Ahad, Oktober 04, 2009

Cerpen : Diary Seorang Member

Nama Pena : Kucing Itam

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama, Tahun 2002…

"Eton… Jumpa lagi!!!" Teriak aku dari koridor kelas 1 Bakti.

Eton melambai-lambaikan tangan sambil mengesat air mata yang berjurai. Dari jauh aku melihat Eton bersama ibunya keluar dari pintu gate sekolah. Melihatkan wajah Eton yang merah menyala dengan air mata yang tak berhenti mengalir, membuatkan aku turut bergenang air mata… Tak dapat nak menahan sebak di dada melihat Eton pergi…

Farhatun Nadhrah Bt. Abbas… Pemilik nama ini aku kenal sejak darjah 5 lagi. Ketika itu kami bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, classmate dan jugak bersama-sama menyertai ‘Geng Bas Sekolah 29’ (Kitorang yang mengasas cerita GBS tu sebenarnye… Heheh…). Aku suka kawan dengan dia sebab dia sangat sempoi, mudah didekati, baik, kelakar dan tak gedik/mengada-ngada… Eton dikenali kerana perwatakannya yang agak ‘tomboy’ dan disebabkan keaktifan beliau dalam aktiviti kokurikulum… Beliau jugak ‘master’ dengan sukan Bola Jaring dan Bola Baling. Aku tak kisah kalau dia tomboy pun, malah aku bangga dapat kawan yang best macam dia… Lagipun, pe’el aku pun lebih kurang macam dia jugak… Kalau nak cakap pasal bab lasak tu… hehehe… Kalau nak cerita pasal ‘dressing’ si Eton ni, paham-pahamlah… Kate tomboy… adelah skit-skit macam laki… Rambut pendek… Dan sebagainye…


"Mashitah, nanti ko masuk jadi pemain eh… Ko amik position ‘mid field’… Aku nak ko masuk, sebab ko ganas… Senang nanti nak belasah orang… Hehehe…"

"Serious ke? Aku tak pernah main Bola Baling…"

"Takpe, ko boleh punye! Nanti aku ajarla…"

Minggu depan sekolah kami akan mengadakan pertandingan Bola Baling Inter-class yang dibahagikan kepada kategori Bola Baling Lelaki & Bola Baling Perempuan… Setiap kelas akan berentap sesama sendiri untuk mendapat gelaran Juara. Aku tak sangka yang aku jugak akan bermain untuk kategori Bola Baling Perempuan, mewakili kelas aku yakni 5 Lily… Apelah sangat aku ni kalo nak dibandingkan dengan Eton, Epa & Izan… Diorang cukup berpengalaman. Tambah-tambah diorang ni kira macam ‘bintang sukan’ kat SKKT ni… Lagipun banyak lagi classmate kitorang yang ade, tapi aku jugak yang dipilih. Aku terharu sangat bile Eton percaya kat aku… Walaupun aku dah cakap aku tak reti main Bola Baling ni, tapi dia tetap bagi galakan kat aku… Terharu beb!

Aku jugak berbangga bila dapat bersama-sama diorang berentap melawan pasukan kelas 5 Ros, Melati, Kenanga, Dahlia, Cempaka dan Anggerik… Sebab diorang ni memang terel!(‘Terror’ la!) Pasukan 5 Lily jugak antara pasukan yang digeruni oleh kelas lain disebabkan penglibatan 3 ‘orang penting’ dalam pertandingan ini. Pasukan 5 Ros(kelas pertama) ialah ‘musuh ketat’ kami(kelas ketiga)… Tapi, mereka langsung tidak dapat membuatkan kitorang ‘kecut perut’… Buktinya, kelas 5 Lily berjaya menjuarai pertandingan ini… Cayalah! Selain itu, dengan adanya penganjuran pertandingan seperti ini juga telah memberikan aku pengalaman yang manis dan tidak dapat aku lupakan. Sebab masa tulah pertama kali aku sertai pertandingan seumpama itu, pastu menang plak… Hehehe… Terima Kasih kat Eton sebab percaya dan bagi peluang kat aku… Aku sangat menghargainya…

Itu antara kisah aku dan Eton kat sekolah rendah. Sekarang ni aku dan dia bersekolah di SMK Sri Utama… Kali ni kami tak jadi classmate, cume kami jadi jiran je… Dia berada di kelas 1 Azam, aku plak di kelas 1 Bakti… Kelas kami besebelahan, jadi senanglah untuk kami berjumpe… Bila time rehat pun kitorang sama-sama ‘melantak’ kat kantin… Huhuhu…

"Mashitah, tu kan budak yang pernah datang main bola sepak mase kite kat SKKT dulu…" Kata Eton sambil menunding jarinya kearah seorang ‘mamat’ yang tidak jauh dari kitorang.

"Ha’ah la… Dulu dia sekolah cina kan? Sape name dia eh? Bkn ko tau ke?"

"Name dia Imran… Dia kawan dengan budak yang name Syed dulu tu…"

"Ha’a… Syed… Budak yang cute tu kan… "

"Yep…"

"Ala… yang pakai jersi nombor ‘12’ dulu tu, takde ke? Heheheh…"

"Takde kot,"

Ah, sudah! Eton dah tangkap cintan dengan budak Imran tu… Aku tau, Eton dari dulu suka kat mamat rambut perang tu sejak pertama kali pasukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungei Way datang ke SKKT untuk menyertai pertandingan Bola Sepak antara sekolah-sekolah… Posisi Imran ketika itu ialah ‘goal keeper’… Hehehe…

Beberapa hari selepas itu, Eton bagitau aku bahawa diorang dah couple! Wah… Pucuk dicita ulam mendatang… Cayalah, Eton! Tak sangka rupenye si Imran tu pun ade hati kat Eton… Hahah… Rupenye beliau tak bertepuk sebelah tangan… Tahniah buat Eton! Dahlah si ‘I’ tu menjadi rebutan students perempuan, alih-alih Eton jugak yang bertuah… Pheewwiitt!! Yang lain tu gigit jarilah Nampaknye… Aku? No! No! No!... Not my taste! Cewah..!! Hahaha… Pastu plak, bile diorang dah couple ni, akulah yang jadi orang tengah. Sebab tu aku pun rapat gak dengan Imran ni… Lagi satu, kalau Eton ade problem mesti dia refer kat aku… Dari situ aku dapat tengok Eton happy bile dia bahagia dan menangis bila dia kecewa… Aku cuba menjadi pendengar yang setia dan turut merasai apa yang dirasainya… Imran pun banyak mintak nasihat dan pandangan daripada aku, mungkin dia rasakan aku lebih mengenali Eton…

Ada satu hari tu, si Imran bagi hadiah kat Eton berupa sebuah buku diary… Diary tu, Eton suruh aku simpankan untuk dia…

"Ko tolong simpankan ek, aku takut kalo letak kat umah aku nanti kantoi plak dengan mak aku… Mampos aku nanti!"

* * *

Aku dan Eton memang akrab… Maklumlah, dah kenal sejak sekolah rendah lagi… Bila aktiviti kokurikulum dah bermula, aku dan Eton join kelab yang sama yakni Kelab Pencinta Alam dan Kelab Bola Jaring… Konon-konon macam belangkas la… Bila dah join kelab yang sama ni, banyaklah pengalaman yang kitorang lalui bersama-sama… Susah senang kitorang bersama (SSKB…Haha…nak jugak!)… Aku happy sangat! Dan inilah pertama kali aku aktif dalam bidang Kokurikulum… Mase kat sekolah rendah, aku tak berpeluang nak aktif disebabkan kondisi kesihatan aku yang tak berapa baik + malas… hehehe…

Kadangkala, bila kita dah biasa, dah selesa, dah suka, dan gembira mesti ada sesuatu yang menghalang perkara-perkara tadi terus berlaku… Bukan nak menyalahkan takdir, tapi ini yang telah ditentukan oleh Qada’ dan Qadar… Nak atau tak, kita mesti terima jugak… Kerana setiap yang terjadi pasti ade hikmahnya…
Perkara yang tak dijangka berlaku… Ibu Eton nak pindahkan dia kat sekolah Sri Aman(Sekolah perempuan)plak… Tak sampai 2 bulan Eton berada di SMKSU… Bile aku tau berita yang tak best tu, terus aku rasa down… Sedih beb! Dah best-best sekolah kat sini, alih-alih nak pindah plak… aduiyai… Kenapa boleh jadi macam ni? Teruk sangat ke sekolah ni sampai mak dia tak nak dia belajar kat sini… Ape bagus sangat ke sekolah Sri Aman tu?

Dan… Ketika inilah saat itu tiba…

Aku masih berada dikoridor… Melihat Eton berjalan lemah keluar dari pintu gate sekolah… Mukanya merah… Banyak kali dia kesat air matanya… Aku yang melihatnya, turut merasai keperitan itu… Aku dah takde gang… Yang aku rapat dari sekolah rendah lagi… Eton, aku harap ko tak lupe kitorang kat sini…
Mujurlah dia hanya berpindah sekolah, tak berpindah rumah… Kira senang jugaklah nak jumpe dia… Sekolah Sri Aman tu pun tak jauh dari SMKSU… Aku selalu ajak Eton datang ke SMKSU… Join main Bola Jaring dan jugak join aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Pencinta Alam(KPA)… Yang bestnye, walaupun Eton dah jadi student sekolah perempuan tu, dia tidak rasa asing bila berada kat SMKSU… Semua mengalu-alu kedatangannya dan mengajak dia menyertai aktiviti disekolah… Walaupun, ada mata-mata yang tak puas hati melihat kehadiran Eton… kitorang tak peduli… Banyak kali aku pujuk Eton supaya dia tidak menghiraukan budak-budak dengki itu… Bila dah berlainan sekolah ni, tak dapat kitorang jumpe selalu… Ade sekali tu, Eton bagi surat kat aku… Ade jugak aku membalasnye…

"Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum,

Moshi-moshi! Ogenki desuka? Tulisan aku lagi lawa, boleh celen ker (He!He!He!). Dah lama aku tak dengar cerita hang, awat hah? Sebenarnye aku nak tanye banyak sangat! Soalan berikut ialah:-
1) Engkau dah makan ke blom?
2) Telefon hang dah mari ke, blom?
3) Aku marah gile kat hang
4) Ingat daku dalam doamu…

Eton, kite bukannye ape, Cuma kite tak nak awak berdua break up. Nanti awak mesti sedih gile babas! Lagipun awak berdua couple yang paling best. Cewahh..!! Boleh jadi ker? Kalau awk berdua clash kita orang pertama yang paling sedih di muka bumi ini. Eton, lagi satu, kenapa awak tak nak jejak kaki, tangan, kepala dan ape-ape lagi kat sekolah ku sayang?At least datanglah untuk KPA atau Bola Jaring. Pasal, kalau awak tak datang sekolah tu, kita rasa lonely gak! Lagipun kita suke main Bola Jaring same dengan awak… Baru boleh ketawa-ketawa! Please… Eton tunaikan permintaan ini… Sebab jika awak tak datang sekolah tu, macamana kita nak berhubung dan berjumpe dengan awak! Nanti kita ngan ‘I’ rindu kat awak! Alaaa… Eton, kau ni jahatlah! Aku tak nak kawan dengan kau! Tapi suka hati awaklah Eton, ikut keputusan awak! Tapi kita terlalu mengharap akan dapat dengar suare awak yang macam kambing tu dengan tengok muka awak macam cipan(Maskot KPA) okey! Eton, baca sini bebaik! Kita tak nak jawab yang pasal awak nak clash dengan ‘I’ tu. Sebab awak mesti dah tau jawapan kite! So, fikirlah bebaik! Sebenarnye banyak lagi yang kita nak tuliskan, tapi takut dakwat pen mak kita ni habis plak! Okey, Eton sorry dan mintak maaflah kalau ade tersilap kate (Kambing, cipan). Kita harap awak sentiasa gembira. Okey, babai… "

*Ayat skema skit… saje je tulis camni… buat lawak skit… hehehe. Kalau ade kesalahan tatabahasa tu, almaklumlah… budak sekolah lagi… Baru Form 1…

Tapi, masa surat ini dibaca oleh Eton dia datang kerumah aku… Tak sempat nak suruh orang lain pass kat Eton… Tengok-tengok dia baca kat depan mata aku… Kah!Kah!Kah!

Aku ingat lagi, Eton dan ahli-ahli KPA termasuk aku pergi ke Taman Botani, Universiti Malaya… Aku pujuk cikgu Rahimy, mintak permission daripada beliau untuk membenarkan Eton join lawatan ini… Alhamdulillah, cikgu Rahimy bagi! Hehe… Pandai tak aku bodek? Hahah… Nasib baik aku reti susun ayat nak pujuk cikgu Rahimy tu… Dahlah beliau ni guru disiplin yang di’band’ oleh pelajar-pelajar SMKSU ni… Tapi, aku suke kat beliau, sebab cikgu Rahimy baik! Hehe…

Rupanye ada lagi ujian yang menimpa kami berdua… Kali ni Eton terpaksa berpindah ke Damansara Utama… Dan dia jugak akan bersekolah di sana… Menambahkan lagi kesedihan aku… Kali ni, memang susah kitorang nak jumpe… Adakah persahabatan kitorang sampai kat sini je? Entahlah… Aku dah lost contact dengan beliau…
Diary milik Eton yang dihadiahkan oleh Imran masih tersimpan rapi di dalam laci bilik aku… Kalau dulu bile Eton datang menjenguk aku kat rumah, aku akan suruh dia tulis sesuatu kat diary tu… Sebab aku rasa diary tu kosong sangat. Jadi, setiap kali dia jumpe aku dia akan tulis ape-ape yang ingin dia semadikan dalam diary tu… Luahan perasaan kot… Eton bagi amanah kat aku untuk jaga diary tu… Dia jugak bagi kebenaran untuk membaca ape yang ditulisnya… Aku jugak pernah menulis sesuatu kat dalam diary dia… Eton bagi aku tulis… Tapi, untuk kali ini aku tulis untuk meluahkan perasaan yg terbuku dalam hati aku sejak aku dah tak jumpe dia…

15 April 2005..

Dear Farhatun Nadhrah,

Hi! What’s up? Eton, dah berapa tahun kita tak berjumpe. Camne dengan ko sekarang agaknye?Hari ni, masa tengah kemas laci bilik aku, aku terpandang diari yang Imran kasi kat ko ni. Tetiba aku teringat kat ko. Aku bace semua yang ko tulis dulu. Aku rindu semua tu. Bile bace balik aku teringat mase aku Form 1 , mase tu ko ade. Dan menjadi kawan baik aku. Bile aku bace, aku tersenyum sendiri. Mengenangkan gelagat ko bile ada kat depan mata aku dulu. Aku tengok diary ni kosong je. Itu yang mendorong aku menulis sesuatu untuk mengisi kekosongan diari ni. Ececeh… Selepas kau pergi tinggalkan sekolah SMKSU banyak perkara yang berlaku. Lepas ko clash ngan Imran, aku sangat terkilan sebab kau pernah kata kalau boleh kau nak couple ngan Imran sampai bila-bila. Aku tau dulu kau suke sangat kat dia.

Ade kekadang tu, tetiba aku teringat kat ko. Tetibe je, masa basuh beras, nak masak nasik plak tu! Ade sekali masa tengah baring-baring tetibe teringat kat ko. Pastu mulalah keluar air mata, sebab aku teringat masa ko nak pindah. Ko nangis sampai merah muke engko.

Mase birthday ko 31 Julai tahun lepas, aku teringat lagi kat ko. Aku nak call tapi malu. Mungkin ko dah lupe aku? Aku je yang teringat kat ko. Syok sendiri! Entah-entah ko tak ingat aku…
Tapi, Alhamdulillah… Mase result PMR kuar, aku tepon ko jugak akhirnya. Ko ingat lagi no tepon rumah aku. Aku rasa lega skit. Kalo ko nak tau, sebelum aku tepon ko, hati aku berdebar-debar. Mungkin sebab lame tak contact ko, takut tak kenal.

Ape gunanye kawan macam aku yang tak pernah nak contact ko. Itupun sekali dua. Aku rasa engko dah jumpe kawan yang jauh lebih baik daripada aku. Aku tunggu bile aku dapat jumpe ko dan serahkan balik harta milik ko iaitu diari ni. Aku rasa sampai sini je yang dapat aku tulis. Pen aku pun nak rehat jugak… Kalo ko nak tau, kaulah antara kawan baik aku yang termasuk dalam carta top 5… semoga kau happy disamping keluarga.

Akhir sekali, maaf jika aku ade buat dosa, mengguriskan hati engko. Aku mintak maaf sangat. Aku harap ko maafkan segala kesilapan aku. MAAFKAN AKU ETON!!


Sekolah Menengah Sri Utama, Tahun 2006…

KRIIIINNNGG….!! Bunyi loceng menandakan tamatnya waktu pembelajaran pada hari ni. Waktu yang selalu aku nantikan… Hehehe… Yep, aku selalu menantikan bunyi loceng pertama waktu pembelajaran bermula dan bunyi loceng terakhir. Aku memang suke datang ke sekolah dan pada masa yang sama aku jugak tak sabar nak mengakhiri sesi pembelajaran untuk hari itu. Buktinya, kalau demam pun aku nak jugak datang ke sekolah, sebab aku pasti bila aku datang sekolah aku boleh sihat semula… Hehehe… Dan ia memang benar-benar berlaku… Kalau bebudak lain mesti nak ponteng. Ade tu pura-pura sakit sebab malas nak pergi sekolah… Haktuih! Pigi da mabuk! Mungkin disebabkan kerajinan aku datang kesekolah nilah menjadikan aku layak untuk dapat sijil kehadiran penuh mase tingkatan 3.

Hari ni aku stayback, sebab ade aktiviti kelab… Kadang-kadang tu takde aktiviti pun aku boleh stayback, sebab nak lepak dengan cikgu disiplin kat Bilik Disiplin… Huhuhu… Eishh… Jangan salah paham, aku bukan pelajar bermasalah yang selalu kena denda dengan cikgu disiplin… Sebaliknya aku tengok orang kena denda adelah! Hehehe… Aku kamceng dengan cikgu disiplin tau!

Sedang aku berjalan menuju ke kantin, tetibe ade seorang minah panggil aku…

"Wei, Mash!" Farahen berteriak memanggil dan terus menghampiri aku.

Aku menoleh kearah tuan punya suara itu. "Haa… Apesal?" Aku berkerut dahi.

"Eton kirim salam,"

Aku tersentak. Eton? Betul ke apa yang aku dengar ni? "Wa’alaikumussalam… Kau ade jumpe dia ke?"

"A’ah… Semalam aku pergi Kem Perdagangan. Dia pun ade, wakil sekolah dia…"

"Oh… Ye ke? Macamane dengan dia sekarang? Ok tak?"

"Dia ok… Aku ade borak-borak dengan dia… Pastu dia ade tanye pasal ko…"

Disaat ini aku macam susah nak bernafas selepas mendengar kata-kata Farahen tadi. "Oh…"

"Nah, nombor telefon dia… Eton suruh bagi kat ko…"

Aku menyambut helaian kertas yang diberikan kepada aku. " Thank you!"

"Oklah, aku nak chow dulu... daa…"

"Ok…"

Aku masih merenung kertas tadi yang bertulis nombor 10 angka… Macam tak percaya! Mimpi ke ni? Imran… Ye, aku mesti cari Imran! Dia mesti suke kalau dia tau aku ade nombor dia… Yes! Tanpa melengah-lengahkan masa, aku pun terus berlari mencari kelibat ‘I’ di merata tempat kat kawasan sekolah tu… Mane plak perginye mamat nih?? Ishh… Ha, tu pun dia!! Aku segera berlari mendapatkan Imran.

"Imran, kau nak tau tak? Aku dapat nombor telefon Eton!"

"Ye ke? Mane?"

"Jeng… Jeng… Jeng… Ni dia…"

"Waaa… Mane ko dapat ni?"

"Farahen bagi… Semalam dia terjumpe Eton. Pastu Eton bagi nombor ni…"

"Oh… Aku nak boleh tak?"

"Boleh… Amiklah, aku dah catat dah nombor dia…"

"Time kaseh…"

"Nanti kalau ko ade telefon dia, bagitau aku ek!"

"Ok… No problem,"

Malam tu, aku telefon Eton untuk julung-julung kalinya selepas beberapa tahun tak dengar suara dia… Aku happy sangat! Akhirnya aku dah dapat contact Eton semula… Aku jugak ade ajak dia datang Pertandingan Bowling antara Unit Beruniform kat One Utama… Yep, demi nak bertemu dan merapatkan ikatan ukhuwah aku, Eton dan Imran semula, aku rasa inilah saat yang terbaik!


* * *


Walaupun aku dapat berhubung semula dengan Eton, aku masih nak tulis sesuatu kat dalam diary Eton…

5 Jun 2006…

Dear Eton,

Sekali lagi aku teringatkan kau. Itu yang mendorong aku untuk membelek-belek dairy engko ni. Tak silap aku, setiap tahun mesti akan aku tengok diary milik ko ni. Bile aku bace balik ape yang aku tulis kat muke surat sebelah ni aku rasa sangat MENYESAL! Aku sangkakan yang kau dah lupakan aku, tapi rupanya aku 100% silap! Menyesalnya aku… Kalau boleh aku nak tarik balik semua yang aku tulis tu… Tapi apa boleh buat? Terlajak perahu boleh diundur… Terlajak tulis, mana aci nak undur-undur!

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dan betul kata orang, dunia ni kecil sangat. Selepas Farahen jumpe ko mase kat Kem PERDAGANGAN tu terus dia cakap kat aku yang ko kirim salam. Aku TERSENTAK! 2 sebab aku tersentak. Pertama, sebab aku terkejut . Kedua, aku gembira! Terkejut sebab macamana Farahen boleh jumpe ko, gembira sebab ko masih ingat kat aku. Pastu dia terus hulur no tepon ko! Aku gembira gila sambil meloncat-loncat! Kalau nak bandingkan aku ngan beruk pun aku tak kisah. Lepas tu terus aku berlari mendapatkan Imran, aku tunjuk nombor tepon ko. Dia pun Nampak gembira je. Ko nak tau, sejak ko ngan dia clash, pastu dia clash dengan epa, dia selalu tanya aku kalau-kalau aku ade contact ko. Aku pun ade tanye dia… Mana tau, dia berani call ko! Tak sangka betul! Akhirnya aku dapat borak-borak dengan ko malam dulu tu. Kalau ko nak tau, aku kalau pukul 10 dah tido… Tapi sebabkan ko, aku sanggup bersengkang mata tunggu ko habis study semata-mata nak tanya khabar ko. Aku tak taulah samada mase tu aku gile ke apa! Dan dengan izin Allah, kita bertemu jugak setelah 3 tahun tak jumpa! Macam reunion plak. Kau makin cunlah! Siapalah laki yang berjaya me’perempuan’kan ko… Hehehe… Feminine habis!

Tapi yang pasti, aku harap persahabatan kita berkekalan… Keep in touch… Frens 4 ever…

Sebenarnya aku nak pulangkan diary dia ni, tapi bile aku bawak dan berjumpe dengan dia mesti aku lupe nak pass kat Eton… Setiap kali pun macam tu… Ade mase, dia dah siap baca ape yang ade kat diary tu… Pastu dia suruh aku pegang, aku letak dalam beg… Bile nak balik kerumah, alih-alih terlupa plak nak bagi kat dia… Lagi satu, dia pernah cakap kat aku dia dah tak nak diary tu, siap suruh aku buang… Aku tak boleh nak buat apelah… Tapi aku tak sampai hati nak buang diary dia… Sebab dalam diary ni, macam-macam dia tulis. Surat yang aku pernah bagi kat dia pun dia selitkan dalam diary ni… Gambar Imran pun ade… Aku rasa macam tak patut nak buang diary tu, sebab ia sebahagian daripada kenangan aku dan Eton… Dia pun ade tulis pasal aku kat dalam diary ni… Banyak jugak nama aku ade kat dalam diary ni selain nama Imran…

-------------------------------------------

Seksyen 14, Petaling Jaya, Tahun 2008…

"Amacam, Uitm Melaka? Best tak?" Tanya aku kepada jiranku yang digelar Causa yang aku kenal sejak darjah
2 lagi.

"Best… Oklah, daripada kat Dungun… Jauh!"

"Tulah, nasib ko baik sangat dapat pindah kat branch lain… Siap tukar course plak!"

"Tau takpe, wei… Susahlah duduk jauh-jauh ni…"

"Budak-budak Sri Aman ramai tak kat situ?"

"Boleh tahanlah… Haa, aku jumpe Nadh… Kawan ko… Aku jumpe mase kat bilik laundry…"

"Nadh?"

"Ala, Eton… Kat sana orang panggil dia Nadh…"

"Haha… Oh… Dia ade bagitau aku yang dia belajar kat Uitm Melaka… Eh, camne ko boleh tau Eton tu kawan aku?"

"Ala, dulukan ko selalu cerita kat aku pasal dia…"

"Hehe… Ye tak ye gak eh…"

"Mase aku tegur dia, aku tanye dia kawan ngan ko kan… Pastu dia cakap, A’ah... Pastu kitorang ade borak-borak la.."

"Ooh… Dia baik tak?"

"Baik… Oklah, tak sombong… Haa, dia kirim salam kat ko.."

"Wa’alaikumussalam… Nanti ko tolonglah tengok-tengokkan dia eh… Pastu nanti aku cakap kat dia suh dia tengok-tengokkan ko plak… Hehehe…"

"Hahaha… Yelah!"

Kini… Dah tahun 2009… Aku masih berhubung dengan Eton… Sekarang ni senang skit… Sebab ade ‘observer’ yakni Causa… Pastu dah ade nombor telefon… Yahoo Messenger pun ade… Jadi, selepas ni takde sebab untuk aku lost contact dengan dia, InsyaAllah… Ape-ape hal, aku akan tanya perkhabaran Eton daripada Causa… Begitu jugak info mengenai Causa, aku akan tanya Eton! Heheh…

Aku harap dari tahun 2009, 2010 dan untuk tahun-tahun yang seterusnya aku dapat berhubung dan bersahabat dengan ETON… Farhatun Nadhrah BT. Abbas… Terima Kasih kerana menjadi kawan aku yang sentiasa percayakan aku sejak awal kita berkawan sampai sekarang dan menjadi sebahagian daripada cerita Aku, Dia & Sekolah… Suatu pengalaman yang memberi seribu makna untuk aku...

111 ulasan:

  1. Tanpa Nama4/10/09 9:45 PG

    yay! komen nombo 1! huhu!
    sy pown bdak SMKSU gak,heheh

    -bdak 3A(09)-

    BalasPadam
  2. 3A/09, u sape?

    BalasPadam
  3. TAK MENARIK

    BalasPadam
  4. yup...xmenarik...mula2 baca daa boring

    BalasPadam
  5. bosan giler bai..tajuk bez tp citer bosan nk mampuih..



    -intan suhaila-

    BalasPadam
  6. btl...tajuk best cte hampeh...

    BalasPadam
  7. ending xbes la...

    BalasPadam
  8. suka2...
    ada skit2 part yg mcm kisah sy plak..
    mmg sdih lau tpaksa berpisah dgn kwn baik..
    huhu...

    BalasPadam
  9. ntah pape jep cter...
    plot pon xbez..
    tah pe pointnya...
    so boooring...
    nyesal bce..
    try harder next time...

    BalasPadam
  10. em bg aku lak cita ni ak jg juz kurng menarik sikit..hehehe.. juz terus menulis pasti boleh jadi terbaik t..

    BalasPadam
  11. boring la cte nie,,

    BalasPadam
  12. cite nie bez sbnrnyew......
    sbb sye pon smpi skunk msih lost contact ngan mmbr
    sdey sngt....
    mntk2 dye msih xlupe kat aq ag....

    BalasPadam
  13. hmm..sy faham perasaan mcm mane berpisah dgn kawan..bkn sekali..3 kali dgn org yg berbeza..tp alhamdulillah..still best friend dgn ketiga-tiga org tersebut smpai hari ni..

    BalasPadam
  14. ape ke benda nii?????
    ntah pape jeeee
    wak sakit mata je baca

    BalasPadam
  15. cite menarik cz menceritakan tntg kesuciannya sebuah persahabatan cuma endingnya xbest...

    BalasPadam
  16. tak best la... m' bosan kan......

    BalasPadam
  17. yang tak suka cter nie mesti minat cter cintan..takpe penulis..org2 yg fhm ape itu persahabatan jek yang support cter awk nie..chayok2 k!!
    -alinz-

    BalasPadam
  18. bosan laa..buat rabun je bace ni

    BalasPadam
  19. nurul hidayah28/11/09 3:26 PTG

    ni nama nya umpama kacang lupa kan kulit.. apa pun terus kan berusaha..

    BalasPadam
  20. kepada semua member2 abim sg rml dlm thun2002-2007 contact contact lah ye. smoga kite punya hubungan brkekalan.....
    sky95@mmps

    BalasPadam
  21. hampesssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss

    BalasPadam
  22. xbes lar

    BalasPadam
  23. urm
    sokong sme
    tjuk bez tpy cte bosan
    ntah pape jq cte dy
    so,aq xbce abez
    rseny suku pon xsmpai
    sngt bosan

    BalasPadam
  24. ok..bleh dibaca n perlu banyak olahan lagi..

    BalasPadam
  25. best r cite ny..
    e2lh erti sebiah p'shbtn...
    spe r ktew x best..
    cpew yg bce x best 2 x fhm aper erti p'shbtn r..

    BalasPadam
  26. Tanpa Nama9/1/10 9:27 PTG

    boleh la... tp geram jugakkk.... asyik eton je dia ingat ..kawan lain x lh kamcing ke..
    ok gak...lain dari yang lain...
    gd try

    BalasPadam
  27. Apa2 pun..x yah lah komen teruk2 sgt..btw, best cter awak ni..dkt dengan realiti kehidupan...Teruskan Berkarya...; )

    BalasPadam
  28. Boring.makin bc makin boring..ending xmenarik.tergantung.imran apa cite..

    BalasPadam
  29. ending x bes lor!!! dowg x bjmpe pn..asyk ade owg tgh

    BalasPadam
  30. best!kelakar giler..

    BalasPadam
  31. diari merupakan buku catitan yg dtulis seharian mngenai sesorg. sebolehnya,penulis menerapkan elemen dr pihak empunya diari dgn mewujudkan unsur kejutan sebagai kemuncak penceritaan. kisah remaja yg msh alam persekolahan selalunya agak childish dan seharusnya penulis mewujudkan gaya penulisan yg agak messy melambangkan penulis blum matang.jd wujud perbezaan zman disitu. pape pon,tahniah...idea menarik.namun jalan dan pengayaan sebuah cerita perlukan komen yg mbina..tahniah.

    BalasPadam
  32. Tanpa Nama8/3/10 7:37 PTG

    bushan.....

    BalasPadam
  33. Ok lah,, tp msti best klu selitkn suspen

    BalasPadam
  34. Tanpa Nama18/3/10 2:18 PG

    korang neh, dia dah tulih tu ok la. banyak hal plak. dari korang yang asyik baca ja, bukan kena bayar pun

    BalasPadam
  35. salam...bru start bacer..tp macam pernah bacer jer..cter2 yg camni...huhu..teruskn usaha..gunerkn bahasa yang lebih santai..k..all the best..

    BalasPadam
  36. CITE ENTAH PE2....NIE TULIS CITE KE BERCERITA???? APA2 PON TERUSKAN KARYA ANDA

    BalasPadam
  37. citer ni bes...
    x borink pn...
    klakar la...asik gelak je bca citer ni...

    BalasPadam
  38. emmm...
    cm tls pengalamn jer..
    xphm ape sbnrny cte nie nk...
    pepn keep it up ek...

    BalasPadam
  39. Tanpa Nama5/5/10 4:26 PTG

    pe2 le cite ni.b0r1ng @ x cabar minda langsung

    BalasPadam
  40. boringnye...nyesal bace...tapi ade 1 tmpt yg best...wak2 nk pisah 2...sdh betol...sbb i prnh alami jg prstwa 2...jd i pahamlah perasaan diorang...usaha lagi...wat ngan2k je baca...tajuk bkn main best lg...chaiyook2...klu saya bg mrkh 2/10 je la...sori la...klu nk full mark,usaha lebih...okey...babai...

    BalasPadam
  41. ape motif sebenar yang nak disampaikan dalam cerite nih? buang mase je rasenyer. ingat kan ade yang menarik. sampai ke sudah. BOSAN

    BalasPadam
  42. ape masalah nih? boring....

    BalasPadam
  43. org yg x tahu mengahargai persahabatan
    je kata cite nie x best.. cuma mungkin meleret
    ckit la..gud luck to writer.. =)

    BalasPadam
  44. bosan..hahhaha

    BalasPadam
  45. cerita btl...n sy kwn eton kt smk p sri aman...hehe

    BalasPadam
  46. fuh..tgkap leleh plak bce cter nie
    jeles pon ad gak coz friendship sya x mcam ni
    huhu..cdih maaa
    masa kola rendah member cndiri kne cekup ngan member cndri
    huhu..haru jer

    BalasPadam
  47. bg sy, best la...
    waa...sedih pon ada..
    teruskan berkarya yer....
    x yah hiraukn ulasan2 mengarut pembaca2 lain 2...
    ape2 pon,,,gud luck!!

    BalasPadam
  48. Tanpa Nama5/6/10 10:44 PG

    bestnya cerita ni...

    BalasPadam
  49. Tanpa Nama5/6/10 10:45 PG

    cerita ni best pun ade,sedih pun ade,gembira pun ade.teruskan usaha...

    BalasPadam
  50. Tanpa Nama7/6/10 4:01 PTG

    best.....mmg sdih klu bpish ngn kwn rpt....
    hehe gud luck!

    BalasPadam
  51. citer mende nie???Sumpah wa cakap ini cita banyak Syok Sendiri....but ok la

    BalasPadam
  52. agak bosan..tp xpe..atleast writer da mncuba..
    wt yg lg baek..gud luck..!

    ~myamiey~

    BalasPadam
  53. bleyh laa..tahan...

    BalasPadam
  54. Tanpa Nama3/7/10 6:57 PTG

    tak setuju dengan cibot.takkanlah nak buat cam budak sekolah
    rendah punya diari!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  55. agk mnarik..ske psl kwn2...sape yg ckp x bez uh..cm org yg x rty nak argai kwn jew...

    BalasPadam
  56. ok rr..
    drpd aq klu wat cite..
    x tau nk wat cmne...
    y komen negatif..
    ko reti buat ke..?

    BalasPadam
  57. ngantuk sgt bila baca citer ni...bagus baca ni kalo takleh tdo...hehe

    BalasPadam
  58. okey per citer .. niekn citer yg ditulis oleh bdk form 1. ok lh tu .. mmng adr yg raser x best sbb pembaca mgkin dh umo lebih dri 13 thn .Klu renung balik mser sekolah daolu2 .. persahabatan yg terjalin mmng reallah citer nie, asik2 citer cinta jer boring gak ... kpd. penulis truskan usaha anda

    BalasPadam
  59. ngantuk r..huhu

    BalasPadam
  60. kak mas chaiyok...tros kan usaha anda...
    persahabatan yg kukuh susa nk jmpe kwn yg mcm nie...suke2..hehehe

    BalasPadam
  61. oh,,x best!!
    btw,,try lagy yup..lpas nie,,buat la yg lbh baek..

    BalasPadam
  62. Xbpa paham..huhu~~tp gud trying..keep it up..^^

    BalasPadam
  63. hey, bes gler crite ni, aku xpduli la org nk kate ape, tp aku rase crite ni bes, susah woi nk jmpe kwn cmtu, ey ade so'ln sket, ni based on true story ke?

    BalasPadam
  64. bessss... wt aq igt smua kwn2 SK SG. TAKA,SMK SELAMA, SMK SERDANG... bln 12 ni nk pisah dgn kwn2 klej plk.. huhuhu hope dpt trus cntct... tok pnulis,, truskn usaha... chaiyok2..

    BalasPadam
  65. bleh la....

    BalasPadam
  66. utk komen yg negatif,try wt cerpen mai ak komen.....cbala dlmi hati pnuls bla kna komen cmtu...klu kna kt kta bru pdn muka kotttttt...kra ok la 2,dia ingn m'cba...

    BalasPadam
  67. ending xbez n yg laen ok la....tingkatkn ushe yer....chaiyork2...

    BalasPadam
  68. mak oii...mengant0k nyee aku.bez la cite ni,sape2 yg xdpt tdo silakan bca.insyaAllah xabih bca dah lena.hu3..

    BalasPadam
  69. cerita ini best bagi yg paham erti persahabtn bukannya cerita cintan je yg best kan

    BalasPadam
  70. mashimello1/1/11 3:34 PTG

    b0ringlh citter nie...
    muller2 bacer dah b0sn... :(
    tp writerr trskn usha yerr...
    m0difite dkit carpen ni k ...???
    huhuhuhu

    BalasPadam
  71. Tanpa Nama16/1/11 1:04 PG

    walaupun org komen x elok tp sy tetap ucapkan tahniah sebab bukannya senang nk karang cerpen...
    teruskan berusah...heheh :)

    BalasPadam
  72. all da best ok..bnyakkan usaha lagi.

    BalasPadam
  73. mla2 dah ok...kemuncak pon ok..tp bla nak penutup je kureng cket...tp pa pe pon...pbnyakkan usaha k..

    BalasPadam
  74. Kakak Bz Body2/3/11 4:34 PTG

    Aku macam kenal je penulis ni, mcm sekisah je ngan nama adik aku yang sorang kat rumah ni ek.....kisah kat skolah pun cam sama je....eton....

    BalasPadam
  75. bOsan sgt2..xbezt..try lg k..

    BalasPadam
  76. haram x bes...pehal cter cmniey????

    BalasPadam
  77. Tanpa Nama1/5/11 12:13 PG

    kena tingkatkan...cerita kelam kabut...
    good luck...

    BalasPadam
  78. bosan larh

    BalasPadam
  79. Tanpa Nama27/5/11 3:56 PG

    bley taHan...tp still x nGet0p..try haRder..chaiyock2!

    BalasPadam
  80. hmm.... ceritnya kurengg menarik,
    tapi jangan risau lain kali buat y lebih baik

    BalasPadam
  81. Tanpa Nama8/6/11 1:07 PTG

    w0i!! pa bha kmue neyh... law mauk c0mment cm t0e... bgus ndak pyah!!! kmue tuh d sruh bca sak... law ndak mauk bca x payah larrr....jan larr smpai mauk kutuk2 dya laik c2!! kin pnazz 0wh kmue neyh,,,, hargai larr bha karya urank.... mcm sak kmue tuh bleyh bwat gneyh... patsak juak palak kmue neyh...

    BalasPadam
  82. suke..suke.. cite nye...
    da prsmaan ngan jln idop aq...
    tringat kesah sk rndh dlu...
    arap2 kwn2 aq(fatin, insyirah)x lpa kt aq...

    BalasPadam
  83. cite ni best, yg komen boring ngan x best tu pasal bukan cite cintan-cintun.... bukan citarase diorg

    BalasPadam
  84. cite ni sgt menbosankan...tk bez lngsng..laen kali hasilkan karya yg lebih baek dari ini..gud luck..

    BalasPadam
  85. jalan cerita bole tahan la best.. ada jgk rasa2 mcm nak kembali ke sekolah.. :)

    BalasPadam
  86. Tanpa Nama6/9/11 5:16 PTG

    bosannnnnnnn!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  87. 1stly, sori tajuk awk mcm xkne dgn crite..
    crite ny xde aura nk trik pmbce..
    sb conflict dye xmnyerlah..
    klo ad conflict 2 shbt bek nie..
    myb lg mnarik jln crite nie..
    its ok..keep it up..
    -pecinta cerpen-

    BalasPadam
  88. boring...jalan cerita x best

    BalasPadam
  89. SORI TO SAY ,

    SANGATSANGATSANGAT BORING !!!!!
    u mcm cerita dekat buku ..
    friendly speaking , u x de bakat ..

    BalasPadam
  90. menarik....sye pown ada lost contact ngan kawan baek dari tadika hingga f1 agaknya dia ingat g dak kat kite.......

    BalasPadam
  91. bosaaaaaan

    BalasPadam
  92. 31 julai is my birthday too~

    BalasPadam
  93. cerita yang mendatar jer.....

    BalasPadam
  94. aper punyE cter..adyai

    BalasPadam
  95. ape punYe x leh....emmmm

    BalasPadam
  96. kenapa banyak gunakan ejaan yang tak betul.. cth ape... salahlah sepatutnya apa...

    BalasPadam
  97. Tanpa Nama3/2/12 11:56 PG

    boleh tahan lah erti persahabatan yg sangat mendalam

    BalasPadam
  98. apala korang tk pandai baca ke ini citer pasal keakraban rakan karib apa korang tau apepun teruskan usaha anda

    BalasPadam
  99. Tanpa Nama9/3/12 4:35 PTG

    bes gak..nyte..zzz..

    dee

    BalasPadam
  100. tahniah,,sekurang-kurangnya anda berani utk menulis,,jgn pande kutuk,,tp bm pon xlulus.. chaiyokk.. semoga berjaya yerk :)

    BalasPadam
  101. quite a good story any way....
    dia menceritakan pengalaman hidup....
    itu yang membuatkan cerita macam lebih kepada realiti daripada fantasi yang hampeh...

    BalasPadam
  102. cerita berdasarkan pengalaman,
    relationship between 2 best friend,
    not bad.

    BalasPadam
  103. hurm,bg sye lur..ok jew citer nie cOz dy bnyk crita prihal friendship..bgOs sgt2!!i like this..<3..

    BalasPadam
  104. Astaghfirullah....budak zaman sekarang ni,'couple' la...bahasa pun macam gangster!Tak menunjukkan akhlak islam yang sebenar!(>_<) Maaf~

    BalasPadam
  105. Tanpa Nama3/3/13 5:13 PG

    Nice poѕt. I was cheсking constаntly
    this blog and I аm impreѕsed! Еxtremelу useful info specifically the laѕt
    part :) I care for such infο much. I was looking for this cеrtaіn infoгmаtion for а veгy long timе.
    Thank you and best of luck.

    Have a look аt my website - personal loans

    BalasPadam
  106. Salam. Lain dari lain. Tahniah. Teruskan usaha anda. Syabas. Salam :)

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan