BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, September 10, 2009
Novel : Tak mampu ku hindari 8
Nama Pena : sofi

Hisyam terjaga bila jam loceng berbunyi dengan kuat di atas meja kecil di sisi katil. Melihat ke sisi yang kosong, dia tahu Maria sudah lama bangun. Sudah pasti, isterinya itu masih lagi merajuk. Jam loceng itu menjadi bukti.

Selesai mandi dan solat, dia mencari baju yang ingin dipakai untuk hari ini. Selalunya, Maria akan meletakkan baju itu dengan berhati-hati di atas katil tapi tidak pada pagi ini. Hisyam menggelengkan kepala. Almari pakaian dibuka. Melihat baju yang berbaris di dalamnya, dia keliru untuk memilih. Isteri dipanggil.

Maria segera datang bila mendengar suami memanggil dirinya. Dia kebingungan memandang Hisyam yang hanya bertuala. "Kenapa?" Soalnya.

"Abang tak tahu nak pakai baju yang mana."

Maria segera mengambil baju kemeja berwarna hijau lumut. "Maaf, Lia lupa nak letak baju ni kat atas katil tadi." Katanya selepas meletakkan seluar dan tali leher sekali. Dia ingin turun ke dapur semula.

"Tu, nak ke mana pulak? Kata semalam, nak tahu hal pejabat?" Ungkit Hisyam.

Maria segera menatap wajah suaminya. Hisyam sedang tekun mengenakan tali leher. Tidak sedikit pun menoleh ke arahnya. Rasa sayu datang lagi.

"Tak payahlah. Lagi pulak, Lia bukan boleh tolong menyelesaikan masalah abang tu. Belajar dahlah sampai tingkatan empat aje. Nanti pandai-pandai nak tolong, hancur lebur bisnes abang yang juta-juta, kan?" Jawabnya sinis.

"Wah, nampaknya Lia betul-betul nak kelahi dengan abang ni!" Kata Hisyam garang.

"Lia tak ada niat nak kelahi dengan abang. Tapi, kalau abang dah rasa macam tu, apa nak buat." Lirih Maria menjawab. Dia segera keluar dari bilik bagi mengelakkan suami yang sedang bercekak pinggang kepadanya.

Hampir lima minit dia menunggu di meja makan, barulah Hisyam turun. Dia dapat merasai pandangan tajam itu menikam dirinya. Ketika Hisyam terus memakai stokin, dia tidak dapat menahan diri daripada bertanya, "Tak sarapan dulu?"

Hisyam diam. Kemarahan terhadap isteri masih berbekas.

"Hai, kalau selalu macam gini, nampaknya tak payahlah Lia masak lagi. Kalau sekadar untuk diri sendiri, makan roti cicah air milo pun dah cukup. Itu pun akan mengenyangkan Lia sampai petang. Untuk makan malam, Lia buat aje sambal belacan dan goreng ikan seekor. Beres!" Rungut Maria. Biar Hisyam terasa dengan sindirannya.

"Abang sibuk, Lia."

"Ya, Lia tahu abang sibuk." Pintas Maria cepat-cepat. Berpura-pura mengelap air kopi yang tumpah di atas meja.

"Abang ada mesyuarat penting pagi ini. Abang nak cepat. Tolong jangan fikir yang bukan-bukan. Malam nanti, abang cuba balik awal….."

Kata-kata terhenti bila Maria menggelengkan kepala. "Tak payah janji apa-apa dengan Lia. Dah lama abang tak tepati janji abang. Tak payah balik awal sebab Lia memang tak nak masak apa-apa malam ni. Abang makanlah di luar dengan klien ke, kawan sepejabat ke. Suka hati abanglah! Lagi pun, hari ini, Lia nak pergi ke rumah mami. Dah lama tak jumpa dia orang."

Hisyam tidak berpuas hati dengan sikap Maria. Ingin berkata sesuatu namun pada ketika itu, telefon bimbitnya berbunyi. "I dah nak keluar ni. You pergi dulu. Tunggu I di situ. Ya. I tahulah."

Ternganga mulut Maria melihat sikap suaminya. Sebentar tadi, bukan main garang terhadapnya. Kini, dengan siapa juga yang sedang menelefonnya itu, suaranya terus menjadi lembut. Malah pada ketika ini, dia sedang ketawa riang. Riak cemburu menguasai diri.

"Okey, apa-apa ajelah! I pun belum sarapan lagi ini. Tunggu I, ya!" Talian telefon diputuskan. Wajah Maria ditatapi. "Abang dah nak pergi. Tak nak beri apa-apa pada abang?"

"Abang nak apa? Sarapan? Bukan tadi abang dah janji dengan si dia tu ke? Pergilah cepat! Nanti lama pulak dia tunggu." Maria menyindir.

Hisyam mendengus kasar. Sakit hatinya mendengar sindiran Maria. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia segera keluar. Dan tidak lama kemudian bunyi deruan enjin kereta menderum meninggalkan rumah dengan laju.

Sedang Maria bersiap-siap untuk pergi ke rumah mentuanya, telefon berbunyi. Dia tersenyum manis. Pasti Hisyam ingin meminta maaf, fikirnya.

"Assalamualaikum." Bisiknya perlahan.

"Puan Maria? Itu awak, ya?"

Dahi berkerut mendengar suara wanita di hujung talian. Senyuman terus hilang dari bibir. "Maaf, ya? Siapa yang bercakap ni?" Tanya dia.

Perempuan itu ketawa. "Saingan awak."

Maria merenung gagang. Salah dengarkah dia?

"Saya tak tipu, Maria. Saya memang saingan awak. Saya buah hati baru suami awak. Girlfriend Hisyam. Kami baru saja sudah bersarapan. Dia kata, pagi ni awak mogok. Tak pedulikan dia. Tapi dia tak kisah pun. Sedap sahaja dia makan tadi. Tak nak tahu kami di mana?"

Lemah sendi lutut mendengar kata-kata yang diucapkan. Diri dirasa bagai terawang-awang. Tapi dia harus bersuara. Dia tidak mahu tewas. "Awak ni siapa sebenarnya? Janganlah main-main!" Pintanya.

"Kan saya dah beritahu tadi? Saya ni buah hati suami awak. Bakal madu awak."

Geramnya! Sakitnya hati! Kerana itu, tanpa pamitan, gagang telefon dihempas.

Maria memandang kotak yang menyimpan seribu rahsia selama ini. Sambil menarik nafas dalam-dalam, isi kotak itu dikeluarkan satu persatu. Perlahan-lahan, setiap satu dibuka, diletakkan mengikut turutan di atas meja kerja suaminya.

Ada lima semuanya. Yang pertama diterima dua bulan lepas. Waktu itu, dia ketawa bila membaca isi surat itu. Ya, Maria menerima lima pucuk surat tanpa nama. Surat yang kini benar-benar mencuri tumpuannya. Benar-benar merunsingkan!

"Suami awak selalu balik lewat sekarang, kan? Awak tahu mana dia pergi?"

Itu yang pertama. Dia biasa saja, menganggap surat itu suatu gurauan. Namun bila surat kedua menyusul, hati mula pandai berkata-kata.

"Saya rasa kasihan pada awak, Maria. Begitu setia menunggu suami balik setiap malam. Malangnya, selepas lima tahun, Hisyam pun dah malas nak balik awal ke rumah. Buat apa? Asyik tengok muka awak, tentu dia jemu juga, kan? Tapi, biasalah, lelaki. Tidak mungkin dia nak tunjuk pada awak rasa bosan itu. Cuma, awak kenalah faham sendiri."

Betulkah? Betulkah Hisyam sudah bosan? Perubahan Hisyam ketara benar sejak dua bulan lalu. Bercakap pun kurang. Untuk bergurau, lagilah! Sikap sebegini tidak pernah Maria lihat.

"Semua antara awak dengan Hisyam dah berakhir, Maria. Bersedialah untuk menghadapi perubahan sikapnya, ya."

Bagai duri, hati tertusuk sakit sekali.

Siapakah pengirim surat-surat ini? Dia seolah-olah kenal benar dengan Hisyam Apakah penulis ini seorang perempuan? Bekas kekasih suaminya mungkin?

"Hisyam pantang dicabar. Dan itulah yang awak lakukan kepada dirinya dahulu. Dengan melarang Hisyam menyentuh awak sebelum berkahwin, dia tidak mempunyai pilihan. Dia terpaksa mengahwini awak untuk memiliki awak. Tapi, awak perlu tahu bahawa sebenarnya, dalam pada dia mengaku cintakan awak, dia berkasih sayang dengan perempuan lain."

Tidak! Mustahil! Bohong! Hati menafikan. Tapi........ Isi surat itu memang benar. Sebelum mereka bercinta, Hisyam memang ramai teman wanita. Dia sendiri pernah bertembung dengan Hisyam dan pasangannya yang berbeza. Bukan sekali malah......Argh, mata dipejamkan untuk mengingat. Ya. Lima kali!

