Nama Pena : Ak0mAcEhSkUlL
" Weh Ira ,tengokla sana... Jejaka Idaman Malaya kau tengah berjalan tu " gesa Misha kepada bestfriendnya. Ira yang sedang khusyuk membaca novel pantas mengangkat kepalanya yang sejak tadi tunduk. " Wah!!! Hensemkan dia.. Kalaula aku boleh jadi special girlfriend dia kan best " adu Ira kepada Misha. Tiba-tiba , Misha berkata " Amboi tadi bukan main tunduk,khusyuk baca novel. Aku cakap macam tu baru kau nak angkat kepala. Dahla tak layan aku tadi.."
" Alorh , janganla merajuk Cik Misha.. Sori la.. Kau pun tau kan aku bila baca novel automatik jadi khusyuk semacam..Kau kan dah kawan dengan aku selama 2 tahun.. Tak kan tak tau kot tabiat aku nie " Ira pula berkata dalam nada yang hampir merajuk.
" Hahahahaha!! Aku saja je nak test kau tadi.. Hahahaha!!! " Dengan tawa yang masih bersisa sempat lagi minah ni minta maaf. " Sori tau "bukannya Misha tak tahu Ira ni mudah merajuk.
" Hmm,ye lah tu .. Kau ni kan sikit-sikit nak test aku.. Apa kau ingat aku nie bahan eksperimen?? " Minah yang hampir merajuk itu pula berkata. Sekali lagi tawa Misha kedengaran." Kau ni kan memang la.." " Ada saja kawan aku ni ",kata Misha dalam hati.
===
Kringgg!!!!!! Loceng tanda tamatnya waktu persekolahan pun berbunyi. Terdengar suara-suara sumbang sedang menjerit Horrayyy!! Horrayy!! Misha mengutuk didalam hati ," Ish3! Sapa la yang berperangai macam budak-budak ni.. Tak matang langsung ! Dah la ni sekolah menengah , kalau sekolah rendah aku tak heran la"
" Weh Misha jom balik!" Tiada respons. Ira memanggil sekali lagi. "Misha,jom balik " Masih tiada respons. " Misha!!!!!" jerit Ira di telinga Misha.
"Arghhhhh!"lantas Misha terjerit dan melatah. " Weh kau ni Ira janganla buat camtu lagi. Luruh jantung aku tau "
"Hahaha! Sorila , tadikan kau tengah mengelamun.. Aku ajak kau balik pun kau buat tak heran je.. Nie mesti tengah mengutuk la tu."
"Kau tau mana??? Bahayala kau nie…Tabiat aku semua kau dah tau."
"Well,u know me. Weh jomla balik.Aku tak sabar dah ni"
"Urghh! I know you what?? I absolutely don’t know you ! Hehe.. Eh! Jomla cepat! Kejap lagi terlepas pulak peluang kau nak tengok budak 4 Cyber tu"
Sambil membuat muka malu-malu kucing Ira membalas , "Ala kau nie janganla cakap kuat-kuat. Dahla kelas 4 Cyber tu selang dua kelas je daripada kelas kita "
" Aku just cakap kelas je. Aku tak cakap pun nama dia apa. Cepatla kata nak balik"
"Ye tak ye jugak kan? Hehe. Ok jom!"
Di pintu pagar hadapan , seorang jejaka yang agak handsome sedang berdiri dan bercakap dengan rakan-rakannya. Tanpa disedari dua orang pelajar junior sedang memandangnya.
Tiba-tiba,salah seorang rakannya berkata , " Hazim,hazim "
" Ya saya. Kau ni kenapa panggil aku macam tikus je ?? "
" Weh kau ni,agak-agak la nak panggil aku tikus pun. Aku nak bagi tau ada dua orang budak form 3 duk tengok kau"
" Hehe,sori. Mana????"
" Tu la dekat Dataran Integriti tu , takkan tak nampak kot?? "
" Owh.Aku dah nampak la.Cun jugak kawan dia tu kan "
"Amboi! Sempat lagi nak menggatal tu "
" Hehe , aku kan mamat yang popular pastu handsome lak kan , biasa r "
" Ceh! Hampeh la kau Hazim! Dahla hampeh pastu perasan pulak "
Kawannya Irfan turut sama menyampuk , " Hazim , Faris sudah-sudahla tu. Korang berdua ni kalau berjumpa mesti asyik-asyik nak berdebat "
Faris dan Hazim menunjukkan isyarat peace sambil tersengih.
Faris bercakap mewakili dirinya dan Hazim,"Kami berdua kan mememang macam tu "
" Eleh! Poyo je korang berdua ni " kata Irfan.
" Eh Irfan ! Kau kenal tak budak form 3 yang duk tengok Hazim tadi " tanya Faris kepada Irfan.
" Mestila aku kenal. Hehehe, Kenapa?? Berminat ke?? "
" Nama diorang apa ek? Aku minat yang tinggi tu jer. Yang rendah sikit tu aku nak pass kat Hazim"
" Hehe. Kau ni Faris macam tau-tau je citarasa aku yang mana. Aku berminat dekat yang rendah tu la tadi " Hazim tiba-tiba menyampuk.
" Larh, korang berdua ni. Nasib baik berlainan citarasa,kalau tak aku rasa pasal perempuan pun boleh bergaduh ni. Hmm,oleh kerana aku kesiankan korang aku akan bagi tau nama diorang. Yang rendah tu namanya Misha dan yang tinggi tu namanya Ira. Haha! Korang ni nama je budak popular kat skul tapi budak top form 3 tak kenal pulak "
" Hehe kami kan memang macam tu " Hazim menjawab dan disampuk oleh Faris , " Biar orang kenal kita tapi kita tak kenal orang "
" Ish3, Faris ajaran sesat siapa yang kau ambik tu ? "kata Irfan
" Ajaran siapa la kalau bukan aku. Err, tapi aku tak la sesat ea "jawab Faris
Irfan dan Faris hanya tertawa kelucuan.
===
DI Dataran Integriti , Misha dan Ira yang sedar diri mereka diperhatikan menggagahkan diri untuk melalui pintu pagar hadapan kerana mama Misha telah siap menunggu di sana . Inilah untungnya jika dua sahabat baik tinggal berdekatan.
" Weh Misha kau jalan dulu la "
" Aku tak nak la , patutnya kau la jalan dulu ‘
" Kaula"
"Kaula"
Akhirnya mereka berjalan berdua. Tidak ada penghabisannya jika mereka tidak berhenti bertekak.
Sesampainya mereka di pintu pagar itu , Faris mula menjalankan operasinya untuk men’tackle’ Ira manakala Hazim pula dengan Misha.
Faris mula membuka langkahnya. " Ehem! Hai Ira. Assalamualaikum "
Ira membuat muka menyampah lalu membalas " Hai "
" Salam saya tak nak jawab ke?? Berdosa tau kalau tak jawab salam "
" Eh! Itu aku tau la. Kau tak perlu bagitau pun. "
" Amboi garangnya! Janganlah marah , nanti cepat tua la cik adik sayang oi "
Sementara itu Hazim pula cuba untuk mendekati Misha.
" Erm,hai Misha"
" Hai " Misha membalas dengan selamba namun dalam hatinya sedang berbunga-bunga kerana dia juga menyukai Hazim.
" Awak ni cantikla,saya suka tengok awak "
" Takder la,saya biasa – biasa aje . Awk , saya balik dulu la. Bye "
" La,cepatnya nak balik. Takpela bye. "
Misha berjalan menuju kearah Faris dan Ira. Ketidakselesaan Ira terserlah sejak dari tadi lagi. Ira nampak Misha yang sedang berjalan kearahnya bermonolong sendirian " Speaking of the devil . Thank gosh kau datang Misha . Aku dah tak tahan dengan Si Cipan ni."
Setelah Misha tiba Ira berkata kepada Faris , " Aku nak balik , bye ! " Lantas dia menarik tangan Misha dan mereka berdua berlari keluar daripada kawasan sekolah.
Mama Misha sudah siap menunggu di dalam kereta kelihatan marah sekali. Misha dan Ira mempercepatkan langkah mereka. Setibanya mereka di kereta mama Misha terus sahaja dua sahabat karib itu meminta maaf. Mujurlah mama Misha tidak terlalu marah.
===
Malam itu Ira menghantar sms kepada Misha.
= Salam,kau dh tid0 ke ?
+ Wassalam..Bl0m.. Kau ngah wat pa?
= Tengah lyn perasaan la..
+ Hah?! Lyn perasaan?? Knp??
= Pasal tadi la.. Hazim cakap apa kat kau..
+ Dia xde cakap papa la.. Kau jeles ke?
= Ofcoz la aku jeles Cik Misha oii.. Serious dia xde cakap papa??
= Erm,dia cakap hai je..Kau xyah la marah..
+ Hai?? Amboi,cam ada papa je?
= Yelarh hai je.. Xde kowt.. hehe
+ Kowt??? Misha aku jeles nie..
= Xder papa la.. K la aku nak tido..Aku nak mimpikan Hazim..Bye2
+ Misha!!! K la bye..
Ira berasa sebak ketika Misha berkata dia ingin mimpikan Hazim. Kadangkala terdetik jua dihatinya apakah Misha menyukai Hazim. Tiba-tiba , bayangan wajah Faris yang sedang tersenyum menerpa ke dalam kotak fikirannya.
" Ish!! Takkanla aku sukakan Si Cipan ni pulak.Aku kan suka dekat Hazim. Patutnya bayangan muka Hazim yang hensem tu la yang keluar. Ini tidak,bayangan dia tu jugak nak keluar.Dahla tak hensem (sebenarnya hensem tapi Ira saje nak nafikan) . Ya Allah,mintak simpang malaikat 44 aku suka dekat dia " Ira berbisik kepada hatinya.
===
Keesokkan harinya , ketika Misha tiba di sekolah , Hazim sedia menunggu di hadapan pintu pagar sekolah. Dari jauh lagi Misha nampak Hazim senyum kepadanya.Hatinya berbunga-bungan lagi. Mujurlah Ira tidak datang ke sekolah pada hari ini , jika tidak pasti Ira merajuk dengannya apabila melihat adegan itu.
" Hai Misha. Mana kawan awak Ira tu ? "
" Hai Hazim . Owh! Ira,dia demam "
" Erm,jom jalan sekali . Kelas kita kan dekat-dekat je "
" Eh! Takpe ke?? Nanti peminat-peminat awak marah nanti "
" Takpe la. Ala, sekali sekala kan. Jomla "
" Hmm,ok la. Jom! "
===
Pada suatu hari Misha dan Ira bergaduh kerana Hazim. Kisahnya bermula apabila Misha menerima surat daripada Hazim yang mengandungi puisi dan Ira terbacanya.
With the passing of each day
I love you more in every way
It burns like a fire in my core
I want you more and more
You have all of my heart
had it right from the start
I never met anyone like you
Grandeur in all that you do
You are my brightest star
In my mind you \'re never far
There is nothing I would not do
to make your wishes come true
Let me be your only dream
My love an endless stream
that runs through all of me
Your face the only one I see
:.hAzIm.:
Ketika itu Ira menyedari bahawa Hazim sebenarnya menyukai Misha dan bukannya dirinya. Ira telah memberi hint yang banyak sekali namun Hazim tidak mempedulikannya. Tiba-tiba Misha meyapa Ira.
" Hah! Kau baca pa tu " lantas Misha terus merampasnya dari tangan Ira.
" Aku baca surat yang Hazim hantar kat kau la " marah Misha.
" Hey kenapa kau pulak macam nak marah padahal aku la yang patutnya marahkan kau sebab baca surat aku tanpa kebenaran " Misha mula meninggikan suaranya. Mujurlah tiada sesiapa dalam kelas pada waktu itu.
" La aku baca la lagipun surat tu ada bawah meja aku " Ira pun menjawab
" Tapi ada tulis nama aku kan "
" Memangla. Kau ni suka kat Hazim jugak kan?? "
" Kalau aku cakap ya kau nak buat apa?? "
" Owh,kau pun ada hati kat dia ye. Takpe la aku tak kisah " jawab Ira selamba
" Hah??!! Kau tak kisah?? " Misha kehairanan. Dia ingat Ira akan bergaduh dengannya kerana mereka berdua memang suka bertekak.
Tiba-tiba tanpa disangka-sangka Ira ketawa. Misha bertambah hairan. Dia bermonolog sendirian
" Gila ke hapa kawan aku ni , orang tengah serious boleh dia gelak "
" Weh Ira kenapa kau ketawa ??? " Misha bertanya.
" Kau nak tahu ?? " Ira sengaja menduga Misha.
" Eh,mestila aku nak tahu. Kau janganla nak buat suspend. Kan sebelum ni kau suka kat Hazim then bila Hazim luahkan feeling dia kat aku kau boleh berlagak selamba. " terang Misha panjang lebar.
" For your information Cik Misha , aku sebenarnya dah couple dengan Si Cipan yang dulunya aku menyampah tu "
" Owh ye ke ?? Bila ??!! " Misha bertanya dengan reaksi yang amat terkejut.
" Urmm, sebelum Hazim hantar surat ni lagi. Aku saja tak nak gitau kau lagipun aku dah lama sedar yang Hazim tu sukakan kau dan bukannya aku. Aku pulak sukakan Faris tu "
" Owh! Tapi kau ni dah couple bukannya nak gitau aku pun " Misha sengaja menukar nada suaranya kepada nada suara merajuk.
" Hehe. Kau ni pun apa kurangnya . Siap ambil kesempatan jalan beriringan dengan Hazim masa aku demam hari tu "
" Urmm,nak buat camne dah orang yang kita suka ajak kita jalan sekali so aku tak nak la lepaskan peluang keemasan ni. Hmm,so kita sekarang 0-0 ea. Aku tak nak la gadoh dengan Best Friend aku. "
" Ok deal ! From now kira 0-0 la kita "
===
Begitulah kisah Ira dan Misha. Misha kini telah menjadi special girlfriend Hazim manakala Faris a.k.a Si Cipan ( nama timangan Faris apabila Misha dan Ira bercakap tentangnya ) menjadi special boyfriend Ira sehinggalah sekarang.
Ak0mAcEhSkUlL cakap - sori kalau cite nie sedikit boring. Nie first try saya. Komen-komenla yer atau kritik..
x jiwa....
BalasPadambiasa je
BalasPadamhuhu bes la gak
BalasPadamcita bagus tp agak mendatar.ada ruang utk dikembangkan lg ngan konflik,kasih sayang dan lain2. jun
BalasPadamagk best. tp ringan sgt. klu boleh, msukkan sdikit konflik. takkan lah si ira tu boleh trima cm tu jer. walaupon diorg gaduh, tp last2 mesti baek pyer kn. lg best klu ending dia sedey. si ira tu meninggal ker kan.. papepon, good try.
BalasPadamntah hape2 tah..bosan aku bacer..species citer syok sendiri nie..huahaha..
BalasPadamblh tahan cite ni...masih boleh dperbaiki...chayok
BalasPadamkne tmbhkn lbh dramatik..bru leh trik minat org bace..
BalasPadamfinishig kurg kick....
x de motif langsung :q
BalasPadamgood try...be best..
BalasPadamboley r cte n...
BalasPadamemmm boleh la tahan jugak...klu tambah unsur suspen sikit ok jugak...contoh masukkn unsur yang menguji sejauhmana kekuatan antara 2 orang sahabat dalam mengenal cinta
BalasPadamboleh la..tahan jugak. tapi tambahkan unsur suspens and konflik dan dendam dalam cerita. baru gempak, beb!
BalasPadamciter yg biasa2 je..try bwt yg lagi gempak..
BalasPadamnot bad...klau dipnjngkn lg insyaAllah lg menarik :)
BalasPadam-Adam-
steorotype
BalasPadamok la...
BalasPadamkalo ye pun,xyah la gune name aq a.k.a Misha^~^
BalasPadam