Ahad, Oktober 04, 2009

Cerpen : Cerita Airmata

Nama Pena : awin.awina

Pang! Satu tamparan lagi hinggap di pipiku. Sedikit darah terbit di tepi bibir. Aku mengesat dengan baju lenganku yang lusuh. Hari ini saja aku telah menerima 3 kali tamparan semata – mata kerana lambat melayani permintaannya. Airmata mengalir lagi. Aku hiba.

"Sini kau" sergah Muhkriz sambil menarik rambutku yang terjurai panjang. Aku mengaduh kesakitan.

"Maaf ! Tuan Mukhriz. Sakit..sakit..aduh! Rambutku disentap dan tubuhku dihumbankan ke bucu meja. Perutku senak. Kesakitan Juwairah tidak tertanggung lagi. Dia menjerit dan meraung di situ. Apa dosaku tuan…..aku mengetap bibir menahan kesakitan.

Wajah Muhkriz bengis memandang Juwairah yang terjelepuk ke atas lantai. Dadanya berombak kencang menahan kemarahan. Langsung tiada riak kasihan pun pada perempuan yang sedang menanggung kesakitan itu. Padanya perempuan itu sememangnya layak di layan begitu. Jijik!

"Ingat ya! Lain kali kalau kau lambat lagi jawab panggilan aku, nahas kau" amaran Muhkriz keras. Juwairah cepat - cepat menganggukkan kepalanya, takut dipukul lagi. Ya! tuhan..hanya kerana aku lambat menjawab panggilannya saja, aku telah terima menerima hadiah sebesar ini. Terima kasih ….Muhkriz.

Juwairah merangkak perlahan menuju ke biliknya. Melihat dirinya diserpihan cermin yang pecah, itupun dikutipnya di dalam buangan tong sampah. Nak membeli memang dia tidak mampu. Bibirnya bengkak, lengan, peha dan perut ada kesan lebam kebiruan. Juwairah menitiskan airmata. Dia amat sedih dengan perlakuan Tuan Muhkriz yang tidak pernah ada rasa belas kepadanya. Dari hari pertama dia menjejakkan kakinya ke Villa Damai ini, layanan Mukhriz tidak pernah lembut malah sentiasa mengkasari Juwairah tanpa apa jua alasan. Hina sungguhkah aku dimatanya.

Ingatku masih segar, mengimbau kembali saat itu.

"Siapa yang papa bawa balik ni. Kotor betul, muka pun comot. Eeii…busuk la pa", tegur Puan Sri Sharifah Zakiah sambil menutup hidungnya. Matanya menjeling tajam. Meluat melihat diriku yang kotor dan busuk. Hatiku pedih mendengar kata – kata itu. Tan Sri Syed Mahmud diam hanya memberi isyarat kepadaku supaya mengikuti arahan isterinya.

"Mak Mah…ooo…Mak Mah". Terkocoh – kocoh wanita tua itu berlari.

"Ya..Puan Sri"

"Bawa perempuan kotor ni, masuk bilik stor belakang. Itu tempat dia. Lepas tu, suruh dia bersihkan dirinya. Mak Mah kena ajar dia nanti apa yang perlu dibuat, ingat! jangan nak duduk senang kat sini" herdikan Puan Sri menikam jantungku. Masakan aku nak duduk senang di sini. Aku sedar siapa diriku. Aku memang tak layak untuk menikmati apa – apa kemewahan di villa ini.

Pesanan arwah ayah ku sematkan di hati . Ah! Hanya 7 tahun saja aku di sini. Aku perlu menglangsaikan hutang-piutang ayah supaya rohnya tenang nanti. Aku hanya perlu sabar dan tabah untuk meneruskan kehidupan di sini. Ya! Sabarlah wahai Juwairah….

Jeritan Tuan Syed Mukhriz dari luar bilik mematikan lamunanku. Ah! Dia lagi. Tak habis – habis mencari aku. Apa lagi yang dia mahu. Juwairah bingkas bangun dan berlari terhinjut – hinjut mendapatkan Tuan Muhkriz , cuba menahan kesakitan tadi.

"Ya…Tuan Muhkriz", tergetar suaraku menjawab panggilan Mukhriz.

"Malam ni, aku tahu kau pakai elok - elok sikit. Jangan nak bikin malu aku je. Walaupun kau tu tak layak, tapi aku tak boleh tahan kalau kau tu asyik nak kena kutuk je. Ingat tu… maruah aku, kau kena jaga juga. Faham". Dua tiga kali kepalaku ditunjal – tunjal, bimbang peringatan keras itu diabaiku. Teruk betul, cakap aje la tak payah nak tunjal kepala aku.

"Sa..saya tanya boleh, tuan"

"Apa dia"

"Ada apa – apa yang istimewa ke malam ni, tuan".

"Bukan urusan kau nak ambil tahu. Ingat! pesan aku tu tadi. Bodoh!". Kepala Juwairah ditunjal lagi. Muhkriz berlalu pergi meninggalkan aku yang masih terpinga – pinga.

Ah! Apa yang aku nak pakai ni. Juwairah gusar memikirkan baju yang ingin dipakainya malam nanti. Mana tidak nya, dia tidak pernah ada walau sepasang pun baju yang cantik. Usah katakan cantik, yang elok sikit pun dia tidak pernah memilikinya. Sepanjang dua tahun bekerja di villa ini, aku tidak pernah keluar malah gaji pun tak pernah dapat. Aku hanya mengharap ehsan Mak Mah yang kesian melihat kedaifanku. Kadang – kadang diberinya sehelai dua baju kurung kedahnya yang besar bersama kain batik. Itu saja yang aku ada. Nak harapkan Muhkriz, memang takkan dapat la jawabnya.

Juwairah berjalan mundar – mandir memikirkan masalahnya. Emm…minta tolong Mak Mah la, mana tahu mungkin ada bajunya yang elok sikit.

*********************************

Malam itu, ramai sanak – saudara Tan Sri Syed Mahmud dan Puan Sri Sharifah Zakiah hadir bagi meraikan majlis ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-52 tahun. Khemah kanvas tertutup berwarna putih gading dihiasi indah dengan bunga ros merah yang segar. Kebanyakan yang hadir terdiri dari saudara – mara yang berpangkat dan kaya – raya. Lihat saja pakaian mereka yang begitu gah, kelipan labuci menghiasi dada, kilauan berlian di leher, tangan dan dijari memukau mata yang memandang. Juwairah terpaku melihat suasana begitu. Rasa rendah dirinya menyelubungi jiwa, tak layak sungguh aku untuk bersama – sama dikalangan mereka sekalipun berstatus orang gaji. Juwairah tidak mahu alpa, dia segera membantu Mak Mah menyiapkan hidangan malam itu walaupun khidmat katering ada disediakan.

Juwairah sibuk membantu menyiapkan keperluan hidangan di atas meja besar itu. Tak menang tangan dibuatnya, begitu pantas dia membuat kerja dari mengelap, menyusun, menghidang malah sehingga melayani setiap tetamu yang hadir.

Dalam pada itu, Juwairah tidak sedar ada sepasang anak mata sedang asyik memerhatikan setiap perlakuannya. Wajah Mukhriz keruh, masam mencuka melihat senyuman Juwairah yang tidak putus – putus kepada tetamunya apatah lagi malam itu penampilan Juwairah amat berlainan sekali, nampak ayu berbaju kebarung labuh walaupun coraknya sudah ditelan zaman. Baju Mak Mah masa mudanya, mujur masih boleh dipakai.

Ah! dengan aku tak pernah pun kau nak senyum macam itu ..desis hati Mukhriz kegeraman. Hati Mukhriz membara. Kemarahannya disimpan ..kau tunggu lah malam nanti.

Tiba – tiba suasana senyap seketika, menanti pengumuman penting yang ingin disampaikan oleh Tan Sri Syed Mahmud.

"Assalammualaikum kepada semua hadirin. Sempena di hari ulang tahun perkahwinan ini, saya ingin umumkan satu berita gembira. Majlis pertunangan anak saya Syed Muhkriz dengan Sharifah Shahireen anak perempuan kepada Dato’ Syed Bahtiar akan diadakan sebentar lagi. Dan mereka akan disatukan, 6 bulan dari sekarang iaitu sebelum saya dan isteri berangkat ke tanah suci. Harap kesudian tuan/puan sekalian menghadirkan diri dimajlis kami nanti".

Berita gembira itu, diterima dengan tepukan yang gemuruh dan ucapan tahniah yang tidak putus – putus. Wajah Mukhirz bersinar kegembiraan. Sebaliknya Juwairah bagaikan hilang nyawa di telan bumi.


*************************************

Kandunganku semakin sarat menyukarkan pergerakanku untuk membuat kerja – kerja rutin. Mujur ada Mak Mah yang banyak membantuku. Cuma di mata Puan Sri aku kelihatan menyakitkan hati dan mewujudkan kebencian yang meluap lebih – lebih lagi benih Mukhriz semakin membesar di rahimku.

Aku masih ingat kejadian 3 tahun dulu, saat Mukhriz di tangkap oleh Tan Sri ketika sedang merogolku. Tan Sri malu dengan perbuatan Mukhriz malah rasa bersalah pada arwah ayah yang merupakan bekas pemandu peribadinya. Tan Sri mengambil keputusan mengahwinkan kami secara rahsia pada malam itu juga bagi menutup malu walaupun mendapat bangkangan keras dari Puan Sri.

Hubunganku dengan Mukhriz hanya sekadar di atas kertas dan di ranjang saja sepanjang menghuni vila itu. Tidak lebih dari itu. Tiada kasih sayang, tiada belaian, tiada yang zahir, cuma yang wujud batinnya saja yang perlu dipenuhi saban malam. Kerakusannya menjamah tubuhku ibarat melepaskan nafsunya yang terpendam lama. Biarpun diherdik, dimaki malah dipukul sepanjang menjadi isterinya namun aku tetap akur ketentuanNYA yang ingin menduga umatnya yang bertaqwa.

Kini, Mukhriz tidak lagi tinggal di villa ini. Sejak berkahwin, Mukhriz telah membawa isterinya yang cantik dan berpelajaran itu tinggal berasingan. Bimbang sialku akan berjangkit nanti pada isteri tercantiknya. Bagai disentap tangkai hatiku pabila mendengarkan keputusannya. Hidup ku tiba – tiba dirundung kesuraman dengan ketiadaannya. Namun kehidupan mesti diteruskan walau tanpanya. Aku pasrah.

Sikap Puan Sri Hajah Sharifah Zakiah tidak pernah berubah. Dia amat membenci Juwairah dan kebenciannya semakin memuncak. Perut yang memboyot itu direnungnya tajam. Dia perlu memikirkan sesuatu untuk mengugurkan kandungan itu.

Emm….percubaan pertama dulu, aku telah berjaya. Tapi kali ni, macam mana betina ni boleh lepas. Ah! aku mesti fikirkan sesuatu. Aku tidak boleh biarkan anak yang dikandung itu membawa nama keturunanku. Tak layak langsung. Jijik aku melihatnya. Kemarahan Sharifah Zakiah memuncak, dia perlu bertindak segera.

Pada malam berikutnya, Puan Sri telah memaksa Juwairah menelan sesuatu dengan harapan kandungannya akan gugur ataupun anak yang bakal lahir tidak dapat menikmati kehidupan di dunia kelak.

"Minum ni", secawan air hitam pekat disuakan kepadaku.
"Tak mahu..Puan Sri" aku menolak.
"Minum! Aku kata"
"Tidak, saya tak mahu…berdosa Puan Sri"…aku merayu.
"Ooo…degil ya. Nak melawan aku".

Puan Sri semakin mendesak. Tubuhku ditolak kuat sehingga aku tersembam ke lantai dapur. Aduh! Aku mengerang kesakitan yang amat sangat di perutku. Ada darah mengalir. Pandanganku terasa gelap, terus tidak sedarkan diri.

*************************************

Muhkriz terkedu. Surat yang disampaikan kepadanya dibaca. Isi kandung yang menyentuh jiwa telah mencalar sifat kelakiannya, akhirnya airmata Mukhriz gugur di pipi.

\"Kehadapan Tuan Syed Mukhriz yang sentiasa diingati…
Maaf sekiranya kehadiran surat ini menganggu situasi Tuan Mukhriz bersama isteri tercinta. Terlebih dahulu saya mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki, minta dihalalkan segala makan minum saya selama menetap di Villa Kasih bersama tuan.

Saya mohon maaf juga di atas segala tingkah laku saya yang kurang menyenangkan hati tuan. Kelemahan saya, kebodohan saya, kedaifan saya dan kemiskinan saya sehingga menyebabkan tuan malu akan diri ini.

Segala perbuatan tuan telah saya maafkan malah saya halalkan segala tuntutan yang menjadi hak saya selama saya menjadi isteri tuan. Untuk makluman tuan, anak saya kini telah berusia 10 tahun. Tapi jangan lah tuan khuatir, saya telah mendidiknya agar tidak menuntut apa – apa hak dari tuan malah saya tidak mengizinkan dirinya sama sekali menyebut nama tuan atau apa – apa yang berkaitan dengan nama keturunan tuan.
Kami anak – beranak sedar kedudukan kami di mata tuan. Saya tidak akan engkar akan larangan itu. Oleh itu, sudi lah kiranya, tuan dapat bertemu dengan anak saya yang hina itu untuk tatapannya buat sekali ini saja tuan.

Akhir sekali, izinkan saya buat sekian kalinya selama kita hidup bersama memanggil tuan, abang. Ya! Satu panggilan yang diidamkan oleh setiap wanita berkahwin begitu juga saya. Saya amat merindui panggilan itu. Moga roh saya tenang dengan izin abang. Terima kasih…. abang".

Sekian

Mengharap kasih – Juwairah


Surat dilipat kemas kemudian disisipkan ke dalam saku baju. Mukhriz memandang wajah budak dihadapannya. Kelihatan tenang dengan senyuman menawan. Ya ...mirip Juwairah cuma matanya saja miripku.

"Siapa nama awak" lembut bicara Mukhriz.
"Nama saya Hafiz, tuan"
"Bin?". Budak itu mendiamkan diri, kemudian menyerahkan sijil beranak kepada Mukhriz.
"Saya dilarang menyebutnya"
Mukhriz gumam lalu memeluk budak itu. Airmata bergenang dikelopak matanya.
"Lepas ni,panggil ayah…ya sayang"
"Maaf tuan. Ibu pesan, jangan sekali – kali saya cemarkan nama tuan dengan panggilan ayah. Saya tak nak langgar janji ibu. Tapi tuan jangan la risau ya, saya datang nak tengok wajah tuan saja. Saya tak kan tuntut apa – apa dari tuan. Terima kasih tuan kerana pernah menyayangi ibu saya. Selamat Tinggal". Budak itu berlalu pergi bersama penjaganya meninggalkan Mukhriz dalam kekeluan. Airmata gugur lagi.

Maafkan abang …Jue.

33 ulasan:

  1. huhuh sedey nye...
    npe xsmbg bg ag sedey
    tpi tetap best!!

    BalasPadam
  2. sedeynya.. pelik betul la aku ngan lelaki ni.. kalau tak suka dia berkasar.. even suka pun boleh kasar jugak ker.. padahal malam majlis tu dia marah coz ju tak senyum pada dia macam yang ju buat pada orng lain.. nampak sangat jelous.. sedey betul ngan lelaki yang tak paham jiwa sendiri ni...best!!

    BalasPadam
  3. best kar cite nie
    sambg ar lagi....
    takkan ending cam tue jer...

    BalasPadam
  4. sedey nyer..
    cian kt ju..
    tp geram pon ade jgk..
    mmg patut pon ank dyer bwat cmtuh..

    BalasPadam
  5. budak2 mmg lurus....
    padan muka mukhriz....
    napa msti bezakan manusia dgn taraf....
    kat kubur nanti ko bwk ka dato',datin.tansri ko....

    BalasPadam
  6. sedih;-(
    congrats to da writer....
    jln cerita yg menarik...

    BalasPadam
  7. SedihY...meremang bulu rome time bc ni...

    BalasPadam
  8. alamak! salah upload version laa..citer nie sy dah edit yg baru tp terhantar pulak yg nie.x perasan..papun terima kasih atas komen-komen dan sokongan anda yg amat sy hargai. Time kasih semua pembaca!

    BalasPadam
  9. sedeynye....lelaki mmg cmtu agknye...

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama6/10/09 1:15 PG

    sedinyer....
    takde sambungan ker? huhuhu...

    kesiannya jue tu..huhuh

    ada blog tak

    BalasPadam
  11. ye..sedih..
    tambah dekat part last 2
    gugur jugak air mata aku..huhu

    BalasPadam
  12. huh..laki nk dikatakan separuh daripada mereka semua tahu nak mainkan perasaan kaum perempuan jer.....

    BalasPadam
  13. sedihnya cta nie....

    BalasPadam
  14. wahh selamba badak die aje gune kan pompuan tuh untk nafsu die.
    X patut betul..
    hishh mmg bangkang ar..
    nangis aku bace..
    sedih2

    BalasPadam
  15. hui..sayu nyer jdi jue..sian dier..kalu ley smbung..bia fmly mertua die tu bankrup..pastu bar org lak caci maki dorg..jahat sgt..esp..tuk suami die yg x rupe suami tu..
    hisy..aku anti betul kalo ade diskriminasi kat wanita cmni..

    hope kat dunia realiti org lebey menghargai wanita..jgn ade lg penganiyaan terhadap wanita.

    -miss_purple-

    BalasPadam
  16. best nye citer...sedih smpi mengalirkn air mata...huhu..xde smbgn ke?

    BalasPadam
  17. cerita,olahan,gaya bahasa yang cukup menarik,seronok dibaca,tahniah kepada penulis!

    BalasPadam
  18. waa... sedey tol la citer nie.please la wt sambungan.klu ade sambungan lagi syok



    -pisces_girl-

    BalasPadam
  19. walaupun sedih cita ni tetap best.. saya suka baca cita ni... saya cukup benci la laki yg cam tu... suka sgt mempermainkan kaum hawa... teruskan lah karya-karya anda..
    (by:reeya_91)

    BalasPadam
  20. huhu..
    sdhnyerrrr..
    tp klu lg pnjg mst lg best!!
    benci gler llaki mcm 2!!!
    congrates 4 the writer!

    *FIZ*

    BalasPadam
  21. walaupun cite ni sedeh, sy suka kerana penggarapan(betul ke eja ni)dia menarik, skema sey. so mmg menarik2 sy utk bace sampai hbs, good job writer.

    BalasPadam
  22. sedey cte nie....
    best...
    menarik...
    n menyayat hati...

    BalasPadam
  23. i just don't undrstnd why he make his wife like tht..buat 'benda tu' pndai plak..aku siku karang laki ni...

    BalasPadam
  24. suka watak lelaki tu.best harap boleh setara dngn siti rosmizah

    BalasPadam
  25. kuajaq pnye laki..
    mntak djauhkn la dri org cm2..
    ish..bengang da ni..

    BalasPadam
  26. cerita ni best......tapi sedihnya.......geramnya saya dgn watak lelaki tu.......

    BalasPadam
  27. cdey n menarik cter ni. sambungla lg........

    BalasPadam
  28. Tanpa Nama8/11/09 4:03 PG

    woit ko miss purple...jahaat sungguh..kejam sungguh kata2 mu..tapi aku pun geram gak..

    putra86

    BalasPadam
  29. bez glerrrrr!!!
    t'baek wok!!!!
    chayok!!

    BalasPadam
  30. cite ni.....mcm novel ombak rindu kn?

    BalasPadam
  31. slm..sgt terharu..kesian dkt jue..dh la kna rogol..mmm..apa nk jadilah dunia ni..pada penulis,good job..teruskan lg..

    BalasPadam
  32. cerita pertama dlm penulisan2u yg mampu membuat saya meneteskan air mata...sedihnya... :(

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan