Isnin, Oktober 12, 2009

Novel : Cinta Sang Puteri 1

Nama Pena : ILYA ABDULLAH

RIYAD AKASYAH namanya kian melonjak naik sebagai penyanyi baru yang berbakat dan memiliki suara yang cukup memukau, setanding dengan artis-artis popular tanahair masa kini. Di ruang majalah-majalah hiburan makin hangat mempamerkan wajah dan cerita mengenai artis baru ini. Dalam sekelip mata saja dia menjadi kegilaan ramai terutamanya pada kaum hawa kerana dia memiliki pakej wajah yang cukup tampan persis anak kacukkan mat salih. Sikap Riyad Akasyah yang tidak megah dengan kejayaan yang diperolehi menjadikan dia disenangi dan dicemburui ramai pihak.
Beberapa gaya Riyad Akasyah diberikan hadapan lensa kamera. Riyad Akasyah mengikut saja rentak yang dimahukan oleh jurukamera tersebut. Dia tidak banyak soal dan karenah. Apa yang penting kerjanya siap untuk fotografi hari ini. Ada sebuah majalah tempatan yang mahukan raut wajahnya menghiasi muka utama majalah terbabit. Hampir dua jam berdiri di hadapan lensa kamera, Riyad Akasyah akhirnya menarik nafas lega. Sebelum beredar jurukamera itu berjabat tangan dengan Riyad Akasyah tanda ucapan terima kasihnya. Riyad Akasyah antara artis yang senang memberikan kerjasama.
Berpuluh-puluh jambangan bunga memenuhi segenap ruang bilik Riyad Akasyah. Semuanya dari kelab peminat penyanyi berusia dua puluh lima tahun itu. Riyad Akasyah mengorak senyuman di bibir. Dia capai salah satu kad kecil yang terletak dari jambangan bunga tersebut.
Happy Birthday
\"Tiada nama pengirim lagi…” Riyad Akasyah mengerutkan dahi. Dalam beberapa hari ini kerap dia menerima kiriman hadiah atau kad dari peminat misterinya itu. Riyad Akasyah meletakkan semula kad tersebut. Jambangan bunga yang dihadiahkan untuknya itu cukup cantik sekali. Malah secret admire nya itu seakan tahu dia sukakan bunga carnation. Riyad Akasyah berpaling bila pintu biliknya terkuak. Didie selaku pengurusnya melangkah masuk. Melebar senyuman pengurusnya itu.
\"Wow! Sekelip mata saja bilik you sudah dipenuhi dengan bunga. Macam-macam hadiah you dapat sempena birthday you hari ini Riyad Akasyah. Ini mesti dari peminat-peminat fanatik you. Bestnya if I dapat hadiah macam ni tau.\" Didie mengangkat kedua belah tangannya ke bahu. Perwatakan pengurusnya itu melucukan hati Riyad Akasyah. Didie luaran saja nampak lelaki tetapi di dalamnya lembut dan sensitif seperti seorang perempuan.
\"Kau cemburu ya Didie.\" Riyad Akasyah sengaja mengusik.
\"Cemburu! Tak kuasa I nak nak cemburu-cemburu ni Riyad Akasyah. I jenis yang gentlemen tahu. Cemburu-cemburu ni I tak main.\" suara Didie. Riyad Akasyah ketawa kecil. Didie bila bercakap tangannya mesti ada gaya. Mengalahkan perempuan!
\"I ingat you dah tak mengaku diri you lelaki lagi. You tahukan gentelmen itu merujuk kepada kaum lelaki.\"
\"You ketawakan I ya Riyad.\" sambung Didie lagi. Cemberut mukanya. Riyad Akasyah menekup mulut dan menahan tawa. Didie kalau merajuk muncungnya berhari-hari. Susah dia nak memujuk pula nanti. Kalau tiada Didie jadual hariannya akan kucar kacir. Didie sudah tiga tahun menjadi pengurusnya. Dia sudah biasa dengan cara Didie menguruskan perihal jadual waktunya.
\"Macam mana dapat tak you kejar jurukamera yang handsome tu?\" Riyad Akasyah bertanya. Dia bersandar pada sofa. Jaket jeans yang dipakai sudah ditanggalkan.
\"You inikan Riyad tak patut betullah. Kan I dah suruh you minta phone number dia tadi. Melepas I tahu.\" Didie mengoyang-goyangkan jari telunjuknya. Dia duduk bersebelahan dengan Riyad Akasyah. Tangannya ligat membuka kad-kad yang terselit pada jambangan-jambangan bunga itu.
\"Eh! You yang minat dia youlah kena minta sendiri. Nanti timbul pula gossip I seorang gay. Mana I nak letak muka.\" balas Riyad Akasyah. Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali.
Didie renung wajah Riyad Akasyah. Dua atau tiga kali pandang pun Didie sendiri seakan tidak percaya Riyad Akasyah itu ada darah berketurunan Melayu. Raut wajahnya sudah jelas tampak perbezaan. Raut wajah tampan itu sudah sebijik menyerupai orang putih sedangkan ibunya, Puan Karmila berketurunan melayu. Hanya arwah suaminya lelaki Inggeris. Tapi acuan wajah itu tiada acuan wajah melayu langsung!
. “Hmmmm…yang you tenung muka I lama-lama ni mengapa Didie? You jangan…I siat-siat kulit you nanti!” Riyad Akasyah menjegilkan biji matanya. Didie tersentak. Dia tersengih lalu menggaru-garukan kepalanya. Riyad Akasyah ketawa kecil. Didie ada-ada saja karenahnya.
Riyad Akasyah bingkas bangun. Dia capai helmet atas meja. Terkebil-kebil Didie memandangnya. Jaket jeans kembali disarungkan pada tubuhnya yang sasa itu. Riyad Akasyah makin ditenung lama makin kacak. Mahu luruh jantung dibuatnya.
“I nak ke KLCC kejap jumpa Que. You nak ikut tak?” pelawa Riyad Akasyah. Didie tersenyum. Jumpa Que. Hatinya melonjak gembira. Riyad Akasyah sudah menduga reaksi Didie. Dia hulurkan sebuah lagi helmet kepada Didie. “Jangan you peluk I kuat-kuat sudah. I humban you atas jalan.” Riyad Akasyah memberikan amaran.
“If dah naik motor Harley Davison you mestilah I kena peluk you.”
“Didieeeeeeee….” Riyad Akasyah mengepal buku limanya.
“Okay…okay…okay…I gurau saja okay.” Didie mencebik.
Didie membuntuti belakang Riyad Akasyah menuju ke pintu lif. Termengah-mengah dia di belakang. Riyad Akasyah hanya tersenyum. Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam perut lif.
Harley Davison milik Riyad Akasyah dipakirkan tidak beberapa jauh dari kereta Viva milik Didie. Riyad Akasyah mengenakan helmet di kepalanya begitu juga dengan Didie. Kunci motorsikalnya di pulas. Berderum-derum bunyi motorsikal tersebut. Didie membonceng di belakang temannya itu.

**************************

MUNCUNG wajah Que melihat Didie datang bersama Riyad Akasyah. Berkerut-kerut dahinya. Riyad Akasyah hanya tersenyum. Dia tahu Que sedang marah. Apa salahnya dia membawa Didie keluar bersamanya. Didie bukannya orang lain. Rakan baik mereka juga. Didie duduk di kerusi bersebelahan Que. Gemar benar dia bila melihat wajah Que yang putih bersih itu. Tergedik-gedik Didie bila jejaka pujaan berada depan mata.
Geli-geleman Que di buatnya. Berkelip-kelip mata Didie memandang Que. Rasa nak termuntah Que dengan gelagat Didie. Riyad Akasyah cuba menahan dirinya dari ketawa. Dia sudah biasa dengan gelagat manja Didie yang mengalahkan perempuan itu. Namun akhirnya terburai juga keluar ketawa yang ditahan.
“Didie…boleh tak you duduk diam-diam sikit. Rimaslah I lihat you menggeletek macam kaki kepanasan.” desis Que.
“Siapa suruh you handsome sangat.” balas Didie selamba.
“Gila!”
“If I gila pun I gilakan you Que.” Didie makin berani mengusik Que. Dia suka melihat Que naik angin. Makin kacak di matanya.
“You memang nak makan buku lima I nampak gayanya.” gerutu Que.
“If you tak suka buat apa you layan dia Que. You ni pun satu. Panas baran sangat.” komen Riyad Akasyah. Dia mengangkatkan sebelah tangannya memanggil seorang pelayan di situ. Seorang pelayan wanita menghampiri dengan senyuman yang terhias di bibir.
“You all nak makan tak?” soalnya pada Que dan Didie.
“I nak spaghetti dengan fresh orange adik manis.” Sempat Que mengenyitkan mata pada pelayan terbabit. “Cik adik manis free tak malam ni? If free abang nak ajak keluar.” Didie menjeling Que tajam. Sajalah tu mahu menyakitkan hatinya.
“I pun nak oder yang sama macam dia.” ujar Didie. Pelayan itu menganggukkan kepala. Riyad Akasyah menghela nafas panjang melihat gelagat Que dan Didie yang asyik bercakaran.
“Apa pulak! You oder yang lainlah Didie. Jangan mengada-ngada nak sama dengan I okay.” gerutu Que. Didie tersengih. Bila melihat Riyad Akashah mengerlingnya tajam Didie mengubah pesanan. Pelayan itu kemudiannya mengambil pesanan Riyad Akasyah. Dia hulurkan sekeping kertas putih. Riyad Akasyah tersenyum lalu mengeluarkan sebatang pen dari jaket jeansnya. Girang pelayan wanita itu mendapat autograf dari penyanyi kesayangan dia. Ramah mesra pula tu.
Sekumpulan gadis berkumpulan berdekatan meja makan mereka sambil berbisik sama sendiri. Seketika kumpulan gadis itu sudah berada depan mata Riyad Akasyah dan teman-temannya. Masing-masing menghulurkan tangan untuk meminta autograf. Riyad Akasyah angkat kening. Hati peminat kena dijaga. Satu-persatu dia turunkan tandangan pada telapak tangan mereka.
Bersambung....

8 ulasan:

  1. ceritanya dah ok tapi antara perenggan buat gap sikit boleh tak.bukan pe.susah sikit la nak baca.

    BalasPadam
  2. bez..cpat ek smbug
    xsbar plak

    BalasPadam
  3. novel bodoh

    BalasPadam
  4. mawar azura5/12/10 9:59 PTG

    cerita nie...cerita dlm cerita...bosan sebenarnye....bayak sgt diolog mcm ckp kat telifon.....cuba buat supaya..pembaca tertunggu cerita seterusnye.....dari sepuluh..saya bagi 2 markah la.....cuba lagi yek......sory....

    BalasPadam
  5. best r...ape2 r komen tu agak2 r...jaga hati penulis klo ye pon xsuke xpyah komen bukan2...

    BalasPadam
  6. btUL2...
    nk kOmEn pN agk2 r..
    xrEti ati oWg LgsUng

    BalasPadam
  7. beselah..dlm dunia pnulisan, mmg sukar nk wat org suke dgn ape yg kiter tulis...truskn usaha anda and ambek kritikan diorg sbg 1 cbrn,ok!!!
    fighting!!!

    BalasPadam
  8. Best gila.......

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan