangat...if it is not fantasy.....

    BalasPadam
  25. jalan cerita menarik...beri penekanan ckit kat watak mak zaf..pas tu kembangkan ckit cam nape zaf nak buat dira jeles..ok gak cte ni.keep it up.

    BalasPadam
  26. BESTNYA........

    BalasPadam
  27. sedih la cte nie..tmbh2 part zaf kena langgar, then koma n dira jd x siuman kerana x dpt trima hakikat..sy paling suka bab sara n aidil, ada sikap setiakawan ditonjolkan..walaupun sara dicaci, dihina namun aidil tetap terima n menyuruh sara gtaw hal yg sebenar

    BalasPadam
  28. boleh thn la.. aidil mmg sweet.......hehe

    BalasPadam
  29. not bad..well i like it..

    BalasPadam
  30. bes cita nie...nseb bek ending pown bes.....zafirul tuh x mati....;)))

    BalasPadam
  31. Tanpa Nama1/4/11 3:37 PG

    Cerita tak ada motivasi dan mengarut...macam sampah.

    BalasPadam
  32. Tanpa Nama7/4/11 11:08 PG

    BEST TAPI BIAR LAH HABIS KISAH PERCINTAAN ZAFIRUL DAN DIRA TU...

    BalasPadam
  33. layan je....nisa..nisa...nisa kenapa kau jahat sangat.....dah orang tak nak....sudah lah.....

    BalasPadam
  34. nice storyy :)
    FRIENDSHIP <3

    BalasPadam
  35. ikutkan yg jahat zaf..la...x baik beri harapan kat org...siap bg bunga2..kerana nak bg org dia suka cemburu..nisa adalah mangsa keadaan & dia pun x sangka yg zaf akn kene langgar...moral of the story jangan permainkan mana2 perasaan baik lelaki atau pun wanita..kerna bo mendorong kebencian..

    BalasPadam
  36. Tanpa Nama1/8/12 4:20 PTG

    OK.TAPI PERLU MENAMATKAN KISAH PERCINTAAN ANTARA ZAFIRUL DAN DIRA.ERTI PERSAHABTAN DALAM CITER NIE,MENARIK.YANG PALING SWEET AIDIL YANG SANGGUP MENERIMA SARA SEADANYA.

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan