Jumaat, September 25, 2009

Novel : Sungguh Aku Cinta 1

Nama Pena : Cik Pink Princess

Julai 2011, Kota London, United Kingdom

"Mak cik,tolonglah jangan salah faham..saya dengan Lutfi xde apa-apa. Lagipun, kami datang sini bukannya berdua. Saya datang dengan kawan saya sekali", ujarku tegas.

"Mana? Mana kawan awak tu? Huh, cakap je lebih!" bentak Mak Cik Salmah kasar.

"Dia pergi toilet sekejap. Rasanya sekejap lagi dia akan datang sini balik", jawab Lutfi Iskandar tenang. Aku memandang tajam ke arahnya. Kalau tak kerana abangnya tentu perkara sebegini takkan terjadi. Namun dia hanya membalas pandanganku selamba. Lima minit sudah berlalu. Selama itu jugalah bebelan Mak Cik Salmah menjadi halwa telinga kami.

"Mak cik bukannya apa. Mak cik taknak nanti perut dah memboyot baru nak menyesal. Baik kahwin je terus sekarang.......", bebel Makcik Salmah tanpa henti.
Tiba-tiba handphoneku berbunyi menandakan message masuk. Aku tersenyum melihat pengirimnya. Murni.

'Sorry dee, i've to go back first. Something urgent happened.. .'

Aku terkedu. Tak..tak mungkin!!


"Aku terima nikahnya Khadijah Nadhirah Binti Ahmad dengan mas kahwin sebanyak 100 pound tunai,"ujar Lutfi Iskandar tenang. Air mata sesalku tak henti-henti mengalir. Aku benci dia. Aku benci abangnya. Dan yang paling kubenci ialah apabila melihat ketenangannya. Seolah-olah dia tidak kisah dengan apa yang terjadi.


Mama memelukku erat. Dahiku dicium bertalu-talu. Di sebelah kiriku kak long tersenyum manis. Air mata gembiranya turut mengalir. Ya, aku sepatutnya gembira. Perkahwinanku yang dibuat di UK dihadiri oleh seluruh ahli keluargaku. Semuanya terbang dari Malaysia sebulan sebelum majlis pernikahanku semata-mata untuk menyediakan persiapan perkahwinanku. Nasib baik di Malaysia sekarang merupakan cuti sekolah, kalau tidak tentu jenuh hendak mencipta alasan untuk adik-adikku tidak hadir ke sekolah.


Di sudut bilikku, aku ternampak Murni. Riak mukanya keruh. Aku menghadiahkan senyuman semanis mungkin padanya. Dia membalas hambar. Aku tahu. Dia rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Setelah peristiwa buruk itu terjadi bulan lepas. Mulutnya tidak henti-henti menuturkan kata maaf padaku. Tidak..aku tidak menyalahkannya. Rupa-rupanya perkara yang Murni katakan mustahak itu adalah untuk menyediakan persiapan bersempena dengan majlis party hari lahirku. Teman-temanku sengaja menyuruh Murni meninggalkanku di situ seorang diri supaya mereka boleh menyediakan kejutan khas untuk majlis hari lahirku bersama-sama. Bagiku semua masalah ini berpunca dariku sendiri.

'Kalaulah aku tak berjumpa dengan Darwisy. Kalaulah aku tak melayannya. Kalaulah aku tak..ahh, tak mungkin!! tiada lagi perkataan kalau dalam hidup ini, dee. Aku mesti menghadapi semua realiti ini. Walaupun kutahu mungkin aku akan tersungkur nanti', bisik hatiku sendu.

"Tepi..tepi bagi laluan pada pengantin lelaki untuk masuk!!" kedengaran suara Ayreen bekas teman serumahku berteriak. Dia benar-benar excited apabila mendapat tahu berita perkahwinanku yang bakal berlangsung, apabila aku memberitahunya 2 minggu lalu. Dialah yang beria-ia membantuku menempah baju perkahwinanku di Marissa's Ladies Boutique. Butik milik mak ciknya yang sudah menjadi penduduk tetap UK selepas berkahwin dengan uncle Malique. Baju kebaya labuh bewarna putih yang dipenuhi dengan labuci dan manik bewarna pink begitu cantik tersarung ditubuhku apabila dipadankan dengan tudung satin yang bewarna pink dan dihiasi dengan veil buatan Italy yang dihadiahi oleh kak Longku.

Sebaik sahaja Lutfi melangkah masuk,flash kamera mula bergemerlapan. Jurukamera yang ditempah khas oleh angah, dengan tekun menyempurnakan tugasannya. Aku tidak sedikit pun mengangkat wajahku memandang Lutfi yang semakin menghampiri.

"Dee.. ni Iskandar dah masuk. Angkatlah muka tu. Hulurlah tangan salam dengan dia", ujar mama perlahan. Mungkin hairan melihat aku yang menundukkan wajahku kaku tanpa bereaksi. Dengan terpaksa aku mengangkat wajahku memandang ke arahnya sekilas. Inilah dia suamiku. Insan yang sekarang harus kuletakkan di atas sekali dalam senarai priority dalam hidupku. Dia kelihatan begitu kacak dengan baju melayu bewarna putih beserta dengan samping bewarna pink putih dan tajak di atas kepala. Mataku terkebil-kebil memandangnya. Jantungku berdegup laju. Kemudian Ummi Lutfi menyuruhku menghulurkan tangan kananku. Tanpa kuduga, Lutfi memasang seutas gelang tangan di pergelangan tanganku. Kemudian, dia menghulurkan tangannya pula. Aku mengambil cincin dari kotak cincin yang dipegang oleh mama dan menyarungkannya di jari manisnya. Flash kamera yang bergemerlapan dari tadi semakin galak memancar.

p/s: ini adalah karya saya yang pertama,, harap tinggalkan komen, supaya saya dapat membaiki lagi mutu penulisan saya. thanks (^_^)

12 ulasan:

  1. best lah...
    walaupun pendek..
    aku suka :)
    wish u gdluck utk next n3 k..
    (>_<)v

    *qasehhaziq*

    BalasPadam
  2. Cik Pink Princess ada blog x??

    BalasPadam
  3. salam...
    bes cte ni...
    cpt2 sambg k...

    BalasPadam
  4. best..
    nak lagi!!!!

    BalasPadam
  5. betul 2 bez btowl nice introduction... try pnjgkn jln cerita

    BalasPadam
  6. pt la upload sket..nak tau..bbestt

    BalasPadam
  7. excited nk bce next episode!

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama9/11/10 2:11 PG

    mang best tp mcm ciplak novel owg jer..

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama3/6/11 5:50 PTG

    Citer ni memang best giler....kesian dee

    BalasPadam
  10. Or maybe you look at it from a monetary standpoint and decide
    that Guy Ritchie and Madonna divorce was worse because they
    were married so long and have children and there is a lot of money involved.
    You can give tips to the workers in the salon,
    restaurants where the star visit frequently. instantly and cannot wait for magazines then
    celebritynewsapp is the best available source which keeps on updating instantly.


    Also visit my web blog :: latest celeb news

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan