Ahad, September 27, 2009

Novel : Rindu Selamanya 2

Nama Pena : dai

Hariz memerhatikan bangunan pencakar langit yang terdapat di kiri dan kanan jalan.Teksi yang dinaiki terasa begitu lambat sekali.Terasa tidak sabar untuk tiba di Villa Kayangan.Tidak seorang pun diberitahu tentang kepulangannya ke Malaysia.Sengaja dia mahu membuat kejutan.Pasti Datuk Aizat dan Datin Zefrina terkejut melihat kehadirannya di rumah nanti.Terbayang-bayang di matanya wajah papa dan mama yang sudah hampir empat tahun tidak ditemui itu.Kalau diikutkan,dia boleh sahaja pulang ke Malaysia bila-bila masa sahaja yang dia mahu.Duit tidak menjadi masalah langsung baginya.Namun ketika itu,dia masih merajuk dengan papanya kerana memaksanya untuk melanjutkan pelajaran di United Kingdom dalam bidang perniagaan.Papanya bertegas mahukan dia mengambil alih Kayangan Holdings setelah tamat pelajaran nanti.Keputusan papanya adalah muktamad dan tidak boleh dibawa berbincang langsung.
Kerana tidak puas hati dipaksa oleh Datuk Aizat,dia memberontak dalam diam.Selama empat tahun berada di United Kingdom,tidak pernah sekali pun dia pulang ke Malaysia.Setiap kali Datin Zefrina menelefon menyuruhnya pulang ke Malaysia,dia sentiasa memberikan alasan yang dia sibuk menelaah pelajaran.Dia tahu yang tindakannya itu melukakan hati papa dan mamanya.Namun,dia juga ingin menyatakan kepada Datuk Aizat bahawa dia juga mempunyai hak untuk membuat pilihan sendiri.
Dia sedar yang Datuk Aizat sangat sayangkan dirinya.Cuma...papanya itu terlalu risau sekiranya dia tidak mahu mewarisi Kayangan Holdings apatah lagi dia merupakan satu-satunya anak yang lelaki itu ada.Bukannya dia tidak minat untuk menguruskan perniagaan,bahkan minat tersebut sudah pun timbul sejak dia kecil lagi,cuma dia ingin melnjutkan pelajaran di dalam Malaysia sahaja.Dia punya sebab sendiri mengapa dia tidak mahu belajar di luar negara.Namun,Datuk Aizat terus menolak permintaannya itu mentah-mentah sebaik sahaja dia menyatakan hasratnya itu selepas mendapat keputusan SPM.
Sedar tak sedar,sudah empat tahun dia berada di luar negara dan kini dia telah pun berjaya mendapat ijazah dalam bidang perniagaan dengan cemerlang.Segala sengketa dengan papanya sudah pun dibuang jauh-jauh semenjak dia berada di dalam perut kapal terbang lagi.Yang ada kini hanyalah perasaan rindu terhadap papa dan mamanya.Bosan dengan perjalanan yang sudah pun memakan masa selama 30 minit itu,Hariz segera memejamkan matanya.Lapan jam berada di dalam perut kapal terbang membuatkan dia terasa begitu letih.Sekejap sahaja dia telah pun terlena.

------------

Suhaila ketawa besar mendengarkan cerita Syuhada itu.Adiknya itu memang tidak pernah berubah,sering membuatkannya tidak kering gusi.Ketawanya mati tiba-tiba sebaik sebuah teksi memotong keretanya.Walaupun cuma dapat melihat teksi tersebut sekejap cuma,dia bagaikan dapat melihat penumpang yang duduk di bahagian belakang teksi tersebut dengan jelas.Bagaikan orang yang hilang akal Suhaila terus memecut keretanya.Dia mengejar teksi tersebut dengan kelajuan yang melebihi had yang ditetapkan.Jeritan Syuhada yang menyuruhnya memperlahankan kelajuan kereta bagaikan tidak kedengaran.Yang ada di fikirannya ketika itu hanyalah mahu mengejar teksi yang sudah agak jauh di hadapannya.
Suhaila terkejut apabila keretanya hampir-hampir sahaja melanggar pembahagi jalan.Pantas dia memberhentikan keretanya secara mengejut sehingga mengundang kemarahan pengguna jalan raya yang lain.
"Woi...nak mati ke?"jerit salah seorang pemandu Proton Wira yang bengang dengan sikapnya tadi.Pantas dia mengangkat tangan tanda meminta maaf.Kemudian dia menyambung semula pemanduannya dengan perlahan.
Suhaila berasa fikirannya benar-benar kusut kini.Sememangnya lelaki tersebut mampu menjadikan dia seorang yang kurang waras.Masih lagi terkejut dengan kejadian tadi,Suhaila segera membelokkan keretanya ke arah R&R Nilai.Dipakirkan keretanya di hadapan pondok rehat.
Syuhada merenung wajah kakaknya dengan tajam.Serasa ingin dimarahnya Suhaila akan kecuaiannya yang hampir-hampir sahaja membuatkan mereka berdua kemalangan tadi.Mujurlah tidak ada apa-apa yang berlaku tadi.Kalau tidak,pasti percutiannya di Malaysia kali ini meninggalkan memori yang tragis.
"Kak Aila ni kenapa?Tiba-tiba bawak kereta laju semacam.Nasib baik akak sempat brek tadi.Kalau tidak?"Syuhada bertanya dengan nada yang tidak puas hati.
Suhaila meraup mukanya.Dia sendiri masih terkejut dengan kejadian tadi. "Maafkan akak Hada.Akak tak sengaja,"mohon Suhaila dengan suara yang perlahan.Disentuh perlahan tangan Syuhada.
Syuhada mengeluh perlahan. "Hada tak fahamlah.Selalunya akak tak macam ni.Kenapa dengan akak sebenarnya?Hada tengok sejak kat KLIA lagi akak berperangai pelik,kenapa?"
"Tak...tak ada apa-apa.Cuma akak letih sikit aje hari ni," dalih Suhaila.Masakan mahu diberitahu perkara yang sebenarnya kepada Syuhada.Pasti mengamuk adiknya itu sekiranya mengetahui punca sebenar dia bersikap pelik pada hari itu.
Syuhada tersenyum sinis. "Kak Aila ingat Hada tak tau ke?Tentu akak ada ternampak dia tadi kan?"
Suhaila tersentak. "Apa maksud Hada ni?Akak tak fahamlah.Dia?Sapa dia tu?"Dia pura-pura tidak mengetahui maksud adiknya itu.
"Dahlah akak...tak payah nak sorok lagi.Hada tau yang hari ni ramai pelajar Malaysia yang akan balik.Tentu akak ada terjumpa dia kat KLIA tadi kan?Patutlah perangai akak pelik semacam aje.Selalunya Kak Aila jadi pelik macam ni hanya disebabkan satu perkara,sebab dia kan?"
"Apa yang Hada merepek ni?Mana ada akak jumpa dia tadi.Ramai orang kat sana tadi,mustahil akak boleh terserempak dengan dia,"dalih Suhaila.
"Akak,tolonglah lupakan dia.Dah empat tahun berlalu.Lagipun Hada dengar dia dah ada girlfriend.Hada tak nak akak terluka nanti.Dia bukan lelaki yang terbaik untuk akak.Hada pun tak suka lelaki sombong macam dia tu jadi abang ipar Hada,"nasihat Syuhada.Kakaknya perlu disedarkan.Tiada gunanya mencintai lelaki tersebut.Kedudukan keluarga lelaki itu amat tinggi di mata masyarakat.Berbeza tarafnya daripada keluarga mereka.Bagaikan bulan dengan bumi.
Suhaila terdiam.Bukannya dia tidak cuba melupakan,tetapi hatinya begitu degil sekali.Salam perkenalan daripada lelaki-lelaki semasa di universiti dahulu hanya dipandang sepi sahaja.Bukannya dia terlalu memilih,bahkan ada di kalangan lelaki yang cuba memikatnya dahulu merupakan anak jutawan,tetapi hatinya bagaikan tertutup untuk menerima lelaki lain dalam hidupnya.Melihatkan tidak ada balasan daripada Suhaila,Syuhada segera meminta diri untuk membeli air.Tekaknya terasa haus pula.Suhaila hanya memandang sepi kelibat Syuhada yang semakin menjauhi kereta.

2 ulasan:

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan