Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
****** Apartment Sri Impian direnung lama. Dia memakirkan keretanya ditepi jalan., memandang neon-neon yang menerangi malam yang semakin gelap. Akhirnya dia melangkah perlahan-lahan menuju ke lif ke tingkat 10 kediaman Ely rakannya itu. Sampai sahaja didepan pintu rumah 1011 dia mengetuk pintu.
"Masuklah pintu tak kunci". Suara didalam meminta dia masuk. Ely sedang baring menonton tv, "Hai berani nya kau tak kunci pintu tak takut ke pencuri masuk ke, perogol bersiri masuk ke?" "Hai mulut tu, tak sayang langsung la kau ni." marah kawannya. Sambil membaling bantal kecil yang dipeluknya ke arah Mimie. "Habis tu engkau yang berani sangat tak kunci pintu, itu namanya menempah perogol atau perompak tu.." usiknya lagi. Mereka sama-sama gelak. "Akak kau kata apa." Soal Ely ketika melihat kawannya itu mengahmpirinya. "Dia tak kata apa-apa pun." "Kau nak minum apa? Kalau dahaga ambik sendiri yea." Arah Ely dengan selamba dia masih belum berganjak dari menonton siri kegemarannya. "Hisk… kau ni tak baik layan tetamu macam tu." "Ala macam tak biasa pulak kau ni." "Yea lah tu…" Mimie berlalu ke dapur, tekaknya terasa haus. Ely menghampiri Mimie yang duduk di sofa, siri kegemarannya baru sahaja berakhir. Die melihat ada perubahan pada wajah temannya itu. "Kenapa muka kau monyok aja ni, mata bengkak pulak tu, kau ada masalah dengan kakak kau ke? Soalnya. Mimie memandang renungan temannya itu, lalu tersenyum. "Takde lah. Aku dengan kakak aku ok jer, makin melimpah pulak sayang dia pada aku." Terangnya tergelak kecil. Mimie tahu tidak selamanya dia dapat merahsiakannya daripada Ely, dia pasti kawannya itu tidak akan berpuas hati dengan jawapannya tadi. Ely.. teman yang akan mengorek segala rahsianya, dia memang memerlukan Ely ketika ini. Teman itulah yang sering menjadi pendengar setianya. "Habis tu kalu bukan pasal kakak kau pasal apa erk.."jari jemarinya digerakkan ke bibir manisnya. Haaa..ini tentu pasal si jejaka hensem yang kau ceritakan pada aku tu kan." Tekanya."Kenapa dengan dia?" "Kenapa apa pulak.?" Soal Mimie kembali. Temannya itu sudah dapat meneka. "Yea lah kenapa dengan dia, kau orang gaduh ke apa?" "Takde apa-apa lah.." tukasnya. Dia masih mahu melarikan diri dari menceritakan hal itu kepada temannya. Ely tidak putus-putus memintanya menceritakan apa sebenarnya yang belaku diantara dia dan Adi Hamidi. "Kalau takde apa-apa takkan kau monyok macam ni. cuba kau cerita sikit pada aku." Akhirnya Mimie mengalah setelah didesak. "Dia dah kahwin…" "What?" bukan kepalang lagi temannya itu tekejut. Ely tahu selama ini dia memang sudah lama jatuh hati pada Adi Hamidi walaupun temannya itu belum pernah bersemuka dengan Adi Hamidi. "Dah!.. aku dah ceritakan sikit macam yang kau nak. Tak payah nak soal lebih-lebih." Mimie mencapai remote lalu menukar siaran, cerita yang sedang ditontonnya itu tidak sedikit pun menarik minatnya. Jiwanya kosong "Kau ni!.." suara kawannya itu sedikit tegang. Ely seakan mendesak. "Dia dah kahwin Cuma aku aja tak tahu. Aku ingatkan dia sukakan aku selama ni." suara Mimie seakan tegang. Dia cuba mengawal perasaannya. "Habis yang dia bawak kau ke hulu ke hilir dulu tu apa?" Ely mempersoalkan tingkah laku Adi hamidi yang selalu mengajak Mimie keluar. "Entah la. Mungkin sebagai kawan cuma aku aja yang perasan lebih." Suaranya sedikit sayu. Ely seperti cacing kepanasan. Dia pula yang terasa dipermain-mainkan. "Hei kawan kalau dah kehulu ke hilir dia usung kau takkan dia takde hati langsung pada kau selama ni. tiap-tiap malam pula tu keluar." "Bukan salah dia Ely, aku aja yang perasan lebih." Diulangnya lai agar kawannya itu tidka salah sangka. "Jangan jadi bodoh la mimie, kau kan cinta kan dia, kenapa kau tak rampas aja dia tu." saran Ely. Sebagai kawan Ely juga turut terasa tempiasnya. Tapi kenapa Ely yang lebih-lebih terasa. Dia tidak mahu kawannya mencari jalan keluar yang salah untuknya. "Ke situ pulak kau ni, dia dah kahwin takkan aku nak paksa dia terima aku pulak." "Kalau aku lah, tahu lah aku nak ajar dia macam mana." Masih bersisa marah kawannya itu. "Dah la wei aku tengah sedih ni. sekurang-kurangnya bagi lah kata-kata semangat pada aku, cari pakwe lain ke, bersepah lagi lelaki kat kl ni ke, ini tidak kau suruh aku rampas hak orang pulak. Mimie mengelengkan kepala melihat Ely masih lagi mencuka. "So kau mc pasal ni lah yea. Jantan semuanya sama." Getusnya "Kau pasti ke dia tu dah kahwin. Atau dia cuma nak jauhkan diri dari kau. Sambungnya lagi. Seboleh-bolehnya dia mahu tahu apa punca yang sebanarnya yang berlaku. "Betul… dia dah kahwin nama isterinya pun dia sebut semalam." Terang Mimie, dia tidak mahu memanjangkan lagi perbualannya tentang Adi Hamidi "Siapa perempuan tu…" "Nur Alia binti Ismail. Itu ajalah yang aku tahu. Dah la jangan nak panjang cerita pulak. Aku nak releks aja kat sini." Mimie berlalu kedapur memabasuh gelas yang diminumnya tadi. Lagi dia berlama mencerita hal dia dan Adi Hamidi makin terbakar pula kawannya itu. "Ermm..Nur Alia Ismail, isk..takkan dia kot." Ely memintal-mintal hujung rambutnya dengan jari jemarinya. Dia memikirkan sesuatu. Nama yang disebutkan Mimie sama dengan nama seseorang yang merampas jawatan yang hampir dipegangnya duhulu. Nur Alia pengurus bahagian sumber manusia. "Takkan dia. Atau dia memang dasar perampas." Bantal yang ditangannya dipulas-pulas. Bertambah geram hatinya bila teringat kembali jawatan pengurus bahagian sumber manusia yang hampir disandangnya tiga tahun dahulu telah dirampas oleh Nur Alia. Adi Hamidi mundar mandir diruang tamu. Terlalu berat tuduhan pada isterinya petang tadi, jiwanya terasa amat bersalah mengasari isterinya. Kecuaiannya yang tidak disengajakan telah mengundang masalah padanya. Waktu dia masuk kebiliknya untuk solat mahgrib isterinya itu sedang mandi. Lama menunggu isterinya keluar dari bilik air akhirnya dia turun ke tingkat bawah. Adi Hamidi dapat mebaca apa yang ada diminda isterinya, nur alia tidaka akan keluar dari bilik air selagi dia ada disitu. "Apa aku nak buat ni." Murni yang baru menuruni anak-anak tangga direnungnya. Adiknya itu menunduk ketika mata mereka bertembung. Perasaan bersalah masih menghantuinya. "Adik mari sini sekejap." Panggilnya lembut. Dia ingin mendapatkan pendapat dari adiknya bagaimana mahu memujuk isterinya itu. Murni melangkah menghampiri abangnya. Suara abangnya tidak setinggi tadi. "Ada apa bang…" Soal Murni setelah melihat abangnya diam beberapa ketika. "Errr…macam mana nak pujuk Kak Alia erk.. "kepalanya digaru-garu. "Pergi ajalah minta maaf. Itu pun nak orang ajarkan ke." Ujar Murni sebgaja diseriuskan wajahnya. "Eh! budak ni, kalau senang macam tu takde lah abang minta tolong adik. Ingat sikit adik tu pun puncanya juga, tahu. Lain kali buang nasi lemak tu dalam tong sampah, ini tak bukan main elok lagi letaknya." Bebel Adi Hamidi. Murni tersengih-sengih memandang abangnya. Memang salahnya juga. Jika dia tidak cuai pagi tadi sudah tentu abangnya tidak ditimpa masalah begini, dah la muka pucat bagai orang mati, terpaksa pula memujuk isterinya yang terasa hati pulak. Gelaran buaya darat terlaris memang tak sesuai langsung dengan abangnya yang tak tahu memujuk perempuan ni. Murni menggelangkan kepala bila mengingatkan semuanya itu. "Ini kenapa pula tersengih-sengih, ada idea ke." Soal Adi Hamidi yang hairan melihat adiknya itu tersengih-sengih sambil menggelengkan kepala. "Takde apa-apa." Adi Hamidi masih lagi mundar mandir dihadapan adiknya. Dia keresahan. Murni juga seakan tidak dapat membantunya. "Erm..apa kata abang ajak Kak Alia makan kat luar. Berdua aja." Cadang Murni kepada abangnya. "Habis takkan abang nak tinggalkan Murni kat rumah sorang-sorang tak takut ke?" "Abang ni, kan Murni dah besar. Bukan abang makan sampai 4 jam pun. Lagipun ni kan awal lagi." "Betul ni." dia mahukan kepastian dari adiknya. "Yea lah, abang tak paayh risau yea." Murni memberi keyakinan kepada abangnya itu. Adi Hamidi yang baru saja menlangakah berpaah balik menuju ke arah adiknya. "Murni mengangkat keningnya sebagai isyarat pertanyaan. "Kalau Kak Alia tak nak pergi macam mana?" "Ala abang ni, kan abang ni suami dia. Takkan dia tak endahkan abang yang tengah kebulur tu." perli adiknya. Sebijik kena dibatang hidungnya. Murni ketawa melihat Adi Hamidi membulatkan mata memadangnya. Adi Hamidi meniti anak tangga perlahan. Dia memikirkan bagaimana cara untuk menyatakan maaf dan mengajak isterinya keluar. Ketika dia terjengul dimuka pintu, isterinya sedang asyik melipat kain baju. Adi Hamidi memiit-micit hidungnya. Di mati akal untuk berhadapan dengan isterinya, perlahan-lahan dia menghampiri Nur Alia. "Ermm..buat apa tu?.." sudahnya soalan itu yang ditanyanya. Nur Alia memadang suaminya sepintas lalu. Dia menyambung tugasnya. "Baca buku…"jawabnya geram tanpa menoleh kea rah wajah suaminya. "Buku apa..? Adi Hamidi lega. Isterinya tetap menjawab walaupun jawapan isterinya itu lain dari perbuatannya itu tandanya isetrinya sedang memerli dirinya.. "Buku motivasi Bagaimana Meredakan Rasa Sakit Hati. Nur Alia sengaja menekankan tajuk buku yang diilhamkan oleh otaknya secara spontan. "Uihh…habis tu dah khatam belum." Tajam benar sindiran isterinya, Adi Hamidi mula duduk menghampiri Nur Alia, dia menarik seluar hitam yang berada tidak jauh darinya kononnya membantu isterinya melipat pakaian. "Awak nak apa." Malas dia mahu melayan suaminya. Makin banyak pula dia menyembang. Makin dilayan makin menjadi-jadi. "Saya nak awak. Terpancul jawapan itu yang keluar dari mulutnya. "Hah! Awak nak apa..? "dia memandang tepat ke arah suaminya yang juga sedang merenungnya. Suaminya hanya tersengih. "Jom pergi makan saya lapar lah.." ajaknya, sengaja dia melarikan diri dari menjawab pertanyan Nur Alia. "Awak pergi aja dengan Murni tentu dia lapar tu. Saya banyak kerja ni." Nur Alia memberi alasan, suaminya ini hanya datang kerana lapar bukan untuk memohon maaf, bukan diharap sangat perkataan maaf itu cukuplah sekadar memberitahunya perkara tadi tidak disengajakan . "Kerja apa lagi. Awak tak nak temankan saya ke?" Nur Alia hanya diam membisu. Dibiarkan suaminya menanti jawapan darinya. Seluar hitam ditangan suaminya langsung tidak dilipatnya Adi Hamisi hanya menggumpal-gumpal. Lama Adi Hamidi menatikan jawapan isterinya akhinya dia mengalah. Dia bangun melangkah ke katil membaringkan diri, kononnya sebagai tanda protes diatas perlakuan isterinya tadi. "Takpelah kalau awak tak nak temankan esok aja lah saya makan." Suaranya sengaja dikendurkan seolah-olah merajuk. Nur Alia memadang suaminya yang sudah pun terlentang diatas katil. "Apa kena pulak dia ni. aku ke dia yang merajuk ni." Nur Alia mengalah, tidak sampai hati dia membiarkan suaminya tidur dalam keadaan lapar. "Kalau awak baring siapa pulak nak bawa saya keluar makan." Jawapan dari Nur Alia mencambahkan senyumanan dibibir Adi Hamidi, taktiknya mengena. Timbul perasaan nakalnya untuk mengusik isterinya. Dia mahu isterinya memujuk lagi. Adi Hamidi terlupa dia yang menyebabkan isterinya berkecil hati kini dia mahu isterinya pula memujuknya. Adi Hamidi merapatkan matanya seolah-olah sedang tidur.. "Kalau nak tidur takpe lah esok saja kita makan." Kata Nur Alia setelalah melihat sumainya tidak berganjak dari pembaringan. Kain-kain yang telah dilipat itu disimpan kedalam almari pakaian. Dia juga sebenarnya lapar, tengah hari tadi dia tidak sempat menjamah nasi. Meeting dengan bos-bos besar menyebabkan seleranya mati. Cadangnya dia mahu masak sahaja selepas pulang dari kerja tak sangka pula sampai dirumah lain pula jadinya. "Eh! mana boleh perut dah lapar ni." Adi Hamidi bingkas bangun. Niat nakalnya tadi tidak direstui. Bimbang pula isterinya berubah fikiran. Mereka bersiap-siap.
"Murni mana? Soal Nur Alia ketika melihat Murni tiada diruang tamu. "Dia tak ikut. Dia suruh kita belikan aja untuknya nanti. Lagipun dia nak study." "Takkan kita nak tinggalkan dia sesorang kat rumah ni." Nur Alia memandang suaminya. "Ala, dia dah besar lagipun bukan kita keluar lama pun, lepas makan kita balik lah.." Murni keluar dari biliknya setelah mendengar kakak dan abangnya bertanyakan tentangnya. Dia perlu selamatkan abangnya. "Murni abang pergi dulu. Jangan lupa kunci pintu. Kalau ada apa-apa telefon abang." Adi hamidi mengenyitkan matanya kepada adiknya. Murni hanya tersengih. "Jangan lupa tapaukan Tom Yam dan ayam goreng yea bang." "Yea lah." Jawab Adi Hamidi sepatah. "Kakak pergi dulu Murni." "Hati-hati kak, nanti abang bawak lari pulak. Selorohnya memandang Nur Alia yang menjengkilkan sedikit matanya. Dia segan keluar bersama suaminya, lagi pun mereka mana pernah keluar makan berdua.
Adi hamidi memilih restoran yang tidak ramai orang. Dia memilih meja yang sedikit tercorot. Malam ini pertama kali dia makan berdua bersama isterinya. setelah memesan makananya dia dan Nur Alia hanya diam membisu. Nur alia tidak tentu arah. Dia segan berdua dengan suaminya ibarat Tom and Jery ada sahaja percakarannya dan usikannya. Adi Hamidi perasan akan kegelisah isterinya. Niat nakalnya yang terbantut tadi menjelma semula. "Hai macam takut-takut aja. Jangan risau saya tak makan awaknya, saya lapar nasi ni." katanya sambil tergelak kecil. Nur Alia menjeling memandang suaminya. Masih sempat lagi dia bergurau dalam kelalutan jiwa yang dihadapinya. Beberapa orang pengunjung restoran memandang mereka.. Entah apa yang dipandangnya sehinggakan Nur Alia bertambah segan. "Kenapa tunduk aja. Malu nak tengok muka abang ke?" "Isk..merapu lagi orang tua ni. sekajap saya sekejap abang..apa kena ni" bisiknya. "A’aa saya malu nak tengok muka awak yang tak hemsem langsung tu. katanya geram." "Oh yea ke.. setahu abang orang perempuan ni malu nak tengok wajah orang yang dia cintai, bertambah segan kan..kan.." Adi Hamidi ketawa kecil. Wajah Nur Alia serta merta bertukar menjadi merah bila suaminya menuturkan ayat itu. Dia jadi malu sendiri. "Lambatnya makanan sampai." Bisiknya dalam hati. "Kenapa muka merah tu, macam lampu pulak jadinya sekejap menyala sekejap padam. Tak cukup elektrik agaknya, kalau yea pun malu jangan lah dipintal-pintalkan tudung tu sayang." Tegurnya lembut. Makin galak dia ketawa. Nur Alia memasamkan wajahnya. Makin menjadi-jadi pula suaminya menyakatnya. "Ini tak boleh jadi makin berani pulak dia yea." Makanan yang dipesannya sudah pun sampai tanpa membuang masa mereka menjamu selera. Nur Alia langsung tidak bercakap, memandang suaminya pun tidak. Adi Hamidi semakin tersenyum melihat kelakuan isterinya. Pemalu betul.. Mereka pulang setelah makanan Murni dibungkusnya. "Jom balik.." tangan isterinya dipimpin. Sejuk…
x ade blog ker? bestlah kl ade blog lag bgs keep try bebeh sayonara............
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hahaha..lwk r laki die..hmm..ayat best..keep it up bebeh..