Ahad, Oktober 11, 2009

Cerpen : Kau atau Dia?

Nama Pena : Ayumi Afiqah

Suasana dalam perpustakaan itu agak lengang. Tidak ramai pelajar yang datang untuk datang belajar di situ hari itu. Di satu sudut yang agak tercorot,kelihatan sepasang kekasih sedang berbual mesra sambil membelek belek buku di atas meja. Pandangan Ayuni jatuh tepat pada pasangan yang cukup terkenal di kampus itu. Pandangan yang mengandungi maksud yang tiada siapa yang tahu melainkan dia sendiri. Eyyad di depan yang sedang terkumat-kamit menerangkan sesuatu langsung tidak dipedulikan. Fokus terhadap pelajaran hilang sama sekali.
"Kau rasa macam mana?" soal Eyyad tiba-tiba. Dia mendongak memandang Ayuni. Gadis itu seperti langsung tidak mendengar kata-katanya. Dia menggawang-gawangkan tangan di depan mata Ayuni. Ayuni tersentak lantas pura-pura menyelak buku di tangan.
"Kau tengok apa? Daripada tadi aku duk pot-pet pot-pet, kau buat tak tahu aje." Eyyad menyoal dengan dahi berkerut. Perlahan-lahan Ayuni mendongak memandang Eyyad. Dia cuba barlagak tenang walaupun gelora di hati hanya Tuhan yang tahu.
"Tak ada apa-apalah," dalihnya acuh tidak acuh. Kening Eyyad terangkat mendengar jawapan itu. Dia tahu Ayuni berbohong. Peribadi gadis itu amat dikenali. Ayuni seorang yang periang, mustahil boleh menjadi muram secara tiba-tiba.
"Yuni, cuba cakap kat aku, kau fikir apa ni?" desaknya ingin tahu. Ayuni mengeluh. Sedar, dia tidak mungkin boleh berahsia dengan Eyyad. Eyyad sahabatnya dunia akhirat. Walaupun perkenalan mereka bermula di tahun pertama universiti, Ayuni dapat merasakan kemesraan antara mereka.
"Aku tengok tu..." Mulut Ayuni memuncung ke arah pasangan yang sedang duduk bersama itu. Eyyad memandang ke arah yang dimaksudkan. Barulah dia mengerti. Ayuni sudah lama menyimpan perasaan pada lelaki yang bernama Ilham itu, sejak di bangku sekolah lagi. Tidak disangka mereka akan bertemu lagi di universiti. Sayangnya, lelaki itu sudah berpunya. Sofea, gadis cantik yang telah berjaya menambat hati Ilham.
"Kau jealous" tanya Eyyad. Ayuni tdak menjawab. Hanya diam merenung buku di depannya.
"Kesian aku tengok kau, Yuni. Macam nilah, apa kata biar aku kenalkan kau pada Ilham. Nak tak?"
Spontan, mata Ayuni membuntang. Terkejut mendengar cadangan itu. Buklan tidak pernah Eyyad menyatakan cadangan itu. Sudah berkali-kali. Cuma dia yang belum bersedia. Lebih daripada itu, dia tidak mahu menjadi perampas.
"Tak naklah aku! Nanti orang tuduh aku perampas dia daripada Sofea pula," ujar Ayuni.
"Biarlah orang nak kata apa pun. Yang penting sekarang ni, hati kau. Sampai bila kau nak pendam perasaan kau tu?" Bersungguh-sungguh Eyyad menyatakah hujahnya. Ayuni terdiam. Hatinya berat mahu menerima kata-kata itu. Jauh di sudut hati, dia masih berasa gusar.
"Aku tolong kau, ya?" Eyyad mencuba sekali lagi. Ayuni mengeluh untuk kesekian kalinya.