Tapi, itu dulu.

Tidakkah masa selama lebih lima tahun dapat mengubah sikap suaminya? Tidakkan layanan mesranya selama ini dapat menambat sekeping hati lelaki itu?

Maria tiba-tiba teringat pada perbuatan ayahnya dahulu. Apakah peristiwa yang berlaku dalam keluarganya akan dia alami bersama Hisyam?

Tuhan, bagaimana dapat dihilangkan rasa sangsi ini? Bagaimana dapat dilenyapkan rasa tidak percaya?

Kini, perempuan itu semakin berani. Sudah pandai menelefon dirinya. Kata-katanya tadi menunjukkan hubungan Hisyam dan dirinya semakin mesra. Semakin rapat! Gelagat Hisyam pagi tadi meyakinkan Maria bahawa sesungguhnya, ada sesuatu sedang berlaku. Ada sesuatu yang sudah berubah.

.............................

Rumah banglo yang tersergam indah di Country Heights, Kajang itu kelihatan sungguh sunyi. Kesunyian yang membuat Maria diserang rasa bersalah kerana tidak mampu menceriakan rumah itu dengan gelak tawa kanak-kanak.

Rasa sedih dicampak jauh demi terpandang wajah ibu mertua yang sedang tersenyum menunggu di muka pintu. Wajah dimaniskan. Ibu mertuanya tidak boleh tahu keresahan di hati. Persengketaan dengan Hisyam tidak boleh kelihatan.

Selepas makan, mereka mengambil angin di taman. Maria termenung jauh. Tidak disedari gelagatnya sedang diperhati.

"Kenapa, Lia? Dari tadi asyik termenung. Kamu ada masalah ke?" Datin Syarifah menyapa menantunya. Tubuh itu kelihatan kurus. Seraut wajah cantik itu sedang menggaritkan senyuman. Namun senyuman itu seakan-akan dipaksa.

‘Maria sudah tahukah? Apakah Maria sudah dapat meneka?’ desis di hati datin.

"Lia, selalu ke Hisyam balik lewat sekarang ini?" Datin Syarifah mula menyiasat. Melihat menantunya teragak-agak untuk menjawab, dia sudah mendapat jawapannya. "Hmm.... betullah, ya? Lia, beritahu mami. Sekarang ni, pukul berapa baru dia sampai di rumah?"

Mata Maria terkebil-kebil. Kepalanya mula berdenyut. Soalan ibu mertuanya bagai tersirat rahsia? Apakah? "Tak tentu, mami. Kadang-kadang pukul sebelas. Ada masanya, lagi lewat. Tak tentu."

"Lia tak pernah tanya ke mana suami Lia tu pergi? Apa dia buat? Dengan siapa dia malam-malam buta tu?" Datin Syarifah mengorek lagi.

Maria menggelengkan kepala. Fikirannya mulai kusut dengan pertanyaan demi pertanyaan itu. Persoalan yang selama dua bulan membebani hidupnya sendiri, kini sedang bermain-main di minda ibu mertuanya pula.

"Lia...." Mendapat perhatiannya, datin menyambung, "Mami sepatutnya merahsiakan perkara ni sebab mami dah janji dengan Syam. Tapi, mami rasa tak adil pulak pada kamu."

Maria mengeluh perlahan. Jadi, benarlah tekaannya selama ini. Hisyam ada rahsia. Ada sesuatu yang disembunyikan. Ada sesuatu yang lelaki itu tidak mahu dia tahu. Tapi, apa? Mengapa?

"Dalam dua tiga bulan ni, ada sebuah syarikat cuba menjatuhkan syarikat kita, Lia. Sudah tiga tender kerajaan yang syarikat kita terlepas kerana syarikat baru ini memintas. Permohonan pinjaman kita pun dah ditahan oleh pihak bank. Hisyam sedang menyiasat tentang syarikat itu. Cuba nak tahu siapa dalangnya. Tapi sampai sekarang, nampaknya tak berhasil."

Benarlah andaiannya. Syarikat Jay Jaya Holdings mempunyai masalah. "Kenapa abang tak beritahu Lia, mami?" Kesalnya.

"Dia tak mahu kamu risaulah tu. Okey, biar mami teruskan. Sekarang ni, oleh kerana kurang keyakinan beberapa pihak, Hisyam menerima pelawaan sebuah syarikat lain untuk membuat beberapa projek yang kita dah dapat. Syarikat tu milik Datuk Yusuf. Kamu kenal dia?"

Maria menggelengkan kepala.

Datin Syarifah membetulkan duduknya. "Datuk Yusuf tu kawan ayah. Dia pemilik syarikat Irena Corporation. Syarikat ini lebih berjaya daripada syarikat kita, Lia. Memang bertuah bila Datuk Yusuf mahu menolong cuma masalahnya sekarang ialah orang yang berurusan dengan Hisyam."

Berkerut-kerut dahi Maria merenung wajah ibu mertuanya. "Kenapa, mami. Orang tu tak baik ke? Dia permainkan abang?" soalnya.

Mami menggelengkan kepala. "Lia, perempuan tu anak Datuk Yusuf. Namanya Salina." Melihat menantu beria-ia ingin mengetahui tentang Salina, datin teruskan lagi, "Dulu, sebelum kamu berdua kahwin, Salina ni salah seorang teman wanita Hisyam. Hubungan dia orang rapat. Salina memang ada hati dengan Syam. Malah dia selalu beritahu kawan-kawan yang mereka berdua akan kahwin."

"Kenapa mereka berpisah, mami? Kenapa mereka tak kahwin? Sebab Lia ke?" Maria benar-benar ingin tahu.

"Entah. Mungkin Syam memang tak ada hati pada dia. Lagi pun bila Syam jumpa kamu, dia terus jatuh cinta. Terus ajak kamu kahwin. Dan mami tahu dia bahagia dengan kamu."

Maria diam. Merenung wajah ibu mertuanya dalam-dalam. Dia tahu, masih ada yang ingin diberitahu oleh ibu mertuanya. Bukan berita baik untuk dia, pastinya!

"Lia, mami risau sangat sekarang ni. Hari tu, Datin Kamariah telefon mami. Dia kata, dia nampak Syam makan berdua dengan Salina di Mandarin Oriental. Kalau Datin Kamariah sahaja yang bercakap, mami tak kisah. Ini, bukan dia aje. Ada dua tiga orang lain pun bagi tahu mami perkara yang sama." Tangan Maria digenggam kemas. Matanya tajam menikam wajah menantunya. "Lia, kamu dengan Hisyam macam mana? Ada dia marah-marah? Kalau dah selalu sangat makan tengah hari, makan malam dengan si Salina tu, maknanya dia dah jarang makan di rumah. Betul ke tekaan mami ni?"

"Tak adalah, mami. Abang ok aje."

Aduh! Kenapa dia menipu? Kenapa dia tidak berterus terang? Memang suaminya sudah jarang makan di rumah sekarang tapi mengapa dia masih mahu merahsiakan?

"Betul ni?" tekan mami lagi.

Maria mengangguk. Dia tidak mahu berterus terang kerana dia tidak mahu datin risau.

"Lia, budak Salina tu pernah gagal sekali. Menemani Hisyam ke mana sahaja, membolehkan dia menggoda suami kamu tu. Salina itu, kamu tahulah! Seksi habis! Pak lebai pun boleh bergoncang iman kalau dengan dia. Ini pulak Syam!" Melihat menantunya membatukan diri, datin menyambung lagi, "Lia, betul Hisyam anak mami, tapi mami sayang kamu lebih lagi. Kalau sikap Hisyam berubah, jangan bohong dengan mami. Bagitau aje. Boleh kita perbetulkan sikapnya!"

Mami benar-benar sedih. Dia benar-benar kasihankan menantunya. Hatinya marah kepada Hisyam. Apakah lagi yang tidak cukup, yang dicari oleh Hisyam daripada perempuan yang seorang lagi itu? Apakah Maria tidak melayannya dengan baik selama ini? Sudah hilangkah keistimewaan Maria yang sering diberitahu kepadanya dahulu? Sudah kurangkah kasih sayang mereka? Tapi mengapa? Adakah kerana mereka masih tidak mempunyai anak?

Air mata Maria bergenang di kelopak. Jadi, itulah sebabnya? Patutlah selalu benar balik lewat. Suaminya bersama perempuan lain. Perempuan itu bernama Salina. Perempuan itu bekas kekasihnya. Patutlah!

"Dah berapa lama syarikat abang ada masalah, mami?" Tanya dia.

"Dalam dua bulan inilah."

‘Oh, jadi betullah!’ bisik di hati. Hisyam berubah laku sejak dua bulan lalu. Dia tidak lagi balik ke rumah untuk makan tengah hari. Malam pun begitu juga. Balik pula lewat. Namun apa yang Maria kesalkan, Hisyam memberikan berbagai-bagai alasan. Nak jumpa klienlah. Ada mesyuaratlah. Ada kawan pejabat ajak makanlah. Pelbagai pembohongan sedangkan sebenarnya, klien yang dimaksudkan ialah Salina. Rakan sepejabat itu pun, Salina tentunya. Aduhai!

"Salina ni mesti cantik, ya mami?" Maria menyoal lemah.

"Hmm! Emaknya orang putih."

Bulat mata Maria mendengar. Salina berdarah kacukan? Peti ingatannya bagai ditarik-tarik untuk mengingati suatu kejadian yang pernah berlaku. Sudah lama! Sudah kabur pun! Namun apa yang pasti, dia masih ingat bahawa perempuan garang itu berdarah campuran.

Kembali ke suasana masa kini, dia mencongak-congak sesuatu di minda. Ya, surat-surat yang diterima, semuanya dalam tempoh masa dua bulan kebelakangan. Diakah pengirimnya? Dan dia jugakah gadis yang menelefon tadi? Ya, Maria hampir pasti.

"Lia, kamu pun tak kurang apa-apa kalau nak dibandingkan dengan budak Salina tu. Kamu pun cantik. Dan yang lebih penting, bukan cantik luaran. Cantik di hati kamu yang berjaya memikat Hisyam, ingat tu!"

Kata-kata mami membuat Maria memandangnya. Pandangan itu kosong seolah-olah sudah ketiadaan harapan. Kata-kata yang keluar membuktikan kehampaan yang dirasa.

"Cantik pun tak ada gunanya. Tambah-tambah macam Lia ni. Macam mana suami tak berubah hati, mami? Dah lama kami kahwin, Lia masih tak mengandung lagi. Mami tengoklah menantu mami ni, seorang anak pun tak mampu Lia nak beri pada abang. Seorang cucu pun Lia tak dapat nak hadiahkan pada mami!" Rintih Maria sepi.

"Tapi, itu kan....."

"Mami, kalau ditakdirkan abang dah tak sayangkan Lia, memang Lia tak boleh nak kata apa. Tak boleh nak halang. Lia tak ada apa-apa untuk mengikat abang supaya sentiasa bersama Lia."

Datin Syarifah segera memeluk Maria dengan erat sekali. Dari kata-kata menantunya itu, dia tahu bahawa sekeping hati itu sudah terluka. Dia tahu Maria kecewa mendengar cerita yang dibawa olehnya. Terbit rasa kesal di hati. Kesal kerana menghadirkan rasa curiga menantu kepada anaknya. Tapi perbuatan Hisyam yang selalu balik lewat ini perlu dihentikan. Pertemuan-pertemuannya dengan Salina perlu ditamatkan!

"Biar mami jumpa Syam, Lia. Biar mami nasihatkan dia. Mana boleh dia buat kamu macam gini?"

Maria tidak mahu ibu mertuanya memarahi suami. Dia bimbang Hisyam semakin jauh darinya nanti. "Mami, biar Lia yang tanya abang, ya. Mami jangan risau, ok. Insya-Allah, tak ada apa-apa tu!"

Sebenarnya, Maria sendiri tidak yakin dengan luahan kata-katanya tadi.

"Betul Lia nak selesaikan sendiri? Lia tak nak mami bantu?" Sekali lagi datin bertanya, inginkan kepastian daripada Maria.

Maria mengangguk.

Lama mami merenung Maria. Masih ada lagi yang perlu diketahuinya. Perlahan-lahan Datin Syarifah mengatur bicara. "Lia, ada sesuatu yang mami ingin tahu. Mami nak kamu jawab soalan mami ni dengan ikhlas. Dengan jujur." Katanya.

Maria menumpukan perhatian. Risau dia mendengar suara mami yang tegas itu.

"Lia, Syam……. Syam ada usik-usik kamu? Ada dia…..?"

Maria terkejut mendengar soalan itu. Ia terlalu peribadi. Namun, tidak mungkin dia memberitahu perkara sebenar. Tidak mungkin dia menambahkan kerisauan dalam hati ibu mertuanya. Jadi, dia ketawa.

"Mami, mami! Ada ke tanya macam tu?"
posted by Penulisan2u @ 6:02 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
1 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group