Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Kau pasti ke nak pergi sana ?" Fatin masih tidak berpuas hati dengan jawapanku . Aku mengeluh berat.
" Fatin, aku rasa ni lah keputusan terbaik yang aku rasa aku patut buat…," aku menarik nafas dalam-dalam untuk mengurangkan rasa sesak di dada.
" Tapi Lina..tak kan kau nak biarkan Syam macam tu je..,buat masa ni dia amat perlukan kau..dia perlukan jagaan dari kau..he need you Lina..tolonglah…tolong ketepikan problem kau dengan dia buat sementara waktu..nyawa dia lebih penting.." Fatin menekankan suranya. Aku termenung seketika. Ternyata dia begitu tidak berpuas hati dengan keputusanku untuk membawa diri ke Jakarta dan ternyata dia masih tidak mahu aku meninggalkan Syam. Namun, aku terpaksa..
" Kau tak faham aku Fatin..aku perlukan masa untuk lupakan dan maafkan dia. Dia dah tipu aku Fatin..dia tipu aku..Kalau dia tipu dia tu anak yatim piatu tu aku boleh terima lagi, tapi dia tipu aku yang dia sebenarnya dah bertunang..kau tahu tak betapa sakitnya hati aku bila tahu dia tipu aku? So sekarang, biar jela tunang dengan mak ayah dia jaga dia.." Air mataku mula bergenang di kelopak mata. Rasa sebak kembali lagi. Aku buat begini bukan kerana aku pentingkan diri sendiri tetapi demi kebahagiaan Syam juga. Tunang Syam lebih layak menjaganya. Aku langsung tidak layak untuk berada di sisinya saat ini. Aku hanya menyusahkan hidupnya. Lihatlah, kerana aku Syam hampir-hampir terkorban. Kerana aku, dia terseksa. Jadi, aku memang patut pergi jauh dari hidupnya selepas ini supaya dia boleh hidup dengan tenang.
" Aku faham Fatin..aku faham sangat apa yang kau rasa. Tapi, percayalah Lina..mungkin dia ada sebab buat macam tu. Who’s know right? Aku tak rasa dia sengaja nak tipu kau. Aku betul-betul yakin yang dia memang cintakan kau sangat-sangat. Kalau tak , tak kan dia nak kahwin dengan kau dalam keadaan kau macam ni? Kalau dia tidak cintakan kau, tak kan dia sanggup berkorban untuk kau? " Kata-kata Fatin semakin menyesakkan dadaku .Sesungguhnya hatiku sudah tertutup untuk menerima sebarang alasan dan kemungkinan.
" Please Fatin..aku tak mahu dengar apa-apa dah sekarang. Yang pasti aku tetap nak pergi sana! Ini keputusan muktamad!" Aku bertegas . Aku tidak akan sesekali mengubah keputusanku walau sebanyak manapun nasihat yang aku terima. Fatin menggeleng kepala beberapa kali seakan sudah berputus asa untuk memujuk aku.
" So, kalau kau pergi sana..siapa yang nak jaga kau?" Fatin seperti sudah akur dengan keputusanku. Wajahnya kelat .Aku pula tersenyum hambar.
" Aku boleh jaga diri aku sendiri..," jawabku ringkas.
" Tapi macam mana dengan anak ni? Tak kan kau nak lahirkan dia sorang-sorang kat sana? Dah la tempat tu agak asing buat kau. Aku tak rasa kau boleh handle benda tu sorang-sorang. I sure you need someone to help you..," wajah Fatin menampakkan riak kerisauan. Aku tergelak kecil mendengar soalannya .
" Fatin..kau jangan risau la... Aku ada kawan kat sana yang boleh jaga aku. Aku akan tinggal dengan dia sepanjang aku ada kat sana..InsyaAllah anak ini akan selamat..don’t worry.."
" Betul ni? Kau jangan main-main dengan aku? Setahu aku kau tak ada kawan kat sana? Siapa kawan kau?" Soal Fatin bertubi-tubi menyebabkan aku sedikit terkedu.
" Adala..kau je yang tak tahu sebab aku tak pernah cerita kat kau. Alah..kalau aku cakap siapa dia bukan kau kenal pun..,perempuan la..bukan lelaki..don’t worry okay.." aku cuba berseloroh tapi itu langsung tidak menggeletek hati Fatin.
" Hurmm..kalau macam tu baguslah..lega sikit hati aku..," Fatin nampak sedikit tenang mendengar jawapanku .Sebenarnya ,aku hanya berbohong dengannya demi menenangkan hati Fatin. Aku tidak mahu dia risaukan aku. Aku tidak mahu membebankan dia dengan masalahku. Aku yakin aku boleh hidup seorang diri dan melahirkan anak ini tanpa bantuan sesiapa di sana .Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Cukuplah aku menyusahkan Syam dan semua orang selama ini. Cukuplah setakat ini.
" Habis tu macam mana dengan lamaran Hakim tu?" Aku tersentak apabila Fatin tiba-tiba membangkitkan semula soal lamaran Hakim tempoh hari.
" Cadangannya ditolak..," selamba je aku menjawab. Jawapan yang sama aku beri kepada Hakim .
" Tapi..,"
" No tapi-tapi..macam aku cakap tadi..walau apa pun yang terjadi , aku tak kan terima lamaran Hakim forever and ever!" Belum sempat Fatin menghabiskan kata-katanya aku lebih pantas memintas. Fatin sekali lagi terdiam .Mungkin sudah tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Aku tahu Fatin masih belum berputus asa untuk memujukku supaya mengahwini Encik Hakim. Katanya Encik Hakim mahu melamarku kiranya dia sudah cukup bertanggungjawab namun aku tidak berasa begitu.
" Baik..kalau itu keputusan kau..aku tak boleh nak buat apa-apa dah..itu hak kau. Sebagai kawan..aku just nak bagi nasihat yang terbaik untuk kau..," sayu Fatin menuturkan kata menyebabkan aku sedikit terharu .Namun, jiwaku kini seperti sudah kosong . Hatiku seperti sekeping besi yang sudah tidak bisa ditembusi oleh apa-apa panahan pun. Ia terhasil dari jiwa yang hancur lebur sebelum ini. Pengalaman lampau teramat perit untuk ditelan .
" Maafkan aku Fatin..aku tak ada maksud nak sakitkan hati kau..tapi kau kena faham aku..aku perlukan masa untuk pulihkan hati aku ni..it’s take time you know.." aku memegang lembut kedua-dua belah tangan Fatin. Air mata sudah membasahi pipi Fatin. Begitu juga aku. Fatin mengangguk lemah. Demi Tuhan, aku tidak sanggup berpisah dengan kawan baik seperti Fatin tetapi keadaan yang memaksa perpisahan ini berlaku. Maafkan aku Fatin..
" Aku pun mintak maaf sebab tak mampu nak tolong kau untuk terus survive..," kata-kata Fatin semakin sayu. Hatiku semakin tersentuh . Tiba-tiba lahir rasa bersalah kerana jarang sekali aku mengikut nasihatnya sebelum ini. Aku selalu bertindak mengikut perasaan. Kerana sikap degil dan egoku, inilah balasannya..menjadi mangsa Encik Hakim, syaitan yang bertopengkan manusia.
" It’s okay Fatin..aku yang patut mintak maaf kat kau sebab aku dah banyak menyusahkan kau..kau dah banyak tolong aku Fatin…thanx a lot..," aku memeluk erat Fatin. Pelukan terakhir sebelum aku berangkat pergi.
" Tak pe Lina..aku dah lama maafkan kau..dah la tu..jomla kita bertolak. Nanti terlepas pulak flight kau..," Fatin cepat-cepat menyeka air matanya dan mencapai begku .Dia kemudian terus menuju ke keretanya. Nampak sangat dia kecewa denganku membuatkan aku semakin rasa bersalah. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Namun, aku tidak bisa berbuat apa-apa lagi kerana aku tidak akan sesekali berganjak dari keputusanku. Aku terpaksa..
saya tak rasa cadangan lina ke jakarta tu bagos... bagi saya kalo dia bawa diri ke jakarta sekali pun mungkin hisyam akan lebih tersiksa kerana tiada orang yg dicintainya di sisi... mungkin syam tunang ngan julia waktu syam still amnesia!! pastu dia ingat balik then dia cari lina... kenapalah sampai mcm ni sekali penderitaan syam... saya rasa syam derita lebih banyak daripada lina... syam tu isk3 gentleman la... okaylah seperti biasa penulisan yg menarik dan senang dipahami...congrats.. aja-aja fighting!!! sambung cepat skit yer writer... it's okay lah take your tima...
hmmm pesal x smbng2 lg ni? da x sabo nak tw kisah slnjtny laaaa
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
la nak membawe diri ke jakarta?? kesian si syam tu. ape2 pon cpt2 sambung