Nama Pena : Shada Ahmad
Sudah hampir 4tahun Mia mengenali Ziqh, mereka masih berkawan, masih menyayangi antara satu sama lain, masih mencintainya sama seperti dulu. Macam-macam sudah Mia lakukan untuk si buah jantung hatinya, sanggup buat apa saja demi cinta.Bila aku lihat Mia, dia seperti orang bodoh pun ada, setiap hari tanda kelendar berapa hari dah kenal dan berapa hari tidak bertemu dengan si mamat poyo tu. Bagi aku Mia bukanlah tidak cantik, comel, cute lagi tu, boleh lah aku katakana Mia seperti Scha Alyahya, pelakon Awan Dania di astro tu, cuma dia agak garang sedikit dengan lelaki,suka sangat melenting, boleh aku katakan dia boleh dapat lelaki yang lebih baik dari si Ziqh tu, bukan tidak ada orang nak kat dia, tapi aku lihat dia tu je yang jual mahal, katanya kena setia baru dibalas setia. Kata Mia dia tak nak kena hukum karma. Mia seorang gadis yang cukup sederhana, manja dan kadang-kadang mengada pun ada. Seorang yg sangat bersungguh-sungguh jika dapat sesuatu tugasan, Mia cepat tension, serabot dan agak menggelabah, katanya, dia mesti dapatkan markah assingment yang tinggi untuk back up final dia nanti. Aku perhatikan setiap malam, mula dari pukul 8, Mia akan mula mesej dengan Ziqh, kadang-kadang dia ceria, kadang-kadang dia moody sampai makan pun tak lalu, semua tu gara-gara si Ziqh tak balas mesej dia. Aku lihat Mia bukanlah seorang gadis yang matang, Ziqh tak balas mesej pun dia menangis, Ziqh tidur pun dia marah, apa lagi kalau Ziqh lambat balas mesej. Mia tidak akan benarkan Ziqh berhenti mesej dengan dia selagi dia tak tidur, kalau Ziqh sudah mengantuk peraturannya setiap malam mesti kol sebelum tidur, kalau tidak pasti Mia akan marah-marah , merajuk dan mesti akan kol Ziqh sampai diangkat..
Pernah suatu hari aku cuma tinggal berdua sahaja degan Mia, Mia excited sangat hari tu, Ziqh cakap nak datang, sudah hampir pukul7.00 petang Ziqh tak kol pun, Mia hantar mesej pada Ziqh, Ziqh cakap tak jadi datang, Mia mengamuk sangat, dia marah ,menangis-nangis dengan Ziqh, tapi...Ziqh tak pujuk pun Mia, kasihan aku lihat Mia. Tapi , keesokan hari, Ziqh datang dan pujuk Mia. Ziqh bukanlah seorang mat jiwang yang pandai memujuk. Aku tahu ,mesti Mia sudah banyak makan hati dengan Ziqh, aku kagum melihat ketabahan Mia. Anyway happened with relationship mereka, aku lihat Mia tetap tekun belajar, katanya ‘kalau aku kehilangan Ziqh, aku akan pastikan aku lebih berjaya dari dia.'. Itu janji Mia pada dirinya.
Hari,minggu,bulan silih berganti.Hari demi hari juga aku aku perhatikan sahabat aku itu,Damia Ezora. Hubugan Mia dengan Ziqh semakin hari semakin hambar. Mia sudah tidak tahan dan sudah tidak kuasa melayan sikap Ziqh yg acuh tidak acuh. Setiap malam Mia mesti menangis, aku tahu Mia terlalu cintakan Ziqh. Namun semua itu sudah tidak ada apa-apa makna pada dirinya, Mia ibarat seorang hamba yang menantikan cinta dari seorang putera raja, cintanya ibarat tidak berbalas. Berhari-hari panggilan telefon tidak di angkat, mesej tidak di balas. Adakah ini hujung jalan cinta mereka?setelah sekian lama menjalinkan cinta, Mia tekad, ingin memulangkan semula cincin emas yang tersarung di jari manisnya, Pertemuan mereka tanpa sepatah bicara, diam membisu, hanya selamat tinggal yang mampu di ucapkan oleh Mia. Ziqh, kau memang kejam! Selepas saat itu aku lihat Mia tidak seceria dahulu, sudah tidak banyak bercakap, dia selalu menangis bila lihat Genting yang terlihat dari anjung residen kami , katanya Genting tempat cinta dia dan Ziqh.
Last sem study, ada seorang lecturer handsome iaitu En Zaqwan admire pada Mia, hati Mia waktu itu tak terbuka lagi, dia masih sayang pada Ziqh, masih menunggu kehadiran Ziqh semula dalam hidupnya. Bagi Mia tiada seorang lelaki pun yang lebih baik dan boleh memahami dirinya selain Ziqh. Seringkali juga pensyarah Psychology itu mempelawa Mia makan malam bersama, namun ditolak bulat-bulat oleh si pemilik badan.Katanya, tak nak ada gossip yang bukan-bukan dari student lain, apa lagi En Zaquan ialah salah seorang pensyarah yang mengajarnya, mana mungkin boleh keluar berdua sesuka hati. Mia mahu menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran ‘no time for love ok', kata Mia pada aku. Tapi, setelah sekian lama, selepas Mia melihat kesungguhan En Zaqwan dan pujukan daripada aku , akhirnya Mia sudi keluar dinner bersama.Bukan apa, aku Cuma mahu Mia lupakan Ziqh dan ceria seperti dulu, paling kurang pun aku harap hati Mia yang sakit itu sedikit terubat.
Hari demi hari, aku lihat Mia semakin gembira, terpancar kembali keserian wajah Mia. Walau begitu, aku tahu jauh di sudut hati Mia, masih menunggu Ziqh,buktinya setiap hari dia akan catat di kelendar berapa hari mereka kenal, bape hari mereka tidak berjumpa dan sudah berapa hari Mia tamatkan hubungan mereka. Aku tahu cinta Mia terlalu dalam. Walaupun Mia dah tukar nombor telefon dan menggunakan email yang baru, Aku tahu dia sebenarnya masih mengaharapkan Ziqh menghubunginya, walau dengan apa cara sekalipun, Mia tetap inginkan Ziqh, tapi, Mia tidak mahu jadi seperti perigi mencari timba.
Alhamdulillah, selama 7sem Mia berada di UNiSEL, Mia mendapat keputuasn yang cemerlang. Selepas mendapat diploma, Mia dapat tawaran melanjutkan pelajaran di UPSI dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu. Sebelum sambung belaja, En Zaqwan menyatakan hasrat kepada Mia ingin menghantar rombongan meminang pada keluarganya. Berat hati Mia, Mia tidak cintakan En Zaqwan, dia hanya mengagumi insan itu sebagai seorang pensyarah dan seorang abang sahaja. Namun, Mia akur akan kehendak illahi, sekiranya telah tercatat sejak azali Zaqwan jodohnya dia akan terima dgn hati yang terbuka, cuba menyintai insan itu dan melupakan Ziqh.
Satu tahun mengikat tali pertunangan, pensyarah muda itu menyatakan hasratnya untuk jadikan Mia sebagai permaisuri hidupnya, Mia semakin buntu, kerana sehingga hari itu dia masih tidak boleh lupakan Ziqh. Setiap hari Mia berdoa agar tetapkan hatinya menyintai insan baru itu.
Suatu hari, Mia dapat panggilan telefon dari nombor yang dia amat kenali, walau sudah dibuang dari memori telefonnya,'Ziqh....'aku lihat Mia menangis, hampir 2tahun dia tidak mendengar suara insan yang amat dicintainya. Ziqh meminta maaf, katanya dia cuba dapatkan nombor Mia,tapi, tak dapat-dapat, “Mia,maafkan Ziqh, Ziqh datang kembali dalam hidup Mia, Ziqh minta maaf kerana buat tidak peduli pada Mia 2tahun yang lepas, Ziqh cuma nak Mia biasakan diri bila Ziqh jauh dari Mia dan tak sangka tindakan Ziqh tu buatkan Mia memutuskan hubungan kita. Sebenarnya waktu itu Ziqh dapat tawaran Navy, dan terpaksa berlayar selama 2tahun, Ziqh tak sanggup beritahu Mia, sebab Ziqh tahu Mia akan menangis bila mendengar semua tu, hari ini Ziqh sudah kembali Mia. Ziqh tahu, Mia akan setia menunggu Ziqh walau berapa lama sekalipun, Ziqh yakin kita memang ditakdirkan bersama, Mia aku ingin kembali kedakapanmu dan tidak akan meninggalkanmu lagi","Oh..Ziqh..actually I…….." tidak sempat Mia meneruskan kata-katanya."Mia, Ziqh tahu Mia rindukan Ziqh kan? Ziqh pun rindu pada Mia, sebab tu Ziqh dah siap-siap belikan cincin berlian putih yang Mia nak dulu tau, Ziqh tak sabar-sabar nak hantar rombongan meminang Mia, Mia….sudi tak Mia jadi isteri Ziqh untuk akhir hayat Ziqh?,sudi tak Mia jadi bidadari Ziqh sewaktu Ziqh susah dan senang,tika gembira dan duka?.Mia tahu tak, setiap malam sebelum tidur Ziqh mesti dengar suara manja Mia yang Mia sent pada Ziqh dulu tau,Mia sudikan jadi isteri Ziqh?". Air mata mia tidak henti-henti mengalir, aku kesat dan kesat lagi air matanya, Ziqh nyatakan hasrat untuk masuk meminang Mia dan berjanji akan menjaga Mia untuk seumur hidupnya. Mia diam, tidak mampu berkata-kata walau sepatah bicara, yang kedengaran hanya esakan tangisan Mia." Ziqh..I….."."Mia, Ziqh tahu Mia malu nak jawab, okey esok Ziqh cepat-cepat suruh mak dengan abah masuk meminang Mia okey, Ziqh sayang sangat Mia".
Tiba-tiba terdengar paulan kompang...'Mia, pengantin lelaki dah sampai,jom kita pergi'..aku kesat lagi air mata Mia, Mia mula bersuara 'Ziqh..i really love u..so much!but, jodoh kita bukan bersama, cinta yang kita miliki dulu bukan milik kita, hari ini hari perkahwinan aku, moga kau bahagia dengan cara dan hidup kau,maafkan aku..'.' Mia….?'. Tidak sempat Ziqh berkata apa-apa Mia terus mematikan talian. Aku lihat dia tunduk dan menarik nafas sedalam-dalamnya, tidak lama selepas itu dia pandang muka aku dan tersenyum, 'Mari Sha, suami aku dah tunggu.'..Mia melangkah dengan hati yang cukup tenang hari itu menjadi hari yg terlalu bersejarah buat Mia, kerana hari itu genap 6tahun perkenalan Mia bersama Ziqh, hari dimana Mia dapat mendengar suara cinta hatinya dan hari dimana dia menjadi seorang isteri kepada Zaqwan untuk selamanya dan yang paling aku kagumi dengan Mia dia korbankan seluruh jiwa raganya dengan meninggalkan Ziqh demi insan yg amat-amat menyintai dirinya.
Kata Mia..'Kita tidak semestinya mendapatkan cinta kita, cinta tidak semestinya milik kita selamanya, cintailah orang yg menyintai kita ,kerana dia adalah yg terbaik utk kita, tak salah korbankan cinta dan perasaan demi seseorang yg tidak kita cintai, tapi.kita tahu dia bisa membahagiakan kita untuk selamanya'. Mia bersalam dengan suaminya dan memegang erat tangan suaminya menuju ke pelamin rona silver yang dihias indah. Ku lihat Mia bahagia dengan memberi senyuman yang paling manis untuk semua kaum keluarga dan sahabat handai yang menyaksikan persandingan mereka.
adoiii,...sakit mta aku,.....
BalasPadamklu bcinta jgn terlalu manja n inginkan perhatian....
BalasPadamnanti org akn rimas...
btul x???
Good girl. Insya Allah, pengalaman sentiasa mendewasakan.
BalasPadamkputusan yang tepat mia..
BalasPadamcita betul ke ni?
apapun gud job
tengz pd sume yg komen n bace cerpen shada....
BalasPadambest nyer betol tu,,,x semesti nyer benda yang kiter sayang akan jdi hak kiter,,,
BalasPadamJALAN CERITA YANG AMAT MENARIK....TERUSKAN USAHA DALAM PENULISAN CERPEN....
BalasPadam"CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI"
:)
nOr_1804
tengz nor_1804 pd komen anda..
BalasPadamshada akan cuba menulis yg lebih baik..dan terbaik..insyaAllah,
huuu..nak menangis pun ade..bleh thn la..tp lg pnjg lg best bce...huhu
BalasPadamkeputusan yang sangat tepat..
BalasPadamorang yang kita cintai tak semestinya
kita memiliki..
cerita btl ke?
ada kene mengena dengan penulis ke?
teruskan usaha dalam penulisan.
jodoh pertemuan di tgn ALLAH..
BalasPadampe yang ALLAH bagi, baik atau buruk pada pemikiran kita sebagai hambaNya...ada sesuatu yg Dia ingin tunjukkan...
so kita hanya merancang thn yg menentukan...
syabas pada penulis...
gud job..ringkas n senang fahan.kadang2 cinta tak seharusnye memiliki.n memberi ruang untuk dicintai lagi bererti^_^
BalasPadamCINTA SBNARNYE SSH DIFAHAMI..
BalasPadamCNTA BUKAN BEERTI MEMILIKI..
haha
BalasPadambr bc intro,..
sbijik tkena kt muka saye..
hahaha
bkn mngada, tp nk kn phatian dr si dia je..
~ina~
betul 2 sygngilah org yg mencintai kte, krn cntanya amat tulus dan ihklas..."jgn terlalu melihat awan yg tinggi, duri d bawah x kau peduli, jgn terlalu memuja si buah hati. kalau ia pergi kauj malu sendiri... keep it up
BalasPadamsincerly,
nadya zahreen
citer nie tul2 mcm kisah aku...
BalasPadamdicni mia yg kawin...tp kisah aku...dia yg kawin lu tanpa pegetahuanku..
mmg tul kata mia...
huhuhu
o00000...not bad...
BalasPadambt0l sgt kwin ngan org lbih yg mencintai kita lbih baik...
i2 yg spttnya...
indah...lg2 kalu adr restu kluarg...
ok....trs kan usaha...
tringat lark ak kat x-gf ak niey.. namenye dameya badtrishah.. ak hmpir2 nk kawen ngan die.. lastly die kawen dgn owg len.. hmm.. agaknye da xde jodoh.. sedih2..
BalasPadamcinta xsemesti bersama....emmm satu hakikat y harus kte tempuhi..
BalasPadamhaha...padan muka kau..haha
BalasPadamaida mirza.. kau gelakkan spe erk?? tak baek larh.. klu ko yg kne lark amacam..?? pe yg ko rse..??? pastu ade org ckp kt ko pdn mke.. pe prasaan ko??? ak rse klu dax khuzaimy niey trbce komen ko.. hmm msti dye dendam ngn ko kan?? klulah ak dpt jumpe ko ngan dye.. ak akn suruh dye tumbok muke ko.. bersepai mcm kace pecah.. bru ko tahu..
BalasPadamaida,npe awk ckp cmtu..? sy stuju dgn pndgn pengomen di atas ni.. cube kalu awk yg kena? bgaimane awk rsa?? ni sume takdir yg tentukan.. bkn khuzaimi yg nk.. so jln yg trbaik adalah mntak maaf kt khuzaimi tu k..?
BalasPadamsalam...ksian kt khuzaimi...
BalasPadamsy harap awk brsabar dgn ujian ni...
insyaALLAH awk akn dpt jdoh yg lbih baik...
n kpd aida mirza x baik awk gelakkan org...
hak3..
BalasPadamnice story..
erm lbh krg la cter 2 dgn sy...byk tluke aje..tk thu smpai ble dpt btahan..huhuhu..pyah nk jmpe y btol2 syg.
BalasPadambest citer ni
BalasPadam~ati~