Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari ini hari minggu. Dua hari lagi mama dan papa akan memulakan perjalanan ke mekah menunaikan umrah. Mama mengadakan kenduri doa selamat. Sekali lagi aku dan Alishah dijemput bermalam di Bukit Antarabangsa. Memandangkan begitu ramai saudara-mara kami yang datang maka kali ini mama atau papa tidak bercadang pun mahu menggunakan khidmat katerer. Sebaliknya, mama membahagi-bahagikan kerja kepada semua orang kecuali jiran-jiran terdekat yang kebanyakannya orang kenamaan. Aku bersama sepupu-sepupu yang lain bertugas memasang khemah di halaman, menyusun atur meja kerusi dan memasang lampu kalimantang. Saudara-mara perempuan pula seperti lazimnya bertugas di bahagian dapur. Mama tak menggalakkan Alishah ikut sama kerana Asha masih kecil tapi dua orang puteriku itu bagai dapat kata sepakat. Asha ditinggalkan pada mama dan mak mah yang menjaga bergilir-gilir manakala Alishah ke belakang rumah meringankan tangan membantu memasak. Asha pula tak meragam langsung walau mamanya tiada di depan mata. Usaha kami yang bermula pada pukul tiga petang berakhir jam tujuh malam. Tetamu mula berkerumun datang mengambil tempat. Lelaki di khemah, perempuan di dalam rumah. Rakan-rakan papa datang mengucapkan selamat jalan dan selamat beribadah. Begitu juga untuk mama. Seketika aku terlupa yang aku punya bebanan paling berat yang perlu aku pikul berkait rapat dengan perjalanan mama dan papa sehinggalah telefonku bergegar di dalam poket. Sofea!! Cepat-cepat aku meminta diri masuk ke dalam rumah. Naik ke bilik dan terus menguncinya. Harap-harap Alishah tak perasan. "Assalamualaikum, abang." "Kenapa, sofea?." Salamnya terbiar. Aku masuk pula ke bilik air dan memasang pili. Membiarkan air mencurah-curah dan menimbulkan kebisingan. "Ayah ada cakap apa-apa tak dengan abang?." "Nak cakap pasal apa pula?." Kedengaran keluhannya di hujung sana. "Saya baru sampai Malaysia. Seminggu saya kat turki uruskan pasal passport saya. Abang apa khabar?." "Sihat. Tapi just cakap apa yang ayah sofea dah cakap." "Hmm…ayah ada balik sini dengan saya. Tapi duduk rumah dia sendiri." Balik sini? Ya Allah… "Jadi kenapa? Cakaplah cepat." "Saya segan nak sampaikan, bang." Pula? "Is it something that may embarrass you or me?." "Saya bagi phone number abang kat ayah. He will give you a call tomorrow. Saya memang tak berani nak sampaikan." "Dah tu, apahal call abang?." Sabarku sentiasa ada hadnya. Diam. Sesaat dua kedengaran pula dehemannya. Mungkin soalanku terlalu pedih membelah hatinya. Ya, aku memang punya lidah belati bila berhadapan dengan sesuatu yang tidak menyenangkan hatiku. "Tak apalah, bang. Nanti saya call lagi kalau ada apa-apa. Itu saja saya nak cakap. Assalamualaikum." "Hmm..sorry." sekali lagi salamnya terbiar begitu saja dan hanya selepas aku memasukkan telefon ke dalam poket, bibirku ringan pula menyambutnya.
Hari isnin aku bekerja, sumpah aku tak senang hati. Berbakul zikir ku baca tapi mungkin fikiranku sendiri yang menidakkan ketenangan itu. Begitu lama aku menunggu telefonku berbunyi tapi sekali pun tiada. Takkan lelaki tua tu dah lupa pula? Akhirnya aku mengangkat gagang mendail nombor sofea sendiri. "Mana ayah sofea ni? Tak call pun?." "Ayah janji nak call abang hari ni tapi mungkin dia busy. Hold on, saya call ayah kejap." "Okey." Menunggu seminit dua sambil menggigit jari. Terasa bodohnya aku sejak kebelakangan ini. Along yang membuat aku menderita, sofea yang menyeksaku dalam diam, alishah yang ku permainkan kedudukannya. "Abang?." "So?." "Ayah ada kat airport sekarang. Nak balik turki. Ayah cakap abang dah tahu apa benda yang dia nak cakap? Betulkah?." Perlahan benar suaranya. "How do I know, sofea?." "Maaf. Nanti saya call ayah lagi. Biar dia cakap betul-betul dengan abang." Tiada salam, aku meletak gagang, dengan kasar tentunya. Sesaat kemudian, along pula menggegarkan telefon bimbitku. "Ngah, kau ingat tak apa aku cakap hari tu?." "Cakap apa? Pasal sofea?." "Kau kena sentuh dia malam sabtu ni. Kalau kamu dah bersama, dia akan lepaskan Irman. Bagi passport kami dan kami akan balik Malaysia secepat mungkin. Please, ngah. Kau ajelah yang boleh lepaskan kami." Bisu aku dibuatnya. Senangkan mengaturkan orang begitu? Detail hari dan waktunya bila aku perlu merasmikan isteri keduaku. Bodoh!!!!! Ya Allah!!!!!!
Ralit aku merenung Alishah yang sedang bersiap di hadapan cermin. Menyapu sedikit bedak ke muka dan mengenakan lapisan nipis gincu warna natural sebelum mengenakan tudung. "Abang?." "Hah?." Senyum dia melihat aku masih lagi berbaring lengkap berseluar panjang tapi belum memakai baju sedangkan setengah jam lagi kami mesti sampai ke rumah mama. Mengiring mereka ke lapangan terbang. "Nak Isha tolong pakaikan baju atau nak Isha siapkan baby dulu?." Rambutku diusap-usap. Jemari runcingnya lembut benar. "Mak Mah dah siapkan baby kot?." "Taklah. Mak Mah dah kena jemput lagi awal oleh pak long tadi. Nak tolong-tolong mama kat rumah." "Bila masa? Abang tak tahu pun." Sekali lagi senyumannya melebar. "Waktu abang pergi isi minyak kereta tadi. Isha lupa nak cakap." Aduh, aku boleh tak perasan? "Hmm..kalau macam tu, sayang siapkan baby dulu. Abang siap sendiri." Pipinya yang mulus aku kucup sebelum dia mengenyit mata nakal. "Thanks." "For what?." "Thanks for the kiss." Aik, bukankah ciuman begitu memang selalu aku berikan pada dia? Kenapa nak say thanks pula? ada apa-apa lagikah yang aku tak perasan? "You didn’t give me any kiss since yesterday. Now you had kissed me, it really makes my day. Thanks again." Bisu. Sekali lagi aku terbisu di atas katil dengan mata terkebil-kebil. Iyakah?????
betapa baik nyer alishah..sentiasa setia pada suami.. berilah kebahagiaan yang adil kepada alishah.. agar hatinyer yang suci tidak disakiti.. sesungguhnyer alishah seorang yang penyabar.. saye pasti die dapat menerima segala dugaan dengan hati yang ikhlas.. saye tunggu sambungan nyer k.. semoga berjaya...
Harap2, si sofia binti sialan tu mati jak waktu chapter 16 nnt... Meluat aq tngok nama dia kat novel ni... Tak layak langsung... Gatal!!! Berbeza betul dngan Alisyah... .
insyaallah ada..jgnlah anggap semua lelaki x dapat menahan nafsu...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
syoknye~ romantiknye isha ni :P