Telefon bimbit berbunyi menandakan ada SMS masy=uk. Dengan gaya malas, Ayuni mencapai telefon itu dan membaca tulisan yang tertera di skrin.
\'Sorry ganggu. Just nak ucap good night.-Ilham.\'
Ayuni terkedu sasaat. Ilham? Ilhamkah yang mengirim mesej ini? Mustahil! Dia tercengang-cengang sebelum dikejutkan dengan deringan telefon.
"Hello..."
"Hello, Yuni... Macam mana? Ilham ada bagi apa-apa respon tak?" Kedengaran suara Eyyad di hujung talian. Entah kenapa, Ayuni dapat mengesan nada suara Eyyad yang kedengaran sedih.
"Respon apa?" Ayuni pura-pura tidak mengerti.
"Maksud aku, Ilham ada call atau SMS kau tak?" Eyyad bertanya lagi. "Aku dah gagitahu dia pasal kau," sambungnya.
"Hah?!" Ayuni ternganga. Terkejut mendengar berita itu. Bukankah dia sudah mengatakan tidak mahu? Kenapa Eyyad bertindak juga di luar pengetahuannya?
"Kenapa kau buat macam ni, Eyyad? kan aku dah cakap jangan?"
"Aku nak tolung kau, Yuni."
Ayuni mengeluh. Dia faham, niat Eyyad baik cuma dia yang belum bersedia.
"Dia ada SMS aku."
"Iya? Err... oh, baguslah!"
Ayuni pelik. Kenapa Eyyad tergagap-gagap?
"Kau layanlah ajelah dia," sambung Eyyad perlahan.
"Kau gila? SWofea macam mana?"
"Dia dengan Sofea dah putus."
"Hah?!"
"Dia tengah frust sekarang ni. Sorea main kayu tiga. Dia orang baru je putus. So, aku rasa time paling tepat kalau kau layan dia."
Ayuni tercengan. Baru putus dah cari orang lain? Adakah Ilham itu jenis lelaki hidung belang? Dia menggeleng-geleng, membuang prasangka itu jauh dari fikiran.
"Layanlah dia. Jangan nanti kau menyesaj=l bila orang lain dah kebas dia dulu sudahlah..."
Ayuni perasan, suara Eyyad semakin lama semakin perlahan. Langsung tidak bersemangat. Kenapa dengan dia? Ada masalahkah?
"Eh, okeylah Yuni! Aku ada hal ni. Jumpa lagi!\

DUA MINGGU KEMUDIAN...
Hubungan Ayuni dan Ilham semakin akrab. Ilham sering melayan Ayuni dengan baik. Cuma, Ayuni dapat rasakan kelainannya. Hubungannya dengan Eyyad tidak lagi seperti dulu. Eyyad sering mengelakkan diri daripada bertemu dengannya. Panggilan telefon tidak dihiraukan, SMS apatah lagi.
Ayuni bingung. Puas dia mencongak salah sendrir namun tidak ketemu. Adakah kerana dia selalu menghabiskan masa denagn Ilham hingga Eyyad merasakan dirinya tidak diperlukan lagi?
Hari ini, Ayuni nekad mencari jawapan. Awal-awal lagi dia sudah menuggu Eyyad di depan kafe. Dia tersenyum sebaik sahaja ternampak kelibat Eyyad. Pantas dia menghampiri. Namun, belum sempat dia mendekat, Eyyad terlebih dullu melarikan diri. Mungkin kerana tergesa-gesa, sebuah buku terjatuh dari pegangan. Ayuni cuba memanggil Eyyad namun lelaki itu sudah menjauh.

Ayuni merenung buku yang berwarba biru di atas neja itu. Entah kenapa, perasaan ingin tahu begitu membuak-buak. Lantas, helaian buku itu diselak.


4 JULAI 2009...
HARI INI AKU BERTEMU OLHAM UNTUK MEMBERITAHU TENTANG AYUNI. WALAUPUN AKU KECEWA, TAPI AKU TETAP TERUSKAN. KASIHAN AYUNI. DIA TERLALU MEMINATI ILHAM. WALAUPUN AKU SEDIH, AKU TETAP MAHU MEMBANTU DIA.

Ayat yang tertulis di dalam buku itu benar-benar memeranjatkan Ayuni. Nampaknya, ada sesuatu yang tersurat di sebalik semua ini. Helaian kedua dibelek lagi.

14 JULAI 2009...
HUBUNGAN AYUNI DAN ILHAM SEMAKIN AKRAB. AKU TUMPANG GENBIRA TAPI DALAM MASA YANG SAMA AKU TURUT BERASA KECEWA. AKU SAYANGKAN AYUNI LEBIH DARIPAPA SEORANG KAWAN. TAPI, HATI AYUNI TELAH TERKEBIH DAHULU DIMILIKI OLEH ILHAM. DISEBABKAN ITULAH, AKU NEKAD MENJAUHKAN DIRI. AKU TIDAK MAMPU TERUS BERPURA-PURA DAN BERLAKON DI DEPAN MEREKA. HATI AKU YANG TERLUKA TIADA SIAPA YANG TAHU. BIARLAH... ASALKAN AYUNI BAHAGIA...

Ayuni tergamam. Eyyad sayangkan aku lebih daripada seorang kawan? bermakna, Eyyad cintakan aku? Oh, tidak! Mulianya hati lelaki itu hingga snggup terluka demi melihat aku bahagia. Tapi, betulkah aku bahagia?

Ayuni sudah mengatur pertemuan dengan Ilham dan Eyyad. kepada Eyyad,da=itinggalkan SMS sahaja. terpulanglah padanya sama ada mahu datang atau tidak. Dia tidak mahu memaksa.
Ayuni tersenyum melihat kelibat Eyyad menghampiri. Ilham pula sudah lama tiba. Ayuni segera menyerahkan diari biru itu kepada Eyyad. Lelaki itu jelas kelihatan kaget.
"Kenapa kau tak bagitahu aku, Eyyad?" tanya Ayuni. Eyyad menunduk. Tidak berani menentang pandangan Ayuni
"Aku bukan sengaja, Yuni. Aku takut kau tolak aku," ujar Eyyad perlahan. Dia terasa kakalahan berada di pihaknya.
"Sepatutnya kau bagitahu hal ni diripada dulu lagi. Tak adalah aku tertunggu-tunggu."
Bicara Ayuni memeranjatkan kedua-dua insan yang mendengar. Pandangan kedua-duanya melekat di wajah Ayuni, mengharap penjelasan.
"Ilham, saya nak tanya awak. Apa tujuan awak berkawan dengan saya?" soal Ayuni pada Ilham.
"Terus terabg saya katakan yang saya sukakan awak. Saya sukakan awak lebih daripada kawanbiasa," jawab Ilham penuh yakin.
"Kau, Eyyad?" Ayuni beralih pada Eyyad.
"Aku... Aku cintakan kau, Yuni," ucap Eyyad tanpa ragu-ragu lagi. Meskipun kalah, sekurang-kurangnya dia sudah mencuba. Ayuni tersenyum, terharu mendengar ucapan tulus itu.
"Ilham, maafkan saya. Memang saya sukakan awak tapi hanya sebagai kawan," ujar Ayuni.
"Tapi kenapa?"
"Sebab... Saya cintakan Eyyad..."

43 ulasan:

  1. ada penjelasan x?
    aku blur....
    cam mn dia blh alih arah?

    BalasPadam
  2. ak pham sbb ape die pilih eyyad.sbb mse kahir tu eyyad ckp die cintakan yuni..ilham just kte sukakn yuni lebih dr kwn biasa..hehe..tu yg ak rse la kiwie..

    BalasPadam
  3. naperw pileh nme eyyad???
    pminat nvel MATAHARIKU kerw???
    nme Eyyad tue cdapkan???
    huhuhu..

    BalasPadam
  4. luv this story..tp lebey realistik kalu dipanjangkan sikit..

    satu nama tetap di hati..=)
    -miss_purple-

    BalasPadam
  5. nape pndk sgt citer ni..
    x puas baca la...
    nak wat smbngn ke...

    BalasPadam
  6. ok..memng best bce...
    tpi ingtkn Ayuni akn prgi jauh dri Eyyad sbb sdihnye bile kite anggp kwn tpi kwn agp kite lbih dr seorg kwn tak k ianya mroskkn sbuah prsahabtn??huk3
    tpi Ayuni pn suke Eyyad..oklh 2..
    good luck pnulis

    BalasPadam
  7. mula2 best tp last2 xbest dh.byk kesalahan ejaan.apsl xg tau jer awl2 die cinta kat Eyyad 2.

    BalasPadam
  8. story yang best but macam tak de kesudahan....

    BalasPadam
  9. Ayumi Afiqah21/10/09 9:59 PTG

    thanx fof komen... mmg name eyyad tu di ambil dr novel matahariku. ayuni tu plak name kwn sy.. dia mmg mnat eyyad.. sorila kalu de slah ke ape. insyaallah utk cite yg sterusnya sy akn buat yag terbaek...:p

    BalasPadam
  10. cite ni best..
    tapi kena pnjgkn lg..

    BalasPadam
  11. eyyad.. sdpnyer nama... he3..

    BalasPadam
  12. er asal ending cer nie mcm bodo2 jerw...
    boleh plak tibe2 berpaling arah....
    minah tu giler ke aper???
    nama jer sedap tapi cerita hampeh....

    BalasPadam
  13. x bezz lngsung!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  14. haaa..
    cmna plak ayuni blh ckp yang dia cintakan eyyad.. tiada tanda2 pun..

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama6/2/10 11:40 PG

    Best ak ske wtak eyyad..kwan sjati..

    BalasPadam
  16. mcm xde ksudahn je...try pjgkn ag cite nie...mcm plik je...

    BalasPadam
  17. mcm tah ape2 je endingnye..
    kelam kabut sgt la..
    anyway..good job writer...
    keep it up..!!!

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama1/5/10 4:07 PTG

    nant kalo ltak name cerpen baru..letak nme ain ngan sabereen.....tau....

    BalasPadam
  19. bez gler ctew....tp cian gak kat ilham...kta msty plh seseorng yg cnggop b'krbn dmy kta....

    BalasPadam
  20. Aku Budak Simple4/7/10 4:02 PTG

    bez.....tp ringkas sgt la citer nih..
    xdpt nk feeling...
    pape pn okey la..
    keep it up!!!

    BalasPadam
  21. cam 2 jew x lojik hee............

    BalasPadam
  22. pendek sangat jalan cerita dah sampai klimaks cerita, takkan takda apa-apa cabaran, lurus je terus happy ending

    BalasPadam
  23. ermm..your story is nice..but then it is too short and please, please.. be careful with your grammar and spelling..it jeopardizes the whole story..

    BalasPadam
  24. cite ok tp ade kekurangan..
    boleh diperbaiki...
    cube lagi... hope lgi best dari nie..
    all the best..

    BalasPadam
  25. best juga lah..but terlalu simple..ajaan kena d'perbaiki..:)

    BalasPadam
  26. betol2 shida... bnyak yg salah ejaan tau... citenye ok but too simplelah. tapi tahniah pada pena sbb dpt hasilkan cerpen yg agak menarik..... BESTTTTTTTTTTTTT

    BalasPadam
  27. cte npe ni....
    x fhm lngsng????????
    dgn ejaan nya ad bnyk slh.....
    pape pn gud luck....
    trs kn mncba k...
    :) -H33 Yn6mT-

    BalasPadam
  28. em..sory 2 say..bleh la..tp idea ad..cme cne ayuni bleh tbe2 beralih arah..cm plik kt c2..ap2 pown ok..

    BalasPadam
  29. simple! tpi best!
    mmg dah agak yg Ayuni akn plih Eyyad.
    kalau dpat kwan mcam Eyyad, mmg bertuah btul..
    sggup brkorban utk kbhgiaan kwn sndri!

    BalasPadam
  30. Tanpa Nama1/1/11 3:05 PTG

    btol3!!simple tp best sesangat!!chaiyyok ayumi!!

    BalasPadam
  31. Tanpa Nama1/1/11 4:19 PTG

    bole ar cite ko ni...
    tp laen kli dpt ubh ckit....
    tok jd lbeh mnarek...

    BalasPadam
  32. ok jer .tp ,ending dye kureng phm kit .
    ~afie

    BalasPadam
  33. simple sgt cterr nii...
    keep in touch ek..
    (~_<)

    BalasPadam
  34. Tanpa Nama3/6/11 9:57 PG

    ok..cuma pendek lah cetanya..takpah teruskan usaha anda....

    BalasPadam
  35. la... dah abis ke? nape x cite sikit kenapa sayang ayuni beralih arah... macam mane ayuni sedar dia cintakan eyyad... sbb bace diari eyyad ke?.. kompius aku.... ape pe pun cite sdp!

    BalasPadam
  36. terrbaikkk <3

    BalasPadam
  37. hahahaa ! okay okay :)

    BalasPadam
  38. wah menarik bgt she
    tapi klo saya pumya tmn kye eyyad wah pasti nak bgt yuh..
    pasti gue bahaGIA mat lh

    BalasPadam
  39. best gak cta ni..

    BalasPadam
  40. this story is too short
    and a bit nonsense. i guess.

    BalasPadam
  41. banyak kesalahan ejaan tolong betulkan... Ejaan macam budak sekolah rendah jer...

    BalasPadam
  42. Kenapa dengan penulis ni... ejaan tunggang langgang. Sepatutnya eja sofea ni pergi eja sorea. Ilham pula jadi olham... ingatkan tersalah taip ker apa.. Baru jer rasa best tetiba rasa nak marah pula...Tak taulahh... Rasa macam tak best jer... p\s:- kalau nak buat cerpen lagi nanti ejaan pastikan betul sebelum hantar\send. Buat semakan berkali-kali.. Semoga anda dpt perbaiki lagi karya anda.. Selamat berkarya..

    BalasPadam
  43. best ni cerita tp ending dia kelangkabut...

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan