Nama Pena : Kyra Akira
"Huh? Midvalley? Well I’m tired. I don’t feel like going out today Zack,"
"I already bought the ticket. You said you would really like to watch Transformer.." ada nada sedih di situ.
"Hurmm… Ok then. What time should I be there? 4 o’clock? Til then k! c ya!"
"Chao,"
"Chao,"
Talian aku matikan. Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Aku bangkit dari tempat pembaringan. Langkah malas di hayun ke kamar mandi. Hujung minggu macam ni biasalah. Penat bekerja dari hari Isnin sampai Jumaat, Sabtu Ahad hari membalas dendam di atas katillah jawabnya.
Selesai bersiap ala kadar. Qaireen memakai lagging hitam dengan baju T tanpa lengan. Baju panjang jaring-jaring di sarungkan. Memberi efek tinggi dan langsing kepadanya. Wajahnya hanya disapu bedak compact. Sedikit gincu dan eye liner di tambah. Menonjolkan wajahnya yang menawan hati kebanyakan lelaki. Ramai lelaki yang sudah rawan dengan kecantikan Qaireen namun dalam selautan ramai lelaki itu, masih belum ada yang mampu mencuit hati wanitanya.
Melihat ke sekeliling ruang tamu dan dapur. Kelibat ummi dan abah tidak kelihatan. Cuma Mak Bibah, pembantu rumah sahaja yang ada di situ.
"Mak Bibah, Qaireen nak keluar jumpa kawan ye. Pesan dengan ummi dan abah Qaireen pulang lewat sedikit,"
Mak Bibah mengangguk-angguk mengerti. Mana mungkin dia menjawab lantaran dia sememangnya dilahirkan bisu.
Qaireen melangkah ke pintu kereta Toyota Altis miliknya itu. Dipanaskan enjin dan dia berlalu menghala ke Mid Valley.
----------------------
"Bestkan cerita tuh tadi. Tapi I memang tak tahan lawaklah dengan Jetfire tuh. Siap ada janggut dekat muka dia," Qaireen berkata sambil menghabiskan sisa tawa yang masih ada. Berpusu-pusu orang di kompleks membeli-belah itu.
Lantaran kerana terlalu ramai orang, Qaireen sering dilanggar. Zachery yang melihat menarik tangan Qaireen agar rapat ke tubuhnya. Wangian Chanel yang di pakai Qaireen menusuk ke rongga hidung Zachery. Membuat hati lelakinya sedikit bernafsu. Qaireen kini di hadapannya. Zachery memegang pinggang ramping Qaireen.
Qaireen yang terperanjat dengan tingkah Zachery menepis laju tangan itu. Namun perbuatannya tidak menghentikan perlakuan biadap Zachery itu. Makin kuat pula rangkulan Zachery di pinggang Qaireen. Qaireen tidak dapat berbuat apa-apa. Dibiarkan sehingga mereka tiba di kawasan yang agak lengang. Qaireen menepis sekali lagi.
"Stop it will you!" Qaireen menjarakkan dirinya daripada Zachery.
"Alah you ni Qaireen. Cepat sangat marahnya. I just want to help you saje tadi.." Zachery memberi alasan tidak munasabah.
Qaireen menapak laju dengan perasaan yang mendongkol. Zachery mengejar laju agar dapat menyaingi langkah Qaireen. Tapak tangan Qaireen di sambarnya. Dia memegang kemas tangan itu. Qaireen cuba melepaskan namun tidak berjaya.
"Tolong lepaskan tangan I boleh tak? Lemaslah!!!" keras nada Qaireen.
Zachery yang mendengar hanya ketawa. Hati Qaireen semakin panas. Dia tidak suka diperlakukan sebegitu. Baginya Zachery hanyalah rakan biasa seperti lelaki-lelaki lain yang berkawan dengan dirinya.
"I love you Qaireen.." Zachery berkata selamba. Dia menarik tangan Qaireen laju memaksa Qaireen mengikut langkahnya.
Secara tiba-tiba langkah Zachery mati. Ada seorang pemuda menahan langkahnya. Zachery ke kiri, pemuda itu ikut ke kiri. Zachery ke kanan, pemuda itu juga ikut ke kanan.
"Step aside will you, mister!" garang butir bicara Zachery. Tangannya masih kemas memegang telapak tangan Qaireen.
Qaireen memandang tubuh sasa yang menghalang laluan Zachery. Hamdan! Desis hati Qaireen. Hamdan, lelaki yang telah di tolak kehadirannya dalam hidup Qaireen. Hamdan lebih budiman daripada Zachery namun pintu hati Qaireen sahaja yang tidak terbuka untuknya.
Hamdan memandang tangan Zachery yang memegang kuat tangan Qaireen. Di tepis tangan itu dan di tarik lengan Qaireen kearah dirinya. Zachery merasa terbakar dengan tingkah Hamdan. Qaireen di tarik semula oleh Zachery. Qaireen kini bagaikan boneka Barbie yang dijadikan mainan rebutan. Banyak mata yang mengarah kepada mereka kini.
Kali ini Hamdan memberikan seulas penumbuknya yang tepat mengenai hidung mancung Zachery. Lantas Hamdan menarik Qaireen mengikut langkahnya. Qaireen yang terpaksa terdorong mengikut langkah Hamdan.
Zachery bangun dari lantai itu. Hidungnya mengalir darah pekat. Dia berlari mengejar Hamdan. Di tolak Hamdan dari belakang. Qaireen juga ikut jatuh sekali. Zachery terus menindih tubuh sasa Hamdan. Dilayangkan pauh tumbukannya ke perut Hamdan. Mereka bergusti di situ. Dan Qaireen lari meninggal sketsa yang menyaksikan dia menjadi punca pergelutan itu. Bagus juga dia membawa kenderaan sendiri. Memudahkan dirinya pulang dan melarikan diri dari insiden tadi.
-----------------------
Qaireen melangkah lesu menaiki tangga ke kamar tidurnya.
"Qaireen... Meh sini ummi nak cakap sikit!" suara ummi di dengarnya terlaung dari arah dapur.
Qaireen bingkas turun semula daripada mendaki tangga itu. Dia tiba ke rumah lebih awal lagi. Terima kasih insiden itu jika tidak dia pasti Zack akan mengambil kesempatan ke atas dirinya. Apalah jadi kat mereka berdua tuh ek? Hati Qaireen berkira-kira sendiri.
Qaireen telah menutup telefon bimbitnya mati. Tidak mahu menerima sebarang panggilan daripada Zack mahupun Hamdan. Malahan dia sudah berkira-kira untuk mengakhiri talian telefon bimbitnya. Dia ingin menukar ke nombor lain. Kali ini rasanya sudah 5 kali dia berbuat demikian. Segalanya atas alasan yang sama.
Dia mengambil tempat duduk di sisi ummi. Ummi melihat dirinya dan menggeleng-geleng. Pasti tidak suka akan gaya pemakaian Qaireen.
"Ada apa ummi?"
"Ni ummi nak tanya pasal kisah kita hari tuh..."
Qaireen mengerutkan dahinya. Mencari jawapan di atas kata-kata ummi. Dia menggeleng tidak faham dengan butir bicara ummi.
"Pasal kamu dan anak Aunty Saleha tuh... Dah kamu fikirkan Qaireen?"
Qaireen terdiam mendengar bicara ummi. Aduh! Apa pulak bala datang serentak nih?
Ummi tetap memandang tajam ke wajah bersih Qaireen. Qaireen diam berfikir laju. Mencari buah fikiran untuk meloloskan diri. Lama juga dia begitu.
"Qaireen Darwisyah!" Ummi sedikit menjerit di cuping telingaku.
Qaireen menggosok-gosok cuping telinganya itu. Mukanya cemberut masam dengan perlakuan ummi.
"Kamu ni melamun entah fikir apa. Ummi panggil banyak kali tapi kamu diam saja. Apa kena dengan kamu ni Qaireen?" ummi membebel lagi.
Qaireen diam membatu.
"Dah kamu fikir?"
Qaireen menggeleng jujur. Sejujur-jujurnya dia tidak pernah ingat lagi tentang kisah itu.
"Ummi bagi sedikit masa lagi kepada Qaireen. Qaireen fikirkan lagi..." lemah jawapan Qaireen. Dia amat berharap ummi akan bersetuju dengan permintaannya.
"Dah, dah, dah... kamu dah janji dengan ummi sampai weekend kan. So today dah weekend. Ummi nak tahu jawapan Qaireen. Cepat!" Ummi menyinga.
Qaireen memandang abah yang juga ada di situ. Abah buat tidak tahu dengan Qaireen. Memang sudah nasibnya.
"Tapi ummi…"
"Promise is a promise! I want to know your answer…"
Qaireen diam semula. Dia mengambil nafas dalam. Dia pasrah. Dan entah mengapa pula kali ini dia sedikit terbuka hati.
Qaireen memandang semula anak mata ibunya yang tajam itu. Qaireen mengangguk lemah. Dia bingkas bangun dan menuju semula ke kamar tidurnya.
Dan di atas katil itu dia berbaring menghadap siling. Perasaannya kosong. Tidak tahu apa yang harus dirasakan oleh pundak hatinya itu.
-----------------
plz comment yer... wanna noe u people, opinion...
nama Qaireen 2 bukan nama mat salleh ker\
BalasPadamnape nk ltk nme cm2 pdahal org x lawa pn
dap citer nihhh
BalasPadammat maju jaya....
hye..mgg nak jemput sesiapa yg berminat membaca nOvel berbentuk Cinta N Suspen JUST ADD MY BLOG K..terima kasih!
BalasPadam