Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sebaik sahaja usai solat Isya’, kedengaran suara orang sedang bersembang di anjung rumah. Bila diteliti, aku pasti tentunya Faris yang datang berkunjung. Aku jadi rimas tiba-tiba. Lelaki ini bagai cuba menakluk kembali hati dan perasaanku setelah tiga tahun dahulu cintanya kutolak ke tepi dengan alasan aku sudah punyai Haizal dan Faris masih belajar. Sekarang tentu sahaja dia tahu aku kembali keseorangan.
"Dah siap pun. Abang Faris datang tu. Mak ajak makan sekali."
Aku tidak menjawab Cuma langkahku sahaja menghampiri Nadia. Ikutkan hati malas rasanya untuk bersua dengan lelaki itu. Tetapi memikirkan perutku yang sudah lama kelaparan dan sebagai tanda menghormati emak dan abah kugagahkan diri untuk keluar.
"Assalamualaikum," sapa Faris. Aku memandang ke arahnya dan satu senyuman yang agak ikhlas kupamirkan beserta jawab salamnya tadi. Nadia sengaja duduk di sebelah emak dan membiarkan aku duduk disebelah Faris. Pandai punya adik! Gerutuku di dalam hati.
"Hah, duduklah. Takkan nak makan berdiri pulak!" tegur abah memerli.
"Yerlah, Ira duduklah ni. Abah ni!"
Faris ketawa kecil melihat gelagatku menarik kerusi beserta muka masam mencuka. Abah memang suka menegurku begitu. Suka sangatlah memalukan aku di hadapan menantu pilihannya.
"Makanlah Faris. Mak cik ingat tak ada sesiapa nak datang tadi. Itulah panaskan lauk tengah hari tadi ajer. Inilah yang tinggalnya."
"Tak apalah, mak cik. Ini pun dah cukup."
Makan malam itu diselang selikan dengan suara abah, emak dan Faris. Sesekali Nadia mencelah. Aku sekadar mendengar, malas untuk bersuara. Dulu abah juga cakap waktu makan tak boleh bercakap. Sekarang berubah pulak.
"Kenapa diam jer tadi? Awak marahkan saya ya?"
"Waktu makan tak boleh bercakap," jawabku ringkas sambil menyusun kembali pinggan mangkuk yang baru ku basuh ke rak.
"Yerlah tu! Erm, boleh tak saya minta tolong Maira?" Terhenti pergerakanku saat terdengar Faris membahasakanku dengan nama itu. Entah semacam ada satu perasaan aneh meresap ke dalam hatiku saat diriku dipanggil degan nama itu.
"Apa dia?" tanyaku, cuba bersikap selamba walaupun debaran di dalam hati tidak surut.
"Bagi saya sedikit ruang di dalam hati awak. Tak banyak. Sikit ajer dan saya janji saya akan bahagiakan awak."
"Faris, awak tahukan saya tak boleh. Tak boleh terima awak lebih dari seorang kawan. Saya selesa berkawan dengan awak. Kawan. Bukan sebagai kekasih atau suami!" tegasku sedikit geram. Sengaja aku tekankan perkataan kawan itu supaya Faris memahami.
"Tapi bagi saya, saya mahukan awak sebagai kekasih dan isteri saya. Saya tak nak hanya jadi kawan awak. Please Maira!"
"Lepaskan tangan saya, Faris. Nanti mak dan abah saya nampak, apa pulak diaorang cakap."
Aku cuba menarik tanganku yang berada di dalam cengkaman Faris. Sakitku rasakanbila jari-jemari kasarnya menyentap tanganku. Lelaki ini sudah melampau! Aku kata aku tak naklah! Getusku.
"Biarlah, mak dan abah awak tahu perasaan saya terhadap awak. Cuma awak yang tak nak faham atau awak sengaja buat tak faham, Maira!? Apa lagi awak nak saya buktikan saya cintakan awak. Saya cintakan awak sepenuh hati. Saya akan bahagiakan awak dan saya tak akan sakiti hati awak seperti Haizal. Saya janji dan bersumpah, Maira."
Saat itu tubuhku dan Faris hanya dipisahkan dengan kedua-dua belah lenganku. Mata kami beradu. Dari mata itu aku sedar Faris ikhlas menyintai dan ikhlas juga ingin memilikiku. Ah, tapi hati dan perasaanku tidak boleh dipaksa untuk menyintainya.
"Bagi Ris peluang ya, sayang!?"
Aku menelan air liur mendengar suara Faris yang cukup pelahan menampan telingaku. Di tambah pula dia sudah membahasakan dirinya dengan nama sahaja. Tiada ‘saya’ lagi.
"Lepaskan saya, Faris. Nanti saya menjerit awak juga yang malu."
"Jeritlah. Saya malu tak apa tapi rasanya awak lagi malu nanti."
Faris mengeratkan pelukannya apabila menyedari aku cuba meloloskan diriku. Cukup membuatkan nafasnya dan nafasku bersatu. Saat itu, aku berharap emak akan masuk ke dapur. Biarlah malu sekejap! Tentu mak tidak akan membenarkan Faris menyentuhku begini.
"Awak tahu Maira, sejak pertama kali saya nampak awak, saya yakin awaklah yang tercipta untuk saya." Faris semakin berani menyentuhku. Jari-jemarinya bermain dimukaku. Aku cuba meloloskan diri bila hanya tangan kiri Faris merangkul tubuhku. Namun, aku tetap gagal sebaliknya Faris semakin mengeratkan rangkulannya. Tubuhku ditolak pelahan ke dinding.
"Saya tak akan lepaskan awak selagi awak tak cakap yang awak akan beri saya peluang dan ruang di dalam hati awak."
"Faris, don’t be ridicilius. Lepaskan saya. Awak ni macam budak-budaklah!"
"Saya sayang dan cintakan awak. I want to be your husband. It not ridicilious to me. I just want to marry you and make lover with you. Is that ridicilious my dear!?" Kali ini aku terjerit kecil bila bibir Faris singgah dipipiku. Faris sudah melampau. Dia ingat aku ni apa!? Suka hati dia jer nak cium aku! Makin aku biarkan makin menjadi-jadi perangai gatalnya! Nama jer cikgu tapi perangai….!
"Faris, lepaskan saya. Jangan buat saya macam ni dan jangan sampai saya tak hormatkan awak lagi. Lepaskan saya, Faris." Pintaku sedikit sebak. Sekasar-kasar Mukhriz pun dia tidak pernah menyentuh aku begini! Ah, Mukhriz bukan sukakan dan cintakan aku pun! Memanglah dia tak berperangai macam lelaki dihadapanku ni! Hatiku berdolak-dalik. Dalam keadaan begini muncul nama Mukhriz. Pelahan-lahan tubuhku Faris lepaskan. Sempat dia membawa tanganku ke mulutnya. Dikucupnya lagi.
"I’m sorry. I really don’t mean it! Jangan menangis, sayang! I’m so sorry."
Faris menarik tubuhku kembali ke dalam dakapannya. Ubun kepalaku dikucupnya berkali-kali.
"Jangan menangis, sayang. Maira, saya cuma nak awak bagi saya satu peluang untuk bahagiakan awak seperti mana awak pernah rasa bahagia bersama Haizal. Bagi saya satu peluang ya, Maira?"
Faris melepaskan tubuhku. Dipegang daguku supaya menghadapnya. Dalam air mata yang masih bergenang di tubir mataku, aku menggangguk. Entahlah, apa kuasa yang membuatkan aku menggangguk. Apa salahnya aku memberi Faris peluang dan memberi diriku sendiri peluang untuk menerima Faris. Mudah-mudahan aku akan temui cahaya kebahagian bersamanya.
"Thanks, Maira. Anggukan awak dah jadi penawar untuk saya. Kalau ditakdirkan esok saya tak ada, saya tetap akan pergi dengan gembira."
"Apa maksud awak? Mengarutlah!"
"Hidup dan mati kita ni bukan hak kita, sayang. Hak ALLAH. Erm, dahlah lap air mata tu. Nanti mak dan abah awak tengok diorang cakap saya buli anak diorang pulak. Terus reject jadi calon menantu favourite."Faris ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri. Dihulurkan sapu tangannya kepadaku.
"Thanks." Aku hulurkan kembali sapu tangan itu kepadanya.
"Erm, tak naklah. Dah basah dengan air mata awak, nak bagi saya balik. Awak ambil dan simpan buat kenangan ya? Dah jom, lama-lama duduk berdua kat dapur ni lain pula jadinya." Faris menarik tanganku supaya mengikut langkahnya ke depan. Entah kenapa, wajah Mukhriz singgah lagi di layar fikiranku. Ah!!
"Thanks, Maira." Bisikan pelahan Faris dekat dengan telingaku mengundang senyuman di bibir emak dan abah. Nadia tersenyum nakal.
"Saya balik dulu, mak cik, pak cik. Terima kasih jemput makan tadi. Sedap mak cik masak."
"Erm, alah abang Faris ni dah naik menyampah dah Nadia dengar abang puji emak masak. Kalau nak ambil hati emak mertua pun jangan sampai telur dadar pun kata sedap!" selamba Nadia memerli.
"Sudahlah, Ris. Kalau kamu dok berlawan cakap dengan Nadia tu sampai esok pun tak habis."
"Yerlah, pak cik. Erm, assalamualaikum."
Faris menyalami emak dan abah. Seketika kemudian, motosikalnya hilang di sebalik kelam malam. Aku tersenyum sendiri memikirkan apa yang berlaku tadi. Pandangan emak dan abah yang semacam mengerti aku biarkan. Lantas langkah gembiraku atur ke dalam bilik.
Andai benar telah ditentukan jodohku dengan Faris, aku berharap ia akan berpanjangan. Janji Faris bagaikan bersatu dengan hatiku. Ya, mulai hari ini aku akan berikan ruang untuk cinta Faris bernafas di dalam diriku.
Mukhriz, aku terpaksa melupakanmu walaupun kita tidak sempat merencanakan cinta. Aku tidak mahu hanyut di alam ciptaanku sendiri sedangkan kau tidak pernah mengimpikan aku. Sekarang aku punya Faris yang harus aku dahulukan. Cinta terhadap kau hanya akan aku anggap hanya permainan perasaanku. Tunas cinta itu biarlah mati.
maybe de kslpan tknikal kot.coz sye dgr byk cerpen y di siarkan trsilap pnulis la...org lain y tlis,nme org lain lak y kuar.errmmm nway,truskan brkrya k.
ya pun nk pikat pun jgnlah peluk2berdosa tau....x msk syurga ha..ha..ha..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nak blog!!