Nama Pena : azimahlily
BAB 2
Daniel meneliti helaian demi helaian yang terkandung di dalam fail Projek Batu Feringgi. Pen yang berada di tangannya dipusingkan. Sekali sekali dia mengeluh apabila membaca plan rancangan bagi projek hotel di Batu Feringgi.
"Cik….Tuan Muda sibuk hari ni. Dia tak ingin jumpa sesiapa pun" Zarina cuba menghalang wanita yang tiba-tiba meluru masuk ke dalam bilik majikannya.
Daniel mengeluh melihat wanita yang sedang berdiri di hadapannya. Amaran Zarina tidak langsung diendahkannya.
"Maafkan saya, Tuan Muda. Saya cuba halang Cik Sheila tadi tapi dia...." Zarina melihat wanita seksi yang sedang berdiri di sebelahnya.
"It’s okey, Zarina. You boleh keluar sekarang."
"See I told you. Abang Daniel takkan marah kat I." Sheila bersuara manja membuat mimic muka pada setiausaha sepupunya itu.
Zarina merenung wanita itu. Menyampah betul aku dengan perempuan perasaan. Bos aku tak ada hati langsung kat kau.
Selepas Zarina keluar, Irfan masuk. Kehadiran Irfan membuat Sheila tak selesa. Lelaki itu direnungnya. "Apa you buat kat sini? Tak ada kerja ke?" marah Sheila.
Irfan hanya mendiamkan diri.
Bila melihat Irfan tidak peduli dengan kata-katanya, Sheila menghampiri lelaki tersebut. "Hey, you ni dah pekak ke?"
Namun tiada reaksi lagi dari Irfan. Lelaki itu seolah-olah tidak mempedulikan kata-katanya. Lelaki ini tak hormat pada dirinya langsung. Ini membuat Sheila marah. Berani dia layan aku macam ni?
"Kau tu dah la kuli. Gaji kau selama ni pun atas belas kasihan Abang Daniel tau. Kau ingat Abang Daniel nak sangat kutip sampah masyarakat macam kau." hina Sheila.
"Sheila!" jerit Daniel tiba-tiba menutup fail yang dibacanya. Sepupunya memang melampau sama seperti bapanya Uncle Johari. Bapa borik anak rintik. Selalu merendah-rendahkan orang lain.
Sheila terkejut dengan jeritan Daniel.
Tiba-tiba pintu diketuk, Zarina masuk. "Tuan Muda, Cik Muda dalam perjalanan ke sini. Dia kata dia nak jumpa Tuan Muda. Dia ingin berbincang tentang Projek Hotel di Batu Feringgi tu." beritahu Zarina.
Bulat mata Sheila bila mendengar kedatangan kakak Daniel. Gelabah dibuatnya. "Aaa....Sheila ingat nak ajak Abang Daniel lunch tapi tak jadilah. Lain kali Sheila datang lagi." Sheila cepat-cepat berlalu keluar .
Daniel menggelengkan kepalanya. Zarina tersenyum bila melihat Sheila berlalu pergi. Irfan hanya memerhati hening.
"Kenapa pulak kakak tiba-tiba nak datang ke sini? Bukan ke dia dah berjanji takkan masuk campur dalam projek ni?" kata Daniel hairan.
"Tuan Muda, sebenarnya .....saya nak minta maaf. Saya tipu tadi." Zarina teragak-agak untuk bersuara. Kalau bos aku marah, mampus aku.
Daniel ketawa. Begitu juga dengan Irfan.Zarina menundukkan kepalanya."Bagus! Tindakkan kamu tepat sekali Zarina. Saya pun sudah malas nak melayan kerenah Si Shiela tu. Merengek macam budak kecil." Daniel terus bangun dan menghampiri tingkap kaca yang memperlihatkan pemandangan Kuala Lumpur.
"Tuan Muda, saya ada soalan nak tanya?"
"Hmmm….apa dia?"
"Kenapa, Cik Shiela takut dengan Cik Muda?" sudah lama soalan ini dia ingin tanyakan pada majikannya namun dia tak berani.
Daniel berpaling pada setiausahannya. "Hanya kakak saya saja yang tahu sebabnya." Dia tersenyum.
*****************************************************
Jejari Dania pantas menaip laporan yang akan dibentangkan di mesyuarat lembaga pengarah pada hari Jumaat ni. Sesekali dia berpaling ke arah jam dinding di biliknya yang menunjukkan sudah pukul 3 pagi. Kemudian dia kembali menyambung kerjanya tanpa ambil peduli mengenai waktu tidurnya.
Tiba-tiba Dania berhenti menaip, Dania memejamkan matanya seketika. Dia menarik nafas panjang. Cermin mata yang sedang dipakainya ditanggalkan. Tiba-tiba saja pengelihatannnya menjadi kabur. Dania membuka matanya, dia melihat keadaan di sekelilingnya. Masih kabur. Denyutan di kepalanya mula terasa. Dania menundukkan kepalanya. Tangannya terketar-ketar membuka laci meja. Sakit dikepalanya benar-benar menyakitkan. Tangannya masih meraba mencari botol ubat yang disimpannya.
"Ya Allah, berilah kekuatan kepada hamba Mu ini." Suara Dania terketar-ketar menahan kesakitan yang sedang dihadapinya.
Pantas botol ubat yang dicapainya dan dibuka. Lantas Dania makan ubat tersebut. Perlahan-lahan dia bangun menuju ke katilnya setelah sakit dikepalanya semakin kurang.
"Ya Allah, berilah hamba Mu ini masa lagi. Masih ada banyak perkara lagi yang belum diselesaikan lagi. Berilah hamba Mu ini kesempatan untuk menjadi seorang kakak dan cucu yang baik sebelum hamba Mu ini kembali ke sisi Mu." Air mata Dania tiba-tiba mengalir.
Sakit kepala yang dihadapinya sekarang ni semakin menjadi-jadi. Penglihatannya juga sering menjadi kabur. Sejak dirinya disahkan menghadapi barah otak sejak tahun lepas, dia akur dengan takdir yang telah ditentukannya. Segala yang terjadi pada dirinya, dia pasrah. Menurut Dr. Hazwan, dia hanya mempunyai masa 8 bulan lagi untuk terus hidup. Tiada penawar atau ubat untuk penyakit barah ini.Tetapi perkara yang amat dibimbangkan sekarang adalah jika dirinya sudah tiada siapa yang akan menjaga adik dan datuknya. Ancaman dari Uncle Johari amat membimbangkan. Entah apa rancangan yang dirancang oleh Uncle Johari untuk menjatuhkan dirinya dan Daniel. Selagi dia bernyawa, dia akan lindungi Daniel tapi jika dia tiada? Macam mana dengan Daniel? Sebab itulah, dia sudah mulakan rancangkan untuk menjatuhkan Uncle Johari. Satu persatu rakan subahatnya dihapuskan satu persatu. Dia takkan benarkan sesekali Uncle Johari menyentuh adiknya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Telefon bimbitnya yang berada di dalam poket seluarnya dikeluarkan.
"Ya, Ali. Macam mana dengan perkara yang saya suruh kamu uruskan? Bagus. Teruskan." Dania tersenyum selepas menamatkan perbualan dengan pengawal peribadi yang amat dipercayainya.
Dania memejamkan matanya. "Uncle, hutang nyawa akan dibayar dengan nyawa." Senyuman masih lagi terukir dibibirnya.
*********************************
"Daniel" jerit Tan Sri Daud sebaik saja tiba di ruang tamu. Sebaik saja dia mendapat berita tentang apa yang berlaku terus saja dia pulang ke rumah. Dia terkejut bila projek hotel 5 bintang di Batu Ferringi menghadapi masalah. Kenapa Dania dan Daniel tidak melaporkan perkara ini kepadanya.
"Daniel" jerit Tan Sri Daud lagi.
"Awalnya atuk balik." tegur Dania. Dia hanya tersenyum.
"Mana adik kesayangan kau tu?"
"Tak tahu." jawab Dania selamba sambil jalan menuruni tangga.
"Tinggal serumah pun tak tahu."
"Mungkin dia belum bangun tidur lagi. Anyway, it’s 5.30 am. It’s too early." Dania melihat ke arah jam dinding silver yang berbentuk kunci yang dibelinya sewaktu melancong di Hawaii.
Mata Tan Sri Daud terus melihat ke arah jam dinding. Dia diam seketika.
Danie mendekati atuknya. "Bukan ke atuk kata nak uruskan perniagaan di sana selama seminggu? Kenapa tiba-tiba saja atuk balik? Ada masalah ke?" soal Dania.
Tan Sri Daud merenung cucu sulungnya. Masalah? Hish...dia tanya kita pulak.
"Kenapa Dania tak tolong Daniel uruskan masalah di Batu Ferringi? Kenapa biarkan? Lagi satu, siapa yang benarkan syarat perjanjian jual beli diubah? Kamu tak reti ke nak jaga adik kau." marah Tan Sri Daud. Namun Dania hanya tersenyum apabila dimarah.
"Atuk, jangan salahkan kakak. Ini hal Daniel. Daniel yang suruh kakak jangan masuk campur dalam projek Batu Ferringi." Daniel tiba-tiba berada di situ sambil mengelap peluh selepas bersenam di gym di rumahnya.
"Ada pun. Aku ingat kau dah hilang." Tan Sri Daud memandang tepat pada cucu lelakinya. Degil, suka melawan cakap orang dan panas baran. Entah perangai siapa yang dia ikut?
Dania hanya memerhati. Itulah peranannya jika setiap kali atuk dan Daniel bertelingkah. Macam anjing dan kucing.
"Tentang hal di Batu Feringgi! Daniel dah selesaikan segalanya. Atuk jangan risau."
"Jangan risau kau kata!" Nada suara Tan Sri Daud mula meninggi. Matanya tepat merenung ke arah Daniel. "Syarat perjanjian yang kau tiba-tiba ubah tanpa persetujuan atuk itu apa? Kau tahu tak apa akan terjadi nanti? Kau pandai-pandai saja ubah."
"Tapi Daniel dah minta persetujuan Dania, atuk."
"Kau diam, Dania."jerkah Tan Sri Daud. Kini matanya bulat mrerenung Dania. Dania terdiam.
"Atuk!" jerit Daniel. Dia geram bila melihat perangai atuknya. "Ini memang salah Daniel, jangan atuk lepaskan kemarahan atuk kat kakak pulak. Dia tak ada kena mengena pasal hal ini."
"Kalau tak disebabkan kakak kau ni yang selalu manjakan kau, kau takkan jadi macam ni?"
"Macam ni? Maksud atuk, atuk nak Daniel jadi pak turut macam kakak. Ikut saja telunjuk atuk tanpa boleh menyuarakan pendapat sendiri. Hidup mati kami, atuk yang tentukan." jerit Daniel lagi.
"Jangan kurang ajar. Kau ingat sikit siapa yang kau bercakap sekarang ni?"
"Ya. Daniel tahu siapa yang berhadapan dengan saya sekarang ni. Tan Sri Daud Halim. Hartawan yang terkaya dan terhormat di Malaysia. Siapa tak kenal?"
"Daniel!" Matanya sudah merah menyala menahan geram. "Dania, kau tengok adik kau ni." Tan Sri Daud berpaling ke arah Dania.
"Tadi kan atuk suruh Dania diam." jawab Dania selamba.
"Eeeeee.............geramnya aku." jerit Tan Sri Daud bila melihat telatah dua orang cucunya itu.
"Atuk! Ari itu atuk sendiri beritahu walauapapun cara, kita mesti dapatkan tanah di Batu Feringgi. Kita dapat tanah tu. So apa yang atuk tak puas hati lagi?" tanya Dania.
"Dengan memberikan 2% saham hotel tu pada setiap pemilik tanah tu. Ini kerja gila namanya?" marah Tan Sri Daud.
"Kerja gila! Atuk nak ke kita bayar mereka dengan 4 kali ganda dari harga asal. Itu lagi kerja gila namanya." Balas Daniel.
"Budak ni!"
"Atuk, listen here. 2% tu tak banyak. Kedudukan kita kat hotel itu tetap tak tergugat termasuk pemegang saham yang lain. Kita hanya kehilangan 10% saja. Lagipun atuk, siapa yang akan tolong bangsa Melayu sendiri kalau bukan kita. Kita sudah ada segala-galanya atuk. Apa salahnya kalau sesekali kita menjadi pemberi atuk! Takkan kurang harta kita pun."
Tan Sri Daud terdiam. Kata Dania betul jugak. Tan Sri Daud memandang Daniel yang hanya berdiam diri.
"Huh....,suka hati kamulah. Bila mesyuarat nanti, pandai-pandailah kamu menjawabnya."
"Ok!" Dania tersenyum. Dia terus memegang tangan adiknya.
"Hah, tunang kamu Hairi akan balik minggu depan. Kamu mesti bersiap-sedia berjumpa dengan dia."
"Tak habis-habis!" Daniel bersuara.
"Kamu Daniel, jangan lupa tentang perjumpaan kamu dengan anak Raja Mohsin hujung minggu ni" pesan Tan Sri Daud.
"Atuk, kan Daniel dah cakap. Daniel tak suka atuk aturkan hidup Daniel. Live me alone. Daniel bukan macam kakak."
"Kau cucu aku. Kau mesti dengar cakap aku. Aku yang besarkan kau dari kecil."
Dania mengeluh. Dah start dah. Tak habis-habis. Bila berjumpa ada saja topik yang akan dijadikan pertelingkahan.
"Daniel tak minta pun atuk besarkan kami. Tak cukup lagi ke masa depan kakak, atuk aturkan dengan orang yang kakak tak pernah jumpa. Bila cukup tempoh saja, terus kahwin. Harta, duit dan pangkat yang ada sekarang, tak cukup lagi ke atuk. Atuk memang tamak. Kalau atuk nak sangat Si Lily tu jadi menantu atuk, baik atuk kahwin saja dengan Lily gedik tu." Daniel terus berlalu pergi tanpa mempedulikan atuknya lagi.
"Daniel! Budak ni! Atuk tak habis cakap lagi." Jerit Tan Sri Daud menahan kemarahannya namun tidak diendahkan oleh Daniel. Dia suruh aku pulak yang kahwin. Bertuah punya budak.
Dania ketawa.
"Apa yang lucunya? Cuba tengok perangai adik kamu ni! Entah perangai siapa yang diikutnya?"
"Siapa lagi kalau bukan orang yang sedang berdiri di sebelah Dania ni!" perli Dania terus berlalu pergi.
"Hish....budak bertuah ni!" Tan Sri Dania mengetap bibirnya.
****************************************
"Abang Rizal! Bila abang balik dari UK?" Halina terkejut melihat lelaki yang sedang menantinya di luar asrama. Sudah 5 tahun, mereka tidak berjumpa semenjak Rizal menyambung pelajaran di luar negara. Hatinya berbunga riang melihat lelaki yang amat dicintainya sejak kecil lagi.
"Semalam. Abang rindu sangat kat Lina. Dah lama ye kita tak berjumpa. Lina rindu tak kat abang?" Rizal tersenyum.
"Tentulah Lina rindu kat abang." Senyuman masih tak lekang dibibirnya. " Abang dah jumpa abah dan umi ke?"
"Belum lagi. Ni nak ajak Lina ikut abang jumpa Uncle Farid dan Auntie Rahmah.Lina busy ke?"
"Tak lah. Abah dan umi mesti terkejut bila jumpa abang nanti." kata Halina. Rizal membuka pintu kereta Toyota Vios hitam. Halina masuk ke dalam perut kereta tersebut tanpa menyedari ada sepasang mata yang sedang memerhati mereka dari jauh.
"Oooo....ini rupanya lelaki yang kau suka ni! Hmmm...not bad jugak taste kau, Lina. Kita tengok nanti lelaki ni akan jadi milik siapa. Aku ke kau?" Melissa tersenyum. Sejak dari sekolah menengah lagi, dia berdendam dengan Halina. Halina mempunyai segala-galanya berbanding dirinya. Dia cemburu dengan segala yang Halina ada. Kenapa dirinya tidak seperti Halina? Kenapa?
best r cter ni.......
BalasPadamrgi spe2 xbce,tp klu buat nvel ag best ni
sy akn jd slh stu pmbelinye
you are right.. i pun suka citer ni.. especially name dania n daniel.. keep it up..
BalasPadamn cepat sambung..
Nak baca bab seterusnya ....
BalasPadamlawatilah www.lilymemoriku.blogspot
best2..da jual buku die x? tingin nk bl
BalasPadamxle tg ur blog 2..huhuhu
BalasPadambest....la citer nie jln cite yg mnrik...
BalasPadambez..nak lagi!!!
BalasPadamBest la.. sambung la lg cite nie cepat2..
BalasPadamape akan terjadi selepas nie...
BalasPadambestnye criter ni... bla nk smbung ni??
BalasPadamdania mti ke tak,2 yg sye nk tau..
hrap2la dia tk mti...hikhikhik
smbung cpt k... chayook!!!
best sgt2.....law bley cpt2 erk smbung crite nie....
BalasPadam