Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dari koridor kelas mereka kedengaran tawa-tawa kecil gadis-gadis belasan tahun yang sedang hangat bergosip. Masing-masing sibuk ingin menceritakan berita-berita panas dan sensasi yang baru sahaja berlaku sepanjang hari persekolahan mereka. "Eh, kau tahu tak Zira," tiba-tiba gadis kecil molek yang bernama Farhana mencelah, menyepikan keadaan. Dia menoleh ke kiri dan kanan, memerhatikan keadaan, memastikan ‘ line clear’ sebelum memulakan topik, bagaikan ceritanya berkaitan dengan hidup mati seseorang . Semua rakan-rakannya turut berkumpul dan merapatkan diri masing-masing, memasang telinga untuk mendengar cerita panas si ‘ratu gosip’, Farhana. "Aku dengar Lisa dengan Zack baru ‘clash’ semalam! " "Hah?! Biar betul kau ni ?!" ujar Zaini yang berbadan gempal. Yang lain semua mengangguk. "Ha-ah, bukan ke diorang baru ‘couple’ minggu lepas ke? " seorang lagi menyampuk, kali ini Diana, si mulut tempayan. Farhana menggeleng-gelengkan kepalanya, teruja untuk meneruskan cerita. "Betul! Aku dengar sendiri daripada Lisa! Dia cerita kat aku dalam ‘phone’ semalam. Dia kata Zack ‘break’ ngan dia sebab Zack ada perempuan lain pulak!" Kawan-kawan Farhana yang lain melopongkan mulut masing-masing. " Hmph! Padan la dengan muka si Lisa tu! Dia ingat sebab dia lawa dia boleh dapat semua jantan kat sekolah ni, puas hati aku!" kata Lily yang masih berdendam dengan Lisa kerana Lisa pernah merampas teman lelakinya. "Malu giler kena ‘dump’ macam tu je! Ni mesti ‘first time’! Ha! Ha! mana la ada lagi lelaki kat sekolah ni yang pernah ‘dump’ Lisa tu. Dia ‘dump’ orang ada la!" ketawa Yuni. " Dia tu yang berani sangat couple dengan Zack tu! Dia ingat Zack suka sangat dengan dia, takkan la dia tak tahu Zack tu memang ‘playboy’! Masa Zack tengah ‘couple’ dengan dia pun aku dengar Zack dok usung perempuan lain merata lagi! Elok sangat la diorang tu! Sorang ular sorang buaya ," kata Zaini. Mereka semua ketawa mengilai-ngilai,mengalahkan pontianak. "Sapa perempuan tu, Farhana?" mereka kembali berbisik. Farhana cuma mengangkat bahunya tanda tidak tahu. "Kenapa? Kau nak ke?"usik Diana. Mereka kembali ketawa. Kemudian masing-masing mendiamkan diri apabila seorang pemuda yang sebaya dengan mereka lalu di sebelah tingkap kelas mereka. Dia itu sempat menoleh ke arah mereka sebelum melemparkan sebuah senyuman. Mereka membalas senyuman itu sambil tersipu-sipu malu, muka mereka merah padam. Apabila dia sudah hilang daripada pandangan, kedengaran jeritan-jeritan kegembiraan mereka kerana telah menerima senyuman daripada ‘playboy’ yang paling popular di sekolah. Yuni menarik-menarik baju Zaini, "Ya Allah Zaini, comel giler!" diikuti oleh deraian ketawa mereka. Setelah bertenang sebentar, Diana berkata, "kalau kau tak mau pun, aku nak!" sebelum rakan-rakannya menjerit-jerit sambil mencubit-cubit Diana. "Serius comel giler! Patut la Lisa nak sangat!" "Hensem beb…hai..kenapa la semua mamat hensem perangai buruk cam tu?" Farhana menambah. Lily cuma menarik nafas panjang "perangai buruk pun, ramai yang nak! Playboy yang paling popular kat sekolah ni, Zakri Hakimi…"
XxXxXxXxX
Mila menghempaskan bukunya pada meja. Semua nota-nota kecilnya bertaburan di atas lantai. Geram rasa hatinya apabila teringatkan peristiwa sebentar tadi. Berani betul Said tu mengaku aku ni girlfriend dia! Dia ingat aku ni apa?! Kenapa la aku tak karate je tengkuk dia tadi?! Baru puas hati aku! Dalam kemarahan yang membuak-buak itu, tiba-tiba sahaja pinggangnya dirangkul dengan kasar dari arah belakang. Suara protes terlepas dari bibir mungilnya itu. Dengan cepat dia menoleh ke arah penyerangnya, sudah bersedia untuk melepaskan tumbukan. "Z…Zack!" terputus-putus suaranya, terkejut memandang wajah kacak itu. Zack cuma menguntumkan senyuman di bibirnya, terhibur melihat telatah gadis cantik yang berada dalam pelukannya itu. Mila tergamam sebentar, sebelum menolak Zack dengan kasar. "Ish! Kau ni gila ke? Terkejut aku!" hambur gadis itu namun cuma dibalas dengan tawa. "Ohh? Gelak? Nasib baik aku tak bukak silat tau!" marahnya, masih tak berpuas hati dengan perilaku Zack. "Eh? Sejak bila pulak kau belajar silat Mila? Setahu aku, spider pun kau takut?"Zack membalas dengan sinis. "Ah! Diam la lu!" marah Mila. "Hai,pompuan cantik macam kau ni mana boleh marah-marah, rosak ayu la…" Zack menyentuh wajah Mila namun ditepisnya. Mila kembali memandang tepat ke arah Zack. Tiba-tiba sahaja amarahnya hilang. "Kau ni, nasib baik aku tak ada sakit jantung tau tak? Kalau tak KO," ujar Mila sambil tersenyum. Marahnya yang membuak-buak seakan-akan hilang begitu sahaja. Mila mengutip kembali buku-buku dan nota-notanya yang menjadi mangsa kemarahannya sebelum memasukkannya ke dalam beg. "So… kau marah dekat sapa pulak tadi tu?" "Penyibuk," ringkas jawapannya. "Aku dengar kau dah ada boyfriend. Aku tak sangka pulak kau minat kat orang macam Said tu," Zack berkata dengan selamba. "Hoi! Bila masa pulak?! Said tu yang perasan! Rasa macam nak patah-patahkan saja tulang belakang mamat tu," "Ok, ok, aku tau la kau ni ganas. Tak payah la nak bunuh anak orang pulak," Zack menenangkan Mila. Dia kenal sangat dengan perangai Mila ni. Garang bukan main, tapi hatinya suci. Takkan tergamak dia nak memukul sesiapa pun. Dari kecil lagi mereka berkawan rapat, dan Zack tahu yang hanya dirinya yang benar-benar mengenali hati budi gadis cantik idaman ramai ini. "Hoi, kau tengah senyum-senyum tu kenapa?" Mila menegurnya setelah mendapati Zack sedang mengelamun lain macam. "Tak. Tak ada apa-apa, dah la tu… jom balik. Aku penatla hari ni," Belum sempat Mila membuka mulut, Zack sudah pun menggenggam erat jemari Mila dan menariknya keluar dari kelas. XxXxXxXxX
Yo, ni CookieMonster. Ni crite first yang saya tulis. Sila komen so saya tau macam mana crite ni. (Tapi tolong jangan ganas sangat :\\ ) PS; (Tapi tolong jangan ganas sangat. Saya baru 16 tahun! : ) )
Bila baca cerita ni teringat kat manga. Ada macam manga sket2 masa starting tu. Akak perasan CookieMonster guna 'cam' instead of 'macam' dan 'pompuan' instead of 'perempuan'. Tapi, bila tengok perkataan2 lain, ok aje. Apa kata CookieMonster ubah sket. Perbaiki jugak tanda bacaan. Ada yg sepatutnya letak '.' CookieMonster letak ','.
assalamualaikum.... Cerita yang sangat menarik bagi pendapat saya...tapi asal ader part pegang tangan dan peluk???takder moral la...kalau boleh selitkan agama sket....baru besh...assalamualaikum....mafkan saya kalau kata kata saya menyinggung perasaan penulis.......
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hahaha..not bad boleh thn la..
suke2..
idup at alm sekolah mmg cm2 pun..
hahaha..pntg nmpk lki cute sikit..(ad pengalaman tp bkn sye..hahaha)
teruskan usaha anda